Sabtu, 9 Ogos 2014

insaf

"Semua benda payah." Desis hati kecil.
Rasa nak..
Meraung sekuat hati.
Menangis berbaldi baldi.
Dulu.


Semua baik baik saja.
But then. 
Semuanya berubah.
Semuanya makin payah.
Semuanya perlu bergegas.
Aku LETIH.


Assignment berlambak. Quiz test quiz test. Tambah tambah dah nak dekat final. Tanpa paham konsep setiap subject. Dengan diri yang tak terurus. Hati ni. Sakit. Kosong. Everything is not fine. Fikiran hanya focus soal assignment, revision tutorial, project. Urusan dunia. Semuanya kacau bilau. Huru hara! Letih penat!


Aku fed up. Dan give up.
But then again.
I was looking through the windowsill. While the rain is pouring. Beautiful. Subhanallah. Ah! Malas nak melayan kerja yang berlambak atas meja. Pen di flip 360 darjah. Buku bersepah atas meja. Laptop dibiar habis battery sia sia.
Pandangan dihala ke luar tingkap.
"Mesti ada satu benda atau something lah yang buat kau jadi tak terurus macamni."


Berdesing telinga.
"And why don't you reflect yourself first before assuming others as wrong?"
Hangat.
Pipi hangat dengan cecair jernih.
"Kau sebenarnya jauh dari Allah. Bukan Allah yang menjauh. Tapi kau. Kau yang menjauh. Kau yang letak tembok. Kau sendiri yang put a distance between kau dengan Allah in order to achieve kau punya mission kat dunia. Dunia SEMATA. you know what? Kau tak bersyukur. Lupa diri."
Dushhh.


And yes it's true. Sebabkan masa tak cukup dan terkejar masa nak study sampai tinggal tak baca langsung Quran? Sebabkan ada kelas straight berderet sampai lewatkan waktu solat and sampai kena qada' balik sebab tertinggal? OH! Sebabkan kepala semak dengan assignment and tugasan dari lecturer so lupa and lalai akan tugas sebagai khalifah kat dunia? Sampai lupa? HOW COULD I. ZALIM TERHADAP DIRI SENDIRI. Allahuakbar..
Nangis. Serious. 


N/p : don't forget Allah // Farid Sanullah
"You're down and out.. you just can't cope.. You wanna shout you lost all hope.."
Yes..


"On your knees.. begging please.. You turn and pray to find your way.."
Tears..
"Hey.. you make doa.. Allah's there.. whoever you are cos He cares..."
And when He cares..
"Then you forget.. to say thankyou Allah.. you forget to say In shaa Allah.. You forget to say Subhanallah.."
Such ungrateful me..


"Lets flashback lets backtrack.."
Ya Rabbi.
Aku jauh dariMu. Sebabtu hidup aku kelam. Huru hara. Aku lalai. Dah lama tak baca Quran dengan hati. Dah lama tak boleh menangis bila dengar ayatMu. Aku lalai. Lalai sangat..
"Therefore remember Me (Allah), I will remember you. And be thankful to Me (Allah), and do not be ungrateful to Me (Allah)." AlBaqarah [152]
Sticky note ditampal ke board. "Kau daie dan juga mad'u kalau kau nak masuk Syurga. Be a true Muslim. Sejati." Tampal ke board. Sambil sengih. 


Allah tengah tengok aku. Allah lihat setiap usaha aku. Malu lah kalau aku sengaja buat buat lupa akan Dia. How could i. Berdoa minta Allah kabulkan permintaan tapi tak pernah nak please Allah sungguh2.
Dear myself,


Tolonglah berubah. In order to achieve Jannah. Seimbangkan urusan dunia dan akhirat. Dunia kita genggam. Akhirat kita peluk ketat ketat. Decide. Nak jadi macam mana.
To live well or hell, we choose.


