Rabu, 17 Disember 2014

Wanita.

 Pandangan Seorang Lelaki Yang TIADA / KURANG IMAN Kepada Bentuk Tubuh Wanita.

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,

dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki,
ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai,

perlulah pula kita menjaga kehormatan diri ,
jangan keluar seorang2,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,

dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu WAJIB UNTUK TIDAK MENCURI2 MELIHAT wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.

ECG

YB Dr Daroyah Alwi wrote:
Assalam..
Sy nak kongsi very good tips - bg yg terbangun dr tidur utk buang air...... baca ya!

Penting untuk diambil perhatian!!!
Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death)
Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.
Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal?
Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat.

Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.
Knapa "3?1/2 minit" amat
penting?

Kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dgn bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.
Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:
1.Bila terbangun drpd tidur jgn trus turun dri katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit;

2. Duduk di katil utk tempoh  1/2 minit;

3.Turunkan kaki, dbuduk di tepi katil utk tempoh 1/2 minit.
Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tdk akan anaemic dan jantung tdk akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yg sering kita dengar.
Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini drp dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bgun tengah malam utk buang air kecil, di bilik mandi tiba2 terasa dunia berpusing dan bliau terjatuh, akibatnya dia skrg mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dri katil, punggunnya mengalami luka2 dikubitus..

Seandainya dia mengetahui
perkara ini, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.
Share utk org2 yg kita syg utk menghindari perkara2 seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Sharing is Caring

KeKUATAN DOA IFTHIROSH


Ketika duduk iftirosh , yaitu duduk diantara dua sujud ada do’a yang amat dahsyat. Sayang banyak umat islam yang tidak mengerti do’a ini dan membacanya dengan tergesa gesa dan kecepatan tinggi, tanpa memahami maknanya sedangkan ayat ini diturunkan setiap barisnya ada hadis nya maka kita kenalah wajib membaca dengan penuh khusyuk dan fahami maknanya janganlah bersolat hanya menjalankan rutin kehidupan sahaja dan akhirnya umpama buih dilaut sahaja dan paling ditakuti kita digolongkan dikalangan orang-orang islam yang munafiq, auzubillah minzaliq, sepatutnya hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini...Insyaallah dan dengan sedikit ilmu ini kita kongsikanlah bersama agar ianya banyak manfaatnya: Kenapa Doa IFTIROSH ini sama banyaknya dengan bacaan Al-Fatihah (17 kali) dibaca di dalam solat kerana Allah mengkehendaki ianya tertanam di sanubari umatnya agar sentiasa meminta dari Allah dan Allah akan memakbulkannya, Insyaallah tapi hendaklah dibaca dengan penuh khusyuk dan tawaduq dan fahami maknanya...ini tidak seperti yang diharapkan, Wallahualam. 

Renung-renungkanlah:-

Robbighfirli….ya Allah ampuni aku,
Warhamni….rahmati aku,
wajjburni….tutupi semua keburukanku,
warfa’ni….angkat derajatku,
warzukni….beri aku rezeki,
wahdini…beri aku hidayah dan petunjuk,
wa’afini…beri aku kesehatan,
wa’fu anni….ma’afkan aku.

Jika do’a tersebut dibaca dengan sungguh sungguh dan khusuk, pasti Allah mengabulkannya. Apa lagi do’a tersebut dibaca 17 kali sehari semalam, Allah tidak pernah menolak do’a hambaNya yang dipanjatkan dengan sungguh-sungguh dan sepenuh hati. Manfaat do’a tersebut antara lain sebagai berikut:

Robbighfirli (ya Allah ampuni semua dosaku)

Jika do’a ini dibaca dengan sungguh sungguh dan ikhlas niscaya Allah akan mengampuni dosa kita yang telah lampau dan yang akan datang. Dengan pengertian pada masa mendatang Allah akan memelihara kita untuk tidak melakukan dosa besar dalam kehidupan kita didunia dan akhirat. Hati yang sudah bersih dari dosa akan bersinar dan mudah menerima hidayah serta petunjuk Allah. Ia akan mendapat bimbingan dalam mengambil keputusan dan melangkah. Sehingga selalu mendapat kemenangan dan keberhasilan dalam hidupnya.

Hati yang kotor tertutup dosa menjadi hitam gelap dan susah menerima hidayah dan bimbingan Allah. Hati yang hitam dan gelap cenderung mengikuti bisikan syaitan yang membawanya memperturutkan hawa nafsu dan mengambil keputusan yang keliru . Berbagai keputusan yang salah dan keliru membawanya pada kehidupan yang porak poranda penuh kesulitan dan penderitaan. Ia akan mengalami kesengsaraan hidup didunia maupun diakhirat.

Warhamni (Rahmati aku)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusuk dan sungguh sungguh akan dibukakan Allah baginya pintu rahmat dari langit dan bumi. Ia akan mendapat Rahmat dan kasih sayang Allah dari segala penjuru. Di jamin hidupnya akan sejahtera berkecukupan . Tidak ditimpa kemelaratan dan kehinaan dimanapun ia berada. Dijauhkan dari kesedihan, duka cita, stres dan tertekan. Hidup bahagia dan sejahtera sepanjang waktu didunia maupun akhirat.

Wajburni (Tutupi segala aib dan keburukanku)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh niscaya akan ditutupi Allah segala aib , keburukan dan kekuarangannya. Pepatah mengatakan “ tidak ada gading yang tak retak “, demikian pula kita sebagai manusia tentu banyak punya kelemahan dan keburukan. Kita takut jika aib, dan kelemahan kita diketahui orang banyak. Insya Allah Dia akan menutupi semua kelemahan dan kekuarangan kita dari orang banyak. Orang tidak tahu dengan kelemahan dan keburukan kita, orang hanya melihat sisi baik dari kehidupan kita. Sehingga kita dapat meraih kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan ini.

