Isnin, 3 Oktober 2016

Niaga

MOTIVASI HARI INI💪🏻

1.🚫Asal :  Aku takde duit nak berniaga.
✅ Ubah :  Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.

2.🚫Asal :  Aku mana ada bakat berniaga.
✅ Ubah :  Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.

3.🚫Asal :  Keluarga aku mana ada berniaga.
✅ Ubah :  Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.

4.🚫Asal  :  Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.
✅ Ubah  :  Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.

5.🚫Asal  :  Aku takut gagal, tak laku dan malu.
✅ Ubah  :  Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.

6.🚫Asal :  Aku takut sombong bila kaya.
✅ Ubah  :  Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.

7.🚫Asal  :  Aku banyak hutang.
✅ Ubah  :  Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.

8.🚫Asal  :  Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.
✅ Ubah  :  Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga.

9.🚫Asal  :  Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua, tiga atau empat.
✅ Ubah  :  Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang bisnes.

10.🚫Asal  :  Bila masa sesuai untuk berniaga?
✅ Ubah  :  Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Syaa ALLAH. Aamiin.

Ahad, 2 Oktober 2016

Brunei

Dari FB Zack Rahim

Baru sahaja hantar 1 keluarga dari Brunei di KLIA. Suami pencen guru dan isteri masih mengajar. Anak pula adalah penerbit di sebuah stesen radio di Brunei.

Dalam perjalanan saya banyak bertanya tentang Brunei dan melihat profession mereka, pastinya info yang diterima adalah 1st hand dan reliable dan bukannya backhand atau smash di tengah gelanggang.

Mengenai *Hudud*, katanya masa peringkat awal memang ada sedikit bantahan dari non-muslim tapi tak teruk mana berbanding bantahan dari luar.

 Yang tak duduk Brunei pulak yang bantah lebih2 sehingga memboikot hotel2 di luar negara.

 Semasa awal perlaksanaan, ada non muslim dan pelancong yang sampai pakai habis tutup litup segala badan kerana takutkan hudud. Tapi lama kelamaan, semua dah faham dan masing2 amalkan apa yang mereka amal sebelum ini dgn cara mereka. Hanya yang beragama Islam sahaja yang dikuatkuasakan.

 Alhamdulillah, jenayah di Brunei hampir sifar terutama dari orang Islam disana. Semua pihak dah faham dan tak rasa apa2 perbezaan selagi tak buat jenayah. Boikot di seluruh dunia pun dan tak berlaku dan business as usual.


Sebenarnya, perlaksanaan Hudud ini dah dirancang sejak zaman *Pengiran Begawan Omar Ali* lagi, bukan tahun lepas. Pendidikan agama menyeluruh dilaksanakan lama sebelum ini. Satu matapelajaran diwujudkan disekolah untuk mendidik

 SEMUA rakyat Brunei mengenai Islam, agama dan kesultanan. Ia adalah subject wajib. Lama dah laksanakan subject ni hinggalah semua dah ready, barulah perlaksanaan Hudud dibuat. Itu sebab rakyat Brunei tak bantah sbb mereka dah dididik jauh lebih awal. Yang bantah bagai nak gila adalah mereka yang tak dapat pendidikan di Brunei.

 Info ni dari kedua2 suami isteri guru warga Brunei, bukan pelancung Amerika atau Ostolia.

Rasuah. Apabila saya tanya hal rasuah, agak lama nak jawab.

Sebabnya, di Brunei memang hampir tiada rasuah. Tiada chance nak jolok2 pegawai kerajaan atau menteri2. Tak wujud menteri2 beri jobs pada kroni2 nya.

 Semua menteri dilantik sultan maka sultan berhak untuk pecat tanpa banyak soal dan tak boleh dibawa ke mahkamah untuk reinstatement.

 Malah, adiknya sendiri pun dipecat dari menteri dan didakwa. Tiada pilih kasih atau kasihan.

Cukai.
Di Brunei masih lagi tiada dikenakan cukai pendapatan dan cukai pintu mahupun GST atau Service Tax.

 Satu2nya cukai yang dibayar hanya cukai jalan bg yang owner kenderaan dan ianya masih murah dan cukai tanah yang sangat minimal.

