Khamis, 5 November 2015

Insaf sentap hiba haru

Subhanallah, Masyallah...Allahuakbar..(KISAH BENAR)
SATU PENGAJARAN BUAT GADIS2 DAN PARA ISTERI

Mengalir air mata saya, mengalir juga air mata kalian membacanya
KISAH ISTERI YG MERASA DERHAKA KPD SUAMI

Indonesia: Ketika aku sedang menanti teman menjemput ku di masjid, aku melihat seorang wanita berjilbab seperti menunggu seseorang juga. Lalu aku menegurnya utk berbual bual sambil menanti teman menjemput ku pulang.

Selepas bertanya khabar dan berbual seketika, tiba2 wanita itu bertanya, "Cik sudah berkahwin?". Jawabku, "Belum". Dan aku bertanya pula, "Tunggu siapa?". Jawabnya, "Menunggu suami."

Aku melihat wanita ini membawa beg laptop dan satu beg yg besar. Seperti wanita berkarier. Lalu aku beranikan diri utk bertanya, "Kakak kerja di mana?"

"Alhamdulillah 2 jam tadi, secara rasminya saya tidak bekerja lagi," jawabnya dan terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. Lalu aku bertanya, "Kenapa?".

Jawabnya tegas, "Ini adalah langkah awal utk wanita yg berkarier utk lebih taat kpd suaminya." Aku kehairanan dgn jawapannya apatah lagi melihat dia tersenyum.

"Saudari boleh saya ceritakan kenapa. Semoga ia boleh dijadikan pelajaran yg baik. Saya bekerja di pejabat yg mana gaji saya 10 kali ganda lebih besar dari suami. Suami saya di waktu pagi berniaga roti bakar dan di waktu petang berniaga ais cendol.

"Kami baru bernikah 3 bulan dan kelmarin buat pertama kalinya saya menangis kerana merasa derhaka kpd suami. Saudari tahu kenapa? Waktu itu jam 7 mlm suami saya akan menjemput saya seperti biasa di pejabat. Kebiasaannya jam 3 saya sudah pulang tapi pada hari itu kerja saya sgt banyak. Sampai di rumah saya kepenatan.

"Kerana kepenatan kepala saya begitu pening. Kebetulan suami saya beritahu badannya seperti berangin dan kepalanya pening juga. Dia meminta saya mengambilkannya air segelas. Saya kata saya sgt keletihan dan memintanya ambil sendiri.

" Jam 11.30 malam baru saya tersedar dan cepat2 menunaikan solat Isyak. Selepas solat saya melihat suami lena tidur. Saya ke dapur dan melihat pinggan mangkuk sudah dicuci. Pakaian kami sudah dibasuh. Siapa lagi yg buat jika bukan suami saya.

"Astagfirullah, bukankah suami saya juga beritahu dia juga pening kepala. Rasa hiba mula saya rasakan. Lalu saya ke bilik utk menerangkan kpdnya keadaan saya tadi. Saya tgk dia lena tapi saya pegang wajahnya. Masyallah panas sungguh badannya. Dia demam panas.

Saya teringat kata2 terakhirnya sebelum saya tertidur tadi. Dia hanya menyuruh saya mengambilkannya air saja tapi saya membantahnya. Air mata saya ini menitis mengenangkan saya melupakan hak2 suami saya," ujarnya

Subhanallah, aku melihat kakak ini bercerita dgn semangatnya,membuat hati ini sayu. Dan dpt  ku lihat titisan air mata yg diusapnya.

Sambungnya lagi, "Dgn gaji yg saya miliki, saya merasa tak perlu meminta nafkah pada suami kerana gaji saya jauh lebih besar dari suami apatah lagi yg diberikan kpd saya nilainya begitu sedikit. Tapi suami selalu memberikan hasil jualannya dgn ikhlas dari lubuk hatinya.

Setiap kali memberikan hasil jualannya, dia selalu berkata “Umi, ini ada sedikit rezeki dari Allah. Ambil ya. Buat keperluan kita. Walaupun tidak byk jumlahnya, mudah-mudahan Umi redho”, begitulah kata suami saya.

