Khamis, 19 Februari 2015

Kuliah UAI

Assalamualaikum shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Tok Guru Pulau Melaka Kota Baru Kelantan. Khamis | 19.2.2015
Kitab Wishah Afrah | Bab Taharah
1. Baca Al fatihah ialah baca dr awal sampai akhir barulah pahala baca Al Fatihah smpai kpd si mati,ade org bile ade kematian dia tulis Al Fatihah je tanpa membacanye maka bile tulis gtu ia dikire xsampai pahala bacaan Al Fatihah.
2. Siapa yg tiada solat baginya maka dia telah meruntuhkan agamanya,solat ni ramai org tinggal,puasa xramai org tggal sbb ade org tak solat tp dia puasa.Sedangkan kalu dia tinggal solat maka amalan lain xditerima.
3. Pasal ape negeri kita byk kotor?Sedangkan di negara org kafir ni bersih?Pasal kite dok beramal lah,di negeri org kafir tandas pun boleh makang nasik jadi islam tak salah,kita yg salah mnyebabkan nmpk kotor org yg mengamalkan islam ni.
4. Baik kite beramal lah,amal utk jd pembersih walaupun kite nmpk najis org dlm tandas awam tolong lah jiruskan,mane mane tandas pun kite g kalau kotor kite tolong bersihkanlah amal gtu sokmo,baru jd seorg pembersih kita ni,ni tgk janggut serung tp kencing bdiri itu ah masalah.
5. Xdok suatu mende yg kita buat pun xakan ditulis kecuali ditulis belaka dah,lebih dr fb lagi ditulis jd bile nmpk tandas kotor tu tolong lah bersih walaupun org lain xnmpk Allah yg nmpk Allah yg beri pahala jgn susah lah.
6. Perut kita ni dikire najis lah,tangki indahwater sdn bhd sbb tu kalu muntah dikire najis iaitu bile makanan sampai ke perut ia sudah dikire najis maka bile keluar balik ia dikire najis.
7. Doh nk kenal guane barang dr perut ni mmg najis dah?Kene hidu bau lah kalau keluar balik dr perut kita dan berbbau busuk mmg sudah dikire najis.Adapun makanan dlm perjalanan ke perut tp belum sampai di perut ianya di kerongkong sahaja maka ianya bukan najis.
8. Syarat basuh kencing berak ade 2 iaitu basahnye tempat keluar najis dan masih ade najis di situ.Jd maksud basuh kencing ialah basuh anggota kita yg kene najis iaitu cth mudah muncung kemaluan yg melekat najis maka situlah kene wajib bersih tmpt lain dok wajib dah basuh sbb xmelekat najis.
Soal jawab
1. Bolehkah sy xmau kahweb seumur hidup walaupun sy boleh kahwen?
- Ape bende perbuatan pun ade hukum asal kadang2 sunat harus wajib makhruh dan haram,maka hukum kahwen ni adalah sunat,boleh jd haram jika kita boleh mengancam pasangan,harus kahwen jika sudah kahwen tp mahu kahwen lagi,boleh jd makhruh jika ingin kahwen tp kemampuan dok cukup lagi dan boleh jd wajib dia bkahwin jika mmg dia tgk ayam pun nk kejar.Jadi ulamak pun bahas la org xnak kahwen ni xdok mslh.Tp lebih baik mung kahwen lah
2. Perceraian ni boleh mbawa kebaikan tak?
- Boleh menjadi lebih baik dgn jalan cerai krn cerai ni kekadang ade harus walaupun dibenci syarok,jd Allah tahu mane baik buruk sbb tu Allah hadirkan hukum suami boleh cerai isteri andai ceria itu lebih baik bg kehidupannya xdok mslh lah,cume org puang ni jgn lah harap nk bcerai dgn suami,sepatutnye mu mengaloh lah jika ade permasalah yg boleh diperbetul.Jadi kene ikut panduan syarok lah,suami walaupun ade kuasa veto,mengalahlah utk kebaikan bersama.Jadi kene mengalahlah krn org puang ni dia lawang kita dia yg berdosa jgk,kene molek boleh jd kafir,cth suami kata mung dok dgr ke tok guru ngaja org derhaka suami ni masuk neraka?Dia pun jawak nerako nerako lah aku dok takut,bile tubik ayat gni boleh jd kafir sbb tu suami jgn ajok belawang dgn dia krn dia mmg jenis bodo gtu.Mengalahlah utk kebaikan bersama.Krn kite tahu wanita ni mmg lemah.Org laki la kene jaga dia
3. Ape patut sy buat ibu sy paksa sy kahwen sedangkan sy ade calon dah mcmana tu?
- Baik mslh kahwen taat kpd ibu org tanye Ya Rasulullah siapa patut aku taat?Lalu Rasulullah kata wajib taat Allah dan rasul selepas itu taat kpd ibu mu dan taat kpd ibu mu dan taat kpd ibumu 3 kali nabi sebut barulah nabi sebut ayahmu.Maka dlm bab jodoh ni ulamak bahas sunat kita taat ibu bab jodoh ni dok wajib taat krn kite nk cari teman yg tdo sebantal dgn kita.Sbb tu jurunikah kene tanye pengantin puang mu setuju dok nikoh dgn dia ni?Maka pengantin kene ngadu situ kalu setuju atau tidak kene sahkan waktu tu.Ni jurunikoh tanye dia senyap itulah silapnye krn tanda setuju itu dia diam,jd sebaiknye kene terus teranglah ke mok.Bincang elok elok.
4. Saya baru kahwen adakah wajib berhenti jika sedang jimak ade keluar darah?
- Kene tgk dulu kalu darah hidung xdok maslh tp kalu darah haid wajib berhenti segera.Krn Nabi kate jauhilah kamu akan isterimu yg sedang haid.
Wallahua'lam semoga perkongsian ini bermanfaat pakat share dr page Koleksi Shortnote Kuliah Ustaz Azhar Idrus deh.

