Isnin, 18 November 2013

emak berjemaah

Baru ini seorang sahabat saya berniaga. Dia buat pemasaran tapi tidak berjaya. Dia usaha pelbagai cara. Tapi tiada orang datang. Cara marketing biasa melalui radio juga dia tidak dapat.

Dia jumpa saya tanya nak buat macam mana. Hidup semakin sempit. Susah. Dan macam jalan mati katanya.

Allah sayang kita. Dia nak hati kita sentiasa padanya. Saya kata jaga solat berjemaah. Janji Allah rezeki dalam solat berjemaah. Belajar minta Redha dan kasih sayang Allah. Dia ada mak maka saya kata khidmat pada mak. Beri sedekah pada orang susah.

Pagi tu dia ada appoinment. Dalam dompet ada rm300 sahaja. Tiada simpanan lain. Dia ambil rm200 bagi pada maknya. Rm 20 dia beri kepada seorang susah yang minta padanya.

Dalam apoinment pagi tu dia dapat projek yang besar yang harganya RM 32 ribu dan dapat cek dalam masa 2 hari.

Allah nak mudahkan rezeki kita melalui amal soleh. Khidmat pada ibu kerana Allah. Allah Maha Kaya....Allah Pemberi rezeki. Orang ingkar pada Allah dunia ini hanya darul asbab. Orang beriman dunia ini darul a'mal ( usaha,doa, tawakal,amal soleh, jujur, ikhlas)- ebit lew.

Suami isteri2

Soalan: Jika suami sudah sediakan makan minum, tempat tinggal, pakaian, dan segala keperluan rumah, adakah suami perlu memberi duit setiap bulan pada isteri?

Ustaz Azhar Idrus:

Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian, dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri.

Jika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.

Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah, dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri mintak baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.

Jangan lupa, isteri juga yang mengandung sembilan bulan dan dia yang menggadai nyawa melahirkan anak kita dengan kesakitan yang amat sangat semasa nak keluar anak. Suami ada rasa sakit begitu? Tak ada. Yang adanya suami hanya duduk mundar-mandir saja di luar bilik bersalin, kadang-kadang siap mengurat nurse lagi.

Jadi, suami cuba fikirlah samada dengan memberi seribu ringgit sebulan untuk isteri itu cukup atau tidak berbanding dengan kesakitan dia melahirkan anak, kesusahan dia menjaga anak, beri susu anak, basuh berak anak, dan sebagainya...

Suami isteri

Soalan :

Apabila seorang lelaki menjadi suami, dosa-dosa isteri, anak-anak perempuan belum kahwin, dan anak lelaki yang belum baligh, si suami yang menanggung. Betul ke uztaz? Adakah dosa-dosa perempuan sebelum dia berkahwin, suami dia yang tanggung selepas bernikah? Setiap sentuhan di antara si suami dan si isteri mendapat pahala dan gugur nya dosa-dosa kecil apabila suami dan isteri berpegangan tangan?

Jawapan :

Suami merupakan ketua rumahtangga dan suami bertanggungjawab untuk memberikan segala nafkah kepada isterinya. Di antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.

Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan TIDAK dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Jangan jadi suami yang dayus, kerana suami dayus adalah suami yang menghalalkan atau tidak berani menegur isterinya melakukan dosa. Suami dayus tidak layak masuk syurga, kerana beliau tidak mencegah isteri dan anak-anaknya melakukan kemungkaran, segala amalan suami tersebut ditolak oleh Allah dan dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan ia adalah suami yang tidak menunaikan amanah dan tanggungjawabnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka."

Anak-anak yang belum baliqh, tidak ditetapkan lagi dosa dan pahalanya, kerana mereka tidak dikira orang yang mukallaf lagi, segala kejahatan dan dosa ditanggung oleh ayahnya sendiri, kerana ayahnya merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Apabila anak tersebut telah baliqh, maka segala dosa akan ditanggung oleh mereka sendiri, kerana segala peraturan syariat telah ditetapkan atas diri mereka di sebabkan telah baliqh.

Benar bagi suami isteri yang berpegangan tangan atau bersalaman antara satu sama lain, maka dosa kecil mereka akan keluar melalui celah-celah jari mereka. Islam mengajar umatnya yang telah berkahwin saling bersalaman dan berpegangan tangan kerana segala dosa-dosa kecil suami isteri hilang disebabkan perbuatan tersebut.

