Selasa, 26 April 2016

KPI

KUALA LUMPUR - Golongan pendidik di negara ini dinasihatkan agar tidak terlalu mengejar sasaran indeks petunjuk prestasi (KPI) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) sehingga lari daripada objektif sebenar tugasan mereka.

Presiden Pertubuhan Universiti Antarabangsa (IAU), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, KPI hanya merupakan satu sistem yang diwujudkan sebagai tanda aras kepada hasil sesi PDP yang dilakukan oleh seseorang tenaga pengajar terhadap pelajarnya.

Beliau berkata, perkara itu (KPI) tidak boleh dijadikan matlamat utama oleh seorang pengajar kerana hasil yang diberikan dalam sesi pembelajaran dan pemahaman pelajar terhadap sesuatu perkara yang dipelajarinya adalah lebih penting.

"Saya khuatir sekiranya sikap terlalu mengejar KPI ini menjadi budaya kerja, ia akan mendorong tenaga pengajar melakukan penipuan dengan membantu pelajar mereka lulus di dalam peperiksaan hanya kerana mahu mendapatkan rekod peribadi cemerlang di dalam jabatan atau institut masing-masing.

"Perkara itu kelak dikhuatiri menjadi liabiliti besar dalam sistem pendidikan negara sehingga berpotensi menggangu kualiti PDP seterusnya menyebabkan objektif pembelajaran di mana-mana institut pengajian tidak tercapai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Touronkai edisi keempat bertemakan Pendidikan Abad ke-21: Melangkaui Sempadan anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, di sini hari ini.

Touronkai atau dalam bahasa Jepun bermaksud syarahan intelektual.  Program selama dua hari bermula hari ini yang berbentuk perbincangan dan perdebatan itu berjaya menarik penyertaan lebih 900 peserta dari 16 negara termasuk Azerbaijan, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Vietnam melibatkan golongan guru, pensyarah dan pelajar institut pengajian tinggi.

Touronkai kali ini memberi fokus kepada bidang penerokaan ilmu berkaitan pendidikan dan keperluan semasa selaras hasrat serta aspirasi kejaraan melalui Program Transformasi Pendidikan Negara.

Dzulkifli yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Tadbir Urus Universiti Sains Islam Malaysia berkata, KPI mempunyai kebaikan tersendiri sekiranya warga pendidik dapat menggunakannya sebagai galakan untuk meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan mereka.

"Jika kualiti pendidikan itu ditambah baik, semestinya prestasi yang dicatatkan kelak akan menunjukkan peningkatan tanpa perlu menggadaikan kepentingan dan hak pelajar untuk mendapat pembelajaran terbaik semata-mata kerana terkejarkan KPI.

"Harus diingat, tiada gunanya kita mengejar KPI jika pada realitinya apa yang dipelajari oleh anak murid tidak mencapai tahap seperti yang tercatat di dalam kertas," katanya. - Bernama

tatacara Konvoi

Panduan dan Etika Konvoi untuk semua kelab Permotoran di Malaysia.

MARSHAL berkereta di bahagikan kepada sepuluh (10) bahagian:
1. ZERO Marshal (LEAD CAR)
2. CONTROL Marshal
3. KONVOI Marshal
4. SWEEPER / HOT CAR Marshal
5. TEAM LEADER Marshal
6. ASSISTANT TEAM LEADER Marshal
7. Kereta Peserta
8. BACK MARKER Marshal (LAST CAR)
9. MEDIK Marshal
10. MEKANIK Marshal

ZERO MARSHAL (LEAD CAR)
ZERO bertanggungjawab keatas keselamatan semua kenderaan konvoi. ZERO juga mestilah kerapkali berkomunikasi dengan CONTROL, BM, SP, & HC untuk mengetahui situasi keadaan di dalam konvoi. ZERO mestikan melaporkan segala situasi traffic kepada CONTROL, BM, SP dan HC untuk mengambil langkah seterusnye seperti brek, mengelak dan memberhentikan kenderaan. ZERO mestilah berwaspada pada setiap masa dan memberikan arahan kepada CONTROL, SP, & HC untuk memastikan konvoi bergerak lancer. Mana-mana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memotong ZERO kecuali diberi arahan sebaliknya.

