Khamis, 5 Disember 2013

Alfatehah


انّا للہ و انّا الیہ راجعون


بِســـــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohamad Iswandi Ishak
yang telah kembali mengadap Allah S.W.T. pada awal pagi tadi akibat kemalangan jalan raya

InshaALLAH
arwah akan dikebumikan pukul 11 satg
Rumah arwah : Taman kota melayang, Kuala Kedah, Alor Setar, kedah
Boleh contact ibu arwah : 012 - 547 7104

Ya Allah
Menitis Air mataku, bila ummi telefon:
Ummi :"Man.. Kenal x Iswandi? Anak murid Ummi waktu sekolah dulu"
Aku : "Hah.. Kenal ummi. Abg wandi. Nape ummi?"
Ummi : "Iswandi dah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Ibu arwah telefon ummi. Allahurabbi"
Aku : "Ya Allah ! ! Inallahiwainna ilahirojiu'n"

Ya Allah
Hari ini hari kelahirannya
dan Hari ini juga beliau telah kembali kepadamu

Ya Allah
Tempatkanlah arwah bersama golongan yang beriman di SANA
Ampunilah segala dosanya ya Allah
Sesungguhnya, dia adalah insan yang sangat lembut dan baik orangnya

Allahurabbi 
Ya Allah.. Kuatkanlah semangatku ya Allah

Al-Fatihah
1990 - 2013 : Mohamad Iswandi Ishak
Beliau merupakan pelajar degree & Master di USM
 — bersama Amirul Syafiq dan 9 yang lain.

Rabu, 4 Disember 2013

kata2

Siapa yang berkata2 sempena banjir..

"Untuk mengelakkan banjir banyak masuk ke bandar, kita kenakan cukai kat banjir"

"Banjir bukan pengganas..kita berunding dulu dengan banjir..kalau kita lemas baru kita bertindak"

"Banjir ni la yang tenggelamkan pistol2 tu!"

"Banjir yang melanda takkan membebankan penduduk"

"Jumlah banjir lebih rendah drpd banjir negara jiran"

"Kalau tak suka banjir, pergi negara takde banjir!"

"Saya tak risau pasal banjir..jet lalu atas bukan dalam air"

"Bersyukurlah..banjir masih aman"

"Banjir tipuuu..banjir harammm..banjir harammmm!"

"70% warga kuantan takkan terbeban dengan kedatangan banjir"

"Anwar yang bawak 3billion banjir masuk..dasar ejen banjir!"

"Banjir sama banjir bertembung..tsunami tepuk tangan"

Akhir sekali, komen lejen drpd menteri lejen..

"Banjieyr disebabkan oleh ayer..oleh itu rekyet melesia dilarang minum ayer..nantiey itu purut ada banjieyr..saya mintri 30 tawon..u apa tau?"

hilang

“Ustaz, saya baru sahaja ditimpa kemalangan, “ ujar lelaki muda itu setelah bersalaman dan terus duduk bersimpuh di hadapan saya.
Saya renung matanya. Ada sayu di situ.

“Innalillah wa in nna ilaihi rajiun. Tapi syukur, saudara selamat,” ujar saya sambil memegang lengannya. Saya lihat tidak ada parut pada wajah mahupun tangannya.

“Tetapi sedih sekali ustaz,  isteri saya meninggal dunia.”
“Innalillah wa in na ilaihi rajiun…” balas saya buat kedua kalinya. Saya terus tunduk. Tiba-tiba sebak di hati.

“Isteri dan saya kemalangan. Tetapi dia yang pergi.”
“Tabahlah.”

Saya pegang tangannya erat. Empati menusuk jiwa. Lelaki di hadapan saya ini sangat muda.

Tiba-tiba seorang anak kecil berlari menerpanya. Terus duduk di atas riba. Dari belakang, seorang tua lelaki datang menghampiri kami dengan mendukung seorang anak kecil. Daripada raut wajah kedua kanak-kanak itu saya dapat meneka mereka tentu adik-beradik.

“Dua orang ini anak saya. Ini bapa saya,” katanya sambil menunjuk kepada lelaki tua yang menghampiri kami.  Sebelah tangannya yang lain membelai rambut anak yang di dalam pangkuannya.
“Yang kecil ini masih belum membiasakan diri dengan ketiadaan ibunya. Dia menyusu badan ustaz.”