"Saat itu saya baru merasakan betapa harta ini membuat saya sombong dan derhaka pada nafkah yang diberikan suami saya, dan saya yakin hampir tidak ada wanita berkarier yg selamat dari fitnah ini”

“Alhamdulillah saya sekarang bernekad utk berhenti bekerja, mudah-mudahan saya lebih tahu menghargai nafkah yg diberikan suami. Memang sifat wanita sering susah hati jika tanpa harta, dan kerana harta juga wanita sering lupa pengorbanan seorang suami.

“Saya berkunjung ke rumah orang tua, dan menceritakan niat saya ini. Saya sedih mereka  dan saudara-mara tidak bersetuju niat saya utk berhenti berkerja. Mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dgn suami2 yg lain.”

“Saudari tahu, saya hanya mampu menangis saat itu. Saya menangis bukan kerana apa yg dikatakan adik saya itu benar, Demi Allah bukan kerana itu. Tapi saya menangis kerana imam saya sudah DIPANDANG RENDAH olehnya.

"Bagaimana mungkin dia meremehkan setiap titis keringat suami saya, padahal dgn titisan keringat itu, Allah memandangnya mulia ? Bagaimana mungkin dia menghina org yg sentiasa membangunkan saya utk sujud di malam hari? Bagaimana mungkin dia menghina org yg dgn kata2 lembutnya selalu menenangkan hati saya?

"Di saat kebanyakan org lebih memilih jadi penganggur tetapi suami saya, tak ada rasa malu baginya utuk menafkahi isteri dgn nafkah yg halal. Itulah yang membuat saya begitu bangga pada suami saya.

"Suatu hari nanti jika saudari mendapat suami seperti suami saya, saudari tidak perlu malu utk menceritakannya pekerjaan suami pada org lain. Bukan masalah pekerjaannya tapi masalah halalnya, berkahnya dan kita memohon pada Allah semoga Allah menjauhkan suami kita dari rezeki yg haram," kata2 terakhirnya sambil tersenyum manis padaku.

Kulihat dari kejauhan seorang laki2 dgn menggunakan motor buruk menghampiri ke arah kami, wajahnya ditutupi kaca helmet. Sambil mengucapkan salam, wanita itu meninggalkanku. Wajah wanita itu tenang sekali, wajah seorang isteri yg begitu redha.

Ya Allah….
Sekarang giliran aku yg menangis. Hari ini aku dpt pelajaran paling berkesan dlm hidupku. Pelajaran yg membuatku menghapuskan persepsi utk mencari org2 kaya sebagai calon suamiku yg selalu bermain dibenak pemikiran ku selama ini. Subhanallah..Walhamdulillah..Wa Laa ilaaha illallah…Allahu Akbar

Semoga pekerjaan, harta dan kekayaan tak pernah menghalangimu utk tidak menerima pinangan dari laki2 yg baik agamanya..

Rabu, 4 November 2015

Guru malaysia

KENAPA CIKGU DIKATAKAN GOLONGAN PALING BISING BERBANDING PENJAWAT AWAM LAIN?

SEBAB CIKGU NI SEMUA KERJA DIA BEDAL!

Sebab....
Masuk kls kotor...cikgu jd cleaner
Budak gaduh...cikgu jd hakim
Budak mencuri ...cikgu jd polis
Budak sakit ...cikgu jd doktor dan nurse
Budak nangis xnk sekolah...cikgu jd hulk sbb kena angkat
Budak xder duit ...cikgu jd pusat zakat
Budak ada mslh kluarga ....cikgu jd JKM
Budak nk sukan...cikgu jd pekerja kontrak buat padang
Budak wakil sekolah aktiviti luar..cikgu jd drebar
Kain/ seluar budak koyak...cikgu jd tukang jahit
Budak cedera/demam teruk kena g hosp...keta cikgu jd ambulans
Budak berjaya...cikgu hanya dipandang sepi
Budak gagal...cikgu jd bahan caci maki
Nk tambah kewangan sekolah...cikgu jd salesman/saleswomen
Nk isi data/markah...cikgu jd kerani
Nk ceriakn kls...cikgu jd artis
Banyakkkkk lg la...... Penat eh nk menaip
Profesion lain ada x mcm ni????
Xder kan? Kan? Kan?

