SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.
Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)
Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat. Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.
* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
* Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.
Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.
Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
* Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
* Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.
Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.
Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.
Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
* Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.
Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.
Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.
Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.
Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 3 Oktober 2014
Rabu, 1 Oktober 2014
Ahad, 28 September 2014
korea
1. Annyeonghaseyo
Ini cara orang Korea cakap hello atau maybe nak mulakan percakapan biasanya digunakan
pada setiap masa tak kira waktu macam kita cakap Assalamualaikum. Tp bezanya kita mendoakan orang dengan salam yang diberi dan memberi salam itu sunat serta menjawab salam itu hukumnya wajib. Hehe. Bila nak cakap annyeonghaseyo cara yang bersopan santun orang Korea akan menundukkan sedikit badan mereka. Tidak lah sebongkok macam kita rukuk dalam solat. Jika umur kita sebaya atau bercakap dengan orang yang lebih muda blh la guna shortform "annyeong" tp kalau orang lebih tua dari kita atau lebih formal kena sebut penuh annyeonghaseyo.
2. Gamsahamnida/Kamsahamnida/Kumhosamnida - Perkataan untuk mengucapkan
terima kasih...
3. Mianhamnida -
To say I am sorry.. ada yang pakai biyanae....maybe ini bahasa surat kot...
4. Saranghaeyo - Ucapan yang sering disebut untuk melafazkan perasaan " I Love You".
5. Annyong higye seyo -
Ucapan "bye-bye" untuk 1 to 1. Kalau untuk ramai "annyong hi gae yon
6. Yeoboseyo - Hello. Bila angkat phone cakap ni ye..
7. Gwaenchanha - It's alright
8. Nama-nama panggilan:
Haelmoni - Nenek
Harapouchi - Atuk
Appochi/Appa - Ayah
Omma/Omoni - Mak/Makcik/Makmentua
Ajeossi - Encik/Panggilan untuk lelaki/Uncle
Agasshi - Cik/Adik Ipar
Oppa - Abang
Onni - Kakak
Hyung - Abang Sulung (Panggilan hanya oleh ahli keluarga)
Noona - Kakak (Panggilan hanya oleh ahli keluarga)
Dongseang - Adik beradik
Ajumma - Makcik/Aunty
9. Nombor
1 = Il 2=E 3=Sam 4=Sa 5=O 6=Yug 7=Qil 8=Pal 9=Gu 10=Sib
100 = Baeg 1000=Chen 5000=0Chen 10000=Man 50000=Oman
10. Yaepun/yaeputta/yaebbyeyo - pretty/cantik
11. Hwajangsil - Toilet/Rest room
12. Guiyeowm - Cute
13. Shopping terms:
Ssagyehae Juseyo - Give me discount
Eulmayeyo - How much?
Jungmalyo - Really?
Bissayo - Expensive
Juseyo - Give me
14. Buah-buahan:
Sagua - Apple
Bae - Pear
Kam - Persimmon
15. Koejumal - Liar/Penipu
16. Yaksok - Janji/ Appointment/Perjanjian
Ok dah la tu, banyak sangat nanti bosan plak kan... hehe so ini je yang senang nak ingat.. So selamat belajar dan selamat beramal.
Gamsahamnida..Annyong....
Ini cara orang Korea cakap hello atau maybe nak mulakan percakapan biasanya digunakan
pada setiap masa tak kira waktu macam kita cakap Assalamualaikum. Tp bezanya kita mendoakan orang dengan salam yang diberi dan memberi salam itu sunat serta menjawab salam itu hukumnya wajib. Hehe. Bila nak cakap annyeonghaseyo cara yang bersopan santun orang Korea akan menundukkan sedikit badan mereka. Tidak lah sebongkok macam kita rukuk dalam solat. Jika umur kita sebaya atau bercakap dengan orang yang lebih muda blh la guna shortform "annyeong" tp kalau orang lebih tua dari kita atau lebih formal kena sebut penuh annyeonghaseyo.
2. Gamsahamnida/Kamsahamnida/Kumhosamnida - Perkataan untuk mengucapkan
terima kasih...
3. Mianhamnida -
To say I am sorry.. ada yang pakai biyanae....maybe ini bahasa surat kot...
