Rabu, 25 Disember 2013

moh solat!

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus
5. Kalau kita sakit jgn takut utk solat, atleast kalau mati, mati dalam solat
- ustaz haslin baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani
10. Jgn cakap: "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!" Tapi cakap: "Jom solat, Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

Sabtu, 21 Disember 2013

taman cinta

Yang kaya terus menambah kekayaan. Sedangkan yang miskin terus dihimpit penderitaan. Apabila jurang pendapatan antara si kaya dan si miskin makin luas maka timbullah hasad pada diri si miskin dan takbur dalam hati si kaya. Lalu hasad dan takbur pun ‘bertempur’.
Akibatnya, runtuhlah persaudaraan, suburlah persengketaan. Jika dalam organisasi, hilanglah ukhuwah. Jika dalam masyarakat, meningkatlah jenayah.  

“Aku layak menikmati kekayaan ini kerana usaha ku,” kata si kaya.  
“Tapi kau kaya dengan bantuan keringat ku, “ balas si miskin.
Aku yang sejak tadi terus memerhati. Dialog maraton antara si kaya dan si miskin. Taman indah lokasi pertemuan itu ‘terbakar’. Dialog itu meresahkan. Ah, aku jadi rindu pada pertemuan si miskin yang sabar dan si kaya yang syukur… walaupun bukan di sebuah taman.    
“Aku mampu. Aku boleh menukar kereta ku. Tahun hadapan aku akan beli beberapa lagi daripada model terbaru.”
“Kau lihat satu-satunya motosikal cabuk ku. Tahun hadapan ia akan menjadi besi buruk. Di mana simpati dan empati mu?”
Aku diusik untuk berfikir. Pertembungan rasa antara si kaya dan si miskin bukan baru. Ia sudah lama berlaku dalam sejarah peradaban manusia. Dan ia juga turut terjadi dalam sejarah kehidupan Rasulullah dan para sahabatnya. Terbayang semula kisah pengaduan si miskin kepada Rasulullah SWW:

Pada suatu hari, serombongan fakir miskin daripada golongan Muhajirin datang mengeluh kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Ya Rasulullah! Orang kaya mengaut dan membolot semua pahala sehingga mereka mencapai darjat yang paling tinggi.”

Lantas Rasulullah SAW bertanya: “Mengapa kamu berkata demikian?” Ujar mereka: “Mereka menunaikan solat seperti kami bersolat, mereka pun berpuasa seperti kami berpuasa, mereka bersedekah sedangkan kami tidak bersedekah, dan mereka pula memerdekakan hamba, pada hal kami tidak memiliki kemampuan untuk berbuat demikian.”

Selepas mendengar keluhan golongan fakir miskin tadi, Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat mengejar dan mengatasi mereka dan tidak ada seorang pun yang lebih utama daripada kamu, kecuali orang yang berbuat seperti perbuatan kamu itu?” Jawab mereka dengan bersemangat: “Sudah tentulah, Ya Rasulullah. Kemudian Nabi SAW berkata lagi: “Bacalah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali sesudah selesai solat kamu. 

Selepas menerima pesanan Rasulullah SAW, mereka pun pulang ke rumah masing-masing dan terus melaksanakannya. Tidak lama kemudian, golongan fakir miskin pun datang kembali menghadap Rasulullah SAW sambil merintih: “Ya Rasulullah! Saudara kami orang kaya mendengar dan melihat perbuatan kami, lalu mereka pun berbuat seperti perbuatan kami. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kurnia Allah SWT diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Riwayat Bukhari) 

Subhanallah, satu kesah yang hebat. Pertembungan antara sahabat yang kaya dan miskin ketika itu bukan kerana hasad dan takbur. Namun kerana ibadah dan jihad. Perlumbaan untuk sama-sama merebut cinta Allah. Si miskin ‘cemburu’ kerana si kaya dapat merebut lebih banyak pahala. Sedangkan si kaya bukan sahaja tidak takbur, malah terus bersaing dengan si miskin dalam memburu.

“Wahai si miskin…, “ laung ku sambil melambai tangan memanggil. Si miskin pun datang, “ada apa tuan hamba? Apakah ada harta untuk diberikan pada hamba?”
“Tidak ada harta. Cuma aku akan ceritakan jalan untuk mendapat pahala.”
Si miskin mencemikkan mukanya.

