Sabtu, 15 April 2017

Kwsp

UNDANG UNDANG PELIK OLEH KERAJAAN MALAYSIA..( tolong share dan viralkan) anda kena bantu saya mempertahan kan  HAK anda dan masa depan anak anak anda.

Baru baru ini saya pergi ke KWSP untuk mendaftarkan nama anak anak saya sekiranya saya dijemput kembali ke rahmatullah, maka mereka ada jaminan utk terus hidup.

Betapa terkejutnya saya bila dimaklumkan semua anak saya boleh didaftarkan sebagai pewaris tetapi tidak berhak menuntut wang caruman saya.

Saya bertanya lanjut, dan pegawai bertugas menegaskan hanya anak anak berusia 18 tahun keatas sahaja layak megambil caruman.  Kalau nak namakan juga anak dibawah 18 tahun , mereka tak layak mengeluarkan caruman itu, tetapi tempoh mengeluarkannya hanya selama 12 bulan dari tarikh kematian..dgn kata lain bahagian anak yang bawah 18 tahun akan terbatal selepas tidak dikeluarkan dalam masa setahun. Pertama.

Kedua, selepas kematian, tarikh tuntuntan mestilah dalam masa setahun, sekiranya tidak dituntut wang pendeposit akan ditahan dibawah amanah raya...yang menteri nya merican naina. Dah kata anak saya baru umur 6&8 tahun, pewaris yang boleh menuntut umur 18 tahun keatas, nampak tak secara halus menafikan hak anak saya sebagai pewaris?

Saya bagi soalan kepada pegawai itu. Kalau saya mati..dan isteri saya ditakdirkan mati bersama..konon lah sehidup dua dua mati. Anak anak saya masih kecil..apakah mereka tidak layak menerima wang simpanan saya?.

Jawab pegawai..masih layak..tapi kena tunggu usia 18 tahun baru boleh ambil. Sekarang umur 6&8 tahun terpaksa mengemis dulu sampai umur 18 tahun? Tengok bagaimana kebodohan melampau sistem kerajaan ini??

Saya tanya lagi. Kalau sekarang usia mereka 8 dan 6 tahun tak layak mengeluarkan caruman sebagai pewaris. Dan saya dan isteri mati serentak..apa sumber kewangan untuk mereka terus hidup sedangkan caruman saya ditahan dan dibekukan oleh kerajaan sehingga mereka usia mereka 18tahun kelak?

Pegawai itu terdiam.

Soalan saya seterusnya..apakah pihak kwsp exactly akan inform anak anak saya tepat ketika usia mereka 18 tahun nanti untuk memberitahu wang telah boleh diambil?

Sekali lagi pegawai itu terdiam.

Soalan saya seterusnya. Andai pewaris saya tidak ada data lengkap dan pihak kwsp gagal menghubungi mereka, apakah duit simpanan saya akan lesap?

Tidak. Wang itu hanya dibekukan :
Wang itu akan dibekukan didalam tabung amanah raya.

Soalan berikutnya : saya simpan dalam KWSP secara force statutory; selepas amanah raya mengambil dan membekukan wang  saya, SEBENARNYA WANG ITU DIGUNAKAN UNTUK PELABURAN ATAU INVESTMENT, SELAIN TIDAK MENDAPAT SEBARANG FAEDAH SEBAGAI SHARE HOLDER MALAH SEBALIK NYA DI CHARGE PULA 4% UNTUK KOS PENYELENGARAAN AMANAH RAYA. ANDA AMBIL DUIT SAYA..ANDA LABUR DAN SAYA KENA BAYAR PULA KOS PENYIMPANAN ?? SEPATUTNYA BUKAN SAYA ATAU PEWARIS KENA BAYAR. ANDA YANG KENA BAYAR SHARE PROFIT KEPADA PEWARIS? KENA DI PIHAK SAYA DI KENAKAN DOUBLE CHARGE. ANDA SUDAH BUAT DOUBLE SIDE INCOME DAN BERHARAP CHARGE 4% terkumpul akhirnya caruman itu akan berjumlah kosong. Anda hanya perlu beri kertas kosong dan menunujjk kan baki simpanan kosong kepada pewaris saya kelak.

Saya tanya lagi, apakah tuan pasti wang itu dibekukan atau digubal menjadi wang perbelanjaan kerajaan?

Dia menjawab saya tidak pasti.

Baik lah anda sudah menjawab semua soalan saya dan saya jelas apa motif kerajaan sebenarnya..

MENJADI TANDATANYA SAYA SAMPAI KE HARI INI. KALAU PEWARIS SAYA TIDAK BOLEH MEBGELUARKAN WANG CARUMAN SEBELUM UMUR 18 TAHUN SAYA FIKIR TAKUT DISALAH GUNAKAN TETAPI DUIT.ITU DIBELANJA SEWENANG WENANGNYA OLRH KERAJAAN..WAJARKAH??