Saya masih diam. Terus menggenggam tangannya.  Suasana meriah di bahagian belakang masjid tempat kami duduk itu tidak lagi menarik perhatian. Orang lalu lalang  dan aktiviti pameran yang sedang dijalankan itu seolah-olah tidak kedengaran dan kelihatan lagi. Saya tenggelam dalam laut rasa yang sangat menyedihkan.

“Baru dua bulan ustaz…”
Saya mengangguk-angguk kepala lagi. Saya kekal menjadi pendengar. Bukan mendengar dengan telinga,  tetapi dengan mata dan hati. Teringat ungkapan yang selalu saya titipkan buat diri sendiri  dan teman-teman,  “sesetengah masalah bukan untuk diselesaikan tetapi hanya untuk didengari”.

“Kadangkala dalam hati terdetik juga, kenapa Tuhan memanggilnya pergi terlalu cepat. Kami sangat perlukannya,” katanya perlahan.

“Allah sesungguhnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya, ramai orang menyebut ungkapan ini, tetapi saudara yang paling bertuah. Allah sedang mendidik saudara tetang kasihNya.”

“Itu saya percaya ustaz. Namun, apa kaitan itu dengan musibah yang menimpa diri saya ini ustaz?”

“Saudara. Ilmu kita yang terbatas tidak dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat dan sekarang… tetapi Allah melihat yang jauh dan akan datang. Musibah hari ini boleh jadi keberuntungan pada masa akan datang. “

“Arwah isteri saudara beruntung sebenarnya…” tambah saya lagi hampir berbisik.
“Mengapa ustaz?”

“Dia meninggalkan dunia dalam keadaan saudara mencintai dan meredainya. Tidak ramai isteri yang berjaya meraih keredaan suami ketika meninggal dunia. Sedangkan, keredaan suami itu sangat penting untuk isteri meraih keredaan Allah.”

“Ya. Ya. Dia isteri yang solehah. InsyaAllah.”
“Amin…”
“Tetapi apa hal kami ini ustaz?”

“Allah sedang mendidik saudara menjadi ayah yang tabah. Musibah ini hakikatnya satu ‘mehnah’.”
“Apa maksud ‘mehnah’ itu ustaz?”

“Mehnah ialah ujian yang Allah timpakan kepada seseorang dengan tujuan untuk mendidiknya. Allah mendidik  manusia   melalui ‘subjek’ yang bernama kematian, kesakitan, kegagalan dan kehilangan.”
“Sedih dan sakit ustaz…”

“Terimalah saudara, yang pedih itu ubat. Yang sedih itu penawar. Siapalah kita ini… kita hanya hamba, bukan tuan, bukan Tuhan.  Sebagai hamba kita layak diuji. Tidak ada pilihan, kehilangan ini telah berlaku. Ujian ini maktub. Sama ada kita terima atau tidak, ia tetap berlaku. Pilihan yang masih tinggal buat kita ialah, untuk sabar atau tidak. Jika sabar, ada kebaikan dan manfaatnya. Jika tidak sabar, banyak keburukan dan mudaratnya.”

“Apa kebaikan kehilangan ibu buat anak yang sedang menyusu ini ustaz?”
“Saya yakin pertanyaan ini bukan kerana mempertikaikan tetapi benar-benar inginkan penjelasan..”

“Maha suci Allah. Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Tetapi insan kerdil seperti saya ini manalah dapat melihat sesuatu yang tersirat di sebalik semua ini.”

“Kita semua insan kerdil di sisi Tuhan. Dari segi adab seorang hamba, kita wajib yakin bahawa di sebalik pemergian isteri, yakni ibu kepada anak-anak saudara ini pasti ada kebaikannya.  Tetapi sebagai seorang manusia juga, kita tidak dapat menahan diri daripada bertanya kenapa? “

“Sesetengah takdir memang tidak akan kita ketahui apa maksud baiknya.  Itulah iman. Perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah. Mana mungkin seorang hamba tahu semua maksud takdir Ilahi? Yakini sahaja pasti ada kebaikan.”

“Jadi peranan akal di mana ustaz?”
“Akal kita mesti terus berfikir. Jangan dimatikan. Tetapi berfikirlah ke arah kemungkinan-kemungkinan kebaikan  di sebalik takdir.”
“Contohnya?”

