Jumaat, 2 September 2016

Kapel

Exclusive Report : Couple & Cinta

Aim of experiment :
Untuk mengkaji perbezaan antara Couple & Cinta.

Problem statement :
Ramai makhluk hidup yang salah konsep mengenai Couple dan Cinta.

Hypothesis :
Makin ramai yang Couple, makin ramai masuk Neraka.
Makin ramai yang letak Cinta Allah nombor satu, makin ramai masuk Syurga.

Variables:
Constant = Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi & Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi
Manipulated = kehadiran ikatan sah antara Makhluk Hidup.
Responding = The presence of Dosa & The presence of Pahala

Material :
Makhluk Hidup Lelaki & Makhluk Hidup Perempuan. Makhluk Laknat Syaitan juga.

Experiment’s Procedure :
1. Put Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi dan Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi dalam keadaan bercinta sesama mereka.
2. Put two of the Makhluk hidup in different condition, kondisi 1 : tiada ikatan sah & kondisi 2 : ada ikatan sah.
3. Observe if there is any Makhluk yang ketiga(Makhluk Laknat Syaitan).
4. Record the observation.

Observation :
Makhluk Hidup Ajnabi yang tiada ikatan sah : There is presence of Dosa and presence of Makluk yang ketiga
Makhluk hidup Ajnabi yang ada ikatan sah : There is presence of Pahala only.

Inference :
#1 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta tiada ikatan yang sah akan dapat DOSA dan adanya kehadiran Makhluk yang ketiga.
#2 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta ada Ikatan yang sah akan dapat Pahala dan Makhluk yang ketiga Nangis teresak-esak.

Conclusion :
#1 Cinta tanpa ikatan yang sah akan membawa ke Neraka. Itulah hubungan Couple.
#2 Cinta dengan ikatan yang sah akan membawa ke Syurga. Itulah hubungan Suami Isteri .

---------------------------------------------------------------------

Conclusion Exclusive :
Aku jawab beberapa persoalan mainstream sempena report exclusive aku

Cinta, Rindu, Suka, Minat, Fall in Love, Crush?
Tidak menjadi satu kesalahan kerana semua itu ialah fitrah semulajadi yang suci.
Anugerah daripada Allah SWT kepada Makhluk Hidup manusia.

Couple?
Dosa, Haram, dan Neraka.
Apa-apa yang mendekatkan diri kita kepada kepada Zina walaupun sekecil langkah Inche Kuman yang kecik tu, maka HARAM.
Couple secara obviousnya membawa kearah Zina maka automatically hukumnya HARAM.

Perbezaan Couple dan Cinta?
Cinta = anugerah Allah yang merupakan fitrah yang suci.
Couple = ialah sebuah fitrah Cinta yang telah dikotori dengan Hawa Nafsu manusia dan cap jari Makhluk Laknat Syaitan yang busuk.

Couple Islamik?
Najis = Kotor selama-lamanya.
Couple = Haram selama-lamanya.
Kalau korang mampu bersihkan & sucikan Najis maka couplelah.

Tapi problemnya Najis tu kotor dan jijik selamanya. Tak mampu nak disucikan.
Same goes to Couple, korang tak mampu nak sucikan atau nak islamikkan selamanya.

Kalau nak sangat, KAHWINLAH!

Adakah tunang boleh?
Syarat tunang = kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berkahwin dalam satu masa yang ditetapkan.

So bebudak sekarang fikir yang bila dah setuju sesama mereka maka dikira bertunang.
Betul mereka dah bertunang. Sah tunang mereka. Sah di sisi syariat.

Masalahnya, mereka tak bagitahu dengan parents masing-masing.

Uhukk uhukk,
Dah lah makan minum berak kencing masih ditanggung oleh mak bapak, ada hati nak bertunang tanpa pengetahuan parents -.-

Ini pendapat exclusive aku :
Bagi yang masih dibawah tanggungan ibu bapa dan bertunang tanpa pengetahuan ibu bapa, maka tidak sah hubungan tunang tersebut.

Itu namanya Couple!
Dosa, Haram, dan Neraka. Itu hadiah untuk kau

Not just that,
Walaupun dah bertunang, namun kena ingat.
Korang belum berkahwin lagi!

Jangan nak menggatal ambil gambar bersama dekat-dekat, berdua-duaan.
Tunang bukannya kahwin!

Hanya KAHWIN yang menghalalkan hubungan antara lelaki & perempuan ajnabi.

So?
Kahwinlah. Jangan tunang lama-lama

Adakah merindui atau suka seseorang dosa?
Rindu dan Suka someone ialah Fitrah semulajadi anugerah Allah special untuk makhluk hidup manusia.
Tak salah untuk rindu atau suka someone.

Tapi yang menjadi masalah ialah apabila berlebih-lebihan.
Rindu berlebih-lebihan.
Suka berlebih-lebihan.