pesanan untuk bos

“Bodohlah kau ni!”


Bos memarahi pekerjanya, seorang kerani. Salah fotostat dokumen. Mulutnya membebel dan memaki sesedap rasa hatinya.

Kerani tersebut hanya mampu meminta maaf.

“Kerja mudah macam ni pun tak boleh buat dengan betul! Apa entah. Takkanlah aku sendiri lak nak fotostat. Banyak lagi kerja lain aku nak buat. Meeting dah tak lama ni!”

Kelam-kabut si kerani yang setahun jagung bekerja tu cuba betulkan balik.

Office hour pun tamat. Semua orang balik rumah masing-masing.

Si kerani singgah di kedai mamak. Roti canailah. Dah seharian, tak sempat nak makan sebab terlampau banyak kerja nak diselesaikan. Tengah-tengah dia makan, dia dengar riuh-rendah dalam kedai makan. Orang ramai berkerumun.

Dia tengok, bosnya terlentang di atas lantai. Mungkin serangan jantung. Orang tengok saja, rata-rata ada yang kenal. Tapi, tak sanggup nak tolong. Buat hal masing-masing. Si kerani tak sanggup nak tengok bosnya dalam keadaan begitu. Segera pergi mendapatkannya. Call ambulans.

Sekadar Gambar Hiasan

Ambulans sampai dan bawa mereka ke hospital. Si kerani menemani. Sampai di hospital, akhirnya bos sedar balik. Si kerani berada di samping bosnya dari awal sampai sedar. Tak tinggal.

“Bos dah okay? Kalau macam tu, saya balik dulu. Saya dah hubungi keluarga bos. Kejap lagi nanti sampailah tu.”

Bos menahannya.

“Kenapa kau tolong aku?”

Si kerani tersenyum.

“Bos hanya bos di tempat kerja saya. Bukan bos di luar tempat kerja. Di dalam, saya kuli. Di luar, kita macam saudara. Dah jadi tanggungjawab saya tolong saudara sendiri.”

“Tapi, aku dah layan kau dengan buruk di pejabat.”

