Isnin, 6 Oktober 2014

wang melayu

Jika dibanding dengan kaum lain di Malaysia dan rakyat negara maju yang lain, kebanyakan orang Melayu sebenarnya agak ketinggalan dari segi pengurusan kewangan. Kerana itu ramai orang kita yang sentiasa rasa takde duit bila hujung bulan dan rasa gaji tak pernah2 nak cukup sedangkan ada yang mempunyai pendapatan yang tetap walaupun tidak berapa besar. Berikut adalah 9 kegagalan orang Melayu dalam menguruskan kewangan mereka dengan berkesan dan efektif:


1. Suka buat pinjaman dan berhutang

Ini adalah kelemahan ramai orang Melayu yang paling biasa. Orang Melayu suka buat pinjaman. Nak beli kereta, beli rumah, nak buat modal perniagaan tu normal lah buat pinjaman, tapi nak kahwin pun buat pinjaman peribadi, nak belajar pun buat pinjaman, nak pergi haji buat pinjaman, nak beli barang pun buat pinjaman.

Kalau tak layak atau nama kena blacklist untuk buat pinjaman kat bank, buat pinjaman dekat along, kawan2, sedara mara. Bila dah pinjam dan sedar diri yang diri tu berhutang, takpe juga, ini ada yang dahlah berhutang, lepas tu tak sedar diri dan tak nak bayar balik, memang perangai serupa lahanat.



2. Susah untuk menyimpan wang

Orang Melayu susah nak menyimpan wang. Kadang2 tak perlu pun simpan banyak, tapi itu pun ada yang tak buat. Ramai yang anggap tabung simpanan KWSP dan pencen dah cukup so tak perlu lagi nak menyimpan. Sebenarnya menyimpan tu sangat penting, sebab dengan simpanan lah anda dah tak perlu berhutang dan buat pinjaman terutama untuk anak belajar, anak kahwin dan untuk kita tunaikan haji. KWSP dan pencen tu anda hanya boleh dapat selepas umur 55 ke 60 sahaja.



3. Suka berbelanja melebihi pendapatan

Tak dinafikan orang Melayu suka berbelanja melebihi pendapatan. Kadang2 kita tahu yang gaji dan pendapatan tak berapa nak besar, tapi disebabkan tarikan dan faktor sekeliling seperti jiran, ahli keluarga, rakan sepejabat dan rakan2 lama mempunyai kehidupan yang lebih mewah, ada kereta besar, rumah besar, TV besar, sofa mewah, stroller baby McLaren, maka kita pun cuba bermewah juga kerana tak mahu ketinggalan, nampak lekeh dan dipandang rendah oleh mereka.

Sebab nak hidup mewah tapi pendapatan tidak seberapa, maka berbalik kepada point #1 iaitu buat pinjaman. So bila pendapatan habis untuk bayar loan sahaja, maka berbalik kepada point #2, tiada wang untuk dibuat simpanan. Sebelum nak berbelanja, ukur dulu baju di badan sendiri.



4. Beli barang yang tidak perlu

Cuba perhatikan semula dalam rumah dan disekeliling kita, berapa banyak barang yang kita dah beli, malah ada yang kita beli dengan harga yang agak mahal namun benda tu tak digunakan malah tak perlu pun sebenarnya dalam kehidupan kita. Benda yang kalau kita takde pun tak mendatangkan apa2 kesan dalam kehidupan seharian kita. Mesti ada, bukan? 

Hanya orang yang banyak kaya dan banyak duit sahaja yang layak beli barang yang mereka tidak perlu dan tidak guna, tapi bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana, cuba elakkan daripada beli barang2 yang tidak perlu sebaliknya fokus kepada barang2 yang benar2 perlu sahaja.




5. Tidak merancang dan merekod perbelanjaan

Kita ni selalunya kalau nak beli apa2 main beli sahaja. Pergi pasaraya, jalan2 tengok kiri kanan, rasa2 macam barang dah takde atau kurang, ambil masuk troli. Tengok kiri kanan, rasa takde, ambil masuk troli. Last2 bila dah bayar, masuk dalam kereta, balik ke rumah, sampai2 rumah baru teringat ada barang lain yang lebih penting yang perlu dibeli. 

Sebab itu setiap kali sebelum berbelanja, kita rancang dulu apa yang perlu kita beli, apa yang harus kita bayar, apa yang patut kita belanja. Dan pastikan semua perbelanjaan itu kita rekodkan agar kita dapat memantau perbelanjaan kita dan membuat bajet serta mengawal perbelanjaan kita. Ini tidak, bila duit tinggal sikit je, kita runsing, "Ke mana duit aku ni? Aku rasa aku tak belanja apa sangat pun tiba2 dah sikit". So bila kita ada rekod, sekurang2nya kita tahu ke mana duit kita dah dibelanja atau dibazirkan.