4. Saranghaeyo - Ucapan yang sering disebut untuk melafazkan perasaan " I Love You".
5. Annyong higye seyo -
Ucapan "bye-bye" untuk 1 to 1. Kalau untuk ramai "annyong hi gae yon
6. Yeoboseyo - Hello. Bila angkat phone cakap ni ye..
7. Gwaenchanha - It's alright
8. Nama-nama panggilan:
Haelmoni - Nenek
Harapouchi - Atuk
Appochi/Appa - Ayah
Omma/Omoni - Mak/Makcik/Makmentua
Ajeossi - Encik/Panggilan untuk lelaki/Uncle
Agasshi - Cik/Adik Ipar
Oppa - Abang
Onni - Kakak
Hyung - Abang Sulung (Panggilan hanya oleh ahli keluarga)
Noona - Kakak (Panggilan hanya oleh ahli keluarga)
Dongseang - Adik beradik
Ajumma - Makcik/Aunty
9. Nombor
1 = Il 2=E 3=Sam 4=Sa 5=O 6=Yug 7=Qil 8=Pal 9=Gu 10=Sib
100 = Baeg 1000=Chen 5000=0Chen 10000=Man 50000=Oman
10. Yaepun/yaeputta/yaebbyeyo - pretty/cantik
11. Hwajangsil - Toilet/Rest room
12. Guiyeowm - Cute
13. Shopping terms:
Ssagyehae Juseyo - Give me discount
Eulmayeyo - How much?
Jungmalyo - Really?
Bissayo - Expensive
Juseyo - Give me
14. Buah-buahan:
Sagua - Apple
Bae - Pear
Kam - Persimmon
15. Koejumal - Liar/Penipu
16. Yaksok - Janji/ Appointment/Perjanjian
Ok dah la tu, banyak sangat nanti bosan plak kan... hehe so ini je yang senang nak ingat.. So selamat belajar dan selamat beramal.
Gamsahamnida..Annyong....
pecah dan perintah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pecah dan Perintah @ "Divide and Rule", mungkin telah kita lupakan konsep yang dilakukan oleh penjajah British dulu dalam menjajah negara lain. Sedangkan konsep itu sampai sekarang pun mereka amalkan, cuma secara rahsia ataupun di sebalik tabir.
Kalau diajakberhujjah dengan mereka, sudah tentu mereka tiada hujjah untuk membuktikan bahawa mereka di pihak yang benar dan sewaktu dengannya. Tetapi cara mereka melemahkan kita ialah dengan memecah-belahkan sesama kitasendiri. Ya, terutamanya umat Islam (yang paling ditakuti oleh mereka).
Mereka tidak perlu membunuh kita semua sewaktu dijajah dulu, kerana kita sebenarnya adalah "aset" bagi mereka. Keuntungan yang dihasilkan dalam negara kita yang banyak hasil bumi ini sampai sekarang pun mereka mengautnya tanpa pengetahuan kita. Mereka memberikan kita KEMERDEKAAN bukan kerana mahu membantu kita, kerana sebelum kedatangan mereka pun kita telah BEBAS dari cengkaman negara mana pun.
Mereka berikan kita kemerdekaan hanya sebagai umpan, yang dalam tidak sedarnya kita sendiri yang banyak bekerja dan memberi keuntungan kepada mereka, sampai ke hari ini. Lihat saja lah syarikat-syarikat minyak di Malaysia, boleh dikatakan semuanya milik British dan AS, kecuali Petronas. Lihat saja lah syarikat-syarikat lain termasuk syarikat komputer, pembinaan dan sebagainya. Kita masih mengharapkan kepada penjajah sampai sekarang.
Sila rujuk Kaitan Penjajah dengan harga minyak dan emas
Ya, kenapa mereka lakukan PENJAJAHAN? Sudah tentu kerana mahukan hasil bumi sesuatu negara itu terutamanya minyak dan emas.
