Jumaat, 13 Mac 2015

ubat gigi flourida

.
Pernah tak korang terfikir kenapa ubat gigi Mukmin tanpa FLUORIDA?
Best ke guna ubt gigi xde fluorida ni?
Tak best kan?
Mulut rasa tak berangin je kan..
Hmm, sy jgk seperti anda pd mulanya. Tapi lama2, mulut xblh bau fluorida sbb asyk nk tmuntah je.
Sy beralih pd Mukmin, @Halagel dg penuh tanda tanya..
Eh, kenapa mukmin@ Halagel tak guna fluorida?? Tak elok ke fluorida ni??
Takdir Allah, menggerakkan hati saya utk bertanya pd Mr Christopher. Slpas dia kongsikan knapa dia bencikan Mcdonalds.
Mungkin dia ada jawapannya.
Saya bertanya,
'Mr, do yOu know about fluorida?'
Dg tegasnya,
'Oh, yes Mrs Sarah!
PLEASE DONT YOU EVER USE IT!'
Sy terkedu.
' But why, mr?'
He said, 'I know quite a lot about what the American gov are doing. I know about flouride I don't use toothpaste with it. I make coconut oil and baking soda to clean my teeth.
Mix them together. You can add eucaliptus oil in it too. It's better than tooth paste!'
' U mean, fluorida is one of the American gov are doing?? Like Mcdonalds?'
'Yes, of course Mrs!!'
Sy terkedu lagi.
Katanya, fluorida adalah slh satu bahan plg  berbahaya dlm jenayah saintifik. Penggunaan fluorida scara bterusan dari kecil shingga besar   menyebabkan kerosakan otak manusia scara perlahan2 utk jgka masa yg lama.
Fluorida adalah sejenis racun yg blh mgubah tingkah laku dan perangai manusia.
Dos yg sdikit diambil, tapi kesannya mampu mengurangkan kekuatan msyarakat dpd melawan sbuah pemerintahan.
Itulah kuasa Amerika yg membunuh umat islam dlm senyap dan perlahan-lahan!
Malah lebih teruk, kandungan fluorida dlm ubt ggi mmpu mbunuh kanak2!
Katanya,
'Mana mungkin fluorida dpt mgurangkan msalah gigi kpd manusia!
Nonsense, mrs!
Stop using it!'
Sy senyap. Speechless.
Dlm hati,mcm tak percaya je.
Akhirnya, sy temui buku Deadly Mist- Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia dari penulis Jerry D. Gray.
Allahuakbar! Allahuakbar!
Apa yg dikata dan ditegaskan Mr Chris adalah benar!
Yes, itu buktinya knpa ubat gigi mukmin @ Halagel tanpa fluorida!
Tepuk dada sendiri, tanya iman dihati.
Ayuh! Tinggalkan fluorida!
Mari kita beralih pd coconut oil dan baking soda! Better than toothpaste!
Ayuh bina generasi muslim sebenar.
Anak2 yg berakhlak mulia!
Belum terlambat utk segalanya.
Smoga Allah melindungi kita. Amin.
Daripada:
 Datuk Dr Rozaini Bin Hj Ghazali
Bagi tahu info ni kepada semua
Rakan2.