Senyum. "Aku. Khalifah Allah. Aku. Dai'e dan insha Allah bersedia jadi mad'u"
Forgive and forget all harm that others have causedyou. Forgive as many times as you want allah to forgive you. Forgive me too then. Sengaja atau tak sengaja. May Allah bless.

Yang penting. .. Subuh berjemaah. A kimi ada kat saf subuh berjemaah... Ilmu kimi-A! Milik Allah... Manusia jer yg faham kimi-A!... Panda dan jenazah xyah amik UPS. Panda duduk kat hutan buluh... Jenazah kite masukkan kubur 

dara

Besarnya dugaan lelaki nak meminang anak dara orang.
.
Budak-budak lelaki yang cuma nak main-main, couple suka-suka, takkan lalui benda ni sebab ketidakmatangan mereka menghalang sel-sel otak mereka berhubung dari memikirkan persediaan ke arah nikah.
.
Hanya orang yang betul-betul serius akan memahami.
.
Bila betul-betul serius suka. Betul-betul nak kahwin. Andai bernasib baik jumpa mentua yang betul-betul Islamik, anda tidak akan mengalaminya. Insya-Allah.
.
Namun, jika kurang bernasib baik, lelaki akan ditanya bakal mentuanya seperti ini.
,
"Kamu kerja apa? Or masih belajar? Bila nak habis? Lama lagi? Lulusan diploma? Degree? Master or PhD?"
.
"Berapa tahun kerja?"
.
"Kerajaan or swasta?"
.
"Tetap or sementara or kontrak?"
.
"Gaji sebulan berapa?"
.
"Kerja kamu ini apa masa depannya? Ada kenaikan gaji? Ada bonus? Elaunnya bagaimana?"
.
"Pergi kerja dengan apa? Kereta? Motosikal? LRT? Tumpang kawan?"
.
"Rumah sendiri or rumah sewa? Nanti dah nikah nak tinggal mana?"
.
"Agak-agak bila nak nikah? Persediaan macam mana?"
,
"Mampu tanggung anak kami macam kami tanggung?"
.
Fuh.
.
Berpeluh sampai ke tumit nak menjawab soalan macam ni. Jika jawapan kamu adalah,
.
"Baru kerja. Bukan kerajaan. Belum dapat status tetap or berpencen. Gaji masih peringkat starting tak sampai 1.5K sebulan. Tak sure masa depan syarikat tempat kerja, maybe short-term dan kena cari kerja lain yang lebih bagus. Pergi kerja dengan motosikal. Kadang-kadang naik LRT. Cadangan nikah tak dapat buat lagi tahun ni, maybe satu dua tahun lagi. Persediaan masih dalam perancangan. Lepas nikah maybe sewa rumah flat dulu sebab dalam proses nak loan kereta. Insya-Allah mampu kot."
.
Dengan jawapan temuduga yang tak berapa nak pass macam ni, belum tentu kamu akan diterima walaupun kamu suka sama suka dengan si anak. Tu contoh yang makan gaji. Kalau yang tak ada kerja langsung camana?
.
Di mata para ibu bapa gadis, mereka nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bila kamu jadi ibu bapa kelak, kamu juga nak pilih menantu yang terbaik. Takkan nak yang cikai-cikai, cukup-cukup makan je. Secara logiknya begitu.
.
Sebab tidak ramai ibu bapa yang betul-betul Islamik. Mereka ikut logik dan rasa tanggungjawab penuh sebagai ibu bapa sahaja.
.
Sungguh sukar untuk mencari ibu bapa yang kata,
.
"Tak kisahlah kamu kerja apa, kerja kat mana. Tak perlu keluarkan kos banyak-banyak. Cukuplah dengan apa yang kamu ada. Yang penting, kamu suka anak kami, ikhlas nak buat isteri dan kami sedia terima kamu sepenuhnya dengan seluas-luasnya hati kami. Kami alu-alukan kamu jadi keluarga kami. Welcome aboard to our big family." (senyum sampai telinga sambut kita)
.
Ada. Tapi susah. Ini realiti kehidupan modern sekarang. Tambah-tambah anak orang yang kamu nak itu berada dalam kategori orang berada atau kaya.
.
Berterus-terang dengan ketidakmampuan diri adalah cara yang terbaik. Andai ibu-bapa si gadis tidak berkenan dengan kita, tidak suka dengan kerja kita yang tidak menjamin kehidupan anak mereka, maka jalan terbaik adalah undur diri saja.
.
Bukan kerana tidak berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik, tapi bukan senang juga nak dapat kerja yang bagus dengan ekonomi yang tidak begitu baik dewasa ini.
.
Solusinya, bila ibu-bapa gadis terlalu inginkan yang terbaik, andainya ia terlalu membebankan kamu untuk capai sebagaimana demand mereka. Maka, sila undur diri saja.
.
Jika mereka mahukan menantu yang terbaik. Kita juga mahukan mertua yang terbaik. Mertua yang terbaik pada kita adalah yang memahami erti hidup Islam sebenar. Tidak demand ke tahap yang kita tak mampu lakukan. Nikah tidak rumit dalam Islam.
.
Lepaskan saja anak mereka, insya-Allah pandailah orang tua mereka matchkan dengan calon yang lebih baik sebagaimana ciri-ciri menantu impian mereka.
.
Bukan enggan berusaha, tapi berjaya tu tak datang sekelip mata.
.
Nasihat saya kepada semua lelaki, sila lengkapkan diri betul-betul sebelum jalani temuduga keluarga. Biar bersedia segala sudut. Jangan pergi dengan bekal kosong dan janji manis.
.
Aturan Allah itu terbaik. Jaminan Dia lebih baik dari jaminan kita. 
.
Bagi semua yang dah bergelar tunang atau isteri, hargailah lelaki masing-masing. Kerana bina masjid suci, tak semudah kita bermimpi. 
.
Mungkin juga kamu jarang melihat titisan air mata seorang lelaki demi nak jadikan kamu isteri di realiti.

