Ahad, 5 Oktober 2014

Cinta

 Cinta adalah perbuatan. Kamu tidak boleh berkata cinta tanpa membuktikan apa yang kamu kata. Kamu perlu buktikan pada orang yang kamu cinta bahawa kamu cinta pada dia.

2. Cinta lebih dari satu perasaan kerana cinta boleh menyebabkan kamu gembira, sedih, tertekan dan alami bermacam-macam perasaan lagi. Cinta juga berubah mengikut mood.

3. Cinta tidak akan mengecewakan orang yang terus mencintai. Kadangkala tidak semua perkara akan berjalan dengan lancar dalam hubungan tetapi kamu tidak akan kecewa jika kamu terus mencintai walaupun dia bukan lagi milik kamu. Melihat dia bahagia dan kamu pula mencari kebahagiaan lain adalah cinta yang hebat.

4. Cinta yang sejati adalah misteri tetapi ada jalan untuk mencapainya. Cinta sejati bermula dari dalam hati dan ia seperti kuasa ghaib yang akan membawa kamu masuk ke alam lain.

5. Cinta adalah suci dan jauh dari dosa. Perasaan cinta akan membuatkan kamu sentiasa ingin melakukan kebaikan. Cinta yang membawa keburukan adalah di sebabkan perasaan dendam dan dengki.

6. Cinta tidak pernah terjadi untuk mencintai rupa paras. Sebaliknya cinta hanya akan muncul apabila kamu mencintai hatinya.

7. Cinta adalah berkorban, memberi dan mengasihi.


8. Cinta tidak boleh di buat-buat kerana ia terjadi dengan sendirinya.

Musim haji 1435H

Musim haji tiba lagi dan jutaan umat Islam tidak mengira liberal atau konservatif. Syiah atau suni. Arab ataupun bukan Arab datang menjalankan rukum Islam yang kelima. Mereka semua mempunyai satu tujuan sahaja iaitu menunaikai ibadah wajib ini dan bukannya selfie depan kaabah. Kepada yang di mekah kami berharap anda mendapat haji yang mabrur. Kepada yang menanti giliran silakan bersabar. Kepada yang masih belum mampu banyakkanlah berusaha mengumpul dana. In sha Allah. 

Sumber Reuters

korban

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA
TAPI
ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…
DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANYA….

Baginda buat sungguh2, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yg memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau dan sembelih lagi anaknya tapi tak cedera sedikitpun . Baginda buat berkali2 sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu “cukuplah Nabi Ibrahim, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri, 

Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas.
Jadi, tak sama MENGHAYATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S dengan MENGHAYATI HADIAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S(dan tak salah langsung pun nak sembelih lembu pd hari raya korban, sunah tu!)

Cuma...Pernah tak korang ‘sembelih’ perasaan cinta korang pada anak isteri/harta/keluarga/apa2 jela demi kerana Allah?

korbankanlah waktu bersama keluarga sekejap dan datanglah pada Allah.
Korbankanlah rangcangan TV kegemaran korang. dan datanglah pada Allah
Korbankanlah PS4 atau Clash of Clans korang sebentar dan datanglah pada Allah

Korbankanlah waktu rehat korang dan datanglah pada Allah
Korbankanlah cuti annual leave korang dan datanglah pada Allah
Korbankanlah hoby korang dan datanglah pada Allah
Korbankanlah masa lapang korang dan datanglah pada Allah

menangis

Kisah ini sangat baik buat pelajar lelaki mahupun perempuan,yang sangat takutkan kegagalan dalam pelajran
"Nurul Atiqah"
"Siti Aisyah"
Satu-persatu nama dipanggil. Sekali imbas ainul melihat markah yang tertera pada kertas rakannya.
41/50. "Subhanallah, bijak!"
49/50. "Hebat!"
Tangan Ainul semakin menggigil. Berpeluh. Takut lain
macam. Mana tidaknya, usrah bersama adik-adik
terpaksa dia tangguhkan kerana ingin membuat
persediaan. Meeting dengan ahli persatuan terpaksa dia
'skip' untuk belajar 'killer subject' ni
"Nur Ainul"
Kakinya berat hendak melangkah ke hadapan. Terus
melihat markah pada kertasnya.
27/50.
"Aku dah agak".

hatinya berkata-kata.
Air mata seperti ingin jatuh dari takungan. Cepat-cepat
Ainul kesat sebelum rakannya nampak.
Ini bukan kali pertama Ainul dapat markah sebegitu.
Dah berkali-kali. Cuma kali ini dia rasa sedih yang teramat sangat.

"Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu
dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.
Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding
rahmat Allah dan pertolongan dari Allah. Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah
berikan dan tetapkan pada kamu.

Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya
kerana kamu gagal menjawab
pada sebuah kertas peperiksaan.
Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti."
Kata-kata ini terngiang-ngiang dalam fikirannya.

"Ya Allah, mudahnya air mata ku jatuh hanya kerana
markah peperiksaan ku tak sebagus orang lain"
"Pernahkah sebelum ini aku menangis jika aku mengabaikanmu?"
"Pernahkah sebelum ini air mata ku jatuh kerana amalanku yang sedikit?"
"Pernahkah sebelum ini aku menangis mengenangkan
dosa-dosa lepas?"

"Mudahnya air mataku tumpah kerana dunia. Allahurabbi"
"Ya Allah, jika cemerlangnya aku dalam pelajaran menjadi asbab aku jauh dariMu, jangan sesekali kau
berikan kecemerlangan itu."

Jika aku diberi satu pilihan, sama ada ingin cemerlang
di dunia atau di syurga? Sudah tentu aku ingin cemerlang di syurga.
Kerana kehidupan di dunia ini, ia tidaklah panjang, menjadikan diri hanya ibarat pengembara yang sedang menyeberangi jalan sahaja..

Di akhirat jualah kehidupan yang abadi..

solat selepas haid

SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!!
pada 21hb April 2011 pukul 5.22 ptg
SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!