Jika dibanding dengan kaum lain di Malaysia dan rakyat negara maju yang lain, kebanyakan orang Melayu sebenarnya agak ketinggalan dari segi pengurusan kewangan. Kerana itu ramai orang kita yang sentiasa rasa takde duit bila hujung bulan dan rasa gaji tak pernah2 nak cukup sedangkan ada yang mempunyai pendapatan yang tetap walaupun tidak berapa besar. Berikut adalah 9 kegagalan orang Melayu dalam menguruskan kewangan mereka dengan berkesan dan efektif:
1. Suka buat pinjaman dan berhutang
Ini adalah kelemahan ramai orang Melayu yang paling biasa. Orang Melayu suka buat pinjaman. Nak beli kereta, beli rumah, nak buat modal perniagaan tu normal lah buat pinjaman, tapi nak kahwin pun buat pinjaman peribadi, nak belajar pun buat pinjaman, nak pergi haji buat pinjaman, nak beli barang pun buat pinjaman.
Kalau tak layak atau nama kena blacklist untuk buat pinjaman kat bank, buat pinjaman dekat along, kawan2, sedara mara. Bila dah pinjam dan sedar diri yang diri tu berhutang, takpe juga, ini ada yang dahlah berhutang, lepas tu tak sedar diri dan tak nak bayar balik, memang perangai serupa lahanat.
2. Susah untuk menyimpan wang
Orang Melayu susah nak menyimpan wang. Kadang2 tak perlu pun simpan banyak, tapi itu pun ada yang tak buat. Ramai yang anggap tabung simpanan KWSP dan pencen dah cukup so tak perlu lagi nak menyimpan. Sebenarnya menyimpan tu sangat penting, sebab dengan simpanan lah anda dah tak perlu berhutang dan buat pinjaman terutama untuk anak belajar, anak kahwin dan untuk kita tunaikan haji. KWSP dan pencen tu anda hanya boleh dapat selepas umur 55 ke 60 sahaja.
3. Suka berbelanja melebihi pendapatan
Tak dinafikan orang Melayu suka berbelanja melebihi pendapatan. Kadang2 kita tahu yang gaji dan pendapatan tak berapa nak besar, tapi disebabkan tarikan dan faktor sekeliling seperti jiran, ahli keluarga, rakan sepejabat dan rakan2 lama mempunyai kehidupan yang lebih mewah, ada kereta besar, rumah besar, TV besar, sofa mewah, stroller baby McLaren, maka kita pun cuba bermewah juga kerana tak mahu ketinggalan, nampak lekeh dan dipandang rendah oleh mereka.
Sebab nak hidup mewah tapi pendapatan tidak seberapa, maka berbalik kepada point #1 iaitu buat pinjaman. So bila pendapatan habis untuk bayar loan sahaja, maka berbalik kepada point #2, tiada wang untuk dibuat simpanan. Sebelum nak berbelanja, ukur dulu baju di badan sendiri.
4. Beli barang yang tidak perlu
Cuba perhatikan semula dalam rumah dan disekeliling kita, berapa banyak barang yang kita dah beli, malah ada yang kita beli dengan harga yang agak mahal namun benda tu tak digunakan malah tak perlu pun sebenarnya dalam kehidupan kita. Benda yang kalau kita takde pun tak mendatangkan apa2 kesan dalam kehidupan seharian kita. Mesti ada, bukan?
Hanya orang yang banyak kaya dan banyak duit sahaja yang layak beli barang yang mereka tidak perlu dan tidak guna, tapi bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana, cuba elakkan daripada beli barang2 yang tidak perlu sebaliknya fokus kepada barang2 yang benar2 perlu sahaja.
5. Tidak merancang dan merekod perbelanjaan
Kita ni selalunya kalau nak beli apa2 main beli sahaja. Pergi pasaraya, jalan2 tengok kiri kanan, rasa2 macam barang dah takde atau kurang, ambil masuk troli. Tengok kiri kanan, rasa takde, ambil masuk troli. Last2 bila dah bayar, masuk dalam kereta, balik ke rumah, sampai2 rumah baru teringat ada barang lain yang lebih penting yang perlu dibeli.
Sebab itu setiap kali sebelum berbelanja, kita rancang dulu apa yang perlu kita beli, apa yang harus kita bayar, apa yang patut kita belanja. Dan pastikan semua perbelanjaan itu kita rekodkan agar kita dapat memantau perbelanjaan kita dan membuat bajet serta mengawal perbelanjaan kita. Ini tidak, bila duit tinggal sikit je, kita runsing, "Ke mana duit aku ni? Aku rasa aku tak belanja apa sangat pun tiba2 dah sikit". So bila kita ada rekod, sekurang2nya kita tahu ke mana duit kita dah dibelanja atau dibazirkan.
