Ahad, 14 Ogos 2016

EPF

*Untuk renungan dan penilaian dari diri masing2...... Dari sumber bilik sebelah*

8/8/2016, yang lalu, sy telah bercadang utk memindahkan simpanan KWSP sy ke skim patuh Islam di Cawangan ......... sy bernasib baik kerana dapat berhadapan dgn ketua khidmat penerangan KWSP sendiri.
Seperti biasa sy sebelum keputusan dibuat, sy telah bertanya beberapa soalan..

1. Apa bezanya skim lama dan skim baru..???
Jwpan : Skim Patuh Islam..

2. Maksudnya..???
Jwpn : Semua pelaburan akan dilabur ke industri2 berkonsepkan halal, berbanding skim lama hanya 41% sahaja yg halal..

3. Siapa panel pelabur KWSP skim lama dan skim baru..???
Jwpn : sama, tidak ada perubahan.

4. Bermakna sebelum ini dividen pelaburan TIDAK HALAL..?!!
Jwpn: Diam

5. Bagaiman konsep perkiraan dividen..???
Jwpn: skim lama, perkiraan dividen akan dibuat pada setiap hujung tahun, dan jika berlaku kerugian, kerajaan memberi jaminan tetap akan membayar sebanyak 2.5%, kpd ahli KWSP, jika untung bayaran dividen 6-7% setahun. Berbanding skim baru, untung atau rugi adalah berdasarkan kepada prestasi pelaburan, TIDAK ada lagi jaminan kerajaan, ayat paling sempoi, lu tanggunglah sendiri..

5. Bagaiman ianya dinilai skim ini patuh Islam..???
Jwpn: Pelaburan hanya berkonsep halal..

6. Konsep perkiraan..???
Jwpn : sama spt skim lama..

7. Tiada perbezaan pun..???
Jwpn: Ya

8. Bagaimana boleh capai status halal, sedangkan perkiraanya tetap sama..?? Sedangkan skim lama kata tidak halal, tapi masih mengekalkan konsep lama..???
Jwpn : Diam

9. Bagaimana saham itu boleh diklasifikasikan mencapai status halal..???
Jwpn: Setiap pelaburan perlu mendapat nasihat dari panel pelabur yg dilantik.

10. Lagi..???
Jwpn : Itu je

11. Bukankah konsep saham patuh islam, membolehkan pelabur mengetahui running atau untung rugi pelaburan bila2 masa, tanpa perlu tunggu hujung tahun, betul atau tidak..???
Jwpn: Diam

12. Jika berlaku ketidak puasan hati pelabur dalam urus tadbir pelaburan saham, adakah pelabur@ahli boleh membatalkan perjanjian dan masuk semula skim lama..???
Jwpn: TIDAK boleh..!!!

13. Cadangan atau nasihat puan..???
Jwpn: Tunggu dan lihat..

14. Tang mana dikatakan patuh Islam..??
Jwpn: Bukan bidang kuasa sy..

15. Assalamualaikum
Jwpn: Walaikumsalam..

# Kesimpulan yg  boleh buat ialah, memudahkan dana KWSP dicairkan..

Sabtu, 13 Ogos 2016

Durian

DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUH
Oleh: Dr Mohd Syamirullah

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas,  kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

"Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada diaisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!

Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air : http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan "sunnah"? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

"Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. "

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud "the dose makes the poison."

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.

Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.

Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan-bahan beracun."

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia".

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan 'perubatan sunnah' iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi seorang, mungkin menjadi "pathological" bagi seorang yang lain.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

Khamis, 11 Ogos 2016

Teman

Al-kisah ada seorang Raja yg memiliki 10 anjing ganas utk menghukum yg bersalah.

Jika sang Raja tidak berkenan maka org yg bersalah akan dilempar ke kandang agar dicabik oleh anjing2 ganas tersebut.

Suatu hari seorg Menteri membuat keputusan salah & murkalah Sang Raja. Maka diperintahkan agar sang Menteri dimasukkan ke kandang anjing ganas.

Menteri berkata: "Tuanku, saya telah mengabdi padamu selama 10 tahun, tapi Tuanku tegas menghukumku begini. Atas pengabdianku selama ini saya hanya minta waktu penundaan hukuman 10 hari saja".

Sang Raja pun mengabulkannya. Sang Menteri bergegas menuju ke kandang anjing  tersebut & meminta izin kepada penjaga utk mengurus anjing2nya.

Ketika ditanya utk apa? Maka dijawab: "Setelah 10 hari nanti engkau akan tahu''.

Selama 10 hari itu sang Menteri memelihara, mendekati, memberi makan bahkan akhirnya boleh memandikan anjing2 tersebut hingga menjadi sangat jinak padanya.

Tibalah waktunya. disaksikan Sang Raja dimasukkanlah Menteri ke kandang anjing, tetapi Raja terkejut ketika melihat anjing2 itu jinak padanya.

