Ahad, 2 November 2014

Tunang

"Tunang?"
“Saya dah tunang. Tapi tunang saya selalu sangat call, tanya khabar, chatting bagai dengan saya. Actually, macamana pertunangan dalam islam, dan apa batas-batasnya? Dan, kalau kita nak kahwin dengan seseorang misalnya, macamana kita nak KENAL dia kalau kita tak ikhtilat dengan dia? Mohon pencerahan….”
1) Actually, HUKUM ASAL ‘sesebuah pertunangan’ itu di kira sah, ialah apabila kita cakap pada seseorang yang kita ingin berkahwin dengan dia, dan orang tersebut setuju. Manakala, ADAT pula ialah perlu cincin, majlis pertunangan yang di persetujui oleh kedua-dua belah family dan yang kita sedia maklum.
2) Jika kita lihat, kenapa hukum asalnya begitu, kerana, orang zaman islam dahulu kala, zaman sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin, mereka di didik untuk menyatakan HAJAT untuk berkahwin dengan seseorang adalah apabila dia BETUL-BETUL BERSEDIA untuk berkahwin.
3) Namun, zaman sekarang, lagi-lagi di Malaysia, ramai orang salah gunakan perkara ini. Ramai remaja dan belia dan mengucapkan kata-kata:
“Aku nak jadikan kau sebagai isteri…”
“Aku nak kahwin dengan kau…”
Dan sebagainya, sedangkan, dia belum BERSEDIA langsung untuk memikul tanggungjawab ini! Hatta, start umur seawal form 3, dah pandai sebut bab nak kahwin ni. Dan, sememangnya, pertunangan itu di kira! Bermakna, jika ada orang lain yang nak kahwin dengan tuning kita itu, di kira HARAM sebab telah di cop. Dan perempuan tu tak boleh berkahwin dengan orang lain selagi tak putuskan pertunangan.
4)Tapi, masalahnya ialah, hari ni, berapa ramai LELAKI yang MENYEKSA WANITA dengan mengatakan “Aku nak jadikan kau isteri”, sedangkan dia tak prepare langsung, lepas tu, bertahun-tahun and then putus couple, putus cinta bagai, and then cari orang lain. Apakah?!
Sebab tu, ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan hanya suka-suka!

Saya ulang:
"Ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan hanya suka-suka! Dosa!"

Bak kata Ibn Qayyim:
“Orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta!!!”

5) Atas sebab itulah, bagi saya, pada zaman yang penuh dengan fitnah ini, dalam isu pertunangan, kita MESTI MENGIKUT ADAT (mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak, berjumpa dengan family kedua-dua belah pihak, berkenalan dengan keluarga, adakan majlis rasmi yang menjaga batas syarak, dan yang sama waktu dengannya. Kerana, ia lebih terhindar dari fitnah, sekaligus membela MARUAH seorang wanita, dan menjaga perasaan dan kehormatan seorang wanita! Sebab sekarang, ramai yang menggunakan alasan tunang untuk buat maksiat!!!!

6) Manakala dalam proses sebelum bertunang dan sebelum berkahwin misalnya, di sunatkan untuk kedua-dua belah pihak untuk BERTAARUF(berkenalan), dan di kendalikan oleh orang tengah agar tak berlaku fitnah. Ketika bertaaruf, bertaaruflah sepuas-puasnya. Ketika itu, seorang laki di sunatkan untuk pandang wajah dan tapak tangan wanita yang ingin dia nak kahwin.

Dan, jika pertunangan telah di jalankan, maka sepanjang bertunang, peliharalah adab-adab seperti yang berikut:
-Banyak berhubung dengan mak ayah orang yang kita ingin berkahwin, supaya dapat eratkan sillaturrahim dan memudahkan proses nak rapat dengan keluarganya.

-Kurangkan persembangan kosong dengan tunang kita. Sekadar untuk MEMENUHI HAJAT seperti bincang tarikh kahwin, kos hantaran, isu keluarga, dan yang sama waktu dengannya. Seeloknya di handle oleh orang tengah. Kerana, sekarang, dah beribu KES orang yang tunang, tak sempat kahwin tapi dah berzina. Saya dah dapat banyak soalan dalam inbox berkaitan isu macam ni. Sembang kosong dan sengaja sembang tanpat keperluan, dosa.

-HARAM keluar berdua-duaan. Haram sembang benda yang menaikkan nafsu sama topic besar seperti seks, atau topic yang agak kecil tapi merbahaya seperti “I love you”, “you love me”.
So the point is, jangan gunakan alasan tunang untuk berikhtilat jika takde dhorurat, atau hajat. Harap maklum.

Muslimah

Aku pun terpukul baca.
Nasihat yg cantik buatmu muslimah . .
Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya masih remaja. ------


Nasihat beliau buat semua Muslimat:-
"Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?
Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), tak
meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik- gedik bila lelaki cuit.
Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!


Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, lelaki soleh untnk perempuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain...
"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"
Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;
Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...
Ngurat sikit, dah sangkut....
Ajak couple sikit, terus setuju...
Lepas tu, putus cinta,meleleh2...


Ada masalah sikit, doa nak mati..
Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...
Exam failed, kata taknak hidup lagi...
Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu...
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...
Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?


Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian.
Tapi apa kalian kenal siapa mereka?
Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?
Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...
Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur, untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki, jangan
jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan kapel free2 macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga...


Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah 
sebagai isteri, maka separuh agamanya telah sempurna...
Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya separuh dari agama?
note: "Ada mata dan telinga kan semua?"baca dngn mata hti n mata akal..