CONTROL MARSHAL
CONTROL adalah penolong kepada ZERO. CONTROL mestilah mengagihkan semua arahan kepada TL. Jika ZERO tidak berkeupayaan untuk meneruskan tugasan, CONTROL mestilah mengambil alih tugas ZERO seperti yang diarahkan oleh ZERO. CONTROL mestilah melaporkan keadaan trafik kepada semua TL untuk berwaspada serta bersedia untuk memberhentikan kenderaan serta berjaga-jaga.

KONVOI MARSHAL
Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu). Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan kereta yang tidak berada di dalam konvoi untuk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi. Hubungi kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.

SWEEPER @ HOT CAR MARSHAL
SP/HC – Bilangan kenderaan SP/HC bergantung kepada bilangan kenderaan konvoi dan komplesiti perjalanan tersebut. Mereka menerima arahan dari ZERO dalam memastikan semua kenderaan konvoi berada dalam keadaan selamat, menandakan persimpangan, memberikan amaran kepada semua kenderaan jika ada kenderaan yang memandu secara merbahaya, menemani konvoi di lampu trafik dan membawa mereka ke dalam barisan konvoi. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menemani mana-mana kenderaan konvoi yang mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan. SP/HC akan sentiasa memberikan pertolongan kepada ZERO dengan memintas mana-mana kenderaan untuk berada dalam posisi yang boleh menghulurkan bantuan kepada ZERO bagi memastikan konvoi berjalan lancar. Hanya SP/HC dibenarkan untuk berada dihadapan ZERO jika diperlukan. Semua kenderaan konvoi mestilah menberikan kerjasama dengan memberi laluan untuk mereka memintas konvoi demi menjalankan tugas mereka.

TEAM LEADER MARSHAL
TL dipertugaskan untuk memastikan semua ahli konvoi yang dipertanggungjawabkan menerima arahan. TL hanya menerima arahan cari CONTROL.

ASSISTANT TEAM LEADER MARSHAL
ATL dipertanggungjawabkan untuk membantu TL dalam menguruskan ahli masing-masing. ATL hanya menerima arahan dari TL. Dalam keadaan yang tidak dijangka, jika TL tidak dapat menjalankan tanggunjawab, ATL akan mengambil alih tugas TL.

KERETA PESERTA
Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
Menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa
Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan.
Flash kan lampu jika ada kecemasan.

BACK MARKER MARSHAL (LAST CAR)
BM adalah kenderaan yang paling terakhir di dalam sesebuah konvoi. BM tidak dibenarkan sama sekali berada dihadapan mana-mana kenderaan konvoi kecuali SP atau HC. BM mesti melaporkan segala activiti yang berlaku di belakang kepada ZERO pada setiap masa yang mana kenderaan konvoi telah melepasi lampu traffic, persimpangan atau jika berlaku perpecehan dalam barisan konvoi.
Ahli konvoi hanya akan menerima arahan dari TL/ATL. Jika pada bila-bila masa TL/ATL tidak boleh di hubungi, CONTROL akan di pertanggungjawab keatas mereka dengan arahan dari ZERO.

Meninjau laluan adalah satu kemestian kepada ZERO, CONTROL, BM & SP/HC dalam membuat persediaan sebelum berlangsungnye konvoi.
Sewaktu Perlepasan

Semua kenderaan mestilah dalam keadaan berdaftar, rekod bersih dan mempunyai permit yang sah sebelum berlepas. Pastikan kenderaan anda mempunyai minyak yang penuh, periksa minyak enjin dan air radiator sebelum bermula dan pastikan ianye boleh menamatkan perjalanan konvoi. Pastikan datang awal sebelum waktu pelepasan. Ini akan memberikan pihak urusan masa untuk memberi penerangan ringkas sekali tanpa mengulanginye untuk ahli yang dating lewat. Sila pastikan yang ada melapik perut anda sebelum dating ke tempat pelepasan untuk mengelakkan rasa lapar dan kurang tenaga.

Semasa Konvoi
Kepada semua kenderaan konvoi biasa, apabila berada dalam konvoi, hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya. Jikalau tersekat di lampu merah, jangan risau, ada SP/HC akan menemani ada untuk berkumpul semula dalam barisan konvoi dihadapan. Apabila konvoi mendekati lampu merah, sila penuhkan lorong-lorong yang sedia ada. Ini adalah bagi memastikan yang semua orang boleh melepasi lampu merah. Cara ini boleh juga digunakan semasa mendekati Plaza Tol. Jika kenderaan awam hendak memintas anda, sila berikan laluan kepada mereka kerana mereka mungkin hendak cepat akan tetapi anda tidak, jadi biarkan mereka. Sila berikan isyarat lampu kepada kenderaan di hadapan anda yang ada kenderaan awam hendak memintas kenderaan konvoi. Jangan sesekali berada dalam keadaan bumper ke bumper bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini kecuali berdekatan dengan persimpangan. Peringatan jangan sesekali mancelah komunikasi konvoi kerana ini akan menbuatkan konvoi berada dalam keadaan kelam-kabut.