Setelah mereka berikan KEMERDEKAAN kepada kita, mereka tinggalkan orang-orang kita sendiri yang telah DILATIH oleh mereka untuk menjaga dan menguruskan negara ini (agar hasil bumi terus tersalur kepada mereka). Kerana itulah kita dapat lihat anak-anak didik mereka TIDAK BERANI untuk berdepan dengan rakyat (pembangkang) melalui HUJJAH, tetapi hanya dengan cara memecah-belahkan sesiapa saja yang menegur mereka. Kalau berani melalui HUJJAH, maka sila adakan debat dan diskusi di dalam televisyen secara LIVE, ataupun buat secara terbuka kedua-dua pihak, daripada asyik menghentam dari belakang sahaja.
Dan betapa liciknya mereka, mereka tidak perlu mentadbir sendiri negara kita selamanya, kerana jika demikian mereka sendiri yang akan susah dan terpaksa menghadapi penentangan demi penentangan. Maka, mereka letakkan orang-orang kita sendiri yang menjaga negara ini, kerana jika ada apa-apa, kita sendiri yang berpecah-belah dan berbantaian sesama sendiri, sedangkan mereka boleh "releks" di negara mereka dan hanya menunggu hasil masuk.
Dan betapa liciknya mereka, mereka tidak perlu mentadbir sendiri negara kita selamanya, kerana jika demikian mereka sendiri yang akan susah dan terpaksa menghadapi penentangan demi penentangan. Maka, mereka letakkan orang-orang kita sendiri yang menjaga negara ini, kerana jika ada apa-apa, kita sendiri yang berpecah-belah dan berbantaian sesama sendiri, sedangkan mereka boleh "releks" di negara mereka dan hanya menunggu hasil masuk.
Dari semasa ke semasa, mereka juga melalaikan kita dengan dunia, agar kita lupa bahawa kita pernah dijajah, dan lupa kepada perkara-perkara penting yang berlaku dalam dunia ini. Antaranya kita disogok dengan hiburan, filem-filem barat, PC Games, dan sebagainya. Kita juga dilemahkan otak dan minda kita dengan bahan-bahan (seperti fluorida dan sebagainya) yang kita makan dan minum sehari-hari. Begitu juga disebarkan kepada kita bermacam-macam penyakit, dan ubat-ubatan mereka sediakan. Sama seperti mereka mencipta virus untuk komputer, dan mereka juga menjual anti virus. Begitulah dengan ubat-ubatan yang ada di hospital sana, kita beli dari syarikat seperti Baxter dan sebagainya (milik penjajah).
Pembelajaran Agama Islam pun ditapis
Yang paling malang sekali, banyak pembelajaran tentang agama kita yang tercinta iaitu Agama Islam seperti telah ditapis dan tidak menyeluruh disampaikan kepada masyarakat. Sampai ke dalam televisyen pun ditapis apa yang patut keluar dan apa yang tidak patut, sedangkan Islam itu MENYELURUH (SYUMUL), mana boleh ditapis-tapis begitu.
Yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan itu lah yang masyarakat fikir sebagai ajaran menyeluruh dan itu pun mereka rasa sudah alim sangat dan mencukupi. Ada yang merasakan tak perlu dah belajar lebih-lebih lagi. Sedangkan berapa banyak yang kita belajar dan faham tentangKEHIDUPAN NABI S.a.w dan PARA SAHABAT r.a? Apatah lagi dengan ilmu-ilmu lain dalam Islam.
Hinggalah dewasa ini muncul beberapa para ilmuan agama datang memberi pencerahan dan memberitahu mana yang betul-betul ajaran Nabi S.a.w dan mana yang bukan, terus dituduh kepada mereka Wahabi dan seumpamanya, akibat kejahilan kita sendiri. Sedangkan sepatutnya kita perhatikan dulu apa yang mereka sampaikan dan bandingkan dengan dalil-dalil Naqli dan pendapat-pendapat Ulama-ulama Salaf (terutamanya Ulama Mujtahid), sebelum kita terus membuat tuduhan melulu.