SEMOGA ALLAH TETAP BERIKAN SEMANGAT KEPADA SEMUA GURU UTK TERUS BERKHIDMAT KERANA ALLAH SWT...

Firdaus residency

Bismillahirahmaanirahim.

Tawaran miliki hartanah untuk semua:
                       
PERUMAHAN EKSKLUSIF "FIRDAUS RESIDENCY".
INDAH, NYAMAN, AMAN, DAMAI LAGI BARAQAH.

Tersedia 4 JENIS KEDIAMAN UNTUK DIREBUT:
1. Jannatun Na'i'm
2. Jannatul Ma'wa
3. Jannatul Firdaus
4. Jannatun 'Adn
(Semua Jenis tersedia utk milik mutlak anda)

FASILITI & LANDSKAP :
- Sungai Susu Salsabila
- Danau Terindah Al-Kautsar
- Tanpa perlu bayar bil dan cukai pintu bagi semua lot
- Tinjauan tidak Terbatas
- Akses Masuk ke-8 Pintu
- Taman Mainan Anak2 Sholeh/Sholehah
- Taman-taman dipenuhi pohon buah-buahan, nikmat yg tidak pernah putus untuk dinikmati.
- Bonus Bidadari & Bidadara
- Hak milik Abadi Selama2nya
(Free Hold).

SYARAT TEMPAHAN:
1. Taubat & Kembali kpd JlnNya.
2. Berpegang Teguh AgamaNya.
3. Laksanakan Syari'atNya.
4. Rezeki yang Halalan Thaiyibah.

DEPOSIT:
- 100% Solat Fardu & Sunat
- 2.5% harta utk Zakat
- 100% Rajin sedekah & Infaq
- 100% Luangkan waktu utk baca Al-Qu'an & Majlis Ilmu
- Usaha Beramal soleh
- Eratkan Sillaturrahim
- Doakan kedua Orang tua
- Berdakwah
- Jauh diri dari maksiat & khurafat

Masa sangat Terhad!
Stock Penghuni tidak Terhad!
Dijamin didalam Al-Quran!

Lebihkan ibadah Solat Tahajjud disetiap malam bagi menjamin tempat yang lebih baik.

Kunjungi kami di:
Masjid2, Surau2, Madrasah, Majlis 'ilmu, Majlis Dzikir & Selawat

Inilah sebaik2 Kediaman. Tempah sekarang juga, tua atau muda, miskin atau kaya semua layak memohon tanpa syarat!

Mari sama2 kita rebut peluang ini sebelum terlambat, masa semangkin singkat.

Kongsi Ya!👍

Pendidikan

Saya bukan dari bidang perguruan ...  Bukan juga pakar dalam bidang pendidikan. Tapi tulisan saudara kita yg saya forwardkan dibawah ini perlu kita sama-sama fikir...  Sejauh mana masalah ini, kesannya jangka panjang kepada pembinaan negara bangsa, impak kepada sosio ekonomi, jenayah, pengangguran dsbg pasti bermula di sini...

Apa pendapat anda dengan artikel ini berkaitan sistem pendidikan kita?
DAN APA CADANGAN KEPADA PENYELESAIANNYA ...

INI BARU KBAT (Kemahiran berfikir aras tinggi) ... bincang bukan dengan emosi ... tak betul bagi nasihat ... tak betul TETAP tak betul ... kalau BETUL tetap BETUL ... bila tak betul kata betul dan yang betul kata tak betul maka hancurlah kita ... Bincang dengan ilmu dan akal berpaksikan iman ...