Jika hendak membuat perhentian sementara (mengisi minyak, ke tandas atau kecemasan), anda hendaklah memberitahu kepada TL/ATL dahulu. Jangan keluar dari barisan konvoi sesuka hati kerana barisan konvoi lain akan mengikuti anda! Tunggu untuk TL/ATL untuk memberikan lampu hijau untuk pergi. ZERO will instruct SP/HC untuk menolong anda keluar dari barisan konvoi. Memotong barisan adalah tidak dibenarkan sama sekali, pastikan anda berada dalam barisan yang sepatutnye dari mula hingga akhir. Sentiasa ingat kenderaan yang berada dihadapan dan dibelakang anda. Sentiasa bersabar. Disiplinkan diri anda semasa berada dalam posisi masing-masing. Anda hanya boleh memintas kenderaan lain untuk memasuki posisi barisan anda selepas traffic light dan tol tetapi jangan tergesa-gesa kerana ada banayak masa untuk anda berbaris semula di posisi anda.

Peraturan² Di Jalanraya
Barisan konvoi mestilah tidak mendominasi jalan raya. Jika ada yang hendak memintas sila beri kerjasama dan lepaskan mereka memintas.
Jika konvoi berhenti pastikan yang semua kenderaan berada di bahu jalan dan bukan di atas jalan raya.
Memintas/Memotong Kenderaan
Hanya dibenarkan apabila diarahkan.

Memecut
Sentiasa berada dalam limit kelajuan yang dibenarkan. Jikalau trafik perlahan kelajuan kenderaan juga haruslah mengikuti kelajuan trafik.
Kenderaan Ketua haruslah menjadi panduan kepada pemandu yang lain yang mana, setiap pemandu haruslah bertanggungjawab memastikan yang kenderaan dibelakang sentiasa berada dalam barisan konvoi.
Tip untuk ZERO dan CONTROL

Adakan meeting untuk menerangkan laluan dan destinasi kepada semua pemandu.
Sila sediakan arahan atau map kepada setiap pemandu sebelum mulakan perjalanan.

Jika konvoi mempunyai barisan kenderaan yang banyak, adalah digalakkan untuk memecahkan konvoi dalam beberapa kumpulan dengan di ketuai oleh TL/ATL.
Jika boleh dapatkan senarai infomasi setiap kenderaan dengan pemandu dan penumpangnye sekali.

Pemeriksaan kenderaan secara terperinci
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa harus kita buat pemeriksaan terperinci terhadap kenderaan kita. Pemeriksaan ini amatlah penting demi keselamatan pemandu dan kestabilan kenderaan. Ini kerana jika berlaku kecelakaan disebabkan kecuaian pemeriksaan kenderaan sewaktu menjalankan konvoi, ia amatlah merbahaya kepada ahli kumpulan konvoi yang lain. Oleh kerena itu pemeriksaan terperinci amatlah penting dan dipandang serius. Mungkin kalau kita ada pun kenderaan mekanik kecemasan, bukan semua alat ganti yang mereka simpan dalam simpanan mereka.

Ianya amatlah bagus kalau anda membuat pemeriksaan sendiri atau menghantar kenderaan anda ke Pusat Servis untuk tujuan pemeriksaan dan membaiki bahagian-bahagian yang perlu dia baiki.

