بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Rabu, 16 Oktober 2013
epal rokok
Seorang lelaki thiqah (yang boleh dipercayai) meneceritakan. Satu hari aku menunaikan solat Tahiyyat al-Masjid di sebuah masjid di Hayy al-Ulya. Aku terganggu dengan bau rokok dan selepas aku memberi salam, aku terpandang seorang lelaki Mesir yang kelihatan mulutnya hitam akibat kuat merokok. Aku berkata dalam hati, nanti selepas selesai solat aku akan berjumpa lelaki ini dan menasihatinya. Tiba-tiba seorang budak lelaki lebih kurang umur 9 tahun masuk ke masjid dan mendekati lelaki itu lalu berkata: Budak: Assalamualaikum. Pakcik dari Mesir? Lelaki: Waalaikumussalam, ya saya dari Mesir. Budak: Pakcik kenal Syeikh Hamid Keshk? Lelaki: Kenal. Budak: Pakcik kenal Syeikh Jadd al-Haq? Lelaki: Kenal. Budak: Pakcik kenal Syeikh Muhammad Ghazali? Lelaki: Kenal. Budak: Pakcik pernah dengar ceramah dah fatwa mereka? Lelaki: Ya. Budak: Bagus. Semua ulama tu mengatakan merokok adalah haram. Jadi kenapa pakcik merokok? Lelaki: (dengan nada mula marah). Ahhh merokok tak haram laaa. Budak: Haram la pakcik. Allah dah berfirman yang bermaksud "Dan kami haramkan al-Khaba'is (perkara-perkara keji/kotor) ke atas kamu" (surah al-A'raf 157). Adakah pakcik akan baca Bismillah semasa mula merokok dan sebut Alhamdulillah bila selesai? Lelaki: (Dengan nada bongkak) pakcik nak ayat Quran yang sebut "Dan kami haramkan rokok ke atas kamu". Budak: Rokok haram la pakcik. Sama macam haram makan epal! Lelaki: (Bertambah marah). senang-senang ja ka cakap ini halal ini haram. Budak: Baik. Kalau gitu cuba pakcik bawa ayat Quran "Dan kami halalkan makan epal"!!!. Lelaki itu tersentak seketika dan tidak lagi mampu membalas kata2 budak tersebut lalu lelaki itu menangis. Ketika solat didirikan, lelaki itu masih menangis. Usai solat, lelaki itu berpaling kepada budak tersebut dan berkata, "demi Allah, anakku. Aku takkan hisap rokok lagi dalam hidupku"!!!.
Bismillah 5?
Apa itu Bismillah 5?
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahi
l ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
Maksudnya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan.
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik.
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Antara fadhilat Bismillah 5 ialah:
* Penawar bisa diri.
* Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
* Penawar bisa-bisa badan.
* Penawar sakit perut.
* Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.
Cara Merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh.
kesampaian
Terdapat 2 sebab utama apa yang kita impikan dalam kehidupan tidak pernah kesampaian.
1. Kita tidak benar-benar mahukannya (no burning desire).
2. Kita tidak mahu membayar 'harga' (usaha, kesusahan, kesabaran, dll ) untuk mencapainya. .
Jangan disalah takdir, andai diri sendiri tidak serius mahu berubah.
1. Kita tidak benar-benar mahukannya (no burning desire).
2. Kita tidak mahu membayar 'harga' (usaha, kesusahan, kesabaran, dll ) untuk mencapainya. .
Jangan disalah takdir, andai diri sendiri tidak serius mahu berubah.
demand
Mahasiswa Lepasan IPTA mahir 'copy paste' bila berkhidmat di sektor pekerjaan.
Bila disuruh membuat surat rasmi tunggang langgang tatabahasa.
Bila 'copy paste' daripada surat yang asal sangat cekap.
Belum bercerita tentang skil dan seni komunikasi lagi.
oops.
Bila bab gaji demand umpama 'pegawai berstatus jusa'.Alahai..mahasiswa..
Pertingkatkan diri anda.
Ubah mana yang kurang.
Belajar daripada dunia sekeliling.
Bukan hanya bercanda di mapley.
Lepak di fesbuk.
Upgrade gadjet.
Kontang agama.
Rokok dan mengorat awek.
Copy paste tutorial.
Meniru dalam perperiksaan.
Nilai anda hanya dapat ditentukan apabila anda keluar daripada zon selesa anda.
Ubah!Ini kalilah!
Bila disuruh membuat surat rasmi tunggang langgang tatabahasa.
Bila 'copy paste' daripada surat yang asal sangat cekap.
Belum bercerita tentang skil dan seni komunikasi lagi.
oops.
Bila bab gaji demand umpama 'pegawai berstatus jusa'.Alahai..mahasiswa..
Pertingkatkan diri anda.
Ubah mana yang kurang.
Belajar daripada dunia sekeliling.
Bukan hanya bercanda di mapley.
Lepak di fesbuk.
Upgrade gadjet.
Kontang agama.
Rokok dan mengorat awek.
Copy paste tutorial.
Meniru dalam perperiksaan.
Nilai anda hanya dapat ditentukan apabila anda keluar daripada zon selesa anda.
Ubah!Ini kalilah!
Selasa, 15 Oktober 2013
Langgan:
Catatan (Atom)