“Contohnya, Allah mematikan ibu bagi anak-anak saudara untuk membentuk mereka menjadi pemimpin besar di kemudian hari nanti. Lihat para Rasul, nabi, ulama, dan pemimpin dunia, ramai yang berasal daripada anak yatim. “
“Mungkin juga Allah hendak menyelamatkan anak-anak saudara daripada menjadi anak yang derhaka. Lihat betapa ramai ibu yang telah tua renta, telah disia-siakan dan diherdik oleh anak-anaknya sendiri… Mujur, anak saudara telah terlepas daripada dosa derhaka kepada ibu,” tambah saya.

Dia mengangguk-anggukkan kepala seketika seraya berkata,” akal kita berfikir ke arah mencari kebaikan di sebalik ujian ini. Jangan berfikir sebaliknya. Berfikirlah untuk menjustifikasikan kebaikan takdir Allah, bukan keburukannya. Itu lah tanda kita bersangka baik kepada Allah.”

“Oh… begitu.  Fikiran kita mesti dikawal dan terarah, bukan disekat, apalagi dimatikan.”

“Bersangka baiklah kepada Allah dengan mencari  kebaikan di sebalik setiap takdirNya. Insya-Allah kita akan mendapat  kebaikan,” pesan saya sekalipun jauh di sudut hati menyedari saya sendiri juga masih terkial-kial dalam menerima takdir Ilahi.

“Saya sunyi ustaz. Kadangkala patah semangat untuk bangun kembali. Banyak cita-cita dan impian yang pernah kami kongsi bersama tidak kesampaian…”
“Usah begitu saudara. Sunyi itu apabila hati kita lupa mengingati Allah. Hati yang mengingati Allah tidak akan kesunyian. Cari dan binalah hati itu. Pada solat, pada Al Quran, pada selawat, pada masjid ini ada penawar kesunyian itu. Saudara tidak tersisih, bahkan terpilih untuk mencari dan menemui cinta Allah.”

Dia tunduk. Tergenang air matanya. Saya memegang belakang kepalanya seperti seorang ayah terhadap anaknya. Itu sahaja yang mampu saya lakukan.  Begitulah jika bahasa kata gagal untuk mencapai maksud, bahasa rasa cuba disampaikan melalui belaian.

“Ada masanya saya menangis ustaz. Berdosakah kesedihan ini?”
“ Tidak. Malah itu fitrah.”

“Namun ada yang lebih penting daripada itu.”
“Apa yang lebih penting daripada itu?”

“Peringatan Allah kepada saudara, saya dan semua manusia. Firman Allah, “Katakanlah, Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga mu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (At Taubah,24).”

“Nampaknya saya belum tega, tetapi melalui tragedi ini seolah-olah Allah paksa saya ustaz… paksa saya mencintai-Nya lebih daripada yang lain.”
“Syukurlah dengan paksaan ini. Jika tidak dipaksa  mungkin kita alpa. Allah lebih sayang akan hamba-Nya lebih daripada ibu menyayangi anaknya. Ibu yang baik akan memaksa anaknya yang sakit memakan ubat yang pahit. Begitulah kita… yang sakit, sepi dan sayu ini umpama  ubat yang Allah paksakan kita untuk menelannya demi menyembuhkan penyakit cinta selain-Nya yang  bersarang di hati kita,” pujuk saya.

“Masih ingat impian yang pernah dibina dengan Allahyarham isteri?” tanya saya sambil memegang bahunya.

Dia mengangguk-angguk. Air matanya tergenang. Sungguh, saya terus mencari kata-kata sedangkan mata sendiri sudah berkaca dengan air mata.
“Jika dia masih hidup tentu dia ingin impiannya tercapai. Ingin melihat kedua anak ini membesar sebagai anak yang soleh… Mari kita penuhi hajatnya. Mari kita penuhi impiannya. Jika benar kita sayangi yang telah pergi, mari kita penuhi cita-citanya pada yang kedua anak yang ditinggalkannya ini. 

Kita mesti bangun daripada kesedihan ini. Jika tidak, impian itu akan berkecai. Buktikan cinta saudara dengan melaksanakan amanah ini. Dan semua amanah ini tidak akan dapat ditunaikan sekiranya saudara terus bersedih…” ujar saya akhirnya.

