Khamis, 18 Februari 2016

Sanding

❗PERINGATAN BUAT BAKAL PENGANTIN ❗

👉  Soalan :

🍁  Tolong terangkan apakah perkara yang DIBENARKAN dan yang DILARANG di dalam adat PERKAHWINAN orang Melayu seperti :

💍 Bersanding,
💍 Makan beradab,
💍 Sirih junjung,
💍 Tepung tawar,
💍 Berinai dan sebagainya..      

💎 Ustaz Azhar Idrus:        
Di antara adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu adalah:        

💍 Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin PEREMPUAN

🙅  dedah aurat,
🙅 pakaian ketat,
🙅 tabarruj dalam solekan dan perhiasan, dan
🙅 Sanggup tinggal solat kerana sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal TINGGAL SOLAT 1 WAKTU waktu akan DISEKSA 6000 TAHUN dalam API NERAKA.

.. Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba SEDERHANA dan disaksikan oleh golongan WANITA dan ahli KELUARGA sahaja dan JANGAN sampai MELANGGAR BATAS SYARAK.      

💁 Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam"!

⚡Ini HARAM sebab dia adalah LELAKI, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.        
 🍡 Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.      

🍀  Sirih junjung ini adalah adat agama  HINDU, TIDAK DIBENARKAN kecuali pengantin memang JENIS MAKAN SIREH.      
 🌾  Tabur beras kunyit ini juga asalnya ADAT ORANG HINDU dan ianya adalah MEMBAZIR kecuali pengantin itu adalah PENGANTIN AYAM.        

..Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama HINDU dan MAJUSI. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.      

 🍘 Tepung tawar adalah MEMBAZIR, kan lebih baik guna tepung buat CEKODOK bagi makan pada pengantin!        
💦 Renjis air mawar boleh kerana BERTUJUAN untuk WANGIAN tapi jika pengantin JENIS TAK SOLAT jangan guna air mawar tapi renjis guna AIR LONGKANG!        

💃  Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin JENIS TAK SOLAT jangan.. bersilat tapi KASI dia "flying kick" terus!        
💅 Berinai dijari adalah HARAM bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan WANITA SAHAJA.

..Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin.

Baik, kalau begitu pengantin lelaki boleh la pakai bra sebab kahwin punya pasal !

.. Bagi perempuan pula, janganlah pakai INAI LEBIH2 sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti TATU PULAK.

🙅 Berlebih-lebihan juga HARAM hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.    

👫 Adat batal air sembahyang - Tahun 80an cium tangan,
90an cium pipi, tapi DAH ADA sekarang yang cium MULUT terus depan tok IMAM dah jadi macam orang KRISTIAN.  

 🏃 💨  Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air smbahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki...      

👗 Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut

 🙅 Ini dah ikut adat orang KRISTIAN. Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan.

..Tinggallah adat-adat yang BID'AH dan kembali kepada SUNNAH.        

 Itulah lebih kurang untuk panduan kita bersama.

Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikutpun tak kesah cuma kita KENA INGAT  kita kena JAWAB soalan-soalan dalam KUBUR nanti....        
🙆 Ada satu lagi bagi yg bakal berkahwin, jika hari perkahwinan si suami membenarkan isterinya memakai TUDUNG letak di DALAM BAJU. maka SUAMI itu telah menanggung DOSA si isteri, dan suami dikira DAYUS..

.. Pemakaian tudung sebegini adalah menjadi kebiasaan WANITA pada AKHIR ZAMAN.. Marilah sama-sama meminta bakal isteri memakai tudung yg ikut syariat.
..

Sampaikanlah walaupun satu ayat..UNTUK SEMUA...KAUM ADAM N HAWA..TAK KIRA LAH...

👫 YANG BAKAL KAHWIN..

 💑 YANG AKAN KAHWIN..

 🏩 ATAU SAMPAIKANLAH KEPADA ADIK BERADIK YANG NAK KAHWIN DAN JIRAN TETANGGA..

Selasa, 16 Februari 2016

Masak

Kisah benar
Ego seorang Wanita.

Semalam juga kak ngah menerima emel panjang dari seorang isteri dan ibu. Keluhannya bercampur baur. Namun, akhirnya kak ngah mengerti segala isi hati. Barangkali ia boleh diambil iktibar dan menjadi peringatan malah ada sesuatu yang boleh kita belajar.

Kakak T(nama dirahsiakan)  menulis;

“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.

Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karekter.

Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya pada awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya.

Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa - biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.

Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula diajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.

Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.

Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak.

Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”

Adakalanya saya bertanya,

”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”

Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”

Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat - pakat makan di restoran. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;

“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”

Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.

Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.

Puan..hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!

Kakak  sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.

Ratna,

Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.

