Jumaat, 26 Disember 2014

Banjir :)






























































subuh berjemaah

DASHYATNYA WAKTU SUBUH

Solat Subuh berjemaah (bagi lelaki) dan solat pada awal waktu (bagi wanita) merupakan masalah yang mesti diperhatikan dalam kehidupan umat Islam.
Perkara ini diterapkan dalam rangka membangunkan umat Islam.
Persoalannya, bukan masalah dua (2) rakaat atau sekadar bertambahnya kebaikan tetapi lebih dari itu.
Solat Subuh Lambang Disiplin Diri.
Solat Subuh tepat waktu akan membiasakan hidup teratur dalam sehari penuh.
Hidup dengan menuruti aturan yang diinginkanNya, iaitu aturan yang telah Allah terapkan pada alam semesta agar berjalan dengan kaedahNya.
Solat Subuh mengikat kebergantungan umat Muslim pada Tuhannya sejak pagi (sebagai permulaan hari).
Dengan demikian, umat Islam memulakan harinya dengan ketaatan, zikir, solat dan doa.
Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan dan perlindungan Allah sepanjang hari.
Apakah kita beranggapan bahawa masyarakat ideal adalah terdiri dari mereka yang mempunyai jawatan, kuasa, harta dan kemashyuran?
Apakah kita beranggapan bahawa masyarakat ideal adalah masyarakat yang terdiri dari para artis , penyanyi dan pelakon?
Apakah kita beranggapan bahawa masyarakat ideal adalah masyarakat yang terdiri dari para pendidik dari insitiut perguruan tinggi meski mereka orang-orang sekular atau pakar dalam ilmu pengetahuan (walau mereka itu rapuh) atau peniaga dan pemilik gedung yang besar (sekalipun mereka engkar)?
🔊Tidak demikian, saudaraku. Masyarakat ideal yang hakiki adalah mereka yang terdiri dari orang-orang yang menjaga solat Subuh dengan berjemaah!
✔Carilah mereka yang lulus dalam ujian Allah!
Sumber: ms 1301 - Misteri SOLAT SUBUH - Menyingkap 1001 Hikmah Solat Subuh. Edisi Bahasa Malaysia - Dr. Raghib As-Sirjani

Rabu, 24 Disember 2014

Tasik



10 TASIK PALING UNIK | Dalam dunia ini pelbagai perkara unik yang tidak pernah kita ketahui termasuk tasik yang tidak pernah kita kunjungi dan nikmati. Disini GK ingin berkingso pelbagai jenis tasik paling unik di dunia. Jom layan.
1. Schulensmeer Lake (Belgium)

Tasik Schulensmeer di Belgium ini adalah tasik semulajadi serta ditambah dengan buatan manusia dan secara tidak disedari ia berbentuk seperti pistol dengan kepanjangan 2.5 km. Tasik ini terjadi apabila pada tahun 1970an, sebatang lebuhraya yang dibina di kawasan berhampiran menggunakan tanah di sini sehingga kawasan ini akhirnya menjadi tasik yang berbentuk pistol seperti sekarang ini. Tasik ini menjadi tasik rekreasi untuk kapal layar, meluncur air dan aktiviti sukan air yang lain.

2. Horseshoe Bend Lake (Arizona, USA)


Tasik berbentuk ladam kuda yang cantik menghijau dan menyejukkan mata. TasikHorseshoe Bend ini merupakan khazanah Sungai Colorador yang berkelok terletak di kawasan hilir sungai Tasik Powell yang terletak di Kawasan Rekreasi Kebangsaan Glen Canyon di Arizona, USA.

3. Horseshoe Lake (Canada)


Tasik berbentuk ladam kuda ini berasal daripada kelok sungai utama yang membentuk ladam kuda apabila diempang seperti kejadian tasik-tasik ladam kuda yang lain. Tasik yang indah ini terletak di sepanjang Red River, dekat Morris di selatan Manitoba, Canada.

4. Manicouagan Lake (Canada)


Tasik ini merupakan satu daripada tujuh keajaiban di Canada. Ia merupakan tasik empangan hidroelektrik yang berbentuk cincin, terletak di bahagian tengah tanah rendah/lembah Manicouagan di Quebec, Canada. Tasik ini meliputi kawasan seluas 70 kilometer garis pusat dan merupakan tasik yang ditutupi salji sepanjang tahun di mana bahagian tengah cecincin tersebut dipenuhi oleh batuan yang dihakis oleh proses glasieran (glaciation).

5. Peyto Lake (Canada)


Tasik ini terletak di antara Rockies Canada dan berbentuk seperti beruang yang dinamakan Tasik Peyto bersempena mengambil nama Bill Peyto, iaitu orang yang mula-mula menjelajahi kawasan Banff ini. Tasik ini dipenuhi oleh glasier dan jalan mudah untuk sampai ke sana ialah dari kawasan salji Parkway.

6. Eros Lake (India)


Tasik Eros ini berbentuk jantung hati (heart shaped) dan terletak di Puncak Chembra, India dengan ketinggian 1,398 meters di atas paras laut dan keluasan permukaan 1,827 meter persegi. Kawasan ini mempunyai suhu yang nyaman.

7. McKinley Lake (Alaska)


Tasik McKinley ini terletak berhampiran dengan Gunung McKinley, Alaska, iaitu gunung tertinggi di Amerika Utara, dengan ketinggian puncaknya lebih kurang 6,194 meter dari aras laut. Kaki gunung ini lebih rendah daripada Gunung Everest tetapi meliputi kawasan yang lebih luas.

8. Sao Paulo Lake (Brazil)


Ini adalah tasik buatan manusia di kawasan perkampungan nelayan di negeri Sao Paulo, Brazil. Tasik ini berbentuk orang raksaksa yang kelihatan gembira, meliputi kawasan sepanjang 140 meter.

9. Yueyaquan Lake (China)


Tasik adalah oasis yang berbentuk bulan sabit di kawasan padang pasir di China yang terletak di selatan bandar Dunhuang di Jajahan Gansu. Kawasan ini menjadi tarikan pelancongan untuk melihat unta di China.

10. Fisheating Creek (Florida, USA)


Sungai ini mempunyai bentuk aliran yang unik jika dilihat dari udara. Aliran sungai ini berbentuk zig-zag yang merentasi kawasan Cowbone March yang terletak di barat Tasik Okeechobee (The Big O Lake) di Florida, USA.

anak luar nikah

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Tsunami 10