Rabu, 7 Januari 2015

Rezeki

(Rezeki)

Carilah rezeki dimana-mana.
Ulat dalam batu pun dapat rezeki.
Sarapan pagi sesuap nasi
Itu pun rezeki.
Allah Maha pemberi rezeki kepada
seluruh makhluq-NYA.
Biar sikit biar banyak
Syukurilah.

Hakikat rezeki yang baik lagi halal itu banyak.
Rezeki.
Rezeki haram harus hindari.
Biar miskin berlaukkan ubi.
Asal hati tenang mengingati Ilahi.
Rezeki.
Kunci rezeki pada taat.
Rezeki luas pada nikah.

Taubat dan istighfar pencetus rezeki.
Rezeki tak disangka pada taqwa.
Rezeki bertambah pada syukur.
Dicukupkan rezeki pada tawakkal.
Dapat anak juga rezeki.
Maka syukurilah.
Rezeki.

Bertambah rezeki pada keyakinan sedekah.
Rezeki bersambung dengan silaturrahim.
Pohon rezeki di mihrab dhuha.
Kembalilah kepada maha pemberi rezeki.
Agar hidup dalam naungan ilahi.
Hadaiq firdausi.
Tawau, Sabah.

Selasa, 6 Januari 2015

muslimah

"Warkah Tarbiyyah Buat Muslimin & Muslimat yg disayangi".
Assalamu'alaikum..
Jawabla salam tu.. Kita kan sesama saudara seIslam.
Alhamdulillah.. Syukran jazilan
Jom berselawat ke atas Rasulullah s.a.w , okay awak dah pun berselawat.
Maaf..Sbnrnya.. Sy tkde niat nak mainkan awak semua.. Saya cuma nak ceriakan hati awak awak dan awak.
Terus kepada agenda kita. Seyes pulak...
Situasi di tempat awam.
Pandang kanan pandang kiri.. Saya tgk ramai yg ddk berdua-duan.
Nak tegur takut salah.
Bukan tak nak tegur..
Cuma takut insan yg ditegur tu mmng suami isteri.
Cenggitu.


Seandainya, boleh scan and detect terus mereka mereka dan mereka ni bukan suami isteri kan bagus!
Sbb.... Nak tampar hati tu sikit..
Ehh?? Bukan sikit bnyk laa.. Hehe....
Jadi..saya tulis warkah ini.
Warkah? Apa tu?
Hehe. Warkah tu dlm bahasa mudah ia adalah "surat".
Kita sebagai sesama muslim.
Wajib!
Menegur sesama kita. Faham?
Okay. Knapa nak tegur?
Sbb.. Itu tanda kita kasihkan sahabat-sahabat seIslam kita semua. Syg semua (muslimat only) ~~ muahh cikit.
Tegur itu ada bnyk jenis jika tidak mampu tegur
"onnn the spott"
Tulislah warkah utk dia dia dan dia.
Okay. Got it?
Awak awak dan awak. Jika sayang dia dia dan dia. Jgn buat mcm ni lg tau.
Berdua-duaan mahupun welfiee welfiaq bagai!
Hatta di tempat terbuka mahupun di tempat tertutup.
Jaga! Jaga! dan Jaga! . ..
Jaga apa? Ikhtilat.
Haaa?? Apa natang tu??
Ikhtilat tu..
Bahasa mudahnya. Pergaulan antara lelaki dgn perempuan yg bukan mahram kita.
Aikk?? Bukan mahram tu apa pula?
Bukan mahram tu yg tiada apa -apa pertalian darah dgn kita.
Maknanya selain dari ayah,mak, atuk, nenek, abg, kakak, adik, anak saudara.
Faham dah? Alhamdulillah.
Hayati ayat ni.