Jangan mengutuk tapi sama2 fikir jalan penyelesaiannya ... OK !

marba pendidikan Malaysia – Mohd Faiez Mohd Ali

Published: 22 November 2014

Dalam laporan UN Education Index Malaysia berada di kedudukan 98 daripada 181 negara. Manakala kajian “Programme for International Student Assessment” (PISA), Malaysia corot di tangga 55 daripada 74. Bagi keputusan kajian “Trends in Mathematics and Science Study” (TIMSS) 2011 pula menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999.”

Apakah maksud semua laporan penilaian pendidikan antarabangsa ini? Maksudnya, para pelajar Malaysia adalah antara yang paling lemah apabila dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain di seluruh dunia.
Namun begitu.

Dilaporkan juga Gred Purata Nasional (GPN) untuk peperiksaan PMR meningkat ketara untuk 5 tahun yang lalu iaitu 2.83 pada 2008, 2.78 pada 2009, 2.74 pada 2010 dan terbaru 2.71 pada 2011. Bilangan pelajar yang mendapat A di dalam Matematik juga meningkat dari 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011 manakala untuk subjek Sains pula meningkat dari 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011. Untuk SPM pula, pencapaian 2011 dikatakan pencapaian terbaik dalam masa 5 tahun dengan peningkatan GPN dari 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011. (Rujukan Buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang)


Apa pula maksud laporan peningkatan GPN mengikut prestasi PMR dan SPM ini? Maksudnya, selama berpuluh tahun kita menipu diri kita sendiri sehinggalah datang indeks antarabangsa keluaran UN Education Index, PISA dan TIMSS yang membongkar perihal budaya penipuan yang selama ini berakar dalam konsep pendidikan kita. Bagaimana mungkin GPN PMR dan SPM meningkat walhal para pelajar kita tercampak dalam kedudukan 2/3 tercorot di seluruh dunia?

Rakyat Malaysia terkujat, sekali lagi.

Jadi sekarang kita sudah tidak boleh menipu diri sendiri lagi kerana seluruh dunia sudah mengetahui betapa terkebelakangnya para pelajar kita dalam bidang Sains, Matematik, literasi pembacaan dan penyelesaian masalah kritikal. Untungnya daripada kesedaran ini, kita dapat melihat beberapa usaha ‘transformasi’ pendidikan yang dijalankan Kementerian Pendidikan disamping cadangan tokoh negarawan seperti Tun Mahathir bagi menambah baik pendidikan kita.

Kementerian Pendidikan berjaya membuatkan masyarakat teruja dan bergantung harap dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang setebal 248 mukasurat (yang entah siapa nak baca?) dan memuatkan 11 anjakan strategik sebagai cadangan penyelesaian kepada masalah pendidikan kita.

Hasilnya, tercetus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menyeksa kehidupan para guru selama empat tahun berturut-turut dengan server yang lembab dan pertambahan kerja pengkeranian mengisi data dan ‘mencipta’ statistik para pelajar. PBS ini dimansuhkan selepas empat tahun berjalan menyebabkan para guru yang bersengkang-mata pukul empat pagi untuk mengisi data online dan berjerih-payah membuat dokumentasi fail pelajar berasa sakit hati dan usaha mereka seperti tersia-sia.

Selepas PBS, lahir pula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara terburu-buru yang sekali lagi menjadikan para pelajar tingkatan tiga pada tahun 2014 sebagai tikus makmal. Hampir dua tahun belajar mengikut format PMR sebelum mendapat ‘kejutan budaya’ PMR dimansuhkan dan digantikan dengan PBS yang ‘tak ada exam’. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan PT3 yang perlu dihadapi dengan masa persiapan kurang daripada dua bulan. Realitinya disaat para pelajar tingkatan tiga disuruh menghadap PT3, sebahagian besar para guru masih terkial-kial cuba memahami konsep PT3. Lalu bagaimana para guru yang masih belum benar-benar mahir dengan PT3 akan mempersediakan para pelajar untuk PT3 dalam tempoh masa kurang daripada dua bulan?