Wallahu'alam.

Penangan Pesbuk

pesanan dan teguran seorang alim yg perlu kita renung2kn bersama.. ^^

AMBIL TAHU :TANDA-TANDA KITA LALAI DALAM MENGGUNAKAN FB !!

(1) IBADAH HARIAN KITA SEMAKIN TUMPUL, dan kita leka serta habiskan banyak masa dengan ber'fb'... KEMANISAN UNTUK BERIBADAH KIAN HILANG... kelazatan dan kenikmatan membaca al-QURAN, mendirikan solat wajib, berzikir dan lain-lain amalan soleh tidak lagi menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan... bahkan, terasa akan kehambarannya.... pernah, salah seorang PENGKULIAH menasihati: "TANDA KITA HILANG KEMANISAN BERIBADAH, KITA TIDAK RASA PENTINGNYA SOLAT BERJEMAAH!"...

(2) KETIKA AZAN BERKUMANDANG DI UDARA, kita masih melayari fb dan terus leka dibuai indah bersama alam FB.... dalam hati, tidak mengapa – awal lagi... kita teruskan dengan dunia FB... sehinggakan, kita tersentak – waktu solat tinggal beberapa minit sahaja lagi!...

(3) KITA SEMAKIN JARANG MEMBUKA AL-QURAN, yang menjadi penguat rohani kita... jika dahulu, sempat menghadap AL-QURAN setiap hari, kini kita semakin jauh daripada roh al-quran... kita kata kita tidak sempat untuk mentadabbur al-quran kerana sibuk dengan tugasan harian... berhati-hati dengan istilah kesibukan... ia akan disoal di hadapan ALLAH S.W.T kelak...

(4) ZIKRULLAH YANG HARUS MENEMANI KEHIDUPAN KITA BERGANTI DENGAN FB, sebagai peneman hidup yang akrab... kita kian larut dengan teman hidup yang baru, namanya fb... kita begitu asyik berdampingnya dengannya sehingga lupakan sesuatu yang lebih penting buat jiwa dan hati kita... zikrullah, zikir-zikir yang menjadi penenang diri kian luntur dalam sebutan bibir dan hati – lama kelamaan jiwa kita gersang, kosong dan hampir mati....

(5) TUGASAN DI TEMPAT KERJA GAGAL DISIAPKAN TEPAT PADA MASANYA... bertangguh-tangguh, bertimbun-timbun... dateline terlepas... ALASAN nya: "Saya sibuk dan tidak sempat.." ... dan akhirnya kita tidak perform!...

(6) BUDAYA KUTUK MENGUTUK, menyemai bibit2 benci dan marah, usik mengusik, termasuk berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita... suntikan jarum syaitan mulai membawa kepada bibit-bibit yang menyeronokan dan mengasyikkan...

(7) GAMBAR-GAMBAR YANG DI'SHARE', DI'TAG' DAN DIKOMEN lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat... gambar-gambar yang mendedahkan aurat, menghairahkan, membawa kepada fitnah dan sebagainya, harus dielakkan....

*Muhasabah Diri ..
renung2kn..
peace no war.. ^^

fake

Si ayah terlihat anak gadisnya update status di fb :
“Nape la hati ni tak tenang..somebody pls.. i need someone”

Maka ramailah jejaka mula membalas status tersebut. Ada jejaka handsome..ada jejaka poyo, ada yang alim-alim kucing. ‘ah,semua hanya nak mengurat’ getus hati si gadis. Sampailah komen jejaka yang ke 199..

Jejaka 199 komen :

“Mana hati nak tenang;
kalau solat pun kurang
tahajjud pun sekali dlm 12 bulan
nangis sujud taubat pun jarang lakukan
bila sedih kau cari kawan dan pergi have fun!
ada masalah,muzik kau layan,al-Quran kau tinggalkan!

ngada-ngada punya perempuan!”

Apabila gadis terbaca komen jejaka 199,terus dia berang dan cari button block! dan terus update status baru ;

“i dah block mamat poyo mana ntah! semua pasal aku dia tahu! berlagak alim!”

Si ayah tersenyum di hadapan laptop. Dalam hatinya berkata
"nasib baik aku buat 5 lagi fake accounts. Baru block satu je pun hehe"