Contohnye seperti:
1. Minyak enjin (Engine Oil)
2. Penapis minyak (Oil Filter)
3. Air bateri (Battery Fluid)
4. Radiator, cecair kolan dan hos (Radiator, Hose and Coolant)
5. Cecair Brek (Break Fluid)
6. Pelapik brek (Break Pad)
7. Pum Brek (Break Pump)
8. Disk brek (Disc Break)
9. Pum clutch (Clutch Pump)
10. Cecair Clutch (Clutch Fluid)
11. Cecair Power Streering (Power Steering Fluid)
12. Pum dan tali power steering (Power steering pump and belt)
13. Penghawa dingin (Air-Condition)
14. Air cuci cermin (Windows Washer Fluid)
15. Tayar (Tyre)
16. Tekanan Tayar (Tyre Pressure)
17. Tayar Sokongan (Spare Tyre)
18. Lampu Suluhan dan Lampu Hadapan (Front Spot and Headlamp)
19. Lampu Belakang (Rear lamp)
20. Peti Kecemasan (First Aid Kit)
21. Peralatan piawaian (Standard Tool Kit)
22. Peralatan Sokongan (Standard Jack)
23. Bilah pengelap (Wiper Blade)

UNTUK MARSHALL:
1.Apakah peranan paling utama setiap marshall?
-Ketahanan mental dan fizikal
-Menjaga keselamatan peserta konvoi dan pengguna jalan raya yg lain.. kedua2nya mesti dititik beratkan.
-Kelengkapan diri (Ilmu, Pakaian dan lain2..)
-Mentaklimatkan peserta dan Marshall yg dilantik (bg ketua Marshall..)

2.Marshall terdiri kepada berapa?
- Leader
- Runner
- Sweeper
* Runner plak ade 2..
- satu menjaga barisan
- satu lagi bersama leader untuk membuka jalan jika diarahkan leader..

3.Apakah yg boleh dan tidak boleh dilakukan oleh marshall ketika didalam berkonvoi?
*Boleh..

Isnin, 25 April 2016

Ujian الله

UJIAN KIFARAH DOSA ?

Apabila kita diuji..
Hati berbisik..
Orang sekeliling menasihati..

"Allah uji sebab nak hapus dosa"
......
......

Ya betul.... tapi..
Kita makin sedih.. makin kecewa.. makin meratapi dosa..
ALLAH jua diajukan soalan..
Kenapa dan Mengapa...
Kenapa aku.. kenapa aku.. kenapa aku..... ??

Wahai kawan.. berhenti sejenak.. tukarkan fikiran kita yang negatif itu..

Allah dah janji,

INNA MA'AL USRI YUSRO..
INNA MA'AL U'SRI YUSRO
INNA MA'AL U'SRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

Nabi Muhammad juga diuji.. bahkan lebih hebat daripada kita.. adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya.. terputus dua.. adakah kerana DOSA ??

Sumayyah dicampak ke dalam parit api.. habis sekeluarga.. adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia.. dihenyakkan batu besar diatas dada.. adakah kerana DOSA ????

Bukan.. bukan.. bukan..
Bukan kerana DOSA semata2..

Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT.. ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA.. ALLAH RINDU AIRMATA KITA.. bahagianya !!

Manusia tak suka tengok orang menangis..
Tapi ALLAH suka !!

BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA.. SIMPAN DI AKHIRAT.. AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA..

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji..
Jangan menghukum diri apabila diuji..
Lebih baik ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. lepas salam.. istighfar dan selawat.. senyum memandang ke langit.. biarlah airmata berlinang.. bisik dalam hati sedalam-dalamnya....

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah ..

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah... ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...

Solat berjemaah

Sekadar perkongsian sesama kita...
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi selasa
26 April 2016

🌵BERATNYA TUNTUTAN SOLAT BERJEMAAH

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: مَنْ سَرَّهُ أنْ يَلْقَى اللهَ تَعَالَى غدًا مُسْلِمًا، فَلْيُحَافِظْ عَلَى هؤُلاَءِ الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ، فَإنَّ اللهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكم صلى الله عليه وسلم سُنَنَ الهُدَى، وَإنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الهُدَى، وَلَوْ أنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ في بُيُوتِكم كَمَا يُصَلِّي هذا المُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ، وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّة نَبِيِّكُم لَضَلَلْتُمْ.... (رواه مسلم)