 Perubatan juga adalah sangat murah dimana rakyat dikenakan hanya RB1.00 untuk jumpa doktor dan segala ubatan percuma. Kos sekolah di Brunei hanya RB30 setahun dan lain2 dibantu sepenuhnya. Untuk warga asing, hanya RB15 sebulan. Kos lain akan ditanggung dari saku Sultan sendiri.


Kebajikan Rakyat: Sultan Brunei sangat ambil berat kebajikan rakyatnya. Sultan tidak memerlukan undi rakyat tapi Sultan Hasanal Bolkiah sangat dikasihi rakyatnya. Antaranya ialah semua kakitangan kerajaan akan diberi RB120 setiap bulan on top of gaji mereka.

 Pemberian ini adalah dari poket Sultan sendiri dan sikitpun tak usik wang kerajaan dan diberi samarata kepada *SEMUA* kakitangan. Setiap Ramadan atau pembukaan sekolah, sesiapa memerlukan bantuan, boleh hubungi istana untuk dapatkan bantuan Sultan.

Sultan sendiri akan membayar apa keperluan yang dipohon dan juga dari wangnya sendiri, bukan wang kerajaan.

 Bulan Ramadan, Istana dibuka untuk rakyat berbuka dan bersolat jemaah. Makanan disediakan setiap hari. Semasa Aidil Fitri, semua kerabat diraja akan bertemu dengan rakyat sepanjang hari dan akan terima duit raya.


Di Brunei masih tiada parti politik dan pilihanraya. Sultan adalah ketua kerajaan mutlak. Rakan saya itu tak tahu nak cerita hal2 politik kerana tak biasa. Sultan lantik sendiri semua menteri2nya dan jika ada aduan dari rakyat dan ada bukti jelas salahlaku atau mismanagement, menteri akan dipecat terus. Namun, amat jarang berlaku kerana jika menteri tak amanah bermakna menteri derhaka kepada Sultan dan berdosa kepada Allah.

 Sultan tidak akan gunakan khidmat orang yang berdosa. Maka menteri2 akan takut kemurkaan Sultan kerana ia amat mengaibkan diri dan family.


Haji: Buat masa ini, hanya 400 sahaja visa haji dikeluarkan Kerajaan Saudi kepada rakyat Brunei setiap musim haji. Sebelum ini seramai 4,000 setiap musim. Ini kerana renovation di Mekah. Sultan tidak akan sekali2 gunakan kuasanya sebagai Sultan untuk dapatkan kuota tambahan dari Kerajaan Arab Saudi walau Sultan Brunei adalah pembayar segala bill elektrik Masjidil Haram dan Nabawi dan ia bukan wang kerajaannya.

 Sebaliknya ia adalah wangnya sendiri. Dia tak sewenang2nya gunakan wang kerajaan. Baginya wang kerajaan adalah untuk rakyat dan wangnya juga dikongsikan bersama rakyat.


Sultan Brunei amat patuh kepada agama Islam dan mahukan rakyatnya juga lakukan yang sama. Semua rakyat Brunei di didik mengenai Islam dan pemerintahan Islam namun yang bukan Islam bebas amalkan apa yang mereka amalkan selama ini dan dihormati. Sultan juga mahukan non Muslim hormat agama Islam.

Mereka juga menambah bahawa Brunei sedang mereformasikan ekonominya dgn mempelbagaikan punca ekonomi mereka dan tidak lagi berharapkan kepada minyak semata2. Mereka mulakan dengan pertanian dan padi Laila jadi usaha baru mereka sekarang.
Rakyat dan expatriat tidak hadapi masalah tinggal di Brunei.

Yang selalu tak gembira di Brunei hanyalah yang kaki hiburan kerana disana memang tiada hiburan seperti pelacuran atau Zouk. Namun, hiburan bentuk keluarga meman[truncated by WhatsApp]

Sabtu, 1 Oktober 2016

Phd

Renungan

Secara tiba-tiba, ramai pulak PhD holder yang nak ulas isu PhD palsu ni.

Aku tak kisah mereka nak ulas isu ini dan aku amat galakkan sebenarnya. Kerana ada antara ulasan tersebut bermanfaat dan mengajak yang lain untuk bukak mata dan menyedari bahayanya salah guna gelaran ni.