6. Perbelanjaan meningkat seiring dengan pendapatan

Bagi yang kerja makan gaji, biasanya setiap tahun akan ada peningkatan gaji dan juga dapat bonus atau imbuhan akhir tahun. Masalahnya bila naik je gaji kita, kita mesti nak pertingkatkan juga tanggungan perbelanjaan kita. Gaji baru naik RM100, kita dah nak tukar telefon pintar baru, sedangkan telefon yang lama masih elok. Gaji naik RM200, kita dah nak beli TV baru, sedangkan TV lama tu tak rosak pun lagi. Gaji naik RM500 sebab naik pangkat, kita dah nak tukar kereta baru sedangkan kereta lama masih elok dan dah nak habis bayar pun. Orang Melayu memang susah nak kekalkan perbelanjaan seiring dengan peningkatan gaji, kerana tampungan dan tanggungan perbelanjaan kita juga seringkali sama naik dengan pendapatan kita, hasilnya kita akan sentiasa merasakan yang gaji kita itu tidak pernah nak cukup.



7. Pantang dapat banyak duit

Ini adalah salah satu kelemahan orang Melayu yang agak ketara. Mereka tidak boleh nampak dan pegang banyak duit. Bila ada banyak duit sikit, mulalah tak beringat nak belanja itu, nak beli ini, termasuk benda2 yang tidak perlu. Sepatutnya bila dah ada rezeki lebih, duit itu kita simpan agar dapat kita elakkan dari membuat pinjaman untuk sesuatu yang lebih penting dan utama. 

Aku ada pengalaman, seorang kawan aku, pakcik dia seorang kakitangan kerajaan meninggal. Lepas meninggal, isterinya dapat wang imbuhan dan pencen suaminya yang agak banyak dalam ratusan ribu Ringgit Malaysia. Lantas isterinya berbelanja sakan wang tersebut, pergi melancong ke luar negara, beli kereta baru, renovate rumah, beli beg tangan berjenama dan lain2 lagi sambil menayangkan kemewahannya di FB.

Yang kawan aku kesalkan, makcik dia tu masih ada 3 orang anak perempuan. Anak yang sulung sedang belajar di Universiti. Malangnya, anak perempuannya itu masih meminjam kepada PTPTN, sedangkan dengan wang peninggalan arwah bapanya, anaknya itu tidak perlu pun sebenarnya membuat pinjaman untuk belajar, malah boleh menampung keperluan pendidikan tinggi untuk anak2nya yang lain. Kesalnya, ibunya terlalu gila harta dan tidak sedar akan semua tu.



8. Tidak gunakan wang untuk melabur

Selain susah untuk menyimpan, masih ramai orang Melayu yang tidak suka menggunakan wang mereka untuk membuat pelaburan. Pelaburan adalah semudah2 perniagaan yang boleh dibuat oleh semua orang. Jika kita ada duit dan rezeki lebih sikit, buatlah pelaburan selagi ianya pelaburan yang halal di sisi syarak. Orang Melayu ramai yang tidak sedar yang dengan pelaburan, kita langsung tidak perlu bekerja kerana duit kitalah yang akan bekerja untuk kita.

Seperti contoh, kalau kita ada pelaburan RM10,000, dengan dividen tahunan 6%, kita dah dapat RM600 setahun secara percuma tanpa kita buat apa2 kerja. So dengan RM600 tu kita bolehlah buat perbelanjaan tambahan atau beli apa2 yang kita suka atau perlu.

Tapi kalau kita ada modal yang lebih besar, kita boleh membuat pelaburan yang lebih besar seperti pelaburan hartanah, pelaburan emas dan lain2.



9. Suka cari jalan singkat untuk kaya

Ini adalah kegagalan yang paling besar bagi orang Melayu. Mereka suka mencari jalan singkat untuk kaya. Maka dengan itu muncullah pelbagai sindiket, scam MLM dan skim rangkaian cepat kaya yang hanya bermodalkan air liur, brochure, komputer riba, slide powerpoint yang mengandungi banyak gambarajah piramid firaun dan gambar kereta mewah untuk menarik golongan melayu yang mahu kaya shortcut. Sesetengahnya, produk yang dipasarkan pun takde ditunjukkan langsung.