Kita sendiri pun tidak khatam lagi kitab-kitab para ulama. Kita yang mengaku ikut Mazhab Syafie pun, adakah kita sudah khatam kitab-kitab Imam Syafie? Apa lagi nak khatam kitab Imam-Imam lain. :-)
Kita sendiri pun tidak khatam lagi kitab-kitab para ulama. Kita yang mengaku ikut Mazhab Syafie pun, adakah kita sudah khatam kitab-kitab Imam Syafie? Apa lagi nak khatam kitab Imam-Imam lain. :-)
Selama ini kita mungkin hanya ikut saja apa yang orang-orang tua kita buat, dengan kata lain ikut adat. Tanpa kita tahu sendiri dalil-dalil dan puncanya. Itu tidak mengapa lagi, tetapi yang menjadi masalahnya, kita terus melawan orang-orang yang mahu ajarkan kepada kita sunnah Nabi S.a.w yang sebetulnya, seolah-olah kita sudah khatam semuanya. Begitu juga kalau kita sudah banyak belajar agama sekali pun, tidak perlu kita terlalu berkeras dengan apa yang kita belajar, kalau kita sendiri belum alim tentang Ilmu Hadits.
Ya, mungkin juga silap segolongan yang mahu membawa ajaran Islam sebenar dengan cara yang agak keras dan drastik. Apa lagi malangnya, jika pendakwah-pendakwah memberi ceramah dengan lagak seperti seorang gangster. Memaki-hamun dan menggunakan ayat-ayat celupar dan mencarut seperti sudah mendarah-daging. Mana keindahan akhlak Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat r.a?
Sedangkan Nabi S.a.w dan para sahabat r.a bersikap lemah-lembut dan berkasih sayang sesama mukmin, dan bersikap keras kepada orang-orang kafir Harbi sahaja. Tetapi kita sekarang? Bersikap keras membuta-tuli sesama sendiri tanpa cuba mengenal hati-budi orang yang di sana. Memaki hamun dan melemparkan kata-kata pedas pada Muslim lain (apa lagi kalau Muslim itu juga seorang ulama atau pendakwah), seolah-olah memaki-hamun seorang Zionis. Berceramah seperti nak pergi berperang. Adakah sama suasana berperang dengan suasana tidak berperang?
"Barangsiapa yang dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), bererti dia dijauhkan dari kebaikan." [HR Muslim]
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya adalah keras terhadap orang-orang kafir (harbi), tetapi berkasih sayang sesama mereka ......." [Surah al-Fath : 29]
Di mana kesabaran kita dalam berdakwah? Orang tidak dengar kata kita, terus kita mahu melenting dan memaki hamun sesuka hati? Menuduh orang lain sesat sesuka hati? Dengan menyebut nama mereka terang-terang, tanpa ajak berbincang secara tertutup (atau terbuka) terlebih dahulu?
Lupakah kita pada kesabaran dalam berdakwah seperti yang ditunjukkan oleh para Nabi a.s dulu? Adakah para Nabi a.s mengajar kita bermulut celupar dan selalu menggunakan kata-kata kesat? Ya, dalam al-Quran pun Allah S.w.t ada sebutkan juga beberapa kata-kata yang agak kasar bunyinya. Tetapi Dia adalah Tuhan sekelian alam, kita ini hanyalah hambaNya. Layakkah kita berkata-kata seperti Tuhan? Sedangkan Nabi Muhammad S.a.w, manusia pilihan Allah. Utusan Allah S.w.t ke bumi itu berakhlak mulia dan tidak bercakap celupar. Maka kita sebagai hamba Allah, hanya layak beradab sopan, tidak takabbur (menolak kebenaran dan merendah-rendahkan manusia lain) dan sebagainya.
Lupakah kita pada kesabaran dalam berdakwah seperti yang ditunjukkan oleh para Nabi a.s dulu? Adakah para Nabi a.s mengajar kita bermulut celupar dan selalu menggunakan kata-kata kesat? Ya, dalam al-Quran pun Allah S.w.t ada sebutkan juga beberapa kata-kata yang agak kasar bunyinya. Tetapi Dia adalah Tuhan sekelian alam, kita ini hanyalah hambaNya. Layakkah kita berkata-kata seperti Tuhan? Sedangkan Nabi Muhammad S.a.w, manusia pilihan Allah. Utusan Allah S.w.t ke bumi itu berakhlak mulia dan tidak bercakap celupar. Maka kita sebagai hamba Allah, hanya layak beradab sopan, tidak takabbur (menolak kebenaran dan merendah-rendahkan manusia lain) dan sebagainya.