Sampaikan gambar jadi wallpaper laptop dan phone.
Sampaikan teringat-ingat setiap masa.

Sehinggakan boleh menjadi DOSA dan HARAM.
HARAM dengan adanya Zina Hati apabila memikirkan orang yang dirindui atau yang disukai.

Conclusion of the Conclusion over the Conclusion :
Letak Cinta Allah paling atas.
Letak Cinta Allah paling tinggi.
Dan letak juga Cinta Nabi di sisi.

Cinta Allah & Cinta Nabi menandingi segala Cinta lain.
Cinta lain = Cinta parents, Cinta suami, Cinta Isteri, Cinta Dota, Cinta Runningman, Cinta couple dan thousands other laa…

Serious talk, If you guys mampu buat those things, hidup korang akan bahagia.

Bahagia dunia.
Bahagia Akhirat.
Bahagia hingga ke Syurga Allah.

Sekian. Moga Allah Redha ;D

Rabu, 31 Ogos 2016

Merdeka

Dulunya hanya ada India Melayu Cina
Campur segala etnik Sabah Sarawak juga
Barulah wujudnya Malaya
Maju sikit tukar nama Malaysia

Sikit-sikit bangsa lain ikut serta
Mula dari Negara Indonesia
Menetap disini sama bekerja
Alasanya serumpun sama kita majukan Asia Tenggara

Lepas itu menyusul Mat bangla pula
Dulunya sikit sekarang sudah berjuta
Setiap ceruk mesti ada orang dia
Segala kerja bagi pada dia punya bangsa

Lama sikit bangsa Myanmar ikut serta
Atas tiket peperangan ada kat Negara sana
Bangsa kita terkenal dengan pemurah dan penderma
Dibiar menumpang duduk sama-sama

Orang negro pun tak lepas sama
Dia pun sibuk nak menetap kat Malaysia
4-5 tahun nampaklah semuka dua
Tapi sekarang muka dia aje sini sana-sana

Tak cukup  dengan mereka-mereka
Orang-orang arab pula datang menerpa
Ingatkan datang nak singah saja
Rupanya niat nak tinggal sama-sama dengan kita

Belum lagi cerita  bangsa lain yang ada
Pakistan, Hindustan Kambodia
Semua pakat nak duduk Malaysia
Sini aman damai kata mereka

Sikit-sikit mereka berjaya
Sikit –sikit mereka dah kuasai kita
Pergi aje seluruh ceruk dalam Malaysia
Kompom tak rasa macam duduk dalam Negara kita

Rumah orang Indonesia lagi besar dari rumah kita
Segala perniagaan orang Bangla tokeynye
Pergi  pasar borong orang Myammar dah macam gangster
Orang negro dah duduk semua rumah pangsa

Orang kita baru nak meniaga dah kena
Tak kena santau kena rampas dengan bandaraya
Anak muda sibuk buat benda tak guna
Lepas tu kata kita aniaya dia

Hari-hari orang kita bergasak kat alam maya
Kata orang tu tak guna, orang ni gila
Dia tak sedar yang Negara ni dah tak lama
Sikit lagi je nak kena rampas dengan mereka-mereka

Nak adu kat pemimpin, pemimpin tipu kita
Nak adu kat ahli agama, dia pun sibuk bergasak sesama dia
Kalau tengok saja memang alamatnya tak lama le
Silap-silap dia duduk serumah dengan kita

Hari ni 31 August. ..
Kita laung sama-sama
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Sama-sama kita raikan dengan “mereka-mereka”

*kisahbenarjuga*

Mati

Assalamua'laikum dan selamat pagi.🤓🤓

*NASIHAT IMAN*

*```Menguruskan orang yang mati lebih senang daripada menguruskan hati yang mati, Orang yang mati dimandikan, dikafankan, disolatkan lalu dikuburkan.Tapi hati yang mati hendak dimandi akalnya ada, hendak dikafan jasad bernyawa, hendak disolat masih bermaya, hendak dikubur nafasnya ada```*

*```Orang yang mati meninggalkan kenangan, Hati yang mati meninggalkan palitan dosa. Usah takut dengan orang yang mati, Tetapi takutlah bila hati yang mati.Berhati-hatilah dengan hati yang mati. Hidupkan kembali hati yang mati dengan dekatkan diri kepada Allah.```*

Isnin, 29 Ogos 2016

Nafkah

Wang Nafkah Bulanan Isteri:
Duitmu buat dirimu, duitku duitmu jua
*************************************
Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.

"Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?" Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham.

"Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri". Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.

"Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?" Nabila pula bertanya.

"Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la..." Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.

"Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?"

"Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu"

Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.

"Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!" Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.

Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.

Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.

Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.

A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife... Anda jawab sendiri...)

Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.

Kongsikan dengan suami2 diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.

#DrMahyuddin

Ahad, 28 Ogos 2016

Ibu

Ada satu 'variety show' Korea tu tentang masalah yang dikemukan peserta untuk pertimbangan penonton-penonton rancangan tersebut.