Hasilnya, melayu tipu melayu, melayu kaya makin kaya, melayu miskin yang nak kaya shortcut makin melingkup. Akhirnya bila raja firaun yang kat puncak piramid tu tumpas, akaun semua dibeku, wang2 semua dirampas, last2 yang untung kerajaan jugak. Tapi OKlah sekurang2nya duit tu kerajaan boleh rolling semula untuk bagi BR1M kat korang.



teknik niaga


Tauke: Antara sebuah rumah banglo yang berharga RM400k VS Kedai RM600k, yang mana menjadi rebutan?

Chinese will strive for kedai RM600k. Beli kedai ini macam pasang jerat. Ada hari tak dapat hasil, sekali dapat hasil, makannya sedap. Jerat yang bagus hasilnya adalah di kawasan laluan haiwan. Kedai yang bagus adalah di gugusan kedai-kedai atau di tengah bandar.

Taktikal Seorang Tauke membeli kedai.


“Biar rumah kecil, duduk di dalam stor pun tak mengapa! Janji duit kita pergi bayar beli kedai maa!”

1. Beli Kedai Nisbah 3

Beli kedai di dalam gugusan kawasan perniagaan, beli 3 kedai sekaligus dalam kawasan yang sama. Kenapa?
1 kedai untuk berniaga sendiri
2 kedai untuk disewakan kepada orang lain

2. Formula Matematik Yang Diajar Oleh Tauke

Harga Kedai, RM400k per unit. 3 Kedai sama dengan RM1.2 juta. Bayaran bulanan RM8,000 x 20 tahun.

2 kedai disewakan pada harga bulanan RM4000.

Maka total sewaan = RM8000 guna untuk bayar bank.

Ingat, sewaan meningkat setiap perjanjian 2 tahun.

1 kedai yang guna untuk buat business?

Duit lebih bayar kat bank, duit lebih simpan untuk beli jerat baru!

3. Make Your Account Strong

2 buah kedai disewakan, 1 kedai guna untuk berniaga sendiri. Memang akaun nampak strong untuk apply loan beli kedai kedai di gugusan perniagaan yang lain.

4. Networking Business.

Tak ada duit nak beli kedai?

Suruh bapa saudara you yang kerja kerajaan pergi beli kedai tersebut, you masuk buat berniaga dalam itu. Bapa saudara kena bayar bank RM5000 sebulan, you bayar sama dia RM7000. Kasi sikit sama dia.

5. Adik Beradik Yang Bekerjasama

Dalam keluarga, mesti ada orang yang bekerja dengan kerajaan atau orang yang kerjanya mudah buat loan. Sewa kedai dari adik beradik je, duit pusing sama-sama kita juga.

Abang saya beli kedai dan sewakan kepada kami adik beradik. Kami pun sewa dan buat perniagaan. Duit niaga digunakan untuk membayar loan abang la.

Masing masing jaga periuk nasi adik beradik. Takkan dengan adik beradik sendiri pun you mau tikam? Takkan adik beradik sendiri pun you mau hentam kasi makan?

Diluar sana, ada pelbagai taktik dan teknik perniagaan yang dibuat oleh orang lain. Stay hunger, stay foolish.

Disebabkan Tauke Cina itu dah ajar aku ilmu berniaga, asalnya nak beli barang total kos RM1,000 sahaja, sudah beli berlebih-lebih 3 kali ganda.

Money is NOTHING, Knowledge is EVERYTHING.

Kredit kepada Penulis asal atas perkongsian yang bermanfaat ini!

Ahad, 5 Oktober 2014

interview

Hamizi Hamid

Dari beliau:

Ringkasan Temuduga 27 Ogos 2014:

Saya telah menemuduga 7 calon sebagai Project Planner untuk beberapa projek baru kami. Calon yang hadir berkenaan kesemuanya berbangsa Melayu, kesemuanya kelulusan universiti tempatan (UiTM, UKM & UMP), 6 orang adalah fresh graduate dan 1 orang berpengalaman 2 tahun, 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan.

Daripada 7 orang ini, 4 orang saya bagi jawapan ANDA GAGAL di depan mata mereka sendiri, manakala 3 orang lagi dalam pertimbangan.

Berikut adalah sebab mengapa 4 orang tadi GAGAL:

1. Calon GAGAL pertama (perempuan), fresh graduate:

– tidak bawa gambar seperti yang diminta – ini adalah arahan yang paling simple semasa dipanggil untuk temuduga. samada calon mengambil ringan atau cuba berjimat itu bukan alasan.

– tiada lesen memandu (sudah tentu tiada kenderaan) – tiada mobility. terpaksa dihantar ke sana dan ke mari. pekerjaan sebagai planner atau engineer atau banyak kerja di luar perlu mobility.