Maka dia bertanya apa yg telah dilakukan Menteri pada anjing2 tersebut?

Jawab Menteri: "Saya telah mengabdi pada anjing2 ini selama 10 hari & mereka hanya binatang tapi tidak melupakan jasaku.

Terharulah Raja, meleleh airmatanya lalu dibebaskanlah sang Menteri dari hukuman & dimaafkan.

Sahabatku,
Hikmah dari cerita di atas adalah:

Agar kita tdk mudah mengingkari & melupakan kebaikan2 yg kita terima dari org terdekat  kita.

Jgn mudah menghapus kenangan yg telah terukir dan persahabatan yg telah terjalin bertahun lamanya hanya krn hal2 kecil yg kurang kita sukai darinya saat ini.

Mencari teman itu lebih mudah daripada mendapatkan sahabat.

Jagalah persahabatan yang ada dengan baik karena menjaga persahabatan itu jauh lebih sulit dari mendapatkannya..

Doa yang terbaik selalu untukmu saudara2 ku, semoga silaturrahim ini ttp terjaga... Insya  Allah❤

Alkahfi

Cara Enjoy membaca Surah Al Kahfi , surah sunnah hari jumaat

bahagikan Surah Al Kahfi kepada 4 Cerita Utama

1) pagi ini selepas subuh atau lepas punch card boleh mula kisah pertama ,Cerita -Ashabul Kahfi- bermula ayat 1 hingga 31

2) hah... sebelum solat jumaat ,sambil sambil makan cendol luar masjid boleh mula baca cerita kedua , Kisah -Pemilik Dua Kebun- bermula ayat 32  sehingga 59

3) selesai solat jumaat masuk office sebelum masuk waktu asar boleh sambung Cerita no 3 , Kisah -Pengembaraan Nabi Musa - yang bermula ayat 60 sehingga 82

4) sebelum azan maghrib berikan sedikit masa untuk kisah ke 4 ,
 - Kisah pengembaraan Zulqarnaian - mula ayat 83 sehingga 110

Copy paste ~Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan ~

Rumah syurga

BACA INI SUPAYA KITA FAHAM AGAMA.

Hari ini suami tidak mampu datang solat & belajar agama di masjid (adakah ini termasuk saya & awak?).

Maka suami tidak mampu mengajar anak isteri untuk  memahami Agama. Maka wujud 3 suasana di rumah2 di seluruh dunia:

1-Suasana Rumah Seperti Pawagam:

(Rumah jadi seperti pawagam.. Tv n Audio yang besar2.. karaoke2.. video2 games.. seakan berada di Pawagam.

Anak2 dibesarkan dlm suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di tv.. menangis bila tengok hindustan.. ada juga ibu bapa yg bersyukur bila anak2 terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas2.. ini kesan dari suasana rumah seperti Pawagam)

2-Suasana Rumah seperti Hotel:

(Suasana rumah yg dihias mewah2 seperti Hotel.. setiap tahun tukar sofa baru.. tilam2 mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yg lebih merehatkan diri dari ketika berada di rumah Allah).

3-Suasana Rumah seperti Restoran:

(Suasana rumah dipenuhi dengan  makanan seperti restoran.. setiap saat dalam  kekenyangan.. fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dengan makanan.. dan pembaziran berlaku dengan  begitu banyak).

Sebab itulah kita perlu berubah kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah tempat lahirnya manusia2 berubah.

Suasana rumah seperti  rumah Baginda صل الله عليه وسلم  dan Sahabat2 ra di Madinah tidak wujud lagi.. iaitu Suasana Rumah seperti  Madrasah.

Hidupkan suasana bacaan Quran dan Hadis di rumah. Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah.

Hidupkan suasana zikir dan solat2 sunat di rumah.. Rumah penuh dgn Nur Quran Hadis..

ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah dalam rumah dan keatas ahlinya.. keluarga hidup dalam keadaan bahagia. Lahirkan anak2 yg alim alimah, Hafiz Hafizah dan Daie Daieyah yg memperjuangkan Agama di seluruh alam..

*Suasana ini yg perlu kita wujudkan di rumah2 kita.

Hari ini anak2 kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan macam2 lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang, belajar tak pandai2*.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya  hati anak2 gelap sebab tak dengar Hadis. Sebab itulah kita perlu wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah2 kita.

*Cari satu masa, kumpulkan keluarga, baca Hadis2 Nabi صل الله عليه وسلم  dan baca kisah2 para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak2 kita mengenali kehidupan sahabat2 Nabi صل الله عليه وسلم  *, insan2 yang telah berjaya.

Barulah isteri dan anak2 siap untuk hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada kemewahan sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami.

Semoga kita semua niat dan azam untuk hidupkan suasana rumah seperti Madrasah di rumah kita.
انشاءالله تعالي baiti jannati.

Suntingan dari tulisan Ustaz Khann Da'ie.
Hayyu Asyir Nasr City.
Bumi Kaherah.