Is-4

Assalamualaikum..
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan.

Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.

Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : “Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah… ?” keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.

Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?”, adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.

Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa kebahgiaan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah bermaksud :
“Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah Taala bermaksud :
“Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”(surah an-Nur :32)

Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.

Berani cuba? Janji Allah Benar! Maka jika yakin dengan janji-janji Allah, bersabarlah dan taati perintahNYA dan RasulNYA.

bohong

Hilang stress baca ni..heheheeheheb
cuba la... 
Awek : "Abang kerja kat maner?"
Abang : Abang pengusaha di beberapa hotel 4 dan 5
bintang kat KL ni
Awek : (terkejut) Abang tinggal kat maner?
Abang : "Damansara"
Awek : (wah! mesti kaya ni) Rumah abang mesti besar
kan??
Abang : Takde lah, rumah pun harga 200 ribu jer
Awek : (terbaek) Kereta abang mesti banyak kan??
Abang : Sikit jer cuma ada Ferrari, Jaguar, Mercedes, BMW
dan Mazda
Awek : (waa.. ni bakal suami ni) Abang dah ada isteri?
Abang : haa.. tu la.. sampai sekarang belum ada isteri..
Awek : (terbaek, boleh jadi laki ni) Abang merokok??
Abang : Morokok kan tak bagus untuk kesihatan tubuh
badan
Awek : (sihat too) Abang minum minuman keras tak?
Abang : Tak minum..
Awek : (Perghh..) Abang main judi?
Abang : Judi?? menghabiskan duit je main judi..
Awek : (sweetnye abang ni) Abang kaki disko?
Abang : Heh.. abang tak suka buang masa dik
Awek : (Ish.. abang ni memang hebatlah) Abang pernah
pergi Haji?
Abang : 3 kali haji, 6 kali umrah
Awek : (Subhanallah calon suamiku syurgawi) Hobi abang
apa??
Abang : Bohong orang...
Awek: %#@&% (bodo punya mamat nie)
K.E..L.A.K.A.R