Si kerani jawab,

“Tak mengapa. Saya tak simpan dalam hati. Memang saya masih tak cekap buat kerja. Tak cukup pengalaman. Maafkan saya banyak buat silap.”

Bos terdiam lama.

“Maafkan aku.”

Si kerani hanya tersenyum.

“Bos ada hak nak marah saya. Tak perlu minta maaf. Cuma, kalau boleh, bos kena consider sesuatu juga.”

Bosnya berkerut kening.

“Apa dia?”

Si kerani membalas,

“Bos kena buang rasa AKU dalam diri bos. ‘AKU bos’ jadi orang lain kena tunduk pada aku. ‘AKU hebat, AKU kaya, AKU paling berkuasa, AKU punya syarikat, AKU seorang yang betul orang lain salah, ikut suka AKU-lah sebab AKU gah!’. Bos lupa, di atas hebatnya AKU adalah Allah.

Bos kena ingat, status dan segala yang bos ada sekarang bukannya kerana bos berusaha kuat, tapi kerana Allah yang berikan atas dasar Dia Maha Pemurah. Ramai lagi di luar sana yang berusaha, tapi belum berjaya. Orang bawahan bos, bukannya robot. Mereka juga ada hati dan perasaan. Sebagaimana bos mahu direspek, mereka juga ingin ada rasa dihormati.

Lihatlah macam tadi, bila bos sakit, ada saja staf-staf lain yang nampak, tapi mereka buat tak peduli. Sebab sakit hati ingat layanan bos, moody, marah sesuka hati. Bukan bos seorang ada masalah. Semua orang ada masalah. Kan lebih baik, kita sama-sama bertimbang rasa dan bertolak-ansur.

Bos hanya layan mereka yang pandai memuji dan ambil hati bos untuk kepentingan peribadi. Sedangkan yang buat kerja dengan lebih telus dan rajin adalah orang yang lain. Orang pandai mengampu, naik pangkat. Orang yang tidak rapat, diabaikan.”

Bosnya terdiam.

“Apa jadi kalau aku teruskan dengan sikap lama?”

Kerani berkata perlahan,

“Nabi s.a.w. tak amalkan sikap tu semua walaupun Baginda adalah ketua segala-galanya dalam urusan dunia.

Kalau teruskan, pada hari mati bos nanti, tengoklah ada atau tak orang yang nak datang ziarah.”

Bosnya terus sebak. Menitis air mata. Barulah dia sedar, dia cuma manusia biasa. Hanya seorang hamba.

Berada di atas bukan selamanya.

Suatu hari kita juga akan berada di bawah.


Di bawah timbunan tanah.

Ahad, 15 Februari 2015

mudah baso


Suami 'mudoh baso' isteri taat setio.
Buat tatapan suami dan isteri. Temu ramah ini walaupun ringkas ia memberikan peringatan berdasarkan teladan Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku pemimpin sebuah keluarga. Terima kasih kepada penulis yang menemu ramah dan menggarapnya dengan baik dan bahasa yang mudah (difahami).
PERMERGIAN insan tersayang yang berkongsi hidup selama 53 tahun sudah pasti memberi kesan hebat kepada diri seseorang, apatah lagi insan itu seorang suami penyayang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru, juga menjadi pemimpin disayangi ramai, di dalam dan luar negara.
Ikuti luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK, isteri bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM dan SITI FATIHAH AWANG di kediaman beliau sehari selepas pemergian suami yang dicintai itu.“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,” itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.
Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.
Sambil menggenggam tangan abang, saya kata “anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.
(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tuan Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).
Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.
Dengan izin, hari ini (semalam) saya dan semua anak-anak awal-awal pagi lagi ke kubur. Dalam keadaan sayu hati dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT, saya sedekahkan Al-Fatihah dan ayat suci al-Quran kepada suami tercinta di perkuburannya.
Saya reda dan saya juga tidak 'berhutang' apa-apa lagi dengan abang. Saya memang menjaga abang sepenuh hati saya sebagai seorang isteri sebagaimana yang abang mahukan selama ini, walaupun saya juga kadang kala diuji dengan kesihatan yang tidak menentu.
Sebelum ini, makan, minum dan pakaian abang dijaga dengan baik. Makanan sentiasa terhidang untuk suami tersayang dan tidak pernah sekalipun saya menyuruhnya mengambil sendiri.
Cuma, saya perasan satu kelainan kerana beberapa bulan lalu, abang kadangkala menyediakan sendiri minumannya tanpa bantuan saya.
Saya menghormati abang, memang abang seorang insan istimewa yang tiada galang gantinya bagi saya. (Beliau terus menyapu air mata dan kemudiannya cuba memujuk diri dengan melemparkan senyuman kepada hadirin).
Biarpun abang seorang menteri besar dan pemimpin masyarakat, namun abang bukanlah seorang yang cerewet, terutamanya dalam soal memilih makanan.
Senang sangat, malah saya yakin setiap isteri di dunia ini mengimpikan seorang suami yang 'mudoh baso' (senang kira) malah tidak keterlaluan jika saya katakan, saya antara yang bertuah kerana memiliki abang.
Masakan kampung memang menjadi keutamaan abang. Sedap atau tidak bukanlah satu kepentingan. Apa yang pasti, itulah menu pilihan, tambahan pula jika disajikan dengan ikan darat, ditambah pula kuih paling digemari, lompat tikam serta jala emas.
(Mengimbas semula kisah hidupnya sebagai suami isteri, Tuan Sabariah juga memberitahu setiap malam dia akan mengurut dan menyapu minyak di tubuh Tok Guru sebelum tidur).
Sentiasa saya ingat, kata-kata abang yang memberitahu, tidak ada harta yang banyak boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Semuanya sudah diberikan. Harta yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadikan anak-anak yang soleh, berguna kepada agama dan bangsa.
Memang abang pentingkan ilmu kepada anak-anak, kerana baginya, ilmulah darjat yang paling tinggi di akhirat.
Itulah yang sentiasa menjadi pesanan abang kepada semua anak-anak.
Bukan sahaja pentingkan ilmu, malah abang juga seorang yang penyayang. Masih terbayang-bayang lagi tiga hari sebelum abang menghembuskan nafas terakhir, kami ketawa bersama apabila dia mengenyit mata kepada saya ketika terbaring di katil hospital.
Malah saya membalasnya dengan senyuman yang penuh ikhlas dari hati saya sambil menggenggam tangannya.
Walaupun ketika itu abang tidak gagah namun abang masih lagi memujuk hati saya dengan bersikap demikian kerana abang tahu, saya terlalu risaukan kesihatan abang.
Saya kagum kerana abang masih lagi (berusaha) menghiburkan saya walaupun dalam keadaan uzur.
Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik, biarpun dalam keadaan terlantar, masih lagi menjaga batas-batas saya sebagai seorang Muslim.
Pernah satu ketika, saya bercakap dengan seseorang. Pada mulanya abang hanya menghentak tangannya pada saya dengan perlahan, tapi lama-lama semakin kuat.
Rupa-rupanya abang tidak suka saya bercakap perkara yang tidak sedap didengar di telinganya.
Sampai begitu sekali dia sayangkan saya, supaya saya tidak buat perkara yang merugikan, malah abang sering berpesan ia adalah kebaikan untuk dijadikan contoh kepada anak-anak.
Ini juga yang patut dicontohi dan saya amat bersyukur semasa dalam keadaan sakit dan tidak bermaya, abang masih lagi bangun sepertiga malam untuk bertahajud.
Sangat tersentuh hati saya apabila kira-kira jam 3 pagi saya mendengar abang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika bertahajud dan pernah satu ketika, bacaannya agak kuat kerana sengaja untuk bangunkan saya daripada tidur.
Memang inilah amalan abang sejak dulu lagi, malah tidak pernah abang abaikan dan mengeluh penat untuk melaksanakannya, walaupun kadangkala balik lambat sehingga jam 2 pagi (sewaktu menjadi menteri besar) pun.
Bertahajud tetap menjadi keutamaannya.
Pernah juga abang bergurau, “Pahala solat sunat abang lakukan ini tidak boleh berkongsi dengan Yah, amalan masing-masing. Jadi kita kena sentiasa beribadah”.
Walaupun nada nya bergurau, tapi saya tahu pesanannya itu adalah daripada seorang suami yang mahukan yang terbaik buat isterinya.
Abang memang utamakan solat. Setengah jam sebelum masuk waktu abang akan bersedia dengan wuduk dan saya masih ingat perumpamaan yang ditujukan kepada saya mengenai solat. Katanya, seperti menghadiri majlis kenduri, jika lewat datang sudah pasti lauk-pauk tidak akan cukup lengkap. Katanya sama juga dengan solat, jadi jangan tangguh-tangguhkan.
(Sekali lagi air mata Tuan Sabariah mengalir dan tetamu yang berada di ruang tamu juga kelihatan sayu sambil kedengaran tangisan kecil apabila berkongsi mengenai baju paling disukai oleh Tok Guru yang digayakan oleh isterinya.
Keadaan menjadi lebih sayu dan masing-masing memandang Tuan Sabariah apabila baju kegemaran Tok Guru itu dipakai sehari selepas pemergian Allahyarham, sambil tangannya digenggam erat oleh penulis)
Baju inilah (baju kurung kain kapas krim berbunga kecil) yang abang paling suka saya pakai, malah sering memuji corak yang katanya begitu sesuai dengan saya. Abang tidak suka saya pakai baju warna terang dan bunga besar dan banyak, tetapi tidak pula pernah melarang ataupun menegur sehingga saya berkecil hati.
Pernah juga baju pemberian rakan terpaksa disimpan walaupun hanya beberapa kali dipakai.
Ini kerana abang pernah menegur saya secara bergurau, “Yah nampak tua pakai macam itu." Saya hanya membalas dengan ketawa dan terus menyimpan baju itu dan tidak dipakai lagi.
Bagi saya, apa yang terbaik untuk abang adalah yang terindah bagi saya. Walaupun hal pakaian adalah perkara remeh bagi sesetengah isteri, namun itulah keutamaan bagi saya untuk menjadi isteri yang patuh kepada suami.