– tidak bersedia – katanya ada baca berkenaan syarikat tetapi tidak mampu bercerita sedikit berkenaan syarikat dan apakah tugas sebagai project planner.

– memakai baju kurung – ini adalah 1st impression. saya bukan mahu mencari staff admin yang duduk di pejabat sepanjang masa. seharusnya datang dalam penampilan yang sesuai dengan pekerjaan yang sedikit lasak tetapi sopan.

– suara tidak jelas – kerana kurang bersedia dan tidak confident, maka suaranya jadi kurang jelas.

2. Calon GAGAL kedua (perempuan), fresh graduate:

– kerana jawapannya – dia sedang apply untuk sambung Master. bila ditanya jikalau dapat kerja dan juga dapat sambung Master serentak, jawabnya dia akan menilai pekerjaan itu (bukannya Master). maka priority nya dilihat lebih kepada sambung belajar. saya tidak mahu ambil pekerja yang tidak komited.

3. Calon GAGAL ketiga (lelaki), fresh graduate:

– baju tidak masuk ke dalam – ini bukan pergi bersantai berpakaian begini. walau apapun pekerjaan yang dipohon.

– job hopper – baru bekerja beberapa bulan dengan syarikat pemaju yang membayar RM2,500 sebulan dan sekarang minta RM3,000 sebulan (firm).

selepas beberapa jawapan diberi melalui pengalaman yang pendek, saya jawab, “apabila saya lihat CV berkenaan gaji yang awak dapat dan gaji yang diminta, saya tertanya-tanya apa kelebihan awak. tetapi sekarang saya rasa awak tidak lebih baik daripada staff yang saya ada, malah saya tidak akan bayar RM2,500 untuk awak, dan RM2,000 untuk awak juga sudah agak mahal. awak patut study market dan appreciate company awak kerja sekarang”. – kejamkan jawapan saya.

4. Calon GAGAL keempat (lelaki), fresh graduate:

– tidak datang awal untuk mengisi borang – hanya temuduga dengan calon ini sahaja yang bermula lewat kerana dia tiba 5 minit sebelum temuduga.

– tidak bawa CV terkini dan gambar – juga telah diingatkan sebelum ini. gagal mengikut arahan.

-alasan berhenti kerja terdahulu – katanya jauh (tinggal di cheras, kerja di semenyih), tidak diberi rumah (gajinya RM2,800), tidak dapat rumah sewa (alasan tidak logik), tiada supervisor (inilah alasan sebenar bagi saya)

calon ini anak bongsu. manja. susah sikit tidak boleh. jauh sikit (tak jauh mana pun) tak boleh, nak kerja depan rumah. hendak gaji besar hendak kerja senang dan kurang tanggungjawab. saya advise dia seperti calon gagal ketiga tadi.

Kesimpulan:

Tiga calon yang berjaya lepasi pun bukanlah bagus mana sangat, tetapi lebih baik dari segi attitude. Saya berpendapat Gen-Y ini manja. Mereka rasa mereka patut dapat itu dan ini secara mutlak tanpa perlu berusaha kuat. Mereka pandang ringan banyak perkara.

Foto Rare


1. Cahaya Utara dari langit

via imgur


2. Gigi George Washington
via imgur
3. Keadaan dalam kayu yang sedang terbakar.
via imgur
4. Sel kanser dibawah mikroskop electron.
via imgur
5. Bagaimana anjing pug dahulu sebelum ianya dikacukkan.
via imgur


6. Rupa di bahagian dalam data center Google
via Wired
7. Gambar yang paling terang pernah dirakamkan ke atas Planet Merkuri
via imgur
8. Gambar permukaan Planet Marikh
via imgur


9. 5 pound lemak dan 5 pound otot




10. Cetakan muka 3D
via izismile
11. Pelangi 360 darjah diambil dari pesawat.
via imgur
12. Telur Sotong
via imgur
13. Meja Einstein beberapa jam selepas kematiannya


14. Imej X-Ray sebelum dan selepas rawatan bagi skoliosis
via imgur
15. Geiser sebelum meletup.
via imgur
16. Keadaan Boeing FedeX 757 tanpa ada kargo didalamnya.
via imgur
17. Imej mikroskop lidah manusia.


18. Dimana berkahirnya tembok besar cina
via imgur
19. Katak memakai topi cicak.
via imgur
20. Pandangan atas kawasan pembuangan tayar.
via imgur


21. Keratan rentas wayar kebel bawah tanah.