Faktor akhlak menyebabkan Islam tersebar di nusantara
Antara faktor utama Islam tersebar ke nusantara ini ialah kerana AKHLAK dan PERIBADI MULIA pedagang-pedagang Arab, Gujerat dan sebagainya dulu yang berdagang sambil BERDAKWAH di sini.
Manakala agama Kristian pula masuk ke nusantara melalui PENJAJAHAN oleh Portugis dan Belanda.
Tetapi kini, mubaligh-mubaligh Kristian pula yang sebarkan agama mereka dengan AKHLAK dan PERIBADI MULIA.
Bagaimana dengan umat Islam sekarang? Mahu tunjuk AKHLAK yang TIDAK SOPAN dan BIADAP? Lebih-lebih lagi di internet. Bagaimana mahu tarik dan dakwah orang kepada Islam jika kita sendiri tunjukkan sikap biadap dan kurang sopan sesama sendiri dan kepada orang lain?
Patutlah selepas penjajahan, ilmu AKHLAK (Tasawwuf) semakin disembunyikan dari umat Islam. Ilmu Tasawwuf ini lah yang diajarkan oleh ulama-ulama silam kita yang menentang penjajah dulu, seperti Allahyarham Tokku Paloh, Tok Pulau Manis, Tok Kenali dan sebagainya. Akan tetapi sekarang, sekolah-sekolah kerajaan lebih mengajar Pendidikan Moral yang berteraskan dari barat.
Saya cadangkan agar diajarkan Ilmu Tasawwuf yang benar ke sekolah-sekolah kerajaan juga, menggantikan Pendidikan Moral dan seumpamanya. Ini kerana hari ini, Ilmu Tasawwuf (Ehsan / Akhlaq) seperti asing di mata masyarakat. Hinggakan ada yang terasa pelik dan tidak selesa dengan ilmu tersebut. Ya antara lain, kerana wujudnya golongan-golongan Sufi yang merosakkan nama ilmu itu sendiri. Contoh seperti tajuk Kaum Sufi beginilah yang merosakkan nama golongan sufi. Bagaimana orang mahu minat dengan Ilmu Kesufian jika beginilah yang mereka lihat terjadi kepada sesetengah golongan sufi?
Sedangkan Ilmu Tasawwuf yang sebenar itu adalah untuk mendidik akhlak hati dan akhlak luaran kita, agar mencontohi Rasulullah S.a.w dan para sahabat r.a. Rasulullah S.a.w bersabda;
إِنَّمَا بُعِثْتُ لاُتَمِّمَ مَكَارِمَ الاَخْلَاقِ
"Sesungguhnya aku diutuskan, untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."[HR al-Bukhari, al-Baihaqi]
"Nabi S.a.w adalah manusia dengan akhlak yang terbaik." [HR Muslim dan Abu Dawud]
"Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung." [Surah Al-Qalam : 4]
Bagaimana kita nak tarik orang bukan Islam kepada Islam, bagaimana kita nak dakwah mereka, kalau kita tunjukkan AKHLAK kita yang buruk kepada mereka? Kita perlu ingat dan fikir, kalau kita menaip sesuatu di internet, atau menyebut sesuatu dalam video ceramah kita, jaga lah BAHASA kita dan jagalah ADAB SOPAN. Kerana ianya mungkin BUKAN hanya dibaca dan ditonton oleh orang Islam, tetapi juga oleh orang Non-Muslim. Fikir-fikirkan lah .......
Betapa pentingnya belajar Ilmu Tasawwuf
Na'am, dengan kerosakan akhlak yang menimpa kita (termasuk saya sendiri) hari ini, menunjukkan betapa pentingnya Ilmu Tasawwuf dipelajari, dihayati dan diamalkan. Dengan berbekalkan akhlak yang Zuhud, Qana'ah, tidak Riya', tidak Takabbur dan sebagainya lah yang insyaAllah dapat membantu kita dari bertelagah dan berpecah-belah sesama sendiri. Jika hanya satu pihak saja yang faham Ilmu tasawwuf, itu pun tidak cukup untuk merapatkan saf-saf dan silaturrahim sesama kita. Kedua-dua belah pihak yang bertelagah / berpecah-belah mesti mempelajarinya. Kalau ILMU DUNIA kita boleh kuasai (kerana nampak pulangan hasil duit duit duit), kenapa ILMU AKHIRAT kita tidak boleh kuasai? (yang pulangannya adalah syurga yang kekal abadi insya Allah). Mana yang lebih baik? Duit atau Syurga?