“Kalahkan si kaya itu dengan sabar mu!”
Si miskin terus memasamkan muka.
“Pergi ke masjid, pergi ke tempat-tempat yang baik,  buatlah kebajikan dengan motosikal mu.  InsyaAllah, motosikal cabuk yang membuat kerja kebaikan dan kebajikan lebih baik di sisi Allah berbanding kereta besar yang membesarkan ego tuannya.”       

“Aku benci pada si kaya yang licik memanipulasi dan mengeksploitasi kaum marhaen seperti kami. Dia mengaut isi, sisa kuah dicampakkan kepada kami. Aku benci pada nepotisme dan kronisme dalam skala mikro dan makro.”

Subhanallah. Si miskin ini bukan orang sembarangan. Dia seorang pejuang rupanya. Tetapi dia pejuang yang marah. 
“Aku boleh kaya kalau rela jadi pembodek. Tapi aku ingin jadi pejuang seperti Che Guevara, tapi bukan sisi komunisnya. Musuh ku sama. Semua kapitalis, jenama agama atau nasionalis!”
“Abu Zaar RA sahabat Rasulullah, juga penentang tegar kemewahan dan pembaziran. Bukan kerana hasad, tetapi kerana jihad. Tegurannya tajam, atas kebimbangannya bahana kekayaan yang boleh merosakkan agama dan cinta Allah.”

“Tuan hamba, lihat sahaja Sang Kapitalis itu… bila terguris sedikit sahaja daripada keuntungannya, kami yang di bawah ini akan jadi mangsanya. Pendapatan kami yang memang sudah sedikit itu yang dikurangkannya.”
“Carilah ketenangan, bukan kesenangan… kualiti jiwa mu bukan kuantiti harta mu,” pujuk ku.  
“Ini sudah takdir. Begitu nasihat tuan hamba?”

“Jangan miskin jiwa, walaupun terpaksa miskin harta. Berjuanglah menentang kemiskinan tetapi jangan hasad kepada si kaya,” balas ku perlahan.
“Rumah kami sempit dan terhimpit sedangkan Si kaya itu terus mengumpul harta dan menambah bilangan tanah.”

“Biarlah. Fikirkan keluasan kubur mu. Jangan disempitkan oleh dosa mu. Luaskan kuburan dengan zikir dan Al Quran.”
Si miskin itu menggeleng-gelengkan kepala. Lalu berlalu dengan berkata, “lawan tetap lawan!
“Duhai Si kaya…” laung ku. Kali ini memanggil si kaya. Dia menoleh angkuh.
“Kau memanggil aku?” jeritnya dari jauh.

Aku mengangguk.
“Apa yang kau mahu? Minta sedekah? Minta derma?” tanya si kaya sebaik sahaja bertemu muka.

“Aku hanya ingin berbicara…” ujar ku pendek.
“Bicara yang produktif sahaja. Aku kesempitan waktu untuk cakap-cakap kosong. Banyak temu janji ku dengan atasan.”

“Aku hanya ingin sembang-sembang tentang kasih sayang dan persaudaraan.”
“Kau dengar cakap ku… Aku kaya kerana usaha ku. Aku ternama kerana pernah susah. Marhaen itu malas dan suka memberontak. Layak mereka miskin dan terhina. Aku tak perlu kasih sayang mereka, yang aku perlu hanya keringat mereka. Itu pun aku membayarnya!”   
“Kekayaan bukan anugerah tapi amanah. Untuk memberi lebih banyak bukan untuk terus menambah dan menambah.”

“Salahkah aku menambah harta? Salahkah aku jadi kaya? Semuanya halal.”
“Halal itu dihisab. Memang tidak salah tetapi fitnah harta sangat berbahaya. ”
“Aku juga faham agama. Aku juga menambah ibadat. Aku juga mencari pahala dengan solat sunat, sering berpuasa, melaksanakan umrah dan berzikir…  ”
“Bagaimana usaha mencari pahala dengan harta mu?”
“Aku pilih ibadah yang tidak pakai modal. Itu lebih menjimatkan. Pahala pun dapat. Duit pun selamat. Solat, puasa, zikir… ”

“Kalahkan si miskin itu dengan ibadat yang mereka tidak mampu buat!”
“Apa dia?”
“Beribadah dengan harta mu… Keluarkan zakat, sedekah, wakaf, tambah gaji pekerja-pekerja mu, bantuan kewangan kepada orang yang memerlukan. Kata Imam Ghazzali itulah ibadah yang utama bagi orang kaya selepas ibadah-ibadah wajibnya. ”
“Tapi ingat aku selalu mengerjakan umrah. Itu pun pakai duit juga…”
“Mari ku ceritakan kesah ini…”

Lalu aku pun bercerita:
“Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi terkenal, Bisyr bin Al Harits untuk mengucapkan selamat berpisah kerana dia hendak mengerjakan ibadah haji buat kali kedua. Dia berkata, “Aku berniat pergi haji. Adakah sesuatu yang hendak engkau sampaikan kepada ku untuk aku lakukan?”

