Sabtu, 14 Disember 2013

Nabi Harun AS

Kisah Janggut Nabi Harun Berwarna Dua | Nabi Musa Alaihisalam telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima wahyu. Semasa pemergian Nabi Musa, segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun a.s. Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.

Ketiadaan Nabi Musa a.s telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri. Dia telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah setelah pulang dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir di tengah lautan yang kering itu. Dengan segala usaha yang dilakukan oleh Nabi Musa, kuda yang ditungganginya tetap tidak mahu meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah.

Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda betina. Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunngangi oleh Nabi Musa telah mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail. Samiri yang ikut serta dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat.

Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina, Samiri membuat patung seekor lembu daripada emas murni. Setelah siap, patung itu diisinya dengan pasir yang di ambil dari bekas tapak kaki kuda Jibrail. Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu tersebut dapat mengeluarkan suara. Melihat keadaan tersebut, umat Nabi Musa datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu yang menakjubkan itu.

Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah bahkan umatnya mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya jika Nabi Harun terus melarang mereka meyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat berbuat apa-apa untuk melarang mereka daripada terus menyembah patung tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad.


Nabi Harun telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah yang tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.

Subhanallah


25 Gambar Tempat Di Dunia Yang Menakjubkan Tapi Kelihatan Tak Real – Pernahkah anda melihat tempat yang cantik tapi macam tak real je. Sebenarnya tempat ni memang wujud namun kebanyakkannya masih tak percaya kecantik gambar tempat ni yang mana ianya seolah-olah di edit. Lihat gambar kat bawah.



Subhanallah.. Cantiknya semua gambar-gambar ni. Rasanya, anda teringin tak menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang dinyatakan di atas. Mestilah teringin kan.. Tapi sebaik-baiknya, pergike Mekah dulu lagi bagus.. Ye tak?

Batu

Kebanyakan batu-batu kerikil kecil kelihatan agak sama dan warna-warnanya pun tidak menyerlah, tetapi ahli geologi Itali telah mendedahkan kecantikan tersembunyi mereka menggunakan mikroskop berkuasa.

Batu kerikil dilihat bawah mikroskop nampak warna-warni

Imej-imej yang difotokan beliau menunjukkan serpihan berwarna-warni dalam warna terang pelangi boleh membawa anda untuk membayangkan bahawa anda sedang mencari melalui kaleidoskop daripada bahagian dalam batu setiap hari.

Imej-imej luar biasa oleh profesor Bernardo Cesare, 50, dari University of Padova, Itali ini adalah imej batu-batu kecil yang diperbesarkan yang dikutip ketika bercuti di Sepanyol.


Batu kerikil dilihat bawah mikroskop nampak warna-warni

Batu kerikil dilihat bawah mikroskop nampak warna-warni

Batu kerikil dilihat bawah mikroskop nampak warna-warni

Batu kerikil dilihat bawah mikroskop nampak warna-warni

Batu kerikil dilihat bawah mikroskop nampak warna-warni






Ini lah rupa batu-batu kerikil yang difotokan secara biasa

suci hati

Apabila bercakap tentang KEMATIAN
Kenapa kita perlu LATIH DIRI SUCIKAN HATI dan jadi orang yang dekat dengan TUHAN?
kerana kita TAK TAHU BILA AJAL kita akan datang

maka
kalau kita jadi manusia yang .......

....... sekejap INSAF sekejap LALAI
sekejap LEBAI sekejap KEBABAI
nanti datang AJAL waktu kita LALAI dan KEBABAI
macam mana tu bai?

sebab itu kena LATIH DIRI sentiasa istiqomah
jauhi maksiat, dosa dan sifat-sifat mazmumah
sentiasa ZIKIR dan dekat dengan ALLAH

LATIH DIRI beramal ibadah sampai merasa KEMANISANNYA
tidak BERKIRA apa yang dibuat dan lakukan seikhlasnya
mudah-mudahan datang ajal diwaktu kita BERZIKIR padaNya
kerana sudah terbiasa dan menjadi tabiat kita

SEMOGA kita tidak Takabbur, Riya', 'Ujub, Sum'ah dan sebagainya sifat-sifat buruk
agar tidak menjadi manusia terkutuk
jangan menjadi LEBAI TAKABBUR
Kerana Iblis mula dilaknat oleh Allah akibat Takabbur
Setelah berpuluh ribu tahun dia BERIBADAH kepada Allah
akibat busuknya hati akhirnya dia KALAH


~ Al-Faqir ila Allah ~

Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih bahaya dari kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir.  [Petikan dari kitab Al-Hikam]

ingat Allah

"Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya." [HR Al Hakim]

Al-Fudhail bin 'Iyadh r.a berkata, "Sesungguhnya seorang hamba dapat melakukan taat ibadat kepada Tuhan itu hanya menurut kedudukannya di sisi Tuhan, atas perasaan imannya terhadap Tuhan, atau kedudukan Tuhan di dalam hatinya."  [Petikan dari kitab Al-Hikam - Syeikh Ibnu Atho-illah]

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka;" (Surah al-Anfaal : Ayat 2) 

"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takabbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal salih); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan dengan perasaan takut serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka." (Surah as-Sajdah : Ayat 15 - 16)

Perkara pokok dalam memahami kedudukan kita di sisi Allah s.w.t adalah dengan melihat bagaimana keadaan hati kita terhadap Allah s.w.t. Jika hati kita lalai dari mengingati Allah s.w.t maka kedudukan kita adalah hamba yang lalai. Jika hati kita kuat bergantung kepada amal maka kedudukan kita adalah ragu-ragu dengan jaminan Allah s.w.t. Jika hati kita kuat bertajrid itu tandanya kita didudukkan hampir dengan-Nya. 

Jika kita sabar menghadapi ujian bala itu tandanya kita didudukkan dalam golongan pilihan. Jika kita redha dengan apa juga takdir Allah s.w.t itu tandanya kita didudukkan dalam kumpulan yang diistimewakan. Jika kita merasakan diri kita kosong dari segala sesuatu, yang ada hanya Allah s.w.t, itu tandanya kita berada di dalam makam makrifat. Jika kita berasa senang dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w itu tandanya kita orang Islam. 

Jika gementar hati kita bila mendengar peringatan kepada Allah s.w.t dan mendengar ayat-ayat-Nya dibacakan itu tandanya kita seorang Mukmin. Jika sifat benar sebati dengan kita dalam segala keadaan itu tandanya kita seorang muhsinin. Jika kita menjalankan perintah Allah s.w.t dengan tepat, bersungguh-sungguh meninggalkan larangan-Nya itu tandanya kita seorang muttaqin. Jika kita berasa akan kehadiran Allah s.w.t pada setiap ketika itu tandanya kita seorang muqarrabin. Jika kita merasakan wujud diri kita lebur di dalam Wujud Mutlak itu tandanya kita seorang ariffin. 

Jika kita gemar menangis dalam mengingati Allah s.w.t di samping melihat bala dan nikmat, senang dan susah, sihat dan sakit, penolakan dan penerimaan dan segala perkara yang bertentangan tidak lagi berbeza pada penglihatan mata hati kita itu tandanya kita dikuasai oleh Cinta Allah s.w.t. Jika apa sahaja yang kita hadapi memperlihatkan Wujud Allah s.w.t itu tandanya kita baqa atau kekal bersama-sama Allah s.w.t. Lihatlah di mana kita didudukkan, di situlah kedudukan kita di sisi Allah s.w.t.  [Syarah Al-Hikam oleh Tok Faqir An-Nasirin]