Tapi aku rasa geli pulak ada PhD holder yang sibuk nak humblebrag, marah-marah Azizan Osman seperti isu ini isu baru, buat-buat terkejut dengan isu PhD palsu, baru nak sedar yang isu ni dah melarat, dan sampai ada yang menulis karangan "virus anda bunuh reputasi" dengan simplistik.

Aku nak tanya semua ni. Selama ni kamu semua kat mana? Bila isu ni viral baru nak sedar? Tetapi kenapa kamu tak nak bersama yang lain untuk lawan?

Selama ni orang kampung kena tipu bulat-bulat dengan pemegang PhD dan sijil ijazah palsu dan buat rawatan sains palsu, kamu semua buat apa?

Ada kamu turun ke jalanan untuk lihat situasi sebenar bertapa melaratnya isu pemegang PhD palsu ni?

Adakah kamu sedar masih ramai yang kena tipu dengan produk atau mekanisma bisnes yang palsu?

Gelaran Dr dari Azizan Osman ni bukan baru. 2 dekad beb!

Isu phd palsu ni lebih 20 tahun!. Adakah kamu semua sedar yang ramai lagi menggunakan ijazah palsu secara berleluasan dan ada yang memegang tampuk pemerintahan?

Adakah kamu semua sedar yang ada pemegang ijazah palsu menjadi antara orang yang dipercayai untuk mengurus dana awam?

Dan adakah kamu semua sedar yang ada pemegang ijazah palsu memegang jawatan penting dalam persatuan yang berkuasa seperti persatuan pengguna xxx?

Tambah lagi sekarang ni, ada yang advance gila sampai guna pangkat Prof Emeretus Dr Sir Haji xxx. Padahal past affiliation apa pun tak ada. Lagi power, dah pangkat prof, bukan takat tak ada affiliation, publication pun tak ada. Dan dia dah guna gelaran tu lebih daripada 10 tahun di kaca televisyen, corong radio, dan di dada-dada akhbar.

Kamu sedar tak ada antara mereka bukak syarikat dan syarikat itu yang anugerahkan Prof, Dr, dan Ijazah kepada orang lain? Kemudian syarikat mereka menjual produk palsu dan mempromosi mekanisma bisnes menindas. Orang ramai percaya dan terpedaya kerana mereka ada pangkat Prof dan Dr.

Syarikat tu siap tempah dewan dan buat upacara konvokesyen kot. Malah ada yang berani sampai tempah bilik tutor di Universiti dan buat upacara konvokesyen dengan menyalah gunakan lambang Universiti?

Sampai ada yang tak tahu yang Ijazah mereka adalah ijazah palsu.

Adakah kamu sedar yang pemegang ijazah palsu ni siap ada klinik sendiri?

Adakah kamu sedar yang pemegang ijazah palsu ni siap ada majlis dan persatuan sendiri?

Adakah kamu sedar yang pemegang ijazah palsu ni siap masuk sekolah, kolej, dan universiti itu sendiri untuk memberi ceramah dan menjadi panelis forum?

Adakah kamu semua sedar semua ini?

Selama ni apa yang kamu semua buat?

Buat tak tahu dan mereput di dalam makmal dan di fakulti ke?

Semua ini terjadi sebab PhD holder dan ahli akademia buat tak tahu dan diam sahaja. Ada yang tak siasat latar belakang dan luluskan sahaja buat program yang menggunakan fasiliti universiti sambil jaja ijazah palsu mereka.

Sudahlah tembok universiti makin menebal sehinggakan ada tesis yang memperkatakan masyarakat tidak perlukan universiti. Ada pulak yang terlalu superior dengan isu ini dan membuat ulasan yang terlalu simplistik dan falasi.

Sehinggakan ulasan itu menyebabkan orang awam nampak PhD holder ini adalah sesuatu yang elitis. Sesuatu yang memisahkan mereka daripada orang awam. Sesuatu yang menyebabkan mereka rasa rendah diri terlampau dengan PhD holder ini.