Dan semoga dengan itu, kita dapat MENANGKIS propaganda dan agenda penjajah untuk sentiasa memecah-belahkan kita. Kalau kita berpecah-belah, mereka akan dapat menyusun strategi yang lebih lagi dan dapat merebut banyak peluang yang menguntungkan mereka dan merugikan kita. (Kalau rugi dunia saja tak apa pula. Yang risaunya takut rugi dunia dan akhirat, na'udzu billah..) Apa kata selepas ini, kita pula yang cuba untuk PECAH-BELAHKAN musuh-musuh Allah? Perang itu adalah tipu daya.
Yakin
Tips Membina Keyakinan Diri | Kita sering mengalami krisis keyakinan diri apabila kita disuruh melakukan perkara yang baharu dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita diberi amanah untuk berucap di hadapan khalayak umum. Seringkali kita mengatakan pada diri kita dan orang lain, “aku ni mana pandai bercakap, siapalah aku untuk bercakap, nak cakap pasal apa ye, bagilah kat orang lain yang lebih layak dan sebagainya”…Pelbagai alasan yang kita keluarkan untuk kita melarikan diri daripada apa yang telah diamanahkan..Perkara ini pernah terjadi juga kepada penulis sendiri.
Jadi, macam mana nak buat….???
Ada beberapa perkara yang perlu ditanamkan di kepala kita supaya mudah untuk mencapai keyakinan diri dalam melaksanakan perkara yang baru dalam hidup kita.
Yang pertama, sentiasa percaya pada kekuatan diri sendiri. Kita katakan pada diri sendiri, “kalau orang lain boleh buat, MESTI AKU PUN BOLEH!!” Ini akan memberikan suatu momentum terhadap diri kita untuk melakukan perkara yang kita fikirkan MUSTAHIL pada awalnya menjadi BOLEH pada akhirnya.
Kedua, jangan kita menangguh-nangguhkan kerja tersebut kerana semakin lama kita lari dari masalah semakin bertambah lagi masalah. Kenapa? Selagi mana kita tak cuba untuk berucap, selagi itu kita akan takut berucap…Misalnya, naik basikal sewaktu kecil dahulu kalau kita sentiasa melarikan diri dari menaiki basikal sudah tentu kita tak mampu menaiki basikal pada hari ini!!
Ketiga, berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain kerana perbuatan ini menzalimi diri anda sendiri. Adakah patut, anda membandingkan diri anda dengan orang yang sudah biasa berucap? Hal ini kerana setiap orang diciptakan berbeza. Anda MUSTAHIL sama dengan seseorang yang lain di dunia ini, mungkin sama dari segi fizikal tapi dari segi peribadi sememangnya berbeza. Kalau sama potensi setiap orang, sudah tentu semuanya akan menjadi Perdana Menteri, siapa yang akan menjadi polis, jurutera, doktor, ustaz dll. Oleh itu, jangan SEKALI-KALI anda membandingkan diri anda dengan orang lain kerana anda merupakan orang yang TERSENDIRI!!
Keempat, sentiasa memikirkan kelebihan kita dan melupakan kekurangan kita yang ada. Perkara ini sentiasa ditanamkan dalam orang kurang upaya (OKU) untuk meneruskan hidupnya. Sering kita lihat OKU lebih bersemangat untuk hidup melebihi orang yang normal. Mengapa? Mereka menggunakan prinsip di atas dengan sepenuhnya. Oleh itu tingkatkan segala kelebihan dirimu dan abaikan segala kekurangan yang ada.
Akhir kata, untuk mencapai apa yang dihajati, memerlukan satu keyakinan diri yang tinggi. Semakin tinggi apa yang dihajati, semakin kuat sifat keyakinan diri yang perlu ada untuk mencapainya.
Langgan:
Catatan (Atom)