Khamis, 21 April 2016

مصلح

ORANG BAIK BANYAK TEMAN, PENYERU KEBAJIKAN BANYAK MUSUH

Untaian Hikmah nan Indah

 ما الفرق بين الصالح والمصلح ؟

Apa bezanya Orang Baik (Soleh) dan Penyeru Kebaikan (Musleh)..?

 الصالح خيره لنفسه والمصلح خيره لنفسه ولغيره.

Orang Baik, melakukan kebaikan untuk dirinya.
Sedangkan Penyeru Kebaikan (Musleh) mengerjakan kebaikan utk dirinya dan orang lain..

الصالح  تحبُه الناس. والمصلح تعاديه الناس .

Orang Baik, dicintai manusia..
Penyeru Kebaikan dimusuhi manusia..

 لماذا !!!؟
Kenapa begitu...?!?!

الحبيب المصطفى(صلى الله عليه وسلم) قبل البعثة أحبه قومه  لأنه صالح .

Rasulullah SAW sebelum diutus, baginda dicintai oleh kaumnya kerana baginda adalah orang baik..

ولكن لما بعثه الله تعالى صار مصلحًا فعادوه وقالوا ساحر كذاب مجنون.

Namun ketika Allah ta'ala mengutusnya sebagai Penyeru Kebaikan, kaumnya langsung memusuhinya dengan menggelarkannya; Tukang sihir, Pendusta, Gila..

 ما السبب ؟
 لأن المصلح يصطدم بصخرة
أهواء من يريد أن يصلح من فسادهم .

Apa sebabnya..?
Kerana Penyeru Kebaikan 'menyekat' batu besar nafsu angkara dan memperbaikinya dari kerosakan..

ولذا أوصى لقمان ابنه بالصبر حين حثه على الإصلاح لأنه سيقابل بالعداوة.

Itulah sebabnya kenapa Luqman al hakim menasihati anaknya agar BERSABAR ketika melakukan kebaikan, kerana dia pasti akan menghadapi permusuhan..

( يا بني أقم الصلاة وأمر بالمعروف وانهَ عن المنكر واصبر على ما أصابك )

Hai anakku tegakkan solat, perintahkan kebaikan, laranglah kemungkaran, dan bersabarlah atas apa yang menimpamu..

قال أهل الفضل والعلم : مصلحٌ واحدٌ أحب إلى الله من آلاف الصالحين ،

Berkata ahli ilmu:
Seorang penyeru kebaikan lebih dicintai Allah daripada ribuan orang baik...

لأن المصلح يحمي الله به أمة ،والصالح يكتفي بحماية نفسه .

Kerana melalui penyeru Kebaikan itulah Allah jaga umat ini..
Sedang orang baik hanya cukup menjaga dirinya sendiri...

فقد قال الله عزَّ و جلَّ في محكم التنزيل :

Allah SWT berfirman :

( وَمَا كَانَ رَبُّكَ  لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُون َ).

"Dan tidaklah Tuhanmu membinasakan satu negeri dengan zalim padahal penduduknya adalah penyeru kebaikan.."

ولم يقل صالحون ...

Allah tidak berfirman;
"...Orang Baik (soleh)"

كونوا مصلحين ولا تكتفوا بأن تكونوا صالحين.

Maka jadilah PENYERU KEBAIKAN, jangan merasa puas hanya sebagai ORANG BAIK saja...

Selasa, 19 April 2016

Grup wasap

10 PERKARA PERLU KITA LAKSANAKAN JIKA INGIN SESEBUAH PERSATUAN/GRUP ITU KEKAL LAMA.

1.  Dipermulaan setiap hari sebaik2nya didahului ucapan salam dan doa.

2.  Jawablah salam tersebut walaupun cuma seorang saja yg mampu menjawabnya.

3.  Kirimlah apa saja Artikel agar grup tidak terlalu sunyi.  Artikel yg Lucu utk menghiburkan. Artikel yg berguna sbg ilmu pengetahuan. Semua itu sbg sedekah jariah kita.

4. Semua ahli biar sama2 aktif. Tapi sederhana dlm segala hal.

5.  Sesekali tunjukkan suasana tempat kita dan apa aktiviti kita, utk lebih merapatkan silaturahim.

6.  JANGAN sekali2 mengirim sesuatu artikel, imej atau video dgn NIAT Untuk Menyindir/perli seseorang dlm Grup. Biasanya ahli grup yg disindir itu akan Faham dgn sindiran itu hingga timbul rasa tersinggung, merajuk dan marah.

7.  Jika berlaku suasana yg tegang dlm grup, maka wajib seseorang cuba damaikan dan redakan ketegangan itu.

8.  Jika berlaku sesuatu perkara yg melukakan hati kita, jgn cepat sangat Left Grup atau marah. Cuba bersabar demi mengekalkan silaturahim.