"La taqrabu zina".
"Dan jgn kamu mendekati zina".
Sudah jelas lg bersuluh suluh
Mcm ni la ye...
Khas buat muslimat yg disayangi sngt2 ni...
Knpa tuju dkt muslimah?
Sbb kbnyakan penghuni neraka adalah dari kaum hawa.
Allahu rabbi. ..
Sbb syg sngt2.. Jadi nak fokus dkt muslimah.
Muslimin pun amik ikhtibar juga deh.
Kalau kamu kamu dan kamu berkawan dengan seseorang muslimin tu.
Jika dlm tempoh "sebulan" dia tk PERNAH! Sekalipun dia lafaz nak jadikan kamu permaisuri hati dia yakni "isteri"
Lupakan dia. Tinggalkan dia. Buangkan perasaan cinta itu jauh jauh dan jauh.
Got it? .. Tak boleh?? Syg dia sngt2? Atototo sooo cuweeett... Cuweeet la angt...
Itu bukan cinta sygku. Itu nafsu nafsu dan nafsu.
Tertarik dgn satu tweet ni..
"Mcm mana nak lupakan si dia? Haaa... Buatla mcm kau lupakan Allah dulu. Tak kan dah lupa??"
Sentap+makan dalam dalam.
Jadi... Tinggalkan dia.


Apa?? Kalau tinggalkan dia.. Kita tkde siapa yg nak? .. Jgn risau.
Ada seseorang insan yg sngt hebat dah lama tunggu kita sblm kita lahir lg... Dia sngt3x syg dkt kita!
Nak tahu siapa??
Haaa... Meh sini... Nak habak lembut2...
Dia adalah..........
"Nabi Muhammad s.a.w"
hang tknk ka? Saya nak!! ..
Gila sapa yg tknk tu. Perfectoo n kekasih Allah lg tu. .
Ahack!
Hmmm... Taknak ceramah panjang2 takut masuk telinga kanan keluar telinga kiri... Ehhh?? Jap! Lupa pula.. Ni kan warkah.. Hahaha.. Assif jiddan.
Jadi...
Wahai muslimin dan muslimat..
Jika benar kamu betul betul dan betul nak jadikan dia seseorang yg......
"only the one for the rest of your life"
after Allah & Rasulullah and your Parents. Nikah la cepat2 ye..
Tapi tak mampu la...
Tak mampu?? Jgn gatal2 nak nikah.
Hahaha... Gurau je.
Sini ada penyelesaian.
Jika kamu betul-betul seyes
"Nikah khitbah"
Maksudnya nikah gantung.
Tapi! Ingat.... Dptkan persetujuan dari kedua dua belah pihak.
Haaa... Cenggitu.
Sbb apa?? Kami kaum muslimat ada wali! Jika nak dia ambil dia dgn cara terhormat.
Faham?????


Thumb up sikit ...
Kalau takde jodoh dgn si dia jgn bersedih. Allah itu maha adil lagi saksama.
Yg patah akan tumbuh semula, yang hilang akan berganti.
Tapi...
Ingat! Ingat! dan Ingat! Sebelum raih cinta dari manusia...
Rebut dan jagalah cinta khas utk illahi dulu,
dan Cintailah Rasulullah s.a.w terlebih dahulu.. Balas lah cinta dari baginda terlebih dahulu...
Baru boleh pinang si dia.
Sbb apa???haaa...
Jika kita jaga hubungan kita dengan Allah. Pasti pasti dan pasti. Allah akan jagakan si dia yg telah ditakdirkan utk awak awak dan awak.
Paling penting. Your parent will proud with you you and you. Dont you want it? Jaga hati parents kita. Bnyk sudah mereka berkorban jiwa dan raga. Semata-mata hanya utk kita.
Sekian. "Princess Muslimah"


Sebarkan. Jika anda syg syg dan syg sahabat3x seIslam dgn anda.
Bukan apa.. Kalau Allah sudah murka. Bukan si pelaku dosa shj yg kena, semua orang akan kena tak kira dia tu siapa pun..
Hatta yang baik-baik sekalipun.
Jap2... Kalau tk tegur ..Kena apa???
Betul nak tahu??
B A L A !
Sempatkah kita bertaubat masa tu??
Allahu rabbi.
Jika masih ada kesempatan. Pintu taubat itu sentiasa terbuka luas.
Allah sngt angat dkt itew tau.
Moga kita dimatikan dalam iman
Errr... Kbye. Lalalalalalala...

tip cuti 2015

Bagaimana menjimatkan cuti tahunan untuk pergi bercuti sekerap mungkin ?
Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. Berikut adalah senarai slot masa terbaik untuk keluar pejabat.

Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam.

Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina.

Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh.

Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti
Nota : Ambil cuti pada 5 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya.

Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 27 & 28 Ogos. 31 Ogos cuti Hari Merdeka.

Slot #6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 17 &18 September. 16 September adalah cuti Hari Malaysia.

Slot #7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji.

Slot #8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram.

Slot #9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali.

Slot #10 : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti Hari Krismas.

Jimat cuti tahunan. Tidak perlu mengadap boss monyok yang keberatan luluskan cuti. Babai boss!

Nota : Slot diatas tidak mengikut cuti negeri. Sesuai juga aktiviti bersama keluarga, kenduri kendara dan perkahwinan

Sabtu, 3 Januari 2015

10 sedekah

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda 10 sebab kenapa kita semua perlu sangat memberi dan menyumbang dalam kehidupan kita. InsyaAllah segala rujukan adalah berpandukan daripada Al-Quran dan Hadis.

Sebab 1: Ciri-Ciri Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa
Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 2-3: “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.
Siapalah kita untuk mendakwa rezeki yang kita miliki hari ini milik kita. Semuanya adalah milik Dia. Dia tidak mahukan rezeki kita, tapi Dia hanya mahu kita belanjakan untuk jalannya. Moga makin kita belanja, makin kuat keimanan dan ketaqwaan kita.

Sebab 2: Cita-Cita Orang Sudah Mati Dunia Ingin Kembali Ke Dunia
Allah berfirman di dalam Surah Al-Munafiquun ayat 10: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh”.
Ya Allah, orang yang mati minta untuk kembali ke dunia untuk bersedekah. Kenapa kami yang masih hidup ini tak mahu bersedekah? Astagfirullahal Azim.

Sebab 3: Sedekah Menyucikan Hati
Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. [At-Taubah:103]

Saya bukanlah pakar untuk menghukum setiap hati manusia samada akhlaknya baik atau buruk. Tapi saya pasti bagi mereka yang merasakan akhlak tidak berapa baik, suka fitnah sana sini, tiada sehari pun hidup melainkan untuk mengeji manusia lain, saya cadangkan supaya anda bersedekah. InsyaAllah, saya yakin dengan ayat ini, masing-masing boleh experience bagaimana dengan bersedekah, ia menyucikan hati. Hanya diri kita sahaja yang tahu akhlak kita baik atau buruk. Betul ke betul?

Sebab 4: Mendapat Payungan Di Hari Tiada Payungan Melainkan PayunganNya
Ketika kita semua di akhirat, matahari akan berada sejengkal di atas kepala. Masing-masing akan kepanasan sementara menunggu setiap amalan untuk dihisab. Tapi ada 7  kelompok manusia yang mendapat lindungan dan teduhan dari tuhan. Salah satunya mereka yang bersedekah dengan tangan kanan, dia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui.
Saya yakin anda semua pernah terbaca akan hadis lengkap tentang perkara tersebut. Tapi bersedekah adalah antara perkara yang sangat mudah untuk dibuat oleh semua orang. Bagaimana nak buat supaya tidak ingat-ingat atau berkira bila bersedekah? Sedekah banyak-banyak. InsyaAllah, anda tak akan ingat berapa banyak yang telah anda sumbangkan.