surah almaidah 41

Al Barra` bin 'Azib dia berkata, "Suatu ketika seorang Yahudi yang dicat hitam dan didera lewat di hadapan Nabi s.a.w., kemudian beliau memanggil mereka seraya bersabda: "Beginikah hukuman zina yang kalian dapati dalam kitab Taurat kalian?" mereka menjawab, "Ya benar." Lalu beliau memanggil seorang laki-laki yang tergolong dari ulama mereka, beliau bertanya: "Aku mengharap kamu mau bersumpah dengan nama Allah yang telah menurunkan kitab Taurat kepada Musa, betulkah begini caranya hukuman zina yang kalian dapati dalam kitab tauratmu?" dia menjawab, "Tidak, seandainya anda tidak menyumpahku dengan nama Allah, aku tidak akan mengatakan yang sebenarnya kepada anda. Dan yang kami ketahui dalam kitab Taurat, hukumannya adalah rajam, akan tetapi biasanya hukuman itu tidak berlaku bagi pembesar-pembesar kami, jika yang tertangkap itu dari pembesar, maka kami biarkan begitu saja, akan tetapi jika yang tertangkap rakyat kecil maka kami tegakkan hukum sesuai Taurat. Akhirnya kami bermusyawarah, membicarakan hukum yang dapat kami tegakkan bagi pembesar dan rakyat biasa. Lalu kami putuskan untuk membuat hitam tubuh dan mendera pelaku zina sebagai pengganti hukum rajam."

Setelah laki-laki itu selesai bicara, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah, sesungguhnya akulah orang yang pertama-tama menghidupkan kembali sunnah-Mu setelah mereka hapus perintah tersebut."

