Jumaat, 6 Mei 2016

Jutawan ahmad dawjee dadabhoy

AHMAD DAWJEE JUTAWAN INDIA MUSLIM YG MEWAKAFKAN 1.2 EKAR TANAH DI JALAN PERAK, JUTAAN LOT SAHAM DI BURSA SAHAM LONDON TETAPI MATI DALAM FLAT KECIL DI JALAN MASJID INDIA

Pernahkah kita dengar cerita tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau merupakan seorang jutawan Malaysia berketurunan India Muslim. Di akhir hayatnya beliau mewakafkan hampir keseluruhan hartanya berupa sebidang tanah yang luasnya sekitar 1.2 ekar di Jalan Perak dan juga lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London dan beberapa bursa saham lain.

Tanah beliau di Jalan Perak, Kuala Lumpur dibangunkan sebuah menara wakaf 34 tingkat yang hari ini dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan yang dibina dengan modal dikeluarkan Tabung Haji itu pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta.

Hari ini disewakan sebagai pejabat Kelas A di kawasan segitiga emas yang kedudukannya tidak jauh dari KLCC.

Diberitakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy ini akan menerima RM56.6 juta hasil sewaan bangunan ini selama 25 tahun.

Dihari kematian beliau pada 24 Januari 1987, beliau meninggal di sebuah rumah flat kecil di Jalan Masjid India di kelilingi oleh buku-buku bacaan beliau. Tidak ada harta lain lagi bersama beliau melainkan sedikit itulah.

Selebihnya sudah diwakafkan keseluruhannya untuk ummah. Pernah keluarganya datang dari Afrika Selatan ke Malaysia. Apabila dibawa melawat tanah tanah wakaf beliau di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat betapa tingginya nilai hartanah tersebut dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad Dawjee yang mewakafkan hartanya itu kepada ummah.

Inilah tauladan kepada kita di zaman ini sebagaimana yang kerap kita dengar kisah sahabat sahabat Nabi SAW yang meninggal dunia tanpa harta kerana mewakafkan harta mereka sebelum meninggal dunia walaupun ketika hidupnya kaya raya.

Ia juga petunjuk kepada kita bahawa agama menggalakkan kita mencari harta dan mengembangkan harta. Tetapi perlu diingat harta kekayaan itu bukanlah milik mutlak kita. Perlu dikongsikan dengan ummah berupa zakat, sedekah dan wakaf. Di hari kematian kita, tinggal di alam barzakh, pahala sedekah itu akan terus menerus berjalan. Kemudian dibangkitkan di akhirat kelak menjadi lebih kaya untuk tempoh yang tiada penghujungnya disebabkan ketinggian taqwa kita kepada Allah atas harta yang kita infakkan.

* Kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias (Senior Vice President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Maybank Islamic Malaysia) dalam pembentangannya di Konvensyen Pejuang Hartanah di Cyberjaya semalam. InsyaAllah saya cuba catatkan isi isi penting pembentangan beliau bertajuk 'Islam dan Harta Membentuk Kehidupan Taiyyibah' dan juga isi isi pembentangan speaker yang lain berkait hartanah.

#JutawanAkhirat


اللهم اجعلنا منهم...
Ya Allah, jadikan kami seperti mereka...

Isnin, 2 Mei 2016

Kata sambung arab

Penanda wacana Bahasa Arab

1- بعد ذلك  :
selepas itu
2- لذلك :
oleh itu
3- إذا كان اﻷمر كذلك :
kalau begitu
4- علاوة على ذلك :
tambahan pula
5- قبل ذلك :
sebelum itu
6- ولذلك :
oleh demikian
7- وعلى الرغم :
walaupun/sungguhpun
8- خاصة :
terutamanya
9- في البداية / في بادئ الأمر :
pada awal nya
10- إن لم يكن :
sekiranya tidak
11- وباﻹضافة إلى ذلك :
di samping itu
12- مم لا شك :
tidak di ragui
13- لا ينافي أحد أن :
tidak di nafikan bahawa
14- ومع ذلك :
walau bagaimanapun / namum demikian
15- وعلى سبيل المثال :
sebagai contohnya
16- بناء على ذلك :
berdasarkan demikian
17- في الواقع :
realitinya
18- على هذا النحو :
berhubung dengan itu
19- وفي الوقت نفسه :
pada masa yang sama
20- وبالتالي :
berikut nya
21- في نهاية المطاف :
kesudahannya
22- وبذلك :
dengan ini
23- وعرضا من هذا :
sebalik dari
24- باختصار شديد :
pendek kata
25- بسبب :
oleh kerana
26- على الرغم من :
meskipun
27- بعبارة أخرى :
dengan kata lain
28- بعدئذ :
sesudah itu
29- بيد أن :
akan tetapi
30- رغم عن :
walaupun
31- على كل حال :
walaupun bagaimanapun juga
32- عندئذ :
ketika itu
33- غير أن :
akan tetapi
34- فضلا عن :
di samping itu/ tambahan pula
35- من أجل / ﻹجل :
oleh kerana
36- وانطلاقا من هذا :
bertitik tolak daripada
37- من جانب آخر :
dari sudut yang lain
38- من المعلوم أن / من المعروف أن :
sebagaimana yg di ketahui bahawa
39- وبالجدير بالذكر أن :
suka di ingatkan bahawa
40- قصارى القول أن :
kesimpulannya
41- عندما :
ketika mana
42- لا بد لنا :
kita mestilah
43- من مظاهر ذلك أن :
daripada fenomena itu sesungguhnya
44- مهما يكن من أمر ف... :
walau apa pun yang terjadi maka
45- نظرا إلى :
berdasarkan kepada/ melihat kepada
46- من خلال ذلك :
menerusi perkara tersebut
47- وعلى صعيد آخر :
dari aspek yang lain
48- من العوامل التي تساهم هذه الظاهرة :
antara faktor2 yg menyumbang terjadinya fenomena ini
49- من الخطوات في طرق علاج :
antara langkah yang perlu dilakukan untuk
50- من محاسن / ومن مساوئ :
Antara kebaikan/ antara keburukan