Sebab 5: Sedekah Boleh Menghindarkan Diri Dari Bala & Bencana
Allah berfirman di dalam surah An-Nisa ayat 39, “Apakah kemudaratannya bagi mereka, kalau mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah diberikan Allah kepada mereka? Dan adalah Allah Maha Mengetahui keadaan mereka”.
Bala dan bencana merupakan kemudaratan kepada manusia. Sebagai hambaNya yang dhaif, kita memang tidak mampu untuk menggunakan kudrat hanya sebagai manusia untuk menolak kemudaratan atau apa sahaja malapetaka yang menimpa. Akan tetapi, Allah yang Maha Pengasih itu mengatur sesuatu aturan yang terbaik untuk hambaNya. Melalui sedekah, InsyaAllah, kita yakin pada kalamullah, malapetaka akan dapat dielakkan. Terlalu banyak hadis dan athar dari sahabat tentang sedekah boleh menolak bala. Ketahuilah, sekalipun seseorang itu banyak dosanya dengan tuhannya, sedekah mampu menjadi penyebab turunnya rahmat Allah swt dan tertolaknya bencana Allah swt.

Sebab 6: Penyebab Untuk Membanyakkan Lagi Harta
Di dalam Al-Quran Allah ada menyebut, “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”. [Saba:39]
Hanya kuasa Allah memewahkan dan menyempitkan sesiapapun di kalangan hambaNya. Namun Dia langsung tidak pernah menzalimi hambaNya. Maka diberikan rezeki untuk setiap hambaNya. Dan Dia juga mahu tambahkan lagi rezeki tersebut, tapi dengan syarat hambaNya itu menderma. Bukan saya yang cakap, tapi ini kata Tuhan sendiri. Makin bersyukur, makin ditambah. Tapi kalau kufur, pedih azabnya wahai sahabat.

Sebab 7: Mendapat Kasih Sayang Allah SWT
Kata Rasulullah saw, “Sesungguhnya sedekah yang sembunyi dapat memadamkan kemarahan Tuhan.”
Memang tidak dinafikan, apabila seseorang itu menggembirakan makhlukNya yang lain, bukankah dia juga layak untuk mendapat kasih sayang dari Penciptanya. Maka tidak perlu hairan kenapa sedekah mampu untuk menidakkan kemarahan Allah. Dalam masa yang sama, bersedekahlah dengan seikhlas hati, agar semuanya diberkati.

Sebab 8: Penyembuh Penyakit
Kata Rasulullah saw, “Sembuhkan penyakit kalian dengan bersedekah”. Suatu hari seorang lelaki berjumpa dengan Ibnu Mubarak dan mengadu bahawa sudah 7 tahun dia menderita mengalami kesakitan di lututnya. Sesungguhnya dia telah mencuba pelbagai rawatan dan ubatan namun tiada satu pun yang berjaya dan berhasil.
Tabib-tabib juga sudah tidak bermanfaat lagi baginya. Maka Ibnu Mubarak berkata padanya,“Pergilah kamu mencari kawasan yang manusia perlukan air, aku berharap penyakit mu akan beransur pulih.” Maka lelaki tersebut mengikut akan nasihat itu dan dia sembuh!
Sebab 9: Mendapat Perhatian Daripada Malaikat
Setiap pagi, akan datang dua malaikat yang mendoakan kita semua. Kata Nabi seperti mana yang pernah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, “Doa Malaikat setiap pagi ialah: Ya Allah, Engkau berikanlah kepada penyumbang itu gantian, dan Engkau berikanlah kepada orang yang kedekut itu kemusnahan.”
Alangkah istimewanya kehidupan para penyumbang. Mendapat doa yang bagus dari malaikat yang merupakan makhluk yang sentiasa bersama Allah. Tapi ingat, orang yang bakhil pun ada doanya. Moga harta kita semua tidak dimusnahkan oleh Allah disebabkan kebakhilan kita.

Sebab 10: Ketenteraman Hati
“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. [Al-Baqarah: 268]
Ramai yang takut miskin bila bersedekah. Tahukah anda yang menakutkan kita semua tentang kemiskinan itu adalah syaitan? Lebih keji dari itu, selain melarang manusia bersedekah, mengajak pula ke arah kejahatan dan menjadi seorang yang bakhil. Ingatlah, ketenteraman hati itu apabila kita sentiasa mengingati Allah.

Kisah nabi

KISAH SANGAT MENARIK MENGENAI RASULULLAH
.
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
.
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
.
6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
.
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
.
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
.
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
.
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
.
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
~SubhanaAllah~