 Setelah itu, beliau memerintahkan supaya Yahudi yang berzina itu dihukum rajam, lalu Allah 'azza wajalla menurunkan ayat: '(Wahai rasul, janganlah kamu merasa sedih, karena orang-orang yang bersegera menuju kekafiran -hingga firman-Nya- Jika diberikan ini kepadamu, maka terimalah) ' (Al Maidah: 41).

Orang-orang Yahudi berkata, "Datanglah kalian kepada Muhammad s.a.w., jika beliau memutuskan hukuman kepadamu dengan menghitamkan tubuh dan didera, maka terimalah, namun jika dia berfatwa kepadamu dengan hukuman rajam, maka waspadalah.

Maka Allah Ta'ala menurunkan ayat: '(Barangsiapa tidak berhukum dengan sesuatu yang telah di turunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. Dan barangsiapa tidak berhukum dengan sesuatu yang telah diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang Zhalim. Dan barangsiapa tidak berhukum dengan sesuatu yang telah di turunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik' (Qs. Al Maidah: 44- 47). Hal ini juga berlaku kepada orang-orang kafir semuanya."


Al A'masy dengan isnad seperti ini sampai kepada perkataannya, "Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan untuk merajmanya, akhirnya dia pun dirajam." Dan tidak menyebutkan sesuatu setelahnya seperti turunnya ayat." (Sahih Muslim)


Read more: http://satuhala.blogspot.com/2015/01/peti-undi-bukan-tuhan.html#ixzz3RpJzefHu

basuh mesin basuh

Assalamualaikum.. Sedikit perkongsian mungkin ada yang terlepas pandang akan hukum ini kerana sekarang boleh dikatakan semua menggunakan mesin basuh utk mencuci pakaian..

|Hadam Betul2 Ilmu ni|
Dalam bab Thoharah, iaitu HUKUM membasuh baju menggunakan mesin basuh. Ramai yang tidak terdedah dengan cara membasuh dengan betul.

Baju yang bercampur dengan pakaian dalam, atau pakaian yang terpercik najis Hukmi (Najis yang tidak nampak dan yakin terkena najis), perlulah diulangi basuhan itu melalui BILAS dengan air lalu di akhir pembasuhan.

Ini kerana, air yang kurang daripada 2 kolah berada di dalam mesin basuh menjadi air MUTANNAJIS dan dibawa solat. Maka hukumnya tidak SAH solat tersebut kerana pakaian masih menanggung najis.

Langkah-langkahnya:

1. Basuh baju seperti biasa jika bercampur dengan pakaian yg bernajis. Selepas tamat pembasuhan melalui durasi mesin basuh, lakukan semula dengan cara membilas baju satu persatu ataupun beberapa helai sekaligus melalui air yang dibuka semula dan ratakan sehingga basah.

2. Pakaian boleh dibilas dengan air paip diluar
 mesin basuh ataupun menggunakan paip di dalam mesin basuh.

3. Jika ingin membilas didalam mesin basuh, bilasan air perlu diratakan ke semua baju TANPA membiarkan air BERTAKUNG di dalam mesin.

4. Membilas pakaian yg ingin dibawa solat tidak perlu lama-lama dan menggunakan air yang banyak, cukup sekadar meratakan.

5. Spin, selesai. Jemur dan boleh dibawa solat.

‪#‎Hukum‬ ini adalah hukum muasorof yakni hukum yang baru selepas mesin basuh dicipta. maka para ulama mentafsirkan cara basuhan mengikut tahap kesucian dengan teliti dari segala sudut Thoharah.

Sebelum mesin basuh dicipta, umat islam membasuh baju disungai, atau menjirus daripada tempayan air ataupun paip, maka air sudah mengalir dan tidak terikat dengan mutannajis kerana tidak direndam.

-Kuliah/Thoharah-

Kemusykilan ini telahpun dijawab oleh UAI: https://www.youtube.com/watch?v=Ra1TG534szE

P/S: Sampaikan pada Umat Islam yang lain.. moga bermanfaat utk semua.. InsyaAllah..