Sabtu, 18 Mac 2017

Kenduri

#Musim kenduri datang lagi. Tolong kawal diri & elakkn...

1. Mengumpat pengantin. Lelaki dia tak sesuai dengan isterilah, isteri dia muda sangatlah, suami dia gelap, isteri gemuk, tak sama darjat, berbeza negerilah. Macamlah kita sempurna sangat.

2. Lekehkan makanan yang terhidang. Lauk ni tak sedap, kedekut lauk. Makanan sampingan tak ada. Nak apam balik, mee rebus, ais krim, char kuetiaw. Kawan. Kalau kau nak aneka juadah, gi pasar malam lah. Banyak di sana.

3. Hina bilik pengantin. Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak matching dengan dinding. Siapa nak tidur di bilik tu sebenarnya, kau ke pengantin?

4. Tak bersyukur bila dapat buah tangan. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je? Ceh, coklat 20 sen, kain tuala..surah yasin.
Haa, elok dia bagi surah yasin. Mudah-mudah mati nanti senang kawan-kawan nak bacakan.

5. Kenduri suram. Tak ada DJ radio, kompang, karaoke...pelamin. Orang mukmin tak harap sambutan begini.

6. Orang dah jemput gi kenduri dia tak mari. Bila orang tak panggil itu pula yang dia nak pergi.

7. Dah makan tapi nak bungkus bawa balik rumah. Adalah benda dia nak minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur, laksa...Majlis tak habis lagi dia dah sibuk usung plastik. Eh...

Kenduri sepatutnya jadi suatu majlis yang eratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa.

Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika. Semua tak kena macam kita sahaja yang sempurna.

Kalau niat anda ke majlis walimah hanya untuk mengkritik dan mengumpat tuan rumah..batalkan niat.

Takut orang di sana makan daging lembu dan ayam. Awak makan daging sedara sendiri. Wallahualam...

#copypaste
#sharingiscaring

Jumaat, 17 Mac 2017

Guru

🌼 🇿 🇦 🇮 🇿 🇷 🌼:
10 Nasihat berguna daripada seorang  guru utk sahabatnya..

1. Beri hak murid untuk makan pada waktu rehat dan balik pada waktunya. Usah tahan walaupun apa jua alasan.

2. Setiap awal pagi, guru yang masuk kelas masa pertama, ambil 2 minit tanya solat subuh. Beri pujian pada yang solat (jangan layan murid yang provok kawan dia) dan minta serta doakan yang tidak solat agar qada nanti semasa waktu rehat.

3. Guru yang mengajar waktu akhir, ingatkan murid agar bersolat zuhur. Beritahu mereka Allah sayang semua hamba- hambanya. Kalau solat lagi Allah sayang.

4. Kalau ada perhimpunan pagi, beri kata- kata semangat/ motivasi kepada murid. Usah rosakkan 'mood' murid yang ramai hanya kerana kesalahan 2-3 orang dengan membaca 'talkin'. Rosak mood murid.

5. Jaga aib murid. Jangan tularkan di bilik guru, kantin. Tak pasal-pasal guru lain menyampuk akhirnya jadi mengumpat!

6. 'Cover page' kertas soalan dah macam soalan spm/ universiti terutama tahun 1, 2, 3. Siap ada lencana bagai. Bincang dengan pentadbir wujudkan semula cover soalan yang menarik seperti zaman mereka. Ada gambar kartun, cendawan bunga. (Yang ini memang win!)

7. Waktu rehat, sediakan 'tools' untuk mereka guna. Boleh gantikan aktiviti meronda dan berlumba lari mereka tiap- tiap hari. Catur, dam ular, buku cerita, bermain batu seremban dll.

8. Sediakan siap-siap pensel dan kertas kajang. Pensel untuk kes pensel tak ada. Kertas untuk kes buku tertinggal. Jadi balik rumah tinggal tampal semula. Tak guna beri 'warning' siapkan di rumah. Nanti kena cikgu semula sebab murid lupa nak siapkan juga.

9. Kalau murid datang cakap hilang duit, tak payah cakap banyak, sedekah la seringgit dua. Dia datang pada kita sebab Allah yang hantar.

