بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 25 Oktober 2013
Strok
Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus tiba-tiba. Otak memerlukan bekalan oksigen berterusan daripada darah. Jika bekalan darah terputus, sel otak yang terjejas akan rosak atau mati.
Kadangkala strok dipanggil 'serangan otak'. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik.
Strok Iskemia berlaku bila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak menyebabkan tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan tertentu.
Dalam setengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk dalam saluran darah otak sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam kes strok iskemia lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan bergerak ke otak seterusnya menyumbat saluran darah otak.
Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak lemah, rosak dan pecah menyebabkan pendarahan dalam otak.
Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid.
Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak kemudian mengalir ke dalam otak menyebabkan bekalan darah ke sel otak terputus dan sel otak akan rosak atau mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok.
Pendarahan Subarachnoid berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut biasanya diisi cecair otak - cerebrospinal. Setiap satu daripada 20 kes disebabkan jenis ini.
Strok di Malaysia Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang strok.
Setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja.
Punca Punca berisiko tinggi berlaku strok terbahagi kepada dua tidak boleh diubah dan boleh diubah.
Risiko tidak boleh diubah:
* Umur
* Genetik
* Jantina
* Sejarah serangan jantung atau strok Risiko boleh diubah:
* Tekanan darah tinggi
* Merokok
* Kencing manis
* Kolesterol
* Obesiti
Simptom serangan strok Setiap fungsi tubuh yang berbeza dikawal oleh bahagian otak berbeza. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak terjejas dan saiz otak yang rosak.
Satu atau lebih simptom tiba-tiba:
1. Tangan kaki lemah atau lumpuh.
2. Sebelah muka lemah. Air liur sentiasa
meleleh tanpa kawalan.
3. Masalah kestabilan, koordinasi badan,
percakapan, penglihatan, sukar menelan.
4. Rasa pening atau sakit kepala
5. Kebas di sebahagian daripada badan
6. Pengsan atau menjadi keliru
Kesan jangka panjang Jenis dan kadar kelumpuhan disebabkan serangan strok berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok.
Serangan teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:
1. Sebelah badan lemah.
2. Masalah kestabilan, koordinasi badan.
3. Masalah menelan.
4. Masalah percakapan dan komunikasi.
5. Masalah penglihatan.
Apa yang tersenarai di atas adalah contoh yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit.
Minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak akan kurang. Sebahagian simptom mungkin kurang atau hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi, keadaan pesakit mungkin bertambah baik.
Rawatan moden Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan rawatan rehabilitasi atau fisioterapi selepas pesakit strok stabil. Pesakit strok yang mengalami simptom awal serangan harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin.
Rawatan segera penting untuk mengelak kematian. Rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan kesembuhan.
Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubatan dan/atau pembedahan akan mengeluarkan darah beku dari otak.
Rawatan rehabilitasi dilakukan selepas pesakit stabil untuk membantu mendapat kekuatan fizikal, mengembalikan keupayaan fungsi badan dan membolehkan pesakit berdikari.
Rawatan al-Quran Ayat al-Quran memiliki mukjizat membantu penyembuhan strok. Daripada pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengubati pesakit strok, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.
Kami mendapati ada unsur gangguan makhluk halus menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit.
Sejenis jin digelar Jin Ahmar masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran darah dalam otak menyebabkan pendarahan dan mengakibatkan pesakit mendapat strok.
Perubatan moden mengakui strok disebabkan pendarahan dalam otak, tetapi sukar menerangkan puncanya. Kita selalu mendengar pesakit muda, tiada sejarah keluarga, sihat, tiada darah tinggi atau diabetes tetapi mendapat strok.
Dalam kes demikian selalunya mereka diganggu Jin Ahmar dan perlu dikeluarkan daripada badan pesakit sebelum dirawat.
Setiap pesakit strok yang datang berubat, akan diperiksa jika ada gangguan Jin Ahmar. Selalunya jin Ahmar berada di dalam otak atau tulang belakang pesakit. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan izin Allah mengeluarkannya jika ada dan memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. InsyaAllah ayat al-Quran yang dibaca pesakit dapat merangsang sel otak yang rosak akibat strok berfungsi semula.
Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55
Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89
Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37
Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47
Cara amalan ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali waktu malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.
Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah.
Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; "….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Penutup Kita sebagai umat Islam yang diberi nikmat Islam dan iman harus berpegang teguh, beramal dan yakin mukjizat al-Quran.