Tapi, ini kan Malaysia. Malaysia amat sinonim dengan perkataan ‘boleh’. Perkara ini sudah pernah pun berlaku dahulu sebagai contoh PPSMI dimana para pelajar dijadikan tikus makmal dan para guru menjadi bidan terjun yang mengendalikan tikus-tikus ini sebelum ‘eksperimen’ itu dihentikan kerana tekanan masyarakat.

Selain daripada itu, kita tidak lupa untuk mengidolakan polisi pendidikan negara lain. Negara seperti Finland, Korea Selatan dan Jepun sering kali menjadi bahan bicara ahli akademik terutamanya tatkala roadshow PPPM hangat dijalankan diseluruh negara dahulu. Kita sibuk melihat kepada teori pendidikan yang digunapakai negara-negara ini sehinggakan kita lupa masalah paling utama dalam pendidikan kita bukannya terletak dalam perbahasan teori sebaliknya di peringkat implementasi.

Masalah implementasi yang tidak pernah selesai

Saya pernah menulis tentang tiga perkara yang banyak mempengaruhi implementasi polisi pendidikan. Saya ingin berkongsi tentang dua perkara tersebut disini iaitu:

1. Mengajar mengikut kepakaran

2. Beban kerja pengkeranian yang terlampau banyak dan tidak mendatangkan faedah sebaliknya menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran

Dua perkara ini bukanlah perkara baru. Ianya pernah disebut dan diketengahkan semenjak tahun 80an, sepanjang tahun 90an sehinggalah sekarang dengan sasaran Wawasan 2020 hanya tinggal 6 tahun saja lagi. Namun, perkara ini masih tidak selesai-selesai. Bekas Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Siva Subramaniam pernah menyebut pada tahun 1995 tentang masalah para guru yang ditempatkan tanpa mengikut opsyen. Sedihnya, perkara ini masih lagi berterusan.

Tak perlu saya lambakkan statistik yang banyak dalam laporan-laporan dan kajian-kajian pendidikan. Sebaliknya saya ajak anda berborak dengan antara 400,000 orang guru yang anda kenal untuk mengetahui tentang realiti ‘penempatan guru’ di sekolah. Berapa ramai guru yang belajar Matematik tapi disuruh mengajar Bahasa Inggeris? Berapa ramai guru yang langsung tak pernah belajar teori pedagogi dan ilmu Sains tapi apabila masuk sekolah dipaksarelakan pentadbir untuk mengajar Sains? Dan berapa banyak sekolah yang masih kekurangan guru Kemahiran Hidup walaupun sudah bertahun-tahun matapelajaran itu dimasukkan dalam kurikulum?

Perkara kedua, beban kerja pengkeranian. Ini adalah masalah implementasi paling utama yang dihadapi pasukan pelaksana polisi pendidikan iaitu para guru. Dengan begitu banyak jenis fail yang perlu disediakan di sekolah, data-data yang perlu dimasukkan sama ada secara offline atau online secara berulang-ulang. Disamping perlu bertungkus-lumus membuat kerja seperti mengambil dan menghantar pelajar ke pertandingan, menghias dewan untuk sambutan hari kemerdekaan sehinggalah ke perkara-perkara seperti membina dan mengecat bangunan sekolah dan tandas. Sebenarnya, apa sahaja yang para guru tidak lakukan di sekolah selain mengajar?

Iya, tolong jangan buat-buat pelik seolah-olah anda sedang membaca berita hairan. Kerja guru bukan lagi mengajar. Kerja mengajar dalam kelas sekarang ini bukan lagi kerja paling utama. Sebaliknya banyak lagi benda-benda lain yang tiada langsung kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang terpaksa para guru lakukan di sekolah dan diluar sekolah.

Walaupun sejak tahun 90an lagi kesatuan guru dan para guru sudah mengeluh meminta lebih ramai pembantu guru gred N17 untuk membuat kerja-kerja yang tak memerlukan kemahiran pendidikan, tapi nampaknya perkara ini seperti masih jauh untuk kita capai walaupun pada hakikatnya sasaran Wawasan 2020 itu semakin mendekat.

