Sabtu, 2 September 2017

Korban


Jika kita belum mampu menyembelih haiwan qurban tahun ini, maka sembelihlah sifat sombong dalam diri kita, yang selalu merasa benar, selalu merasa pandai, selalu merasa 'alim..

Jika kita belum diberi kesempatan melempar jamrah tahun ini, maka lemparlah jauh jauh ke lautan dalam sifat hasad, hasut, iri, dengki, kianat ,takkabur ,riak,sombong ,amarah, dendam dalam diri kita, agar kita boleh memandang orang lain dengan pandangan kasih sayang..

Jika kita belum sempat melaksanakan tawaf mengelilingi ka'bah tahun ini, maka kelilingilah tetangga, saudara, kerabat dan sahabatmu, agar terjalin tali silaturrahim yang erat sesama hamba Allah..in syaa allah

Ilmu

TIPS BELAJAR

Antara tips belajar yang disebutkan ulama' silam ialah seperti berikut:

Kata Imam Sufyan al-Thauri:

Permulaan ilmu itu ialah engkau diam, kemudian kau dengar dengan baik, kemudian hafal, lalu kau amalkan kemudian barulah disebar dan diajarkan kepada orang lain.
[Jami' bayan al-Ilm wa fadhlih 1/118]

1. Diam. Jangan rasa serba tahu. Bagaimana nak dapat ilmu kalau awal-awal lagi dah rasa tahu semua benda. First step to gain knowledge is to humble ourself by admit that we know nothing and we want to learn.

2. Dengar betul-betul apa yang disampaikan. Tak semestinya kita perlu terima bulat² apa yang disampaikan but atleast dengar dulu apa yang disampaikan sebelum menilai.

Masalah kita ialah kita nilai dulu sebelum dengar penjelasan. Kita judge dulu sebelum baca full statement. Listen first before make any conclusion.

3. Amal. Banyak ilmu yang melekat dalam kepala sebab kita amal. Yang kita tak amal, mudah kita lupa. Lagipun memang tujuan ilmu untuk beramal. So try our best to practice what we have learn. It much better than only memorize it.

4. Sampaikan. Ini sebenarnya last stage. Bila dah dengar, fah belajar dan kaji, amal pun dah barulah kita sampaikan.

Tapi sebahagian daripada kita malah terbalik. Belajar tak mahu tapi bab sampaikan laju. Bab mengulas dialah jaguh, bab mendengar dan mengkaji dialah raja tangguh. Belum lagi bab amal, dialah paling jauh.

Muhasabah bersama
Ad-Dien Abdul Kadir

Jumaat, 1 September 2017

Aramaic

Big Lesson for Christians and Muslims:

Robin Scott
Labour MP in Victoria shared this on his Facebook page:

Christians and Muslims are more alike than different.

Please read that which I have discovered - Robin

1. Jesus taught that there is only One God and Only God should be worshipped as taught in Deut 6:4, Mark 12:29.
Muslims also believe this as taught in the Qur’an verse 4:171.

2. Jesus didn’t eat pork as taught in Leviticus 11:7, and neither do Muslims as taught in the Qur’an verse 6:145.

3. Jesus greeted with the words “as salaamualaikum” (Peace be with you) in John 20:21. Muslims also greet each other this way.

4. Jesus always said “God Willing” (inshallah), Muslims say this too before doing anything as taught in the Qur’an verses 18:23-24.

5. Jesus washed his face, hands, and feet before praying. The Muslims do the same.

6. Jesus and other prophets of the Bible offerd prayer with their head to the ground (see Matthew 26:39). Muslims do too as taught in the Qur’an verse 3:43.

7. Jesus had beard and wore a throbe. It is Sunnah for Muslim men to do the same.

8. Jesus followed the law and believed in all the prophets, (see Matthew 5:17). Muslims do too as taught in the Qur’an
verses 3:84, and 2:285.

9. Jesus’ mother Maryam dressed modestly by fully covering her body and wearing a headscarf (hijab) as found in 1 Timothy 2:9, Genesis 24:64-65, and Corinthians 11:6. Muslim women modestly dress the same as taught in the Qur’an verse 33:59.

10. Jesus and other prophets of the Bible fasting up to 40 days (see Exodus 34:28, Daniel 10:2-6, Kings 19:8, and Matthew 4:1- Muslims do so also during the month of Ramadan. Muslims are required to fast the full obligatory 30 days (see Qur’an 2:183), and others take it a step further by fasting an additional 6 days to increase their rewards.

11. Jesus taught to say “Peace to this house” when entering it (see Luke 10:5), and to also greet the people in the house with “peace be unto you”. Muslims do exactly what Jesus did and taught. When we enter our homes and the homes of others we say “Bismillah” and also greet with "as salaamu alaikum” (peace be upon you) as taught in the Qur’an verse 24:61.

12. Jesus was circumcised. Circumcision is 1 of the 5 fitrah in Islam, so Muslim men are required to be circumcised. According to the Bible in Luke 2:21, Jesus was eight days old when he was circumcised. In the Torah, Allah/God stated to the Prophet Abraham that it is an “Everlasting covenant” (see Genesis 17:13). In the Qur’an verse 16:123 Muslims are required to follow the religion of Abraham. The Prophet Muhammad said, “The Prophet Abraham circumcised himself when he was eighty years old.”

13. Jesus spoke aramaic and called God ”Elah”, which is pronounced the same as “Allah”. Aramaic is an ancient, Biblical language. It is one of the Semitic languages that also include Hebrew, Arabic, Ethiopic and the ancient Assyrian and Babylonian language of Akkadian.
The Aramaic”Elah” and the Arabic “Allah” are the same.
The Aramaic “Elah” is derived from the Arabic “Allah”, and it means “GOD”. “Allah” in Arabic also means”GOD”, the Supreme GOD Almighty. You can easily see the similarity in their pronunciation so this concludes that the God of Jesus is also the God of the Muslims, of all mankind, and all that exist.

(Do share to promote religious understanding & peace in the world)

Selasa, 29 Ogos 2017

Korban

_*RENUNGAN*_

8 Zulhijjah 1438H Rabu 30/8/2017

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

📚 *Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban*

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

_Dari Ali RA ia berkata;_

*"Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri."*

_(HR Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih_

📚 *Pengajaran:*

📌Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin serta jiran tetangga.

📌Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja yang dilarang.

📌Imam an-Nawawi ketika mengulas hadis itu menyatakan dalam Syarah Sahih Muslim: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

📌Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual oleh peserta korban. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)

📌Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih, pelapah atau petugas. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

📌Saidina Ali menyebut: Maka untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri.

📌Jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Justeru itu, diingatkan kepada para petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor dan lain-lain melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.

*kita bersikap AMANAH dan RAHMAH sebagai petugas, penyembelih juga pelapah dalam melaksanakan ibadah korban.*

Rumah tangga

#santai

Pesanan buat yang belum kahwin..

Kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..
Moga Allah mudahkan perjalanan kami seterusnyaaaaaa

Kredit : Aliff channel