Khamis, 12 Mac 2015

gst

Bace!!!Bermula 1 April 2015, harga top up untuk semua telco akan ditambah dengan GST sebanyak 6%
RM5 = RM5.30 (kredit RM5)
RM10 = RM10.60 (kredit RM10)
RM30 = RM31.80 (kredit RM30)
RM50 = RM53.00 (kredit RM50)
RM100 = RM106.00 (kredit RM100)
INFO GST:
Info ini bertujuan untuk rakan2 lebih bersedia dan membeli barangan keperluan penting sebelum pelaksanaan GST.
BERIKUT ADALAH SENARAI BARANGAN YANG DI JANGKA AKAN NAIK HARGA, TURUN DAN TIDAK BERUBAH SELEPAS PELAKSANAAN GST PADA 1 APRIL 2015 - Sumber dari Jabatan Kastam (petikan dari Star).
(A). BARANGAN YANG DIJANGKA NAIK HARGA:
1.Talipon bimbit
2.Komputer
3.Ipad dan tablet.
4.Mesin fotokopi.
5.Percetakan foto digital.
6.Pengangkutan barangan (kos hantar barang).
7.Air minuman (mineral)
8.Majallah2.
9.Bebola ikan (fish ball)
10.Sardin tin dan tuna.
11.Lipstik.
12.Pewarna kuku.
13.Motosikal 100cc
14.Jam tangan.
15.Aiskrim.
16.Cheese.
17.Gandum dan makanan cereal.
18.Sos cili,sos tiram dll.
(B).BARANGAN DI JANGKA TURUN HARGA:
1.TV
2.Peti sejuk.
3.Penghawa dingin.
4.Spark plug, pad brek dll (alat ganti motosikal).
5.Bateri kereta.
6.Sistem Home Theater.
6.Pengering rambut.
7.Kipas angin dan pembakar roti.
8.Dapur gas 2 penunu.
9.Seterika letrik.
10.Tuala mandi .
11.Pensil warna.
12.Berus gigi dan ubat gigi
13.Dettol dan ubatan anti septik.
14.Kerusi meja 6 orang (meja makan).
15.Pampers pakai buang.
16.Kereta 850cc
17.Minuman ringan.
18.Tikar plastik.
19.Buah2an yang di import (epal,oren,anggur dll).
(C).BARANGAN YANG MANA HARGA NYA TIDAK BERUBAH:
1.Roti dan makanan lain.
2.Minyak masak (minyak kelapa,sawit dll).
3.Daging (lembu,kambing,ayam,khinzir dll).
4.Buah2an tempatan.
5.Minyak Petrol RON95 & diesel.
6.Beras dan sayuran segar.
7.Ikan dan udang segar.
8.Susu tepung segera.
9.Telur ayam dan itik.
10.Tambang kenderaan bas dan teksi.
11.Minyak motor dan enjin.
12.Kadar X-ray di klinik swasta.
13.Kadar tol.
PERINGATAN :
1.Jika anda berkenan dan merancang mahu membeli mana2 barangan dalam kategori (A) maka sila berbuat demikian sekarang sebelum harga barangan2 ini naik pada 1 April nanti.
2.Jika anda mahu membeli mana2 barangan dalam kategori (B) yang di jangka akan turun maka jangan beli sekarang dan tunggu selepas 1 April untuk mendapatkan harga lebih rendah.
3.Akan ada peniaga tamak yang akan cuba ambil kesempatan dari mereka2 yang tidak tahu atau tidak faham dengan GST untuk menaikkan harga barangan yang mana tiada dalam senarai barangan yang di kenakan GST dan d nki harap info di atas dapat membantu semua.

Pengguna buatlah pilihan bijak.Kuasa membeli ditangan anda.

kedai mamak

HATI-HATI MINUM DI KEDAI BRO...

Lebih kurang seminggu yang lalu...

STRESS KERJA...
Bila otak dah berdengung, apa lagi, kedai mamak 24 jam lah tempat yang dituju. Hmmm ...... keluar ke tempat lain pula la. Tapi ke mana? Kedai mamak kat sini ni memang bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat. Bukan nak makan sangat pun. Cuma nak minum aje. Dapat teh tarik halia kaw pun dah sedap. Tiba-tiba teringat satu kedai yang seorang kawan cadangkan dah bertahun dulu. Baik ... Boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit aje pun .. kalau memandu.

Sampai kat kedai dah pukul 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh. Hmmm ... Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot? 

Duduk dan order. Mak aiii ... minah yang ambil order ni .. mukanya ... manis lagi cuka. Comei tu boleh le tahan juga. Bak kata orang sebagai penyeri kedai tapi kalau muka kelat dan ketat, pergi mana pun tak berseri. 

Sementara menunggu minuman, mata mula meliar memerhati sekeliling kedai. Entah mengapa tiba-tiba terlihat ada sebiji botol kecil, diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah. Mulalah menggaru kepala yang tak gatal. 

Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan, berjubah hitam tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhati setiap pelanggan yang datang. Rambutnya bagai model iklan syampu Rejoice - sebelum menggunakan syampu. Mengerbang.

Rupanya ... alahai ... harimau tengok pun boleh pengsan! Terkopek sana sini. Badannya dihayun-hayunkan bagai meratip. Apa yang diratipkan pun, tidak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepala pelanggan itu.