TERJEMAHAN
Dari Ibu Mas'ud رضي الله عنه melaporkan: Barangsiapa yang merindui untuk bertemu dengan Allah esok (pada hari Kiamat) sebagai seorang Muslim, maka hendaklah dia menjaga solat-solat yang wajib itu di mana ia (solat itu) diserukan azan (di masjid atau surau dll). Sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabi kamu صلى الله عليه وسلم dengan Sunnah-sunnah petunjuk yang mana solat berjemaah itu adalah di antara Sunnah-sunnah petunjuk  itu. Andaikata kamu semua hanya solat di rumah-rumah kamu sebagaimana solatnya orang yang tercicir ini (golongan munafik/hipokrit) di rumah maka kamu telah meninggalkan Sunnah Nabimu. Dan jika kamu meninggalkan Sunnah Nabimu nescaya kamu sesat... (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Solat fardhu secara berjemaah adalah sangat dituntut oleh Syara' kerana selain daripada pahalanya yang berganda lebih baik dari solat bersendirian ia juga merupakan antara Syiar (lambang kebesaran) Islam yang tidak boleh diremehkan,
2. Tempat yang paling afdhal untuk solat berjemaah adalah tempat yang dilaungkan azan (masjid atau surau dll),
3. Orang yang sengaja meremehkan solat berjemaah di masjid (terutama golongan lelaki) adalah berada dalam kesesatan (jauh daripada petunjuk Ilahi), na'uzubillah...

Ahad, 24 April 2016

Matrikulasi dihatiku

MATRIKS.

Kelas dari 8pgi sampai 5ptg . Kemudian, sambung lagi 8malam-10malam. Tu belum lagi homework, jotter dan lab report ! Tidur memamg pukul 3pagi . Tambahan lagi, tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan sebuah events.Uruskan itu ini, event habis pukul 12. Balik bilik 1/2 pagi. Sabtu ahad pun kadang-kadang tak outing sebab events penuh.

 Tapi kenapa tak rasa penat time ni? tapi kenapa masih ada kekuatan nak pergi kelas esok pagi? tapi kenapa boleh bertahan hingga penghabisan ? tapi kenapa tak pernah terfikir nak berhenti atau tukar kolej ? dan sekarang masing-masing berada di Universiti

SEBAB .. ada mereka.

Lectures yang mendidik. Tak datang kelas , lecturer penuh sabar tackle hati students sampai datang kelas. Tak perform waktu quiz, lectures lah yang menjemput untuk cikgu tu ajar satu persatu sampai pelajar tu faham. Setiap kali kami datang ke meja cikgu untuk menuntut ilmu , cikgu dengan hati terbuka menerima pelajar. Datang ke Meja cikgu bukan dapat ilmu sahaja tapi perut pun kenyang . Perut pun sakit sebab ketawa je. Apabila sedih .. rungutan beribu patah perkataan . Cikgu lah orang yang mendengar dan memberi nasihat. Kalau lah tak belajar betul-betul rasa bersalah terhadap cikgu sampai mati. Pengorbanan cikgu, Usaha cikgu balik lewat petang . Kerenah yang macam-macam. cikgu Tk pernah give up! tak pernah kata " kamu akan gagal ! kamu akan diberhentikan " tak pernah...

Kedua, sahabat . Pergi kelas sekali. Makan sekali . Tidur sekali. "Kau tak bangun subuh aku yang dosa. kau tak solat aku yang dosa."
" Kau tidur dalam lecture , tak pa aku ajar kau dari A-Z "
Esok final, make sure semua bangun 3 pagi study sama-sama. Maggie satu packet kita kongsi 5 orang.
"Kau sakit tak pa , aku belikan makanan untuk kau, aku teman kau pergi klinik okay? ".
" Hari ni nak makan apa? jom makan ni ,,jom makan tu .. "
"Events ni penat ,, pening,, masalah ni masalah tu.. tak pa kita buat sama-sama"
Petang joging , main tenis lepastu makan ais krim pelangi lah rama-rama lah.hahaha..

Terlalu banyak kenangan . Banyak!  Kawan dekat matrik adalah kawan yang betul-betul sayang orang lain seperti mereka sayang terhadap diri sendiri.

Musim bunga sakura datang iaitu pada bulan 4.
Mengalu-alukan permergian dan kepulangan ke
negeri masing-masing.
Mekar cantik macam kenangan kita di Matrik
Bunga Gugur seperti memahami hati-hati yang hendak meninngalkan tempat yang terindah! sangat indah..

Mesti punya..
Malam-malam ada syndrome tersedih sebab TERrindu.
Pagi-pagi orang yang selalu kita tengok tak ada depan mata.Rasa eh apa lah dia buat sekarang.

TAPI yang penting kita tak jadikan mereka hanya kenangan.
Kita jadikan kebaikan mereka itu sebahagian dalam character dan attitudes kita pada hari ni.
sebab itu tuhan hantar kita dekat sini.