Oh...statement saya ni salah..kerajaan bagus..saya saja cari pasal..???

fikirlah!!!!! Semua rakyat Malaysia mengenai wang caruman kita seandainya kita  mati dahulu dan anak kita di bawah 18  akan jadi apa dan bagaimana??
Page dari adik

Rabu, 12 April 2017

Hidung

MENGAPA LUBANG HIDUNG ADA DUA?

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan kanan.

Apakah fungsinya sama?

Sebenarnya fungsinya TIDAK sama dan dapat kita rasakan bezanya.

Sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).

Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya.

Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.

Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.

Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?

Sebelah kiri atau kanan?

Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah.

Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.

Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh.

Saya terus melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.

Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.

Silakan di-share untuk teman, sahabat, keluarga, dan lain-lain

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Inshaa ALLAH.....

Sumber: Ustaz Ahmad Nasir https://goo.gl/JOot0O

Ahad, 9 April 2017

Ibu

Assalam...
Di Malaysia
- anak kandung menuntut ibunya atau ayahnya di mahkamah hanya kerana wang/geran tanah, rumah dan harta yang lainnya...

Tapi,
 Di Saudi, dua adik beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya... masya Allah

-------------

SENGKETA DUA BERADIK HINGGA KE MAHKAMAH

👥 Dua Orang Adik Beradik (Di Saudi Arabia) Bergaduh dan Merebut Hak penjagaan ibu  Hingga ke Mahkamah.

⚖ Di salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia, Hizan al Fuhaidi dgn air mata yg bercucuran air mata hingga membasahi janggutnya...

🔨 Kenapa?

Kerana ia kalah terhadap kepada saudara kandungnya di mahkamah!!!

⚔ Tentang apakah kekalahan dgn saudaranya??

Tentang tanah ??

atau harta???

👋 Bukan kerana itu semua!!

💝Ia kalah terhadap saudaranya berkenaan hak penjagaan ibunya yg sudah tua & bahkan hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yg telah kusam,,

Seumur hidupnya, beliau tinggal bersama Hizan yg selama ini menjaganya,,

Tatkala beliau telah semakin tua, datanglah adiknya yg tinggal di kota lain,

Untuk mengambil ibunya agar tinggal bersamanya, dengan alasan, kemudahan kesihatan dll di kota jauh lebih baik daripada di desa,,

🗣 Namun Hizan menolak dgn alasan, selama ini ia mampu untuk menjaga ibunya.

Perbalahan ini tidak berhenti sampai di situ, hingga berlarutan ke mahkamah!!

Sidangpun bermula,, hingga sang hakim pun meminta agar sang ibu hadirkan di mahkamah..

👥Kedua bersaudara ini mendukung ibunya yg sudah tua yg beratnya sudah tdk sampai 40 Kg!!

Hakim bertanya kpdnya, siapa yg lebih berhak tinggal bersamanya.

Ibu itu memahami pertanyaan hakim, ia pun menjawab, sambil menunjuk ke Hizan,
“Ini mata kananku!”

Kemudian menunjuk ke adiknya sambil berkata,
“Ini mata kiriku!!

🔎Hakim berpikir sejenak kemudian memutuskan hak penjagaan kepada adik Hizan,
berdasar pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu!!

🏅Betapa mulia air mata yg dikeluarkan oleh Hizan!!

Air mata penyesalan kerana tdk dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut!!

Dan, betapa bangga dan agungnya seorang ibu!! direbut oleh anak-anaknya hingga seperti ini,,!!

💎Andaikata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik kedua anak lelakinya hingga ia menjadi ratu dan mutiara termahal bagi anak-anaknya!!

🏆 Ini adalah pelajaran & pengajaran yang sangat mahal tentang berbakti kepada orang tua,, dizaman yg sudah hampir kiamat ini betapa banyak anak yang derhaka,,

✅ _“Ya ALLAH, Roob kami!! Anugerahkan kepada kami keredhoan ibu kami dan berilah kami kekuatan agar selalu dapat berbakti kepadanya!!”_

Aamiiin!!!

*Aamiin ya Rabbal'alamiin*

Jumaat, 7 April 2017

Mimpi


Pada suatu hari ada seorang budak bernama Hameed yang tinggal di sebuah kampung di Perak.
Kesemua rakan-rakannya benci dengan kebodohannya terutama sekali guru kelasnya iaitu Noraini.

Guru kelasnya selalu memarahi Hameed dengan berkata "Cikgu dah tak tahu nak buat macam mana dengan awak ni Hameed".

Pada suatu hari ibu Hameed datang ke sekolah untuk melihat bagaimana keadaan Hameed di sekolah.
Cikgu Noraini berterus-terang dengan ibu Hameed bahawa Hameed sudah tidak dapat dilakukan apa-apa usaha lagi terhadapnya. Ibu Hameed kecewa dengan kenyataan tersebut lalu terus membawa Hameed keluar dari sekolah itu dan berpindah ke daerah lain.