9. Saling maaf memaafkan dan jangan berdendam demi silaturrahim.

10. Bila terima sesuatu artikel/info, sebaik2nya berilah respon jk perlu spt komen atau berikan tanda spt ini 😍😄👍👏 dsbnya sbg tanda kita berterima kasih n menghargai atas usaha org trsebut menyampaikan berita utk kita.

Perkongsian dari sahabat..peace yaw ✌🏻

Jumaat, 15 April 2016

Sakit gout

Saya berpengalaman 20 tahun mengidap gaut. Saya tak mampu solat dengan sempurna kerana lutut bengkak dan tak boleh dibengkokkan.

Saudara saya beri kapsul Gout dari Amerika..! Saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah swt saya ditemukan  dengan orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya yang umur 90 tahun kelihatan lebih tua darinya.

Dia tanya saya, "Sakit apa ya..?"

Saya jawab, "Gout Pak..!"

"Cuba cari sebiji nanas yang masak dan satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar dan tambah 3 biji buah keras. Jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus..!" Katanya.

"Berapa kali minumnya..?" Tanya saya lagi.

"Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yang berterusan minumlah 3 bulan sekali..!" Katanya menegaskan.

Saya buat sebagaimana yang diajarkan. Gout saya dah hilang sama sekali. Sembuh sepenuhnya Alhamdulillah..!

Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout saya dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji Nenas yang masak
- Lobak putih 250gm
- 3 biji Buah Keras.

⤴ utk kawan2 yg ada masalah Gout

Rabu, 13 April 2016

Musibah

Tulisan ebit liew
Rahmat di sebalik musibah...

Baru ini saya sedang parking di depan rumah ayah mertua. Tiba-tiba ada sebiji kereta depan mata saya di bawa laju-laju dan bergesel dengan kereta saya. Dia terus pergi laju-laju. Saya tengok calar dari depan sampai belakang. Terkejut juga, saya cuma doa Ya Allah pasti ada rahmatmu. Ada kebaikan nak datang ni. Rahmat Allah..

Malam yang sama sedang saya di surau. Ada sebuah kereta budak-budak muda pasang lagu kuat-kuat langgar kereta saya lagi. Bertambah colour pada kereta saya. Saya cepat-cepat solat taubat dan beri sedekah. Ya Allah maafkan saya. Salah saya. Rahmat Allah. Pasti ada rahmat ni..kebaikan nak datang..

Esok pagi semasa nak ke pejabat. Semasa di traffic light ada sebuah kereta laju meluru langgar belakang kereta saya. Sepanjang saya bawa kereta ini kali kedua orang langgar belakang kereta saya. Saya tengok boleh tahan teruk kedua-dua kereta. Saya termenung sekejap sebab bertubi-tubi pulak rasa. Terus sangka pasti ada rahmat besar Allah nak bagi..

Saya kata pada akak pakai sexy tadi. Dia panik dan cuba terangkan. Saya kata akak nak tahu yang sebenarnya? Semua yang berlaku dalam dunia ini telah ditakdirkan Allah. Hari ini dan waktu ini akak langgar belakang kereta saya. Dia terkejut. Saya senyum jer. Buat apa nak marah. Allah dah tulis..

Saya tolong dia uruskan keretanya. Lepas tu dia ambil nombor telefon saya dan tanya saya kerja apa. Saya kata saya buat training motivasi..

Esoknya dia call saya. Dia ajak ke pejabat bincang pasal kursus untuk kakitangan di tempat kerjanya. Dia antara bos utama. Ramai orang presentation. Semua datang dalam team. Pakai hensem dan dengan baju korporat dan atau kot. Saya salah seorang datang. Saya datang seorang jer..tak sempat ajak staf. Saya tempat ceramah saya pakai jubah jer..dia tak kenal saya pun. Tak pernah langsung tahu..diaorang tengok saya atas ke bawah.

Takdir Allah saya dapat 6 siri program teambuilding untuk organisasi tu. 3hari 2malam. Saya belajar satu perkara di sebalik susah dan musibah ada rahmat Allah nak bagi. Rahmat dapat buat dakwah pada sebuah pejabat yang tak pernah ambil training islamic. Sebelum ni katanya semua non muslim punya training. U punya quo paling murah dan saya terkejut bila kereta u teruk tapi u senyum dan kata ini semua takdir Allah. Saya suka bila dapat program di syarikat orang pakai tudung boleh kira dengan jari.. saya yakin dengan Islam kita jadi amanah, hati yang mulia, cekap dan bahagia di hati.

Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui.

Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya..

Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat..

Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia..bercinta sampai syurga. Diberi anak lewat tapi anak daie yang gegarkan dunia dengan kebaikan.

Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah..

Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran..

Orang baik-baik tidak dikedepankan supaya mereka diselamatkan dari cinta dan fitnah dunia. Ada orang tidak dikenali di dunia tapi di kenali di sisi penghuni langit.

Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna..

Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar..

Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah.

Hakikatnya tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yang berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah