Selasa, 9 Mei 2017

Guru 2017

Che'gu HbJ:
Sk Cg Zulkifli:
~ Antara buruh kasar dan seorang cikgu ~

Aku melihat buruh kasar bekerja ditengah panas. Tabah mengangkat batu batu yang berat demi sesuap rezeki. Peluh menitik tiada henti. Penat. Sangat memenatkan. Balik rumah tidurnya lena yang amat akibat seharian keletihan di tengah panas.

Aku melihat sahabatku seorang guru. Hanya perlu mengangkat pen marker sahaja. Ringan. Kerjanya bawah bumbung yang teduh. Bawah kipas berpusing ligat lagi. Namun bebanan kerja yang menanti tidak sedikit. Perlu kejar itu, perlu siapkan ini.

Badannya tidak penat. Tapi masanya sibuk. Kerjanya tidak hanya di sekolah. Sampai ke rumah dibawa pulang lagi. Buat pula kerja dengan peralatan sendiri. Duit poket sendiri.

Laptop itu harganya beribu. Projektor itu pun beribu juga. Printer dan laminate itu harganya beratus-ratus. Belum campur harga scanner, toner dan seribu macam benda lagi.

Tapi dia diam, walau suami dia sering tidak senang. Tidak senang dia sampai ikat perut untuk beli keperluan demi pekerjaannya yang mulia, tidak senang bila masa bersama keluarga terpaksa dikurangkan demi kecintaan pada kerjaya.

Memberi tumpuan pada anak orang lain melebihi anak sendiri. Ya, itulah guru.

Badannya mungkin tidak sepenat si buruh kasar yang bekerja dibawah mentari terik. Namun emosinya penat. Sangat penat.

Emosinya penat bila pasangan mula menyindir kurang perhatian (bagi pasangan yang tidak memahami). Emosinya penat ditekan pihak atasan yang mahu kesempurnaan. Emosinya penat ditekan karenah ibubapa yang terlampau manja dan mengada-ngada.

Ya, emosinya penat. Tolong faham itu.

Tidur si buruh kasar penuh lena lantaran kepenatan tubuh badan. Namun emosi sang guru yang penat merosakkan nafsu tidur. Mencarikkan segala mimpi indah.

Malah, mengurangkan nafsu makan juga. Yang kemurungan pun ada juga.

Mana tidaknya. Dia berkorban segala benda. Dari duit poket, tenaga, masa, malah keluarga. Tapi sedikit salahnya dibesar-besarkan. Dibuat laporan. Dihadap kamar keadilan.

Salah apa dia?

Salahnya kerana dia cinta. Ya, dia cinta akan professionnya.

Salahnya, hanya sedikit sentuhan fizikal untuk mendidik dan mengajar anak orang lain supaya pandai. Supaya berjaya. Supaya menjadi insan berguna. Supaya menjadi manusia.

Buat sahabat guru diluar sana yang diuji ujian sebegini, dibuat laporan dan diserang ibubapa, bertabahlah. Seluruh doa para guru bersama anda.

Semoga yang dihadapkan ke mahkamah menang kes, yang dibuat laporan polis pula laporan dapat ditarik balik.

Kami melihat diri kami dalam kamu. Kerana kamu guru, dan guru itu adalah kami.

============

- Artikel ini ditulis oleh Cikgu Fadli, penulis buku bestseller, Cikgu Kelas Sebelah.

*SELAMAT HARI GURU SEMINGGU LAGI*
😁😁😁😁😁

Jumaat, 5 Mei 2017

Ibu

Perkongsian bersama.
Mari kita hayati......
Arwah mak saya meninggal dunia pada 2004 akibat kanser. Sejak disahkan menghidap kanser paru2 pd 2001, kesihatannya mula turun naik. Sepanjang tempoh itu, arwah menjalani rawatan kemoterapi selain kami berusaha secara alternatif. Dan alhamdulillah, walaupun doktor jangka hayat arwah cuma setahun tapi arwah mak saya survived hingga 3 tahun.

Sepanjang arwah mak sakit, selain abah dan adik2 yg menjaganya, saya dan suami juga akan mengambil alih tugas itu sekiranya arwah buat kemoterapi di HKL atau HUKM. Penat menjaga org sakit ni tp suami saya akan marah kalau saya merungut. " Itu emak awak tau. Bukan kawan2 awak. Jangan sesekali mengeluh depan mak" katanya.

Suatu hari semasa di kampung, *arwah mak saya terbuang air besar di atas katil manakala najisnya juga jatuh bersepah*. Tahu apa suami saya lakukan? Dia mengelap najis itu tanpa rasa jijik dan menyuruh saya membersihkan arwah mak di bilik air. Sewaktu memandikannya, arwah mak berulang kali minta maaf tapi saya katakan, "buat apa nak minta maaf. Mak bukan buat salah pun. Sekadar terbuang najis; benda kecil je".

Ketika itulah juga saya lihat arwah mak saya menangis dan dia berdoa dengan kata2 yg tak mungkin kami lupakan sampai bila2.
" Ya Allah..ini adalah anak2 aku yg berbakti kepada aku sepanjang aku sakit. Ini adalah anak2 aku yg tidak pernah berkeluh kesah.  *Anak2 aku yg sanggup mengotorkan tangan untuk najisku*. Aku berikan keredhaanku sebagai seorang ibu dan Kau limpahkanlah seluas2 rezeki dan kekayaan pada mereka hasil bakti mereka padaku". Saya dan suami terus terkedu bila mendengarnya!

Tiga minggu selepas itu arwah mak saya meninggal dunia dengan kata2 akhirnya yg disampaikan pd abah bahawa dia sudah mengampunkan semua dosa anak2, menghalalkan segala pengorbanan serta air susunya. Anak2 tidak berhutang satu dosa pun padanya.

Utk sahabat yg bertanya itu...inilah kisah bagaimana kehidupan saya bertukar. Bukan kerana saya kawin dengan anak orang kaya kerana suami saya bukan anak yg suka menumpang pd kesenangan ibu ayah. Tapi kami merasai segala nikmat rezeki itu sebenarnya datang dari berkat doa dan keredhaan seorang ibu!

Saya selalu nasihatkan pada sesiapa, *jgn berkira langsung dengan ibu bapa*. Bukan mahu membangga diri tapi sejak saya kahwin, saya langsung tidak ambil kesah berapa yg suami saya peruntukkan utk ibunya. Berilah berapa saja dan saya tak pernah buka mulut.

Pernah satu ketika, suami  beritahu dia mahu memberi semua duit hasil penjualan ayam pd ibunya sebagai hadiah. Mmg ada rasa sedikit terkilan tp suami saya beritahu, redhalah.. Nanti akan ada rezeki yg lebih luas utk kami.

Sebenarnya, utk memperoleh pahala, tidak perlu kita mengangkat senjata di medan perang sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua, berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet atau seperti kebudak-budakkan yg mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati, berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita  lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu.

Saya dan suami percaya rezeki itu datang dari Allah tapi kami juga percaya doa dan keredhaan ibu bapa  jugalah  yg akan membuka lorong2 rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan inshaAllah mereka akan mendoakan yg terbaik utk kita. Percayalah!

Perkongsian: Ruhaiza Rusmin

Khamis, 4 Mei 2017

Penyakit

"ROHANI SAKIT...JASMANI MERANA"

" Seorang Profesor Muslim di Jepun melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani  :...

1. Ternyata masalah appendiks bukan hanya diakibatkan kerana kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan.

2. Darah tinggi bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi.

3. Kolesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak.

4. Asthma bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. Diabetes bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. Penyakit liver (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. Penyakit jantung bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.

Dan masih banyak lagi.Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah

- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%

Maka benarlah firman Allah
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah. QS: As-Syuura 42 :30-31

Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit hati, hasad, hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur sombong, angkuh dan lain-lain.

 "Mungkin Sebab itulah Allah melarang Sifat-Sifat buruk dalam diri kerana Membawa Penyakit dan mempercepatkan proses Penuaan dan Mendapat penyakit...

Wallahua'lam...