25 tahun kemudian, Cikgu Noraini mengalami masalah jantung, dan ramai doktor mencadangkan dia ke pakar sakit jantung untuk membuat pembedahan, dan hanya ada seorang doktor sahaja yang sangat pakar dengan pembedahan tersebut.
Cikgu Noraini tiada pilihan lalu bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut, dan sekaligus pembedahan tersebut berjaya.

Ketika dia membuka matanya, dia melihat ada seorang doktor yang kacak berada di sampingnya merenung Cikgu Noraini sambil tersenyum.
Cikgu Noraini masih lagi dalam keadaan lemah ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut tetapi terlalu lemah untuk mengeluarkan suara.

Semasa mereka saling merenung antara satu sama lain, doktor muda itu mendapati muka Cikgu Noraini kelihatan lebam kebiru-biruan seakan lemas. Cikgu Noraini cuba mengangkat tangannya dengan keadaan yang bersusah payah untuk memberitahu sesuatu.

Doktor muda itu terkejut dan cuba memahami apa yang sedang Cikgu Noraini cuba bagitau, lalu doktor muda tersebut memandang ke belakang dan mendapati Hameed yang bekerja sebagai cleaner hospital telah mencabut plug alat bantuan pernafasan untuk meletakkan plug vakum dia...

*Jika anda fikir Hameed adalah doktor muda tersebut, ini adalah kerana anda terlalu banyak menonton filem Tamil atau Hindustan, atau terlalu banyak membaca buku-buku motivasi...*

Kawe

Assalamualaikum

Ada sesuatu yang boleh kita pelajari dari Kisah ini. BACALAH...

Alkisah satu pertengkaran

Satu ketika dahulu di sekolah, Hamzah bergaduh hebat dengan rakan baiknya Farid mengenai sesuatu sehingga hampir bergaduh.

Pada pandangan Hamzah ialah “saya betul, Farid yang salah.” Pada pandangan Farid pula, “saya betul, Hamzah yang tak betul.”

Pertengkaran itu kuat sehingga Ustaz Haron terpaksa campur tangan.

Ustaz Haron membawa Hamzah dan Farid ke dalam bilik mesyuarat guru yang mempunyai satu meja yang panjang.

Hamzah dan Farid disuruh duduk bertentangan jauh antara satu sama lain di meja tersebut.

Ustaz Haron memulakan pertanyaan: “Apakah warna cawan di tengah meja?”

Kerana tidak ingin kalah, kedua-dua cepat-cepat menjawab soalan Ustaz Haron:
Hamzah menjawab: “Hitam.” Farid menjawab: “Putih.”

“Tengok ustaz, cawan ini memang berwarna hitam. Tapi kerana saya berkata hitam, Farid terus berkata putih untuk melawan saya meskipun cawan ini hitam,” keluh Hamzah.

“Apa kamu merepek ini Hamzah? Cawan ini memang putih. Kamu buta warna patut pergi buat cermin mata. Jangan nak fitnah saya. Ustaz, lihatlah cara Hamzah fitnah saya. Saya jawab putih bukan kerana dia kata hitam, tapi kerana cawan ini putih,” bidas Farid.

“Apa lagi kamu berdua nak adu?” tanya Ustaz Haron.

Hamzah dan Farid bertengkar lagi untuk 30 minit sehingga dua-dua keletihan.

“Ustaz, cukuplah. Saya dah malas nak cakap dengan kerbau ini,” kata Hamzah kepada Ustaz Haron.

“Ustaz, saya pun sama. Susah nak berhujah dengan manusia yang tak nak menerima hakikat,” kata Farid.

“Ok, kamu berdua tukar tempat,” kata Ustaz Haron.
Selepas menukar tempat, Hamzah dan Farid terus diam. Rupa-rupanya cawan di tengah meja memang berwarna dua, separuh hitam dan separuh putih.

“Nak bertengkar lagi ke? Kadangkala kita kena berdiri di tempat orang lain untuk memahami pandangan mereka. Bukan semua yang ada di depan mata itu ialah betul. Ada benda yang kita tak nampak melainkan kita boleh melihat daripada semua sudut yang ada,” kata Ustaz Haron.

Selepas itu, Hamzah dan Farid saling bermaafan dan mula mengerti untuk menghormati pandangan masing-masing meskipun berbeza.

Wahai Sahabat ku...
Jangan selalu menganggap kamu sendiri betul. Belajarlah berdiri di kasut orang lain untuk memahami pandangan mereka sebelum membuat kesimpulan sendiri. Sehebat-hebat mata manusia, ia masih memerlukan cermin untuk melihat wajah mereka sendiri.

Matahari hanya satu, tapi kedudukan matahari di Timur ataupun Barat menyebabkan manusia menggelarkannya matahari terbit atau terbenam meskipun ia adalah matahari yang sama.

Senyum. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) 💚