Selasa, 2 Ogos 2016

Jawa

*_Ujian TOJFL Bahasa Jawa_*

*TOJFL*
*_(Test of Javanese as Foreign Language)_*

*1) Jatuh tersandung akar pohon yang melilit di tanah saat berjalan :*
a. Kebelet
b. Kepater
c. Kepaduk
d. Kesrimpet

*2) Jatuh krn kaki masuk ke celah2 lantai yg terbuat dari bambu saat berjalan di rumah panggung :*
a. Keblusuk
b. Keblasak
c. Nyelempit
d. Kecemplung

*3) Saat berjalan, tdk melihat ada anak tangga di depan, shg hilang keseimbangan langkah kemudian terjatuh:*
a. Kesrimpung
b. Kejolak
c. Kesandung
d. Keblasak

*4) Tukang beras sedang ngangkut beras, lalu ada lubang kecil di ujung karung, maka jatuhnya beras dari karung disebut:*
a. Mbrobol
b. Mrucut
c. Mancur
d. Ngicrit

*5) Saat menyeberang sungai yg dihubungkan oleh dua batang bambu, lalu di tengah2  kehilangan keseimbangan, dan jatuh ke sungai:*
a. Gentawil
b. Genteyoran
c. Krungkeb
d. Kepengkok

*6) keeper menahan bola jatuh, dan ditahan dg kedudukan tangan yang salah lantas keseliuh, disebut:*
a. Kepengkok
b. Krungkeb
c. Kepluntir
d. Kecethit

*7) Anak kecil jalan di pinggir kolam, lalu ada hantu lewat, krn kaget dia jatuh ke kolam, disebut :*
a. Mlipir
b. Kecemplung
c. Mrosot
d. Kepater

*8) Ketika memanjat pohon, lalu jatuh, tapi masih sempat megang dahan2 sblm jatuh ke tanah, disebut :*
a. Gentawil
b. Lungkrah
c. Mbrasak
d. Nungsep

*9) Di saku ada kerikil. Ternyata sakunya lubang, kerikil jatuh satu persatu sampai habis,  jatuhnya kelereng disebut :*
a. Ketlingsut
b. Mbrobol
c. Mrucut
d. Merat

*10) Berjalan di pematang sawah, tiba2 ditolak oleh teman, sampai terjatuh ke dalam sawah, disebut :*
a. Ngrobyok
b. Krungkeb
c. Nyungsep
d. Ndlosor

*11) Jika Anda pusing/bingung menjawab, maka disebut :*
a. Puyeng
b. Ngelu
c. Nggliyeng
d. Uyeng-uyeng

*12) Cairan dengan 'kekentalan' _viscuos_ sedang, keluar melalui suatu lubang dengan tekanan dan volume kecil disebut :*
a. ngecrit
b. ngecrut
c. ngecrot
d. Mancur

*13) Ketika berjalan dijalan yg licin, kemudian terpeleset dan jatuh kebelakang, disebut:*
a. nggeblag
b. mblenthang
c. nyungsep
d. Mlumah

*14) Suatu benda yg terdiri dari kesatuan benda kecil-kecil, yang terlepas satu persatu bagian-bagiannya karena kehilangan sifat "cohesion" Langkah tersebut dinamakan:*
a. mrithili
b. mrotholi
c. mbrodholi
d. nggregeli

*15) Meminum suatu cairan langsung dari tempat aslinya tanpa menyentuhkan mulut ke tempatnya:*
a. ngokop
b. nyruput
c. nyerot
d. Nyedot

*16) Membuka paksa suatu lubang sempit yg lentur dgn menggunakan ibu jari kanan dan kiri :*
a. ngrogoh
b. nyuthik
c. njembeng
d. nyethot

*17) Nyethot (A) vs njiwit (B), hubungan kadar rasa sakitnya adalah :*
a. A>B
b. A<B
c. A=B
d. semua jawaban benar

*18) Mak jeganggik :*
a. Tiba-tiba
b. Kaget
c. Mustahil
d. Tanggung

*19) Bau yang kurang enak disebut:*
a. Prengus
b. Kecing
c. Penguk
d. Ting klenyit

*20) Berantakan :*
a. Ting klenyit
b. Mblader
c. Ting penthalit
d. Ting klejing

*21) Gelas berada dipinggir meja hampir jatuh disebut :*
a. Gedhawel
b. Gayutan
c. Mingklik - mingklik
d. Delosor

*Selamat menjawab...!!!*

Ahad, 31 Julai 2016

Kata² baik

ROTI HANGIT

Seorang anak menceritakan;

Setelah sepanjang hari ibu ku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.
Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.

Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.
Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.

Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.

Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku: "Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.
Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam.

Aku bertanya:-
"betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit."

Ayahku merangkul aku & menjawab:-

"Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.
Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib."

*Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.*

*Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.*

*Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik.*

*Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.*

*Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.*

Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya

Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia negatif.

Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.

Percakapan yang CANTIK & BAIK umpama anak kunci,
ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.

Rabu, 27 Julai 2016

Iman

Peringatan yang amat bagus buat kita sekalian

*SOALAN MAUT*

Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.

Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;
1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2. Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya. Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 . MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.

Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkan jawatan istana dan lain2 yang dimiliki hingga tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?
MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut.

Soalan 1. Apakah Dunia? maka jawab orang tua , *Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)*

2. Soalan 2, Apa itu akhirat? jawab orang tua tersebut, *Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)*

Soalan 3, Apa itu iman? Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya Apa itu iman?

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari. Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut. MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.

Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:
*"Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah. Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.*"

Selasa, 26 Julai 2016

Ajar

Apa Kata Za'ba tentang ibu bapa dan guru.... renung2kanlah...