It is not supposed to be like that. Kamu tak perlu tulis seperti karangan "Virus Anda Bunuh Reputasi Kami" sebegitu.This is not just your fight against him.

Ini adalah perang antara semua pemegang PhD holder dan semua ahli akademia melawan semua penindas yang menipu.

Memegang PhD adalah satu kredibiliti untuk menyatakan maklumat, mengarahkan masyarakat, dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk orang awam.

Apa guna buat master dan PhD ni?

Master dan PhD adalah lapangan latihan untuk kamu mencapai pengalaman dan keupayaan yang lebih daripada orang lain. Dan pengalaman dan keupayaan tersebut membuatkan kamu mampu memberi sesuatu yang lebih kepada masyarakat dan membangunkan masyarakat. Sebab tu di negara maju, PhD holder ni tak kisah pun gelaran Dr ni. Cuma panggil nama aja.

Dan apa yang menjelikkan aku, ada PhD holder menjadi kangkung apabila menindas masyarakat.Jadi alat kepada penindas untuk menindas masyarakat. Tak peduli pun apa yang terjadi dengan masyarakat. Janji KPI dan gaji para PhD holder ni tak kacau.

Akhir kata, aku petik semula sajak pertemuan mahasiswa oleh W. S. Rendra.

"Kita ini dididik untuk memihak yang mana?
Ilmu-ilmu yang diajarkan di sini akan menjadi alat pembebasan,
ataukah alat penindasan?"

Mohon baca puisi penuh puisi pertemuan tersebut. Ia amat mengetuk minda kita semua.

Hakikat...

Hakikat memadamkan kepalsuan - Walid Al Malik

Ramai mereka  yang dilihat biasa
tapi luarbiasa
ramai mereka yang dilihat luarbiasa
tapi mereka adalah biasa…

Uwais Al-Qarni dilihat biasa
sehingga tiada manusia bumi yang menghiraukannya
tetapi hakikatnya dia adalah luarbiasa
dia dicintai Nabi walaupun tiada menemuinya
dia adalah sebaik-baik tabieen di zamannya
tiada pujian, harta, wanita yang dapat mengugah keimanannya
Dia bagaikan sebuah gunung yang kukuh
pintu langit terbuka untuknya ketika berdoa
Allah sentiasa menghadapkan wajahNya kepadanya dengan penuh cinta…

Al-Bal'am dan Al-Basyisor adalah manusia luarbiasa
kealiman, kewarakan dan karamahnya amat disanjung
segala kalamnya dipatuhi, sang raja tunduk padanya
namun dia adalah manusia biasa di sisi Allah
yang tiada tahan dengan  pujian dan kemewahan
yang tiada tahan dengan pujukan wanita
sehingga langit menutup pintu padanya
dan Allah tiada memandang pada wajahnya
melainkan dengan penuh kemurkaan
sehingga ditutup pintu keimanan
akhir kalamnya Dia  dalam
kekufuran…

Pandangan syariat berbeza dengan pandangan hakikat
Pandangan Allah berbeza dengan pandangan manusia
Rasulullah s.a.w  pernah ditegur Allah
kerana menganggap pemuka Quraisy mempunyai nilai
sehingga memalingkan wajahnya yang mulia dari Ibnu Makhtum yang buta
sedangkan di sisi Allah
pemuka Quraisy tiada nilai apa-apa di sisiNya
Ibnu Makhtum itu lebih mulia dan dicintai
lantaran sekeping hati yang mencintai Allah dan Rasul
sekeping hati yang bersih meronta mahu mencari hidayah
sehingga akhirnya Rasulullah Habibullah memahaminya
lalu ditinggalkan majlis pemuka-pemuka Quraisy yang tiada nilai
dikejarnya Ibnu Makhtum yang bernilai di sisi Allah…