10. Sebelum keluar kelas, tinggalkan doa buat murid- murid. Biar murid tahu kita hanya garang semasa mengajar tetapi sebelum habis kelas kita guru yang penyayang.

Untuk ingatan dan idea berguna buat sahabat dalam arena pendidikan.

Banyak dapat ilmu bila berbual dengan orang lama. Betullah, orang lama kalau dah berbual memang 'syok' melayan!...sekarang sedang berusaha untuk ikuti 10 tips di atas... insya Allah

Selasa, 14 Mac 2017

10 sifat isteri

10 Sifat Wanita Yang Mendatangkan Rezeki Bagi Suami.

Banyak suami yang mungkin tidak tahu bahwa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak dapat dilihat dengan kasar mata, namun biasa djjelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri ini MEMBANTU mendatangkan rezeki bagi suaminya.

1. Isteri yang pandai Bersyukur.
2. Isteri yang Tawakal kepada Allah.
3. Isteri yang Baik Agamanya.
4. Isteri yang banyak Beristighfar
5. Isteri yang gemar Silaturahim.
6. Isteri yang suka Bersedekah.
7. Isteri yang Bertaqwa.
8. Isteri yang selalu Mendoakan Suaminya.
9. Isteri yang gemar Solat Dhuha.
10. Isteri yang Taat dan Melayani suaminya
...Untuk yg sudah berkeluarga ..Semoga menjadi kel yang SAMAWA...Aamiin

Sb

*Dalam Memburu, Kita Diburu*



Di dalam kita memburu, kita diburu

Banyak orang yang tidak tahu

Ada yang tahu tidak terasa diburu

Kerana itu dia juga adakalanya lupa yang dia diburu

Manusia memburu sambil diburu

Memburu harta, memburu nama, memburu takhta

Memburu wanita, dan memburu apa sahaja yang bersifat dunia

Di dalam memburu dia diburu

Dia diburu oleh Atid merekod kesalahannya

Merakamkan di dalam fail segala bentuk dosa-dosanya

Sehalus apa pun dan di tempat mana pun semua dapat direkodnya

Selepas itu Allah perintahkan SB-Nya

menangkap hamba-Nya yang sedang memburu itu

SB itu Malaikal Maut namanya

Tidak ada seorang pun yang lepas dari tangkapannya

Adakalanya manusia itu ditangkap di istana

Adakalanya ditangkap di pejabatnya

Tidak kurang juga ditangkap di rumahnya dan di jalan-jalan  raya

Waktu dia memburu  wanita di situ juga dia kena

SB Tuhan menangkap pemburu-pemburu dunia di merata-rata

Setelah ditangkap direman di lokap Alam Barzakh namanya

Di sana disoal siasat kerja-kerjanya oleh SB-SB yang lain pula

Munkar dan Nakir namanya dengan bengisnya

SB-SB pemerintah pun kena reman di sana juga

Kalau tidak betul menjawab kena lanyak dan belasah dengan marahnya

Remuk-redamlah tulang-tulang manusia dibuatnya

Wahai manusia termasuklah saya

Ingatlah kita sedang diburu waktu kita sedang memburu

Buruan kita belum tentu dapat kita tangkap

Tapi kita yang menjadi buruan pasti kena tangkap





Hasil Nukilan

Abuya Sohibuzzaman Fata At-Tamimi

Selepas Asar

18.5.97 (10 Muharram 1418)

Isnin, 13 Mac 2017

Kurma busuk

REZEKI KURMA BUSUK

Jika tiba-tiba rasa 'down' sekejap dengan bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk surga akhir sekali kerana terlalu kaya.
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi  dengan harga kurma bagus.

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah..kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.

Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy!

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab...
jatuh miskin!

MasyaAllah..hebat kan?
Cuba kalau kita?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah.

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Ye lah, sebab sudah miskin.

Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik.
Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk.

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa.

Allahuakbar..

Jadi..yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki.

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat...

We plan,
but Allah has also planned everything for us.
If something goes wrong, it went wrong for a good reason.

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya..❤

Copy n Paste....