Masyarakat kita adalah masyarakat yang paling pantas sekali respon jika terdapat kesalahan guru terhadap anak muridnya. Tetapi bagaimanakah dengan kesalahan ibu bapa, terhadap anaknya sendiri?

Za’ba, dalam Mencapai Keluhuran Budi Bab 5, Ibu Bapa – Guru Yang Pertama menulis tentang ‘kurang ajar’:

“Kita sangat marah jika dikata orang diri kita atau anak kita ‘kurang ajar’ kerana ‘kurang ajar’ itu bermakna bahawa emak bapa kita di rumah tidak cukup atau tidak tahu mengajar kita aturan adab yang halus-halus…”

“Padahal yang sebenarnya semua sifat-sifat perangai yang kekurangan dan rendah dan hina pada diri kita dan anak-anak kita itu ialah boleh disusun asalnya tersebab daripada ‘kurang ajar’ belaka. Sama ada kurang ajar oleh diri kita sendiri atau kurang ajar oleh emak bapa di rumah masa kita kecil-kecil.”

Kemudian Za’ba menyambung:

“Rumah itulah sekolah yang pertama kepada anak-anak itu bagi pelajaran bagaimana melakukan dirinya dalam kehidupan dunia ini; dan ibu bapa itulah guru sekolahnya yang awal pertama sekali.”

“Jikalau sekiranya asuhan dan didikan perangai yang didapatinya di rumah itu tiada senonoh atau tiada baik, maka itulah yang akan menjadikan dia ‘kurang ajar’, kurang amanah, makan suap dan sebagainya apabila ia telah besar kelak.”

Za’ba memberi contoh:

“Misalnya jika di sekolah guru-gurunya mengajar suruh bersih tetapi di rumahnya sentiasa kotor, ibu bapanya sendiri tiada bersih, suka buang air besar di parit atau di longkang-longkang sahaja umpamanya, barang di rumah bersepah-sepah tiada aturan, kain-kain tersepah di sana tersangkut di sini, kencing budak kecil berlelehan di lantai – maka betapakah dapat dipersetujukan di antara dua macam sekolah itu?”

Mudahnya, 3 perkara penting Za’ba dalam bab ini ialah:

1. Kalau anak kurang ajar, maknanya ibu bapa yang tak tahu mengajar anak (dalam bahasa mudah, ibu bapalah yang kurang ajar dulu).

2. Rumah ialah sekolah pertama anak, ibu bapa ialah guru sekolah anak yang terawal sekali.

3. Kalau rumah kau pun kain bersepah, janganlah gedik bila anak kena tampar, nak saman cikgu. Lipat baju tu semua dulu kay?

Jarang sekali kita, sebagai ibu bapa sedar bahawa salah satu kesalahan kita terhadap anak-anak ialah – _melepaskan tanggungjawab mengajar anak kepada guru di sekolah formal._

Kerana kita terlalu fokus kepada tanggungjawab guru – yang kononnya ditugaskan untuk mendidik anak kita. Padahal dalam masa yang sama, tak sedar kita juga sebagai ibu dan bapa – _punya tanggungjawab yang lebih besar kerana, anak itu ialah anak yang kita sama-sama lahir dan besarkan._

Begitulah Za’ba mengingatkan kita entah berapa puluh tahun yang lalu dalam karangannya. Terpulanglah kepada kita untuk mengambil manfaat dan mula lipat baju sekarang, atau buat selamba badak dan terus bash cikgu di Fesbuk.

ZF Zamir
Gerakan Hormati Guru di Fesbuk & Gerakan Anti-Rumah Bersepah

Kafarah badan

Dari FB *Haji Mohd Tariq MKamal*
6 Mac 2015

_Kifarah badan_

Ada sorang bapa, blk dr hosp tuanku jaafar mengeluh mengenangkan anaknya yg koma lps jatuh merempit 2 thn lps. Pcik ni brth kat ayah sy, dia dah minta surau kat kg dia bc yaasin dan solat hajat tp Allah blm memakbulkan hasratnya.
Ayah sy ajar dia amalan KIFARAH BADAN dr almarhum syeikh hj ahmad b syeikh hj mohd said. Alhamdulillah berkat amalan ini dan pcik tu yakin, lps diamalkan, anak dia sedar dr koma dan discharge dr hosp 3 hr slps itu.

Cara2nya ialah.
1. Kira umurnya. Jika umurnya 38thn, umurnya ditambah 1 dan diganda 2. Jd umurny. Jd jumlahnya 38+1x2:78.
2. Ambil duit sbyk itu dan dimskkan dlm baju, kain, seluar sblm tido dan diniatkan apa shj. Minta penyembuhan penyakit, lapang dr mslh dll. Tp duit tu mesti kena kulit bdn, jgn diltk dlm poket.
3. Bgn pg, ambil duit tu, simpan. Jgn bercampur dgn duit yg lain.
4. Ulang duit yg sama utk hr ke2&3.
5. Pg hr ke4, beli mknn spt nasi atau buah durian, delima, pisang, hadiahkan kpd jemaah masjid atau surau. Tp pesan kpd ahli keluarga, jgn dimkn mknn tersebut.
Jika xmmp, rm10 pun bole digunakan. Yalah, msg2 punya tahap kewangan.

Ada kemusykilan bole hubungi sy. Sy xnak apa2 blsn, hanya harap tuan puan hadiahkan alfatihah kpd almarhum Syeikh hj ahmad b syeikh hj mohd said krn ilmunya.
Alfatihah