Ahad, 1 Mei 2016

Laduni kashaf

Laduni dan Kashaf sebenarnya bukan ilmu. Ia merupakan cara ilmu itu disampaikan. Laduni bermaksud Allah memasukkan terus maklumat berkenaan sesuatu perkara kedalam pengtahuan orang itu. Tidak melalui pendengaran atau penglihatan. Dengan perkataan lain tidak ada guru.

Khasaf pula bermaksud keupayaan seseorang itu melihat perkara-perkara yang ghaib pada mata kasar. Pandangan khasaf ialah pandangan menggunakan mata basir (mata batin atau mata ruhani). Kalau mata kasar menggunakan cahaya (cahaya matahari atau lampu) untuk melihat, mata basir menggunakan “nur” untuk melihat. Kekuatan mata basir berbeza-beza. Paling rendah boleh melihat dimensi jin (dan syaitan). Peringkat lebih tinggi boleh melihat dimensi malaikat (alam malakut), kemudian dimensi roh. Paling tinggi ialah dimensi ketuhaan

Guru pensyarah

Semua sekolah ada:
1. Seorang cikgu perempuan senior yg suka berlagak macam mak datin.
2. Seorang cikgu yg sentiasa nampak kalut sebab banyak kerja.
3. Seorang cikgu lelaki yg tenang walaupun tak siap kerja.
4. Seorang cikgu yg sangat suka komen kerja orang lain (mcm la dia bagus sgt)
5. Seorang cikgu yg suka menjaga cenderahati & makan minum utk pengetua
6. Seorang cikgu yang suruh buat apa pun senyum je.
7. Seorang cikgu yang suruh buat apa pun menolak je.
8. Seorang cikgu yg anggap dia sorang je dlm dunia ni ada prinsip
9. Seorang cikgu yg layak dapat APC tiap2 tahun, tapi tak dapat tiap2 tahun
10. Seorang cikgu yg asyik mengintai jawatan di PPD walaupun tak layak
11. Seorang cikgu yg dah disuruh naik pangkat byk kali asyik menolak.
12. Seorang cikgu yang cool aje walaupun byk kerja, dan kerja selalu siap.
13. Seorang cikgu yang mengeluh dapat kerja tapi kerja tetap siap.
14. Seorang cikgu yang besar2kan kerja yang dia buat padahal kerja itu byk dibntu oleh orang lain.
15. Seorang cikgu yg selalu ugut nak pindah sekolah lain sebab byk kerja yg dipikul di sekolah.
16. Seorang cikgu yang nampak rileks saja. Orang lain kalut dengan kerja sekolah dia pula sempat berbisnis.
17. Seorang guru yg cool walau buat tugas org lain.
18. Seorang guru yg cool walau semua tugas dskola dia sahaja dharap siapkan.
19. Seorang guru yg gelisah klo ada mesyuarat
20. guru balik-balik kasi umum "hari ini gaji"
21. guru selfie
22. Jadi JKKK
23. Guru cuti..
24. Guru lambat datang awal balik.
25. Cikgu 7 hari seminggu
26. Guru "25 haribulan"
27. Guru susa ati lama betuuuuul dua pulu lima aribulan
28. Guru fb whtsapp tlgram
29. Guru pek pok pek pok
30. Guru pncukup korum d skul
31 Guru tapau kursus..balik2 muka dia pegi kursus..bila in house tak mao bt pula..
32. Guru gabra bila dtng plawat
33. Guru berlagak mcm YB
34. Guru mls buat rph
35. Guru yg mau anaknya diajar bagus2 tp diri sendiri tdk mengajar anak/murid lain dgn baik
36. Guru last minute... sebarang kerja tugasan dibuat last minute... malah selalunya terlebih minute