Syariat dapat dilakonkan, maka Allah tiada memandangnya
ia hanya tempat nilaian manusia
yang rendah nilai pandangannya
hakikat adalah kebenaran dalam qalbu
ia tempat pandangan Allah
ia tempat nilaian Allah
ia adalah diri yang akan dibongkarkan di akhirat
ia tempat pandangan para Arifbillah
mereka melihat dengan pandangan Allah
melihat tiada tertipu dengan ilmu, bicara, kitab dan pakaian sang alim
tiada tertipu dengan ketekunan ibadah para ahli abid
tiada tertipu dengan zikir, cinta, dzauk, kasyaf dan tangisan para ahli tarekah
tiada tertipu dengan dermawan para dermawan
tiada tertipu dengan sifat tawadhu, zuhud, khidmat  dan kebaikan
mereka tiada tertipu apa saja yang zahir yang dizahirkan
mereka melihat rupa di sebalik rupa itu
wajah hakikat memadamkan wajah syariat
sang Arif hanya tersenyum
melihat pelakon-pelakon dunia
yang hebat lakonannya
bicaranya memuja Allah
sedangkan ia memuja nafsunya
bicaranya mencintai Nabi
sedangkan Dia mencintai dirinya
kelakuannya adalah ibadah
tetapi sebenarnya ia menyembah nafsu ketuhanan dirinya
amalannya  seperti ahli sufi
tetapi batinnya bagaikan seperti serigala yang sentiasa mengintai mangsa untuk dirobek dagingnya…

Orang biasa yang luarbiasa
mereka pemilik jiwa orang
dicintai Allah
jika ditanya apakah kelebihan mereka
nescaya mereka tiada mengetahui
jika dipuji, nescaya mereka malu menerimanya
jika dalam majlis, datangnya tiada disedari, pulangnya tiada diketahui
jika ditanya ilmu, nescaya mereka hanya mengatakan kadar untuk ibadahnya
jika ditanya amal, nescaya mereka hanya menjawab sekadar yang wajib dan sedikit
yang sunat
jika ditanya harta, nescaya dijawab sekadar untuk melepaskan keperluan kehidupan
namun jika ditanya pada hati
nescaya mereka mengatakan aku hanya insan yang sederhana dan daif disisi Allah
kerana mereka tiada memiliki apa-apa kelebihan yang mahu dibanggakan
namun mereka sudah berada separuh jiwa aulia
jika digilap, nescaya cahayanya memancar ke langit menembusi
langit kerahsiaan…

Berhati-hati dalam kehidupan
jangan hanya terpukau pada yang zahir sahaja
indah yang zahir tak semestinya indah yang batinnya
namun…
cahaya kebenaran dan kebatilan hampir sama
disangkanya cahaya tetapi kepalsuan
disangkanya kegelapan tetapi kebenaran
banyakkan selawat pada zaman yang penuh penipuan
agar cahaya Rasul menyelinap dalam jiwamu
dengan cahaya itu engkau dipelihara
dari kepalsuan segala rupa syariat
dari segala penipuan para pelakon-pelakon dunia
sehingga dirimu bertemu
para murabbi yang benar
memimpin tanganmu menanggalkan topeng kepalsuan
menuju kepada kehidupan hakikat
sehingga engkau melihat kebatilan dirimu
banyak bermain-main ditepian pantai
tiada engkau menyelam dalam lautan
jika benar engkau menemuinya
dan engkau akan memakai pakaian hakikat
pakaian para kekasih Allah yang Haq
merekalah pewaris Nabi pembawa kebenaran
bukannya pembawa pada bayang-bayang kepalsuan…

Carilah hakikat
berhentilah bermain bayang-bayang…

🌹Walid Al Malik🌹

Jumaat, 30 September 2016

Dunia

Assalamualaikum hai gais 👋🏻Reminder sikit je time2 nak final nii,

●Belajar2 jugak tapi jangan sampai tak sempat nak solat

●Jangan stay up lama sangat lepas tu terlepas subuh

●Jangan skip baca alQuran sebab nak study

●Jangan lupa yg ilmu, kefahaman kita semua tu kan, Allah yg beri.

●Jangan sombong nak spend time dengan Allah sebab nak kejar pointer tinggi.

*Don't forget to make Allah your priority*

Kita try aim berjaya dunia akhirat 💪🏻 insyaAllah

P/s : Jangan risau siapa yg paling pandai dalam kelas. None of it matters in the future. Not something worth worrying about. Its better to worry on how you'll end up in the future. I mean eternal future. (Akhirah) so jangan sampai trneglect hubungan Allah 🙂