Implementasi sistem pengurusan pendidikan dan pengurusan hospital.

Cuba bayangkan jika cara kerja Kementerian Pendidikan kita diaplikasikan Kementerian Kesihatan.

Di hospital-hospital tidak terdapat ramai jururawat sebaliknya para doktor yang perlu melaksanakan tugas-tugas selain bidang kepakaran mereka. Apabila pesakit sampai, para doktor perlu mendaftarkan mereka dikaunter pendaftaran seperti mana guru kelas mendaftarkan para pelajar di awal tahun serta mengambil dan memasukkan data kedatangan setiap hari.

Setelah pendaftaran, para doktor perlu terlebih dahulu memasukkan data pesakit ke dalam fail pendaftaran mengikut kategori dan jenis penyakit. Sama seperti para guru yang perlu menyediakan fail untuk setiap pelajar mengikut bidang ko-kurikulum, kurikulum, disiplin dan peribadi. Belum masuk fail panitia, subjek, peperiksaan dan beratus-ratus lagi fa

Dalam kekalutan para doktor yang mahu bersiap-sedia memeriksa pesakit mereka yang sakit, mereka akan kerap kali dilanda ombak-ombak pemeriksaan pegawai atasan yang datang untuk memeriksa kekemasan fail, data dan statistik. Bagaimana doktor-doktor ini boleh memeriksa dan merawat pesakit mereka dengan tenang jika asyik dikacau untuk dilihat pengurusan data dan fail mereka?

Belum kita kira jika para doktor sendiri yang perlu memandu ambulans untuk mengambil pesakit yang kemalangan jalanraya atau hampir meninggal kerana sakit jantung seperti mana para guru yang selalu-selalu disuruh menghantar para pelajar sama ada untuk menghadiri pertandingan, sakit ke klinik ataupun mengikuti rombongan.

Jika sistem sebegini diimplementasikan Kementerian Kesihatan di hospital-hospital maka semakin ramailah pesakit yang akan mati seperti mana ramainya pelajar kita yang seperti sudah ‘mati otak’ kerana walaupun 11 tahun belajar di sekolah tetapi masih berfikir dan menulis seperti budak tidak bersekolah. Untuk ini, siapa yang nak dipersalahkan? Guru? Eh, bukan kita sibuk-sibuk nak tengok para guru siapkan fail dan uruskan sekolah daripada bertungkus-lumus mengajar dan mendidik pelajar?

Memasukkan data dan statistik sama ada online ataupun offline, mengukur ketinggian dan berat badan murid, mengemaskini fail pengurusan yang beratus-ratus jenis, menghantar para murid ke sana ke sini dan pelbagai lagi benda remeh-temeh yang langsung tiada kesan signifikan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta sepatutnya boleh dilakukan pembantu pengurusan sekolah dengan kelulusan SPM.

Jadi, mengapa kita bersusah-payah melatih para guru dalam pedagogi dan teori pendidikan terkini jika di sekolah kita hanya perlu mereka untuk melakukan benda-benda yang remeh-temeh? Benda yang menghabiskan beratus-ratus rim kertas setiap hari hanya untuk ‘orang atas tengok’ sebelum diletakkan diatas rak sehingga berhabuk. Tambahan pula, kenapa pula orang atas sibuk nak tengok benda-benda ni? Sudah terang lagi bersuluh perkara-perkara yang remeh-temeh dan menyesakkan otak seperti pengurusan fail, data dan statistik ini semua tetap gagal membawa Malaysia gah dipersada pengukuran indeks antarabangsa seperti PISA dan TIMSS.

Transformasi pendidikan yang bakal gagal, sekali lagi.

Ambillah Fulbright Teaching Assistant daripada Amerika Syarikat ataupun guru pakar Bahasa Inggeris daripada India. Laksanakanlah subjek baru bagi menerapkan nilai moral dan sahsiah seperti yang dicadangkan Tun Mahathir baru-baru ini. Tirulah pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah mirip kaedah Finland ataupun mengadaptasi keghairahan menjawab soalan peperiksaan dalam sistem Korea Selatan dan China.