Salam sayang buat emak, adik-kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka guru nombor satu!

Masaklah walau sesibuk mana sekalipun sekadar telur dadar berlaukkan kicap. Masaklah demi air tangan seorang isteri@ibu

Isnin, 15 Februari 2016

Rezeki

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

Pahala

JANGAN REMEHKAN

• JIKA kita melihat seekor semut terpeleset dan jatuh di air, maka angkat dan tolonglah ia… barangkali itu menjadi penyebab keampunan bagi kita di akhirat.

• Jika kita menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu jalannya orang lain, maka singkirkanlah ia, barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalan kita menuju syurga.

• Jika kita menjumpai anak ayam terpisah dari induknya, maka ambil dan susulkan ia dengan induknya, semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan diri kita dan keluarga kita di syurga.

• Jika kita melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah dia… Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezeki kita di dunia.

• Jika kita bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba’ ta’ kepada anak-anak kita, setidaknya itu menjadi amal jariyah untuk kita..yang tak akan terputus pahalanya meski engkau berada di alam kubur.

• Jika kita tidak boleh berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisan kita dari menyakiti… Setidaknya itu menjadi sedekah untuk diri kita.

Janganlah pernah meremehkan sekecil apapun kebaikan, karena boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda.

• Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikit pun, meskipun (hanya) kamu bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum.” (HR. Muslim).

Zahid

Surat terbuka kepada Dato Ahmad Zahid Hamidi. Tolong viralkan. Biar sampai padanya (versi Jawa).

Assalamualaikum Wak Dato Zahid Hamidi,

Kabare Waras Kang Yo,
Aku njalok ngapuro anger opo sing aku arep ngomong iki dadi orak enak, sak benerea aku sue sue isin ndue wong jowo sandangan nea Timbalan Perdana Menteri kong ngomonganea sue sue kok koyo gombal nyakiti hati rakyat marhain..

Kang,
Ndewek iki makin sue udu makin enom..tapi makin cepak maring kuburan..Ngawea opo ngapusi rakyat..orak ono untungea tho..Saiki kok teyeng ngomong Rakyat Malaysia MALAS?.Lho kang..Sing tenan riko iki..?Jajal riko ndisek mangan gaji Rm950.00..mangon bareng2 kambik bocah2 Bangladesh sak omah 20 uwong..mangan sego tok kambik bawang..jangan bening toge amban dino..?iso urep orak?.ojo di iling2 bojo kambik anak2 nang omah ..tangi turu..adus.. ndang wekasan lungo kerjo..2 tahun ..3 tahun orak kelonan kambik bhojo..orak ndue sexs life.. iso urep po orak??..opo arep dipodokea rakyat mu..asal keturunanmu podo koyo wong Bangladesh sing ningali anak bojoe? riko kok ngomong seenakea koyo ghombal..
Nek Rumangsanea rakyat mu orak payah ndue omah..anak bojo..anak sekolahan iso urep empit2an koyo wong bangla yo keno kerjo kotor opo pun..yo iso kecukupan 950 tu.. tapi urip2anlah orak iso ndue opo2..

Wak Dato Ahmad zahid ,
Puluhan ewo wong seko Njohor nyebrang tambak johor udu kerjo penak..majoritsea kerja kotor..mcm2 .. nyuci longkang sampek kerjo kilang..Orak kepenak arek nyebrang, rong jam telung jam urong tentu tekan lapangan kerjo..tapi oleh kerno Dollar Singapuro duwur . sewo singapura iso entok meh telung ewo malaysia..ono pasangan lanang wedok kerjo cleaner nang kono iso entok enem sampek wolong ewo sak wulan kerjo nang kono..

Saiki Wak udu MALAS dadi masalahea..saiki gaji kerjo kotor nang Malaysia di bayar murah mbangeti..orak podo kambik opo sing perlu dibayar..ndewek ono wong tuo nang kampong pun arep ditiliki, ndue anak2 sing arep disangu sekolahenea..sing bujangan saiki anger arep nikahan orak murah blanjanea...dadi anger gaji kerjo kotor kur dibayar sangangatus limang puluh(950) opo duit Br1M iso ncukupkea sing kurang?.

Ngomong ngango endas to kang..ojo sakeanea waei ngomong..sing sak benerea saiki udu masalah wong MALAYSIA ..MALESAN tapi wong Malaysia pinter ngolek peluang sing pantes ngawea ncukupi penghidupan.. kur PENGHIDUPAN wak...udu SuGGEHea masalah koyo Kakang..dan Udu Urip uripan koyo Bangladesh nang Malaysia..

Lepas iki ojo ngomong sing orak2 koyo gombal meneh kang..nyakiti hati rakyat..ngisini wong Jowo..

Assalamualaikum ..kang..