Lalu ada seorang remaja lelaki mengadu tentang ibunya yang ada masalah 'mood' yang tak menentu. Dia dan abangnya sering dimarahi dan kadang-kadang tak kira masa dan tempat. Ayahnya rileks saja.

Rancangan tersebut terus melakukan siasatan dengan meletakkan kamera di beberapa sudut rumah. Bila mereka meninggalkan kediaman, ada jurukamera yang ikut. Mereka juga di interview pihak program. Tempohnya mungkin seminggu dua juga untuk pihak TV melakukan siasatan dan rakaman.

Bila ditayangkan semula di studio di hadapan penonton, selebriti jemputan dan keluarga tersebut, memang betullah ibunya jenis 'mood swing' tahap kronik.

Pernah sekali tu remaja tersebut dimarahi di depan kawan-kawan ibunya padahal baru 5 minit lepas ibunya tersenyum dan mengajaknya makan.

Wanita itu juga kerap berleter dan bunyinya nyaring betul. Sakit telinga. Kadang-kadang naik tangan juga pada anak-anak lelakinya. Pengarah program pun kena marah juga. Huhuhu.

Semua penonton kerut dahi. Selebriti juga geleng kepala. Kita yang tengok di kaca TV pun rasa, 'wah, kesiannya jadi anak-anak dia, mujur tak ada anak perempuan kalau tak, nangis sajalah kerjanya.'

Selepas habis 'part' anak, produksi mula menyingkap hasil siasatan lanjut  dan punca ibunya begitu.

Program tersebut mula menayangkan di skrin bagaimana ibunya terpaksa mengemas rumah, memasak, basuh baju, sediakan pakaian dan keperluan dua anak lelakinya yang dah besar dengan suaminya tu. Padahal si ibu bekerja sebagai tukang cuci (cleaner) di restoran dari pagi sampai petang.

Kamera turut mengikuti ibu tersebut ke tempat kerjanya. Teruk juga tugas wanita itu. Memang memenatkan. Iyalah, 'cleaner' ni kerjanya sangat fizikal.

Di rumah, anak-anak lelaki makan dan tinggal segala pinggan mangkuk berlambak-lambak dalam singki. Pakaian main sepah sana sini.

Yang si ayah balik kerja, mandi terus duduk atas sofa tengok TV. Bila isteri siap masak, dia makan. Lepas tu duduk balik di sofa.

Masa si isteri sibuk nak sapu lantai, sang suami hanya angkat kaki tinggi-tinggi kasi laluan bini nak sapu kemudian tak bergerak-gerak depan TV.

Sampah pun tak mahu tolong buangkan. Oh...senangnya kerja laki dia. Sepanjang program tayangkan video klip mereka di rumah, memang buntut suami dah macam melekat di sofa. Apalah...

Anak-anak lelaki selain kerjanya duduk bilik dengar muzik, seorang lagi asyik bergayut dengan awek, mereka asyik keluar rumah jumpa kawan-kawan. Balik buat bising sampai ibunya stress.

Dan di video-video terakhir, pihak program menayangkan si ibu kadang-kadang terduduk di meja dapur keletihan dan menangis. Dalam interview, wanita itu menceritakan betapa penatnya hidup dia sehari-hari.

Melihatkan keseluruhan video tersebut, penonton terdiam dan ada yang menangis. Pengacara juga sampai tak tahu nak kata apa.

Yoo Jae Suk (pengacara) berkata, "Saya rasa insaf pula. Saya perlu muhasabah diri saya sebagai suami dan menghargai isteri saya."

Dan dah tentu anak-anak lelakinya juga menangis. Bila pengacara mengajukan soalan apa perasaan mereka setelah melihat keseluruhan klip video, mereka kata "Selama ni kami tak tahu mak terlalu penat. Dan baru kami tahu betapa teruknya kami."

Suaminya juga turut insaf dan beberapa kali juga dia diperli pengacara tentang 'melekatnya' dia di sofa sepanjang masa.

Dan dengan insafnya lelaki itu berkata, "Maafkan saya kerana membiarkan awak (isteri) kepenatan. Mulai hari ni saya takkan buat begitu lagi cuma...jangan suruh saya buang sampah."

Oh my...

Pengajarannya:

1. Jangan mudah buat kesimpulan. Siapa salah dan apa puncanya ni bukan proses yang sekejap dan mudah.

2. Hargai ibu anda.

3. Jangan ambil mudah.

4. Elakkan menjadi anak dan suami tak guna, lebih-lebih lagi terhadap isteri atau ibu yang dah korbankan tenaga dan masanya.

5. Ini bukan tentang tanggungjawab saja. Ia tentang sifat kemanusiaan.

6. Dan banyak lagi pengajaran yang masing-masing boleh fikirkan sendiri.

-NAS-
#sayasayangmak #maafkananakmu