Sungguh celaka orang yang dibukakan aibnya dihadapan orang banyak. Tidak ada gading yang tidak retak, setiap kita tentu punya kelemahan dan kekurangan, Insya Allah dengan kekuatan do’a ini Allah akan menutupi semua aib dan kekurangan kita.

Warfa’ni ( Angkat derajatku)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh niscaya akan diangkat derajatnya oleh Allah , dijauhkan dari kehinaan , penindasan, kemelaratan dan lain sebagainya. Dengan berkah do’a ini umat Islam tidak akan menjadi umat yang lemah, dizalimi, tertindas , dicurangi dan difitnah. Umat Islam akan menjadi umat yang kuat , disegani, dihormati oleh lawan dan kawan. Seseorang yang membaca do’a ini dengan khyusuk dan tawaduq serta bersungguh sungguh akan mendapat kemuliaan hidup didunia dan akhirat. Dia tidak akan menjadi orang yang susah, sengsara, hina , papa, miskin, tertindas, dizalimi, hidup serba kekurangan dan sebagainya. Ia akan menjadi orang yang dihormati dan disegani dimanapun ia berada.

Warzukni ( Beri aku rezeki)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh akan dijauhkan dari kemiskinan dan kepapaan . Ia akan hidup berkelimpahan dan dicukupkan semua hajat dan keperluannya. Allah akan mendatangkan rezeki baginya dari langit , bumi dan seluruh penjuru yang diberkahi. Apa saja bidang usaha yang diceburi akan mendatangkan rezeki berlimpah baginya.

Wahdini (Beri aku hidayah dan petunjuk)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh akan selalu mendapat bimbingan dan petunjuk dalam menjalani hidupnya. Baginya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Apapun masalah yang menghalang, Insyaallah dapat diselesaikannya dengan baik. Baginya tidak ada istilah putus asa. Ia tidak pernah mengalami kebingungan, kebuntuan dan putus asa dalam menghadapi berbagai masalah kehidupan.

Wa’afini (Beri aku kesihatan)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh insya Allah memiliki tubuh yang sehat dan kuat, jauh dari berbagai penyakit yang membuatnya lemah dan sulit menyelesaikan berbagai pekerjaan dan tugas yang dihadapinya sehari hari agar dapat sering melakukan ibadah kepada Allah dan Allah akan membimbingnya mendapatkan badan yang sehat dan kuat. Makanan dan pola hidupnya terpelihara baik sehingga badannya tetap sehat dan kuat terhindar dari berbagai penyakit yang banyak menyerang masyarakat kota dewasa ini. Bagi yang sentiasa sakit-sakitan insya Allah akan mendapat bimbingan secara naluriah untuk mendapatkan badan yang sihat dan kuat.

Wa’fu anni ( Maafkan aku)

Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh insya Allah akan mendapat ampunan dan maaf dari Allah atas berbagai kesalahan dan kekeliruan yang telah dilakukan. Dengan mendapat keampunan dariNya insya Allah ia akan dapat memperbaiki berbagai kesalahan dan kekeliruan itu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dimasa yang akan datang.

Itulah do’a - do’a dahsyat didalam sholat yang telah membawa kemenangan dan keberhasilan pada umat Islam dimasa lampau meraih kejayaan dan kemenangan. Dengan kekuatan sholat umat Islam dimasa lalu mengalahkan musuh musuhnya dan menguasai dunia dimasa itu. Namun sekarang akibat mensia siakan sholat umat Islam di tindas dan dihina dimana mana. Mari kita perbaiki semua kekeliruan ini. Sedikit sekali umat Islam yang mengerti dan membaca do’a Iftirosh dengan khusuk dan sungguh sungguh. Kebanyakan orang membacanya dengan cepat dan tergesa gesa, tanpa mengerti arti dan maksudnya.

Mari kita perbaiki mutu hidup kita masing masing dengan memperbaiki mutu sholat. Jika umat Islam sudah melakukan sholat dengan benar dan khusuk niscaya kemenangan yang pernah diraih umat Islam dimasa lalu akan datang kembali . Berbagai kesulitan , fitnah, penindasan, tekanan, yang dialami umat Islam dewasa ini merupakan peringatan dari Allah. Karena banyak diantara kita yang sudah menjadi umat yang mensia siakan sholat dan memperturutkan hawa nafsu sebagaimana disebutkan dalam surat Maryam ayat 5

rejected

"Boleh awak jadi imam saya ?"
"Boleh , kalau awak jenazahnya .."
.
‪#‎AyatRejectKejam‬ 
(yg ni kejam sungguh2)
"Kenapa awak tak pernah bagi peluang kat saya untuk jaga awak?"
"Mak ayah saya ada. Tak mati pun saya. Jangan risau"

#ayatrejectkejam
"bila saya boleh masuk ke hati awak?"
"eh,awak gemuk. Mana muat. Pi cari lain"

#ayatrejectkejam
"saya suka awak"
"saya tak tanya pun"

#ayatrejectkejam
"tulang rusuk saya bergetar bila tengok awak"
"dulu tulang nenek saya bergetar jugak,esoknya dia terus mati"

#ayatrejectkejam
''Pernah tak u mimpi i masa tidur"
"Tak pernah sebab i baca ayat kursi"

#ayatrejectkejam
Ayt utk mematahkn serangan ustaz kasanova

Isnin, 15 Disember 2014

tayar kereta

Info Pasal tayar kenderaan;

1.Kod Tayar Kenderaan..

Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam
Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..
Contoh 0514..
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..

Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..

Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);

2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma

Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..