6. Perbelanjaan meningkat seiring dengan pendapatan
Bagi yang kerja makan gaji, biasanya setiap tahun akan ada peningkatan gaji dan juga dapat bonus atau imbuhan akhir tahun. Masalahnya bila naik je gaji kita, kita mesti nak pertingkatkan juga tanggungan perbelanjaan kita. Gaji baru naik RM100, kita dah nak tukar telefon pintar baru, sedangkan telefon yang lama masih elok. Gaji naik RM200, kita dah nak beli TV baru, sedangkan TV lama tu tak rosak pun lagi. Gaji naik RM500 sebab naik pangkat, kita dah nak tukar kereta baru sedangkan kereta lama masih elok dan dah nak habis bayar pun. Orang Melayu memang susah nak kekalkan perbelanjaan seiring dengan peningkatan gaji, kerana tampungan dan tanggungan perbelanjaan kita juga seringkali sama naik dengan pendapatan kita, hasilnya kita akan sentiasa merasakan yang gaji kita itu tidak pernah nak cukup.
7. Pantang dapat banyak duit
Ini adalah salah satu kelemahan orang Melayu yang agak ketara. Mereka tidak boleh nampak dan pegang banyak duit. Bila ada banyak duit sikit, mulalah tak beringat nak belanja itu, nak beli ini, termasuk benda2 yang tidak perlu. Sepatutnya bila dah ada rezeki lebih, duit itu kita simpan agar dapat kita elakkan dari membuat pinjaman untuk sesuatu yang lebih penting dan utama.
Aku ada pengalaman, seorang kawan aku, pakcik dia seorang kakitangan kerajaan meninggal. Lepas meninggal, isterinya dapat wang imbuhan dan pencen suaminya yang agak banyak dalam ratusan ribu Ringgit Malaysia. Lantas isterinya berbelanja sakan wang tersebut, pergi melancong ke luar negara, beli kereta baru, renovate rumah, beli beg tangan berjenama dan lain2 lagi sambil menayangkan kemewahannya di FB.
Yang kawan aku kesalkan, makcik dia tu masih ada 3 orang anak perempuan. Anak yang sulung sedang belajar di Universiti. Malangnya, anak perempuannya itu masih meminjam kepada PTPTN, sedangkan dengan wang peninggalan arwah bapanya, anaknya itu tidak perlu pun sebenarnya membuat pinjaman untuk belajar, malah boleh menampung keperluan pendidikan tinggi untuk anak2nya yang lain. Kesalnya, ibunya terlalu gila harta dan tidak sedar akan semua tu.
8. Tidak gunakan wang untuk melabur
Selain susah untuk menyimpan, masih ramai orang Melayu yang tidak suka menggunakan wang mereka untuk membuat pelaburan. Pelaburan adalah semudah2 perniagaan yang boleh dibuat oleh semua orang. Jika kita ada duit dan rezeki lebih sikit, buatlah pelaburan selagi ianya pelaburan yang halal di sisi syarak. Orang Melayu ramai yang tidak sedar yang dengan pelaburan, kita langsung tidak perlu bekerja kerana duit kitalah yang akan bekerja untuk kita.
Seperti contoh, kalau kita ada pelaburan RM10,000, dengan dividen tahunan 6%, kita dah dapat RM600 setahun secara percuma tanpa kita buat apa2 kerja. So dengan RM600 tu kita bolehlah buat perbelanjaan tambahan atau beli apa2 yang kita suka atau perlu.
Tapi kalau kita ada modal yang lebih besar, kita boleh membuat pelaburan yang lebih besar seperti pelaburan hartanah, pelaburan emas dan lain2.
9. Suka cari jalan singkat untuk kaya
Ini adalah kegagalan yang paling besar bagi orang Melayu. Mereka suka mencari jalan singkat untuk kaya. Maka dengan itu muncullah pelbagai sindiket, scam MLM dan skim rangkaian cepat kaya yang hanya bermodalkan air liur, brochure, komputer riba, slide powerpoint yang mengandungi banyak gambarajah piramid firaun dan gambar kereta mewah untuk menarik golongan melayu yang mahu kaya shortcut. Sesetengahnya, produk yang dipasarkan pun takde ditunjukkan langsung.
Hasilnya, melayu tipu melayu, melayu kaya makin kaya, melayu miskin yang nak kaya shortcut makin melingkup. Akhirnya bila raja firaun yang kat puncak piramid tu tumpas, akaun semua dibeku, wang2 semua dirampas, last2 yang untung kerajaan jugak. Tapi OKlah sekurang2nya duit tu kerajaan boleh rolling semula untuk bagi BR1M kat korang.