Apa sahaja teori, polisi dan cadangan penambahbaikan yang datang daripada Kementerian Pendidikan Malaysia setakat ini, saya percaya semuanya bakal gagal. Dalam masa 10 tahun daripada sekarang kita akan mengulangi semula senario kegagalan (baca: corot di PISA dan TIMSS) dan percubaan transformasi (baca: rombakan pelan pembangunan pendidikan) yang kemudiannya bakal gagal sekali lagi. Kenapa? Kerana kita tidak menyelesaikan masalah akar iaitu ‘implementasi’.

Ini bukannya sekadar teori saya semata-mata. Lihat sahaja sejarah perkembangan pendidikan kita. Perkembangan kurikulum daripada General Syllabuses, ke Pendidikan Komprehensif, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sehingga sekarang kita sudah memasuki fasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang memakan masa puluhan tahun untuk dibangunkan.

Begitu juga dengan pelbagai laporan dan pelan pendidikan daripada Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan (1996), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 – 2010) dan kini Pelan Pambangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025).

Mengapa setelah berjalannya kesemua laporan dan pelan pendidikan ini, kita masih bakal gagal menghasilkan pelajar yang cemerlang diperingkat dunia? Saya percaya kerana jurang pendidikan kita semakin melebar terutamanya di antara pelajar dari keluarga kelas atasan dan keluarga golongan pekerja.

Pelajar dari keluarga kelas atasan mempunyai kelebihan dari segi pengaruh dan kewangan untuk menempah pendidikan terbaik di sekolah-sekolah ternama di Malaysia disamping menghadiri kelas tusyen berbayar. Sebaliknya para pelajar golongan pekerja yang mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah harian biasa, terpaksa bergantung harap kepada sekolah dan para guru mereka.

Namun, guru mereka tidak mungkin dapat menyediakan perkhidmatan pendidikan terbaik. Kerana apa? Kerana guru mereka sibuk dikerah untuk menyediakan fail, menilik data, menyimpan statistik dan lain-lain pekerjaan remeh. Guru yang sebenarnya memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kini lebih layak digelar sebagai Pegawai Pengurusan Pendidikan.

Apabila kita terlalu taksub dengan hal-hal pengurusan maka perkhidmatan pendidikan kita merudum jatuh. Kesannya, pelajar kita pergi sekolah dan tak sabar nak balik. Para guru pergi bekerja dan tak sabar nak bercuti. Para pentadbir bagi kerja dengan alasan ‘orang atas suruh buat’ sebab ‘nanti dia nak datang tengok’. Tak hairanlah kenapa kualiti pendidikan kita terus-menerus berenang di dalam longkang.

Kesimpulannya, saya lihat perkara paling utama yang perlu dilakukan untuk memulihara keberkesanan pendidikan kita adalah dengan cara mengembalikan peranan, tanggungjawab serta kedudukan guru di tempat yang sepatutnya iaitu di dalam kelas, berhadapan dengan klien utama mereka iaitu para pelajar.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih gagal disedari mereka yang sekarang ini sedang sibuk menyuruh guru menyiapkan lima jenis laporan berasingan untuk PT3, masukkan statistik markah pelajar di dua portal yang berbeza, masukkan data kedatangan setiap hari, data disiplin setiap minggu dan pelbagai lagi kerja pengurusan lain. Semua ini atas nama ‘transformasi’ pendidikan.

Transformasi apa? Transformasi caca-marba. – 22 November, 2014.

Selasa, 3 November 2015

Alex

Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan Generalnya melakukan 3 perkara berikut:

Pertama....(1) Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat.

(2) Kedua.......Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

(3) Ketiganya....... Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini:

“ (1) Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.

(2) Aku mahu jalan menuju ke kubur ku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati.  Ia tetap akan terus berada di dunia.

(3) Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA. ”

Kesimpulannya di sini,.. tak kirelah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati...., pada masa itu terputuslah segala2nya kecuali amal jariah dan warisan2 kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu......
👼👼👼