Bapa muda itu merenung saya. Anaknya sudah tertidur di pangkuannya. Bapa lelaki muda itu masih mendukung anak kecilnya, turut tekun mendengar. Saya yang duduk bertemu lutut dengannya sejak tadi teringat semula kisah-kisah yang pernah saya dengar sepanjang kehidupan ini. Ada isteri yang kehilangan suami. Ada suami yang kematian isteri. 

 Begitulah ajaibnya Allah ‘memanggil’ sesetengah manusia kepada cintaNya… melalui kehilangan!

Selasa, 3 Disember 2013

Tahniah

Tahniah kepada Umno-BN kerana menepati slogannya “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Terkini ialah kejayaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik pula. sebelum ini, Umno-BN telah menaikkan harga petrol dan diesel sebagai hadiah segera kepada rakyat yang memberinya mandat memerintah Malaysia sekali lagi.

Tahniah juga kepada rakyat Malaysia khususnya yang mengundi Umno-BN pada pilihan raya yang lalu. Kepada yang marah-marah kerana tarif elektrik naik, anda boleh guna lampu minyak tanah atau yang setara dengannya.

Nasihat ini sama seperti yang ditujukan kepada penentang kenaikan harga ayam sebelum ini. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam. Jika marah harga minyak naik, jangan guna minyak – gunalah basikal atau kereta lembu.

Saya juga berpandangan bahawa pak menteri tidak perlu susah-susah memikirkan alasan kenaikan tersebut. Hal ini kerana kami sedia maklum bahawa jawapannya – harga tersebut lebih rendah berbanding negara jiran atau anda boleh pindah ke negara lain.

Kini, saya juga tidak sabar-sabar pula menunggu pelaksanaan penuh Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau ringkasnya CBP – tetapi Umno-BN lebih suka guna bahasa Inggeris iaitu GST, ringkasan kepada Goods, Services and Tax – apa kelas guna bahasa Melayu, tak glokal langsung.

Bagi saya, inilah masa yang paling cun untuk menaikkan segala macam cukai. Maklumlah, Pilihan Raya Umum ke-14 masih jauh lagi. Kepintaran pimpinan Umno-BN membaca mood rakyat sukar disangkal, mereka amat faham jika kenaikan ini dilakukan kurang dari setahun PRU, tentunya rakyat akan marah.

Dan saya amat kagum dengan bangsa saya sendiri kerana memiliki sifat pemaaf dan muda lupa. Sifat terpuji ini mungkin tiada pada bangsa lain. Walaupun tanah air mereka sedikit demi sedikit tergadai kepada warga dan bangsa lain, mereka bersedia memaafkan Umno-BN apabila mendapat sedikit imbuhan seperti BR1M atau seumpamanya – benar seperti yang dikatakan Tun Mahathir, “Melayu mudah lupa”.

Selain itu saya memuji sifat sabar dan pemurah sebahagian rakyat Malaysia. Walaupun laporan audit negara menyatakan bahawa dana awam digunakan untuk “menderma” kepada pembekal peralatan jabatan kerajaan dengan membayar lebih dari sepatutnya. 

Laporan audit menyatakan bahawa kerajaan telah membeli Marine Binocular  dengan harga RM 56,350 berbanding pasaran RM 1,940. Nah, terbukti sifat pemurah jabatan kerajaan yang diterajui oleh Umno-BN. Itu laporan audit 2012 sebelum PRU13! Kemenangan Umno-BN membuktikan rakyat memang sayangkan Umno-BN kerana sifat pemurahnya dalam membelanjakan dana awam.

Sebahagian rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tidak kisah apa-apapun yang naik – asalkan hujan turun. Yang penting setiap kali pilihan raya mereka akan dapat beras sekampit dua, bertemu muka dengan pak menteri dan seronok mendengar janji berjuta-juta. 

Mereka tidak kisah pun tinggal di atas tanah yang tiada geran hak milik walaupun permohonan untuk memilikinya sudah masuk generasi kedua. Mereka juga tidak peduli YB mahu hidup senang dalam banglo mewah sedangkan rakyat hidup dalam rumah yang hampir runtuh. Mereka gembira dan tumpang bangga YB dapat pakai kereta berjenama dan bermutu seperti Mercedez, BMW, Volvo pada harga diskaun sedangkan rakyat terpaksa membeli kereta proton pada harga bercukai.