"Perkongsian info dakwah"

Woman

💗💗Woman to Woman💗💗

Someone will always be prettier. Someone will always be smarter. 🎀

 Someone's house will be bigger. Someone will drive a better car. 🎀

Someone will earn more. Someone will travel more.🎀

Just let it go. Take care of yourself. Love yourself and your circumstances. 🎀

The prettiest, slimmest woman in the world may have sadness in her heart. 🎀

The most highly favored woman in your office may not be favourite at home

That married friend of urs might not be happy in her marriage.🎀

The richest woman you know may have the car, the house, and the clothes - but might be very lonely. 🎀

So, love yourself. Love who you are right now. Tell yourself "I am too blessed to be stressed." Be well. Be happy. Be blessed. 🎀

Pass this on to encourage another woman because, "To the world you might be one person, but to one person you just might be the world". 🎀

Send this to all of the wonderful strong women you know...as I just did 💞💖💕💗💗Woman to Woman

Isnin, 1 Mei 2017

حق الله

احفظ الله يحفظك
 (Jagalah Allah, Allah Menjagamu)

✍...Satu kisah  benar yang dikongsi oleh Ustazah Norhafizah Musa, moga ada manfaatnya.

Si ibu mengajak anak solat dahulu di satu tempat. Tapi si anak menolak kerana mengatakan rumah sudah hampir dari situ.

Si ibu selalu mengajarkan si anak untuk sebut “Ihfazillah yahfazka” yang bermaksud, jagalah Allah, Allah menjagamu.

Si ibu mengingatkan: “Sayang, jagalah Allah, Allah menjagamu. Ini hak Allah, solat awal waktu diutamakan. Kita tak tahu apa akan jadi selepas ni kan?.”

Si ibu tersenyum menasihati.Si anak tidak puas hati, dengan muka keletihan, masam mencuka, diambil telekungnya keluar dari perut kereta, memandang kiri dan kanan jalan, terus melintas, berlari menuju ke surau di hentian itu. Dia cuba memprotes.Si ibu berdoa, moga anaknya memahami satu hari nanti. Hak Allah perlu diutamakan lebih dari yang lain. Utamakan Allah dalam tiap apa jua tindakan. Itu yang ingin diserap dalam fikiran si anak.

Selesai sahaja solat berjemaah, si ibu melihat anaknya bergegas keluar selepas bersalam dengannya. Mungkin masih marah, fikir si ibu. Walaupun dalam keadaan marah, si anak tetap solat dan salam si ibu selepas berdoa, cuma tidak bercakap, tanda tidak puas hati.

“Pinnnnnnnnnnnnn”

kedengaran hon yang kuat. Seperti ada kemalangan akan berlaku. Si ibu tidak fikir lain lagi, hanya si anak dalam fikirannya.

Langkahnya laju keluar dari surau selepas di pakainya tudung dan diambilnya telekung secepat yang boleh tanpa sempat melipat lagi. Si ibu resah. Dalam hati tidak putus-putus berdoa minta Allah selamatkan anaknya.“Miraaaaaa, Miraaaa..mana kamu sayang??” si Ibu menjerit mencari anaknya.

Bergenang air mata ibu. Si ibu melihat tiada kemalangan di situ, tapi anaknya tidak djumpai. Si ibu melintas jalan, menuju ke kereta, rupanya si anak berada di sebelah kereta, duduk, ketakutan.

Bila si ibu hampir, si anak terus mendakap ibunya. “Ibu, maafkan Mira ibu. Maafkan Mira sebab kurang ajar dengan ibu. Ibu, tadi masa Mira nak melintas jalan, Mira dah tengok kanan kiri, tak de kenderaan, tapi tiba-tiba laju lori datang, Mira tak tahu dari mana lori tu. Mira yakin Mira tak boleh nak lari selaju tadi, ada sesuatu yang bantu Mira untuk melintas dengan cepat, kerana tu Mira selamat.

Ibu, Mira teringat pesan ibu ‘Ihfazillah Yahfazka’. Ya Allah ibu, Mira dapat rasakan Allah bantu Mira, mungkin kerana Mira dah tunaikan hak Allah tadi.

Ya Allah, Mira tak tahu jika Mira mati tadi sebelum tunaikan hak Allah tu. Ibu, terima kasih, maafkan Mira ibu. Mira sayang ibu.” Teresak-esak Mira menceritakan kejadian sebenar.

Tanpa disedari ramai rupanya yang berada di situ mendengar sama kisah si anak tadi. Ada yang menangis sama, ada yang merah matanya menahan sebak, mereka semua mula beredar menuju ke surau dan masjid berdekatan untuk menunaikan hak-hak Allah yang belum ditunaikan. Masing-masing termuhasabah.

"MEMPERKASA ILMU, TARBIYAH DIRI"