Keistimewaan al-Quran pasti membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia yang silih berganti antara bahagia dan sengsara.
Apabila kita atau insan tersayang ditimpa strok, kita kena kuat dan tabah. Kadangkala keluarga pesakit tertekan menjaga pesakit strok. Ramai keluarga pesakit mengadu susahnya menjaga pesakit strok.
Bersabar, berikhtiar dan percaya semua dugaan dan ujian Allah ada hikmahnya. Antara cara memperkuatkan rohani dan hati apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah membaca al-Quran setiap hari.
Penawar rohani paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 57: "Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."
Bacalah surat istimewa daripada Allah kepada hamba-Nya setiap hari. Jadikan amalan ini rutin, semoga kita mendapat keberkatan.
*Sumber dari al-bakriah.com.my
bonus 1993
Berdasarkan sejarah, bonus kakitangan kerajaan mula diperkenalkan pada tahun 1993 :
- 1993 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
- 1994 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
- 1995 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
- 1996 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
- 1997 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
- 1998 – Bantuan Khas Kewangan RM400
- 1999 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1,000)
- 2000 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
- 2001 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM1,000)
- 2002 – Bonus satu bulan gaji (minima RM1,200)
- 2003 – Bonus satu bulan gaji
- 2004 – Bonus satu setengah bulan gaji penjawat awam (Gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
- 2005 – Satu setengah bulan gaji (gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
- 2006 – Bonus dua bulan gaji (gaji jika kurang RM750. Lebih RM750 satu bulan minima RM1,500
- 2007 – Tiada Bonus penjawat awam ( Kenaikan Gaji dan Cola)
- 2008 – Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1,000)
- 2009 – Bantuan Khas Kewangan RM500
- 2010 – Bantuan Khas Kewangan RM500
- 2011 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM1,000)
- 2012 – Bonus satu setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan (minima RM1,500)
- 2013 – Bantuan Khas Kewangan RM500 :
- 2014 Bonus : 1/2 bulan... bayar awal Januari 2014
Keadialan Islam
Ustaz Zaharudin Muhammad, | 25 Okt 2013 |
Saya cukup merasa sedih dengan peristiwa pembunuhan Norazita Abu Talib. Tambah terkejut apabila mengetahui bahawa beliau adalah penduduk di kawasan berhampiran dengan tempat saya Kota Damansara, iaitu di Subang Suria, tempat yang saya kerap berkuliah juga.
Saban hari berita pembunuhan demi pembunuhan. Sampai bila akan berakhir? Terus terang saya sebut, punca kepada semua ini adalah perundangan di samping masalah ekonomi. Terbukti hari ini kegagalan sistem konvensional di dalam mengatasi semua permasalahan ini.
Ekonomi konvensional menjadikan rakyat terjebak di dalam kemelut kewangan sehingga segelintir sangup melakukan apa sahaja dan hilang kewarasan sehingga sanggup membunuh orang lain kerana harta. Undang-undang yang korup ciptaan manusia menambah parah bukan sahaja tidak mampu mencegah segelintir manusia yang hilang kewarasan, bahkan kadang kala membuka jalan pesalah-pesalah terlepas.
Keluarga NORAZITA ABU TALIB dalam konteks undang-undang hari ini, mampu melihat pembunuh keluarga mereka ditangkap dan selepas itu hanya dengari khabar dari jauh. Jika didadapati bersalah, pun hanya dengar khabar dari jauh. Kehilangan tetap kehilangan, kesedihan tetap kesedihan, geram tinggal geram kepada penjenayah, tetapi hanya mampu mendengar dari jauh hukuman terhadap penjenayah.
Dulu kita dengar CEO yang sepatutnya menjadi pagar, akhirnya pagar makan padi dengan pecah amanah. Pegawai-pegawai kerajaan yang diamanahkan jaga harta rakyat, akhirnya dia sendiri yang tidak amanah dengan penemuan audit negara dari tahun ke tahun. Pengawal yang sepatutnya kawal bank dari perompak akhirnya pengawal sendiri yang merompak dan membunuh warga kerja bank. Apa nak jadi dengan Malaysia ya Allah!
Rakyat terus bodoh dengan mempertahankan perundangan konvensional yang korup. Penjenayah yang ditangkap, diberi makan dengan duit rakyat dalam penjara, kerajaan saban hari dapat untung daripada kompaun yang dikutip, mangsa jenayah terus menjadi mangsa tanpa pembelaan, mangsa jenayah dan keluarga mereka terus dihimpit kesedihan dan bebanan perasaan tanpa ada tindakan yang memuaskan hati mereka.