Ya, itulah sifat-sifat baik dan terpuji sebahagian rakyat Malaysia – menang sorak kampung tergadai. Terima kasih sekali lagi kepada Umno-BN dan tahniah kepada rakyat yang memberi mandat.

luahan

Keluhan seorang Profesor Jusa B, bekas Dekan dari sebuah IPTA
SAYA mulakan surat ini dengan rasa rendah diri yang amat sangat. Saya merupakan seorang profesor Jusa B yang kini masih berkhidmat dengan salah sebuah universiti perdana tanah air. Dalam usia yang kian menuju ambang persaraan dan dengan sedikit pengalaman yang Tuhan berikan ketika menetap sepuluh tahun di luar negara, izinkan saya meluahkan perasaan yang sudah tidak dapat ditahan-tahankan lagi.
Dalam tempoh hampir 30 tahun bergelar pensyarah, saya turut pernahmenyandang jawatan sebagai Dekan juga pengarah dalam beberapa jabatan lain di universiti. Oleh itu, dengan pengalaman itu saya berpendapat bahawa saya berhak untuk menyuarakan isi hati setelah suara saya dan rakan-rakan profesor tidak pernah didengari oleh pihak pendaftar universiti mahupun Kementerian Pengajian Tinggi.
Bulan April adalah bulan yang paling ditakuti oleh para pensyarah universiti IPTA kerana penilaian prestasi (Key Performance Indicator – KPI) mereka akan dinilai. Sejak kebelakangan ini, apabila KPT terlalu mementingkan “rangking dunia,” maka ramai (sebahagian besar pensyarah) ini akan mendapat markah di bawah prestasi 80 markah kerana gagal menerbitkan jurnal bertaraf antarabangsa (SCOPUS dan ISI).

KPI Pensyarah Malaysia Mengikut ketentuan Kuasa Barat?