"Ini teh nya. Makan tak mahu?" tanya seorang lagi pelayan, sambil menghentak mug berisi teh. Kepala digelengkan. Ehhh ... baru kerja jadi pelayan dah berlagak. Udah le duit pelanggan tu yang membayar gaji, tapi layan pelanggan macam orang minta sedekah. 

Petua orang tua, bila makan diluar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Kalau minuman tu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, adalah sesuatu yang diletakkan.

Setelah semua itu dilakukan, bacalah selawat dan doa makan. 

Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana, kedengaran kuat bunyi mug merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba terbelah dan air teh melempah. Hampir sahaja teh panas mengenai seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah benda di atas alang pintu. 

Ia berayun sekali lagi. Bagaikan monyet di dalam kandang. Mamak kat kaunter cepat-cepat berlari dan bertanya apa berlaku. Kepala digeleng sambil membayar terus duit teh. Bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminum lagi dan mahu digantikan dengan minuman lain.

Hmmm ... tak perlu untuk diganti. Biarlah. Tapi sebelum keluar sempat menegur mamak. 

"Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali," sambil menunjuk ke arah siling. Mamak seolah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.

Melangkah keluar daripada kedai itu, terasa ada benda yang mengikuti. Menoleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam sedang mengekori. Nampaknya tak boleh balik rumah teruslah ni. Mahu tak mahu, kaki terus melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.

Teh tarik halia dipesan. Tambahan - air mineral dan limau nipis. Badan menghadap belakang kedai. Limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan berserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan minuman, kaki perlahan melangkah ke arah kereta. 

Bulu roma tegak kembali. Masih mengikuti rupanya. Perlahan botol air mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin mencapai tengkuk. Semakin lama semakin rapat.

Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin kerana terkejut, ia terus melompat ke arah lampu jalan dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan. Beberapa pelanggan di kedai mamak memerhati dengan pelik. 

Buat-buat tak tahu aje lah.

Bukan ini lembaga yang mengekori .. tetapi hampir sama tanpa sabit panjang 

Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata terus memandang lampu jalan. Ya .. ia mash di situ. Bagai menunggu arahan tuannya. 

Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya ... apakah teruk sangat perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada luar? Jika dilihat, pelanggannya memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memang enak! 

Apakah ketamakan telah mengabui matanya .... (C&P)

P/S Kalau anda ada petua sebelum makan di kedai luar,share shj ilmunya..Kadang kita ingat orang lain tahu...tapi ada yang ramai lagi yang tak tahu..mudah2an ilmu/share anda dimanfaatkan...cer baca ni dari group lain

Rabu, 11 Mac 2015

hud hud

Home » Hiburan » Ini Fakta! Maksud Tersirat Lagu M. Nasir "Tanya Sama Itu Hud - Hud" Sangat Mengejutkan.

 hydroplane  Tuesday, March 10, 2015  Hiburan

Ini Fakta! Maksud Tersirat Lagu M. Nasir "Tanya Sama Itu Hud - Hud" Sangat Mengejutkan.





Pernah tak korang dengar lagu hasil ciptaan M. Nasir iaitu ‘Tanya Sama Itu Hud - Hud’. Lagu yang senang melekat di halwa telinga ini sebenarnya mempunyai lirik yang tersirat serta bermakna. Mari kita rungkaikan maksud lagu tersebut satu persatu.



Tujuh puluh tiga pintu

Tujuh puluh tiga jalan

Yang sampai hanya satu jalan


Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.



Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).



Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?


Beribu-ribu Margasatua

Mencari raja si Muraq

Yang sampai hanya tiga puluh



Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.






Ooh... Sang Algojo

Ooh... nanti dulu



Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?


Lihat dunia dari mata burung

Atau lihat dari dalam tempurung

Yang mana satu engkau pilih



Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.


Dalam kalut ada peraturan

Peraturan mencipta kekalutan

Di mana pula kau berdiri

Di sini



Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,



"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"



Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.


Ooh... Sang Algojo

Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini

Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya

Berikan aku kesempatan akhir ini

Lai lai la lai la lai



Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?



Tanya sama itu hud-hud

Lang mensilang

Kui mengsikui

Kerana dia yang terbangkan ku ke mari



Yang ni, kena baca kisah Musyawarah Burung. Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.

aurat wanita

Kesilapan wanita tentang AURAT.

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.

Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya ; "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)