“Berapa banyak wang yang kau siapkan untuk bekalan?” tanya Bisyr.
“Dua ribu dirham.”
“Apa tujuan engkau mengerjakan haji kali ini? Apakah kerana zuhud terhadap dunia atau untuk melepaskan kerinduan kepada Baitullah atau untuk mencari keredaan Allah?”
“Demi mencari keredaan Allah,” jawab lelaki itu tegas.

“Sekiranya engkau dapat meraih keredaan Allah, sedangkan engkau tetap tinggal di rumah mu dengan menginfakkan dua ribu dirham  itu, apakah engkau bersedia untuk melakukannya?” tanya Bisyr.

“Ya.”
“Kalau begitu pergilah dan infakkan wang dua ribu dirham itu untuk menolong sepuluh golongan manusia; seorang yang terbeban oleh hutangnya, lalu engkau bayar hutangnya; seorang miskin, lalu engkau baiki tahap hidupnya; seorang mempunyai keluarga yang ramai anak; seorang penjaga anak yatim , lalu kau gembira anak yatim yang diasuhnya…”


Bisyr menyambung lagi, “Sekiranya hati engkau cukup kuat untuk memberi wang itu kepada seorang sahaja di kalangan mereka, maka berikanlah! Sesungguhnya, perbuatan engkau memberi kegembiraan di hati orang Muslim dengan menolongnya menghadapi penderitaan, membantunya keluar dari kesusahannya dan menolong orang yang lemah, adalah jauh lebih utama daripada ibadah haji seratus kali (setelah haji pertama yang diwajibkan seumur hidup.)”
Biyr bin Harits menambah lagi, “sekarang engkau pergilah dan infakkanlah wang dua ribu dirham itu sepertimana yang aku cadangkan. Atau jika tidak, luahkan sahaja isi hati mu sekarang…”
Lelaki itu termenung  sebentar lalu berkata, “Wahai Abu Nashr (gelaran Bisyru Al Harit), niat untuk ku mengerjakan haji lebih kuat dalam hati daripada semua amalan yang kau ucapkan itu!”

Mendengar jawapan itu, Bisyr tersenyum dan berkata, “Memang, apabila harta diperoleh melalui perniagaan yang kotor atau syubhah, maka hati akan tertarik untuk memenuhi keinginan hawa nafsu dengan menampakkan dan menonjolkan amal-amal soleh (agar diketahui oleh orang ramai). Padahal Allah telah bersumpah demi dirinya sendiri, bahawa Dia tidak akan menerima selain amalan orang-orang yang bertakwa.”
Mendengar cerita itu Si kaya itu menggeleng-gelengkan kepala. Enggan. Lalu dengan keras dia berkata, “Harta ku adalah milik ku dan keluarga ku!” Dan Si kaya yang Takbur dan Si miskin yang hasad pun terus bertempur…

Apakah taman cinta itu akan terus terbakar?

Jumaat, 20 Disember 2013

Komet ISON

Sedikit Perkongsian Ilmu...
Harap sabar membacanya...

PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS

Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberpaa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam
berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.


Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH

Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari. Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar
35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakinketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.


Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.


Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.


Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!
Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. 


Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi
akan "flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.


Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi lautakan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan
tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat
melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".


Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu. Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui keranasemuanya adalah perencanaan Ilahi. 


Sama ada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.
Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Sama ada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W "


“.. antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya
menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai ”
Kata Saidina Ali RA Saidina Ali K.A.W mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga  abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap
abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. 


Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:
1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013.
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.


Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.-


Harakatul Muqawamatul Islamiyyah...

Terima kasih kerana sabar mmbaca..tepat jangkaan ku.malaysia akan jd iklim Mediterranean. Sbb akhir zaman