Jumaat, 29 April 2016

Selfie

Bacalah!! ;)
.
Wanita 1: "Alhamdulillah, jubah hitam baru ini saya beli dari butik fulan fulan, cantik kan???? *Upload Gambar Posing Body"
.
Wanita 2: hehe..muka ana bila kekenyangan lepas makan. Alhamdulillah..ini kurniaan dari Allah.
*gambar kepala sengget
.
Wanita 3: alhamdulillah. Baru balik dari majlis ilmu. Jaga Iman, Jaga Hati, Jaga mata.. *post gambar body tangan buat Peace
Wanita 5: laparnya, jam baru pukul 9, *golek-golek atas Katil
.
Wanita 6: Pandang luar tingkap, tangan didagu, status: "Aku masih menunggumu pulang, jom bercinta selepas nikah"
.
Wanita 7: Selfie sambil buat reaksi muka comel, terkejut, sedih. Status: "Sangat islamik sebar dakwah, banyak kata-kata motivasi" tapi Motif? Inginkan like perhatian menjual maruah diri mahupun menyebarkan dakwah?
.
Wanita 8: Gambar cincin dijari manis. Status: "Cantik kan? Eh jangan fikir bukan-bukan, ini hadiah dari mak #bukancincintunang #belumnikah #stillsingle
Kecantikanku ini hanya untuk bakal imamku."
.
Wanita 9: Aku Pendosa Tanpa Noktah *upload Gambar Tangan
.
Wanita 10: Ya Allah sweetnya.. bercinta lepas nikah is more awesome and more barakah. *Gambar laki bini beraksi macam titanic
.
Wanita 11: Alhamdulilah ,sampai juga kt rumah ... #selfie dalam kete dengan monopod yg ADA.. ..laki Sana Sini puji memuji,cntik lh akk,cntik lh awk,cntik lahhhhh..!!!
.
Wanita 12 . Tangkap gambar, Alhamdulilah cntik sungguh jubah ,niqab, tudung yg sy bli ni..posing mcm2, ..gaya macam2..
.
Wanita 13. Tengah mkn,selfie ,tngkp gmbr.. Alhamdulilah sedapnye mknn kt cni,buat Mata mengoda.. Lelaki coment.. Cntik Nye, sejuk Mata memandang, . Ad sorg hamba ckp ?? Perlu ke mkn nk amik gmbr ?? Berniqab plk tu..huhu.. Mula lh pergaduhan...

Sepatutnya kalian sebagai wanita berniqab, muslimah yang bertudung labuh, tunjukkanlah teladan yang baik kepada wanita diluar sana.
Bukan tergedik-gedik memperagakan Body. Tergedik-gedik mencari komen lelaki.
.
Yang Gedik kini bukan setakat gambar-gambar, tapi turut disertakan status, ayat-ayat, aksi-aksi berinteraksi dengan lelaki berkopiah, berserban, yang mengaji Luar negara. Siap berbalas-balas text dengan penuh suasana ‘islamic’ gedik.
.
Kalian kena sedar, lelaki berkopiah juga bernafsu. Bukannya semakin dilayan puluhan lelaki berkopiah, membuatkan kalian bertambah semakin solehah. Bukan!!!
.
Kalian kena sedar, kalian membawa imej Islam. Membawa imej ajaran Rasulallah. Jagalah akhlak kalian, dengan sebaik-baiknya. Masyarakat awam memandang tinggi kepada kalian, bila kalian sendiri yang meninggalkan akhlak wanita solehah?
.
Siapa lagi yang hendak tunjuk akhlak solehah? Bila kalian sendiri yang mempergadaikan body dikhalayak? Siapa lagi hendak dijadikan contoh buat khalayak?
.
Wahai wanita yang digelar muslimah! Ingat! Media social network bukan tempatnya untuk menjual diri, meluahkan isi hati, meraih simpati dan mengejar perhatian orang lain untuk diri. Seharusnya sebagai wanita perlunya ada sifat privacy menjaga nilai martabat maruah diri yang telah diangkat oleh islam itu sendiri.
.
Taqwa itu bukannya dengan Upload banyak gambar Possing siap berstatus gedik. Taqwa itu dihati. Jadikan taqwa itu pakaian kita. Kerana taqwa itulah sebaik-baik pakaian.
.
Kalam Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid: “Carilah pintu kelemahan kamu dan tutupkah pintu itu jangan bagi syaitan masuk menipu daya dan mengawal hawa nafsumu.”
.
Fuhh,, berpeluh!!  Siapa Makan cili,terasa pedasnye!!! ;)