Masalah ini kian parah apabila jurnal SCOPUS dan ISI ini turut menjadi syarat wajib untuk permohonan kenaikan pangkat. Persoalannya di sini ialah, siapakah yang menentukan pengiktirafan SCOPUS dan ISI ini? Seperti yang dimaklumi bahawa pengiktirafan SCOPUS dan ISI ini adalah di bawah bidang kuasa penerbitan yang bernaung di Barat. Hal ini bermakna juga bahawa KPI pensyarah-pensyarah ini berada di bawah ketentuan kuasa Barat. Bukankah aneh, seorang kakitangan kerajaan Malaysia, prestasinya dinilai atau ditentukan oleh negara Barat? Dan, hal ini tidak berlaku kepada kakitangan awam Malaysia yang lain.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang kakitangan awam Malaysia, KPInya ditentukan oleh kuasa Barat? Lebih malang lagi nasib ini menimpa kepada pensyarah yang berada dalam bidang sains sosial yang kajian dan penyelidikan mereka benar-benar terbatas kepada mempertahankan maruah dan nasib bangsa, agama, bahasa, sejarah, sastera dan kebudayaan Melayu yang kita sedia maklum tidak pernah dihargai atau mendapat pengiktirafan kuasa penjajah.
Gaji Pensyarah 2013Jika hal ini berterusan, maka tidak hairanlah pada hari ini jawatan pensyarah bukan menjadi pilihan golongan muda. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pihak KPT ialah memberi pengiktirafan kepada jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh universiti mahupun institusi tempatan yang lain. Perkara yang paling penting ialah budaya penulisan jurnal dapat berkembang hebat dan budaya penulisan penyelidikan dapat terus subur dalam negara. Menerbitkan jurnal bukanlah semudah yang disangkakan. Sekirannya hal ini masih dipandang sebelah mata, maka adalah malu seorang pensyarah yang kelulusan sarjana atau doktor falsafah (PhD) dan bekerja di universiti tempatan, markah KPInya berada pada bawah paras “malas” atau “sakit” sedangkan mereka mempunyai dedikasi yang tinggi dalam pengajaran dan melakukan tugas-tugas rasmi universiti seperti membentang kertas kerja, menghadiri seminar, menjadi perunding kepada beberapa organisasi kerajaan dan sebagainya.
Perkara kedua ialah tentang gaji pensyarah. Aneh dan pelik kerana sepanjang 30 tahun saya bertugas sebagai pensyarah, gaji pensyarah tidak pernah melalui penstrukturan semula berbanding gaji guru yang saya lihat begitu drastik perubahannya. Bayangkan seorang guru pakar (guru cemerlang) yang hanya berkelulusan ijazah pertama layak menerima gaji bergred DG52 (setaraf dengan gred gaji pensyarah berkelulusan PhD) atau DG48 sedangkan seorang pensyarah yang berkelulusan sarjana dan bergred DS45, mengajar pula calon-calon sarjana tetapi menerima gaji yang lebih rendah daripada itu.
Lebih malang lagi ialah, sebahagian besar pensyarah bergred DS45 ini merupakan bekas-bekas guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan guru mereka yang berada di sekolah atau di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Kolej Matrikulasi, maka golongan pensyarah ini seperti sengaja dizalimi. Lebih memalukan lagi jika dibandingkan dengan guru-guru sekolah yang mengajar Tingkatan 6 (pra-universiti), dengan pengalaman kurang 10 tahun tetapi turut menerima gaji gred DG48/DG44.
Inilah satu kezaliman dalam kes pembayaran upah dan guna tenaga kerja kepada pensyarah. Oleh itu, saya mencadangkan supaya gred gaji pensyarah tanpa PhD perlu dinaiktarafkan kepada DS52 (atau setara dengan tingkat gaji DG48) dan pensyarah berkelulusan PhD dinaik taraf ke Gred DS54 dan begitulah seterusnya. Situasi ini akan dapat menunjukkan status dan kedudukan pensyarah di mata dunia setanding usaha memartabatkan golongan profesional.
Secara peribadi, saya melihat skim perkhidmatan pensyarah IPTA pada zaman ini adalah amat menyedihkan berbanding guru sekolah. Golongan ini terpaksa berhadapan dengan satu persaingan dunia yang jumud dan amat menekan. Pensyarah hari ini lebih teruk daripada seorang guru yang terpaksa berhadapan dengan cabaran atau kemungkinan pertembungan budaya ilmu. Tentunya pertembungan ini menuntut iltizam dan komitmen yang tinggi sebagai satu usaha persaingan yang sihat.
Malangnya, semua usaha yang dilakukan oleh pensyarah bagi melonjakkan impian Malaysia untuk menjadi pusat pengajian ilmu terbaik Asia tidak pernah dihargai. Inilah kelemahan bekas Menteri Pengajian Tinggi, iaitu YAB Dato’ Khalid Nordin yang tidak pernah memikirkan nasib dan kebajikan pensyarah IPTA berbanding YAB Tan Sri Mahyudin Yassin yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh membela nasib guru.
Sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang pensyarah pelawat di Amerika, hal-hal sebegini tidak berlaku. Penilaian prestasi (KPI) seseorang pensyarah dinilai kepada sebanyak mana mereka menyumbangkan ilmu dan kepakaran mereka kepada masyarakat. Sumbangan mereka menulis untuk penerbitan berkala, akhbar, majalah mahupun buku cerita kanak-kanak amat dihargai kerana para pensyarah itu dikatakan milik masyarakat.
Penerbitan jurnal berwazit dan bertaraf SCOPUS dan ISI hanya satu hambatan penerbitan untuk tujuan mendapatkan bonus tahunan. Hal ini bermakna, pensyarah yang berada di Barat itu amat rapat hidupnya dengan masyarakat dan mereka amat dihormati jiran tetangga atau masyarakat setempat. Situasi ini tidak berlaku di negara kita. Oleh sebab ingin mengejar penerbitan SCOPUS dan ISI, mereka seperti menjadi makhluk asing di taman perumahan atau menjadi kera sumbang yang mementingkan diri sendiri. Demi kerana mengejar “rangking” dunia universiti, adakah ini yang diinginkan oleh KPT? Kita perlu sedar bahawa untuk menandingi atau menyaingi Univesiti Havard, Oxford, Yale, Cambrige atau mana-mana universiti terbaik dunia bukan satu usaha mudah. Kita sepatutnya berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu jangan tergila-gila merebut status universiti terbaik dunia tetapi berfikir bagaimana untuk menjadi fakulti yang ada di dalam sesebuah universiti itu boleh menjadi fakulti terbaik dunia dengan menggunakan sepenuh tenaga dan kepakaran yang ada.
Universiti of Tokyo misalnya mempunyai Fakulti Kejuruteraan Automobil ketiga terbaik di dunia tetapi universiti ini berada dalam kelompok ke-100 dalam “rangking” dunia. Hal ini sepatutnya boleh berlaku kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya bagi menjadi Pusat Tamadun Melayu Dunia seperti Universiti of Leiden, Belanda atau juga Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengambil alih fungsi Universiti Al-Azhar, Mesir. KPT tidak berfikiran sedemikian sebaliknya yang difikirkan ialah “kegilaan” mengejar “rangking” dunia tanpa pernah mengukur pakaian pada badan sendiri.