Lihat dalam Islam, hukuman ke atas perompak seperti dalam kes ini:
إﻧﻤﺎ ﺟﺰاء اﻟﺬﯾﻦ ﯾﺤﺎرﺑﻮن اﻟﻠﻪ ورﺳﻮﻟﻪ وﯾﺴﻌﻮن ﻓﻲ اﻷرض ﻓﺴﺎدا أن ﯾﻘﺘﻠﻮا أو ﯾﺼﻠﺒﻮا أو ﺗﻘﻄﻊ أﯾﺪﯾﻬﻢ وأرﺟﻠﻬﻢ ﻣﻦ ﺧﻼف أو ﯾﻨﻔﻮا ﻣﻦ اﻷرض ذﻟﻚ ﻟﻬﻢ ﺧﺰي ﻓﻲ اﻟﺪﻧﯿﺎ وﻟﻬﻢ ﻓﻲ اﻵﺧﺮة ﻋﺬاب
ﻋﻈﯿﻢ
Maksudnya: Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (Al-Maidah: 33)
Hukum bunuh dan salib bagi perompak yang mengambil harta dan membunuh mangsa boleh dikatakan sepakat. Tetapi bagaimanakah cara pelaksanaannya. Adakah disalib (ikat pada tiang) dahulu kemudian bunuh, atau bunuh kemudian salib mayatnya?
ﻓﻈﺎﻫﺮ ﻣﺬﻫﺐ اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ رﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ أن ﯾﻘﺘﻞ ﺛﻢ ﯾﺼﻠﺐ وﻗﯿﻞ: ﯾﺼﻠﺐ ﺣﯿﺎ ﺛﻢ ﯾﻄﻌﻦ ﺣﺘﻰ ﯾﻤﻮت ﻣﺼﻠﻮﺑﺎ، وﻫﻮ ﻗﻮل اﻟﻠﯿﺚ ﺑﻦ ﺳﻌﺪ ،وﻗﯿﻞ :ﯾﺼﻠﺐ ﺛﻼﺛﺔ أﯾﺎم ﺣﯿﺎ ﺛﻢ ﯾﻨﺰل ﻓﯿﻘﺘﻞ .
Maksudnya: Menurut pendapat kuat di dalam mazhab Syafei, perompak (yang membunuh dan mengambil harta), hendaklah dibunuh (terlebih dahulu) dan disalib (diikat pada tiang). Ada juga berpendapat, ia disalib hidup-hidup dan ditikam sehingga mati. Pendapat ini pendapat Imam Al-Laith bin Saad. Ada pendapat yang menyatakan: disalib selama 3 hari, kemudian dirungkai ikatannya dan dibunuh.
Sebahagian pendapat melihat, keluarga si mati paling berhak menikam si perompak sewaktu berada di ikatannya.
Bagi yang melihat rakaman perompak menembak mangsa tanpa belas kasihan, maka paling wajar hukuman yang boleh menjadikan hati keluarga mangsa terubat, menginsafkan perompak yang lain daripada mengulangi perkara yang sama, maka saya yakin, inilah hukuman terbaik.
Jika keluarga mangsa diberikan pilihan, cara Islam ini paling boleh mengubat hati dan kesedihan keluarga si mangsa berbanding undang-undang konvensional yang mengabaikan pihak keluarga si mangsa.
Saya tidak tergamak nak upload gambar si mangsa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Al-Fatihah.
Ya Allah, amankan Malaysia dengan undang-undang-Mu. Insyaallah, kami akan terus berjuang sehingga undang-undang-Mu yang adil dapat ditegakkan, seterusnya keamanan daripada jenayah akan dapat dikecapi.
________________________________________
Penulis ialah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Khamis, 24 Oktober 2013
kanker
TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!! Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita... Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh! Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit. Ubat utk Cancer sudah ditemui ! Anda percaya? Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional. Pesakit cancer tidak seharusnya mati ! Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan: Makan buah segar dan caranya! Ini sangat informatif! Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita... Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah. Cara yang tepat makan buah; * JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!! * BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG. BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING! BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung! Menurut penelitian Dr Herbert Shelton; Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an, Anda memiliki; badan yang sihat, Penuh tenaga, Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal. Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus. Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya. MINUM AIR SEJUK@AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!! Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU) maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN). Cara Terbaik adalah: Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan Makan buah segar saat perut kosong. BANTU SHARE PADA KAWAN-KAWAN.
Langgan:
Catatan (Atom)