Tugas Pensyarah Lebih Berat Daripada Guru , Tetapi Gaji Guru Lebih Lumayan!

Kepada KPT, fikirkanlah kebajikan dan nasib para pensyarah yang akan membawa impian dan nama universiti tempatan ke mata dunia sebelum mereka berhijrah ke universiti swasta (IPTS) yang menjanjikan pulangan yang lebih baik. Tugas pensyarah sebenarnya lebih berat berbanding guru sekolah. Mereka perlu membuat penyelidikan, menyelia tesis sarjana mahupun PhD, mengajar dan mereka juga menjadi milik masyarakat.
Adilkah mereka dibayar dengan gaji yang setara upahnya dengan guru jika beban tugas yang terpaksa dipikul itu lebih berat? Beberapa bulan lalu, dalam ruangan “Surat Pembaca” Berita Harian, jawapan oleh Unit Komunikasi Koprat terhadap keluhan seorang Profesor Pencen amat melucukan. Jawapan itu menunjukkan bahawa pegawai di KPT hanya memikirkan perut sendiri. Cuba kita bayangkan, wajarkah seorang pensyarah Gred DS45 (tanpa PhD) boleh menjawat jawatan profesor atau pengarah di universiti?
Tangga Gaji Pensyarah 2013
Apakah ertinya pengalaman 15 tahun bergelar guru, 5 tahun bergelar pensyarah dengan kepakaran yang dimiliki jika tidak dihargai oleh universiti? Jawapan-jawapan mereka yang merujuk juga kepada universiti mempunyai kuasa autonomi hanya satu jawapan bodoh dan menolak prinsip kemanusiaan. Ingin saya bertanya juga kepada KPT, sejauh mana kuasa autonomi KPM yang diberikan kepada IPTA?
Akhirnya, sebagai seorang profesor Gred Jusa B, saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap gaji dan jawatan kerana saya sudah menikmati kesemuanya itu. Apa yang saya harapkan ialah belalah nasib golongan pensyarah ini kerana di tangan merekalah akan lahirnya generasi hebat negara dan generasi bermodal insan yang bakal menyambung gagasan kepimpinan negara.
Seperti yang selalu saya suarakan di dalam mesyuarat dengan anggota senat-senat universiti bahawa sudah sampai masanya pihak KPT berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu memastikan bangsa mereka berada di baris hadapan tanpa membunuh jati diri bangsa. Budaya menginsafi falsafah Melayu “kera di hutan disusukan; anak mati dalam pelukan” perlu difahami sebaik-baiknya.

Gaji Pensyarah Malaysia VS Gaji Pensyarah Warga Asing?

Wajarkah rakyat Malaysia membayar gaji yang lumayan kepada pensyarah warga negara asing yang berkelulusan sarjana dan tidak menyumbangkan apa-apa dalam dunia penerbitan? Fikirkan kebajikan dan nasib pensyarah-pensyarah warga tempatan ini, khususnya pensyarah-pensyarah muda yang bakal memikul tanggungjawab dan amanah untuk 10 atau 20 tahun lagi. Jika Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melakukan banyak penambahbaikan dalam mengangkat martabat guru, sepatutnya hal yang sama juga berlaku kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sebagai penutup surat ini, sekali lagi saya merayu agar KPT dapat memikirkan kewajaran pandangan dan cadangan saya ini supaya kita sama-sama dapat mengangkat martabat dan memikirkan kebajikan golongan pensyarah yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana pihak sejak 10 tahun kebelakangan ini.