Selasa, 3 Oktober 2017

Rezeki

Dulu... saya sangkakan, rezeki itu bila dapat menghasilkan wang, urusan pekerjaan lancar, banyak duit simpanan, banyak harta.

Setelah mencari2 apa makna rezeki dalam Islam (sesuai yang tertera dalam alquran dan hadis), ternyata saya salah besar.

Ternyata,
Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke Majlis Ilmu, itu adalah rezeki

Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjamaah di Masjid, adalah rezeki.

Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezeki.

Ada rakan2 yang soleh/& solehah dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.

Saat keadaan sukar penuh keterbatasan, itu juga rezeki. Mungkin jika keadaan sebaliknya, boleh membuat kita kufur, sombong, bahkan lupa diri.

Punya ibu bapa yang selalu sakit adalah rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga.

Tubuh yang sihat, adalah rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa.

Dan mungkin ada jutaan bentuk-bentuk rezeki yang kita tidak sedari.

Justeru yang harus kita waspada adalah ketika hidup kita penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan.
Muhasabah diri ini...

Isnin, 2 Oktober 2017

Destroy nation

At the entrance gate of a university in South Africa the following message was posted for contemplation:

*"Destroying any nation does not require the use of atomic bombs or the use of long range missiles. _It only requires lowering the quality of education and allowing cheating in the examinations by the students._"*

Patients die at the hands of such doctors.

Buildings collapse at the hands of such engineers.

Money is lost at the hands of such economists & accountants.

Humanity dies at the hands of such religious scholars.

Justice is lost at the hands of such judges...

*"The collapse of education is the collapse of the nation."*

Ahad, 1 Oktober 2017

Rezeki barokah

Jika rezeki datang kerana kerja keras, seharusnya orang paling kaya adalah kuli bangunan.

Jika rezeki datang kerana panjangnya waktu kerja, seharusnya warung-warung kopi 24 jam boleh mengalahkan McDonald dan KFC.

Jika rezeki datang kerana kepintaran, seharusnya pensyarah-pensyarah sudah menjadi jutawan.

Jika rezeki datang kerana pangkat, seharusnya para presiden dan raja berada di urutan teratas dari senarai 100 orang terkaya di dunia.

Cumanya, rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah...

*"Mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah barakahnya."*
(Ali bin Abi Thalib)

Usaha

Pernah dengar tak orang kata; Allah lihat pada usaha, bukan hasil semata
.
Cikgu Fizik saya selalu ingatkan kami satu kelas yang untuk dapat A dalam matapelajaran Fizik atau lain-lain matapelajaran, perlukan usaha. Bukan usaha yang sambalewa tetapi usaha yang bersungguh. Paling penting, niat kerana Allah. Beliau selalu berpesan bahawa Allah lihat pada usaha kita untuk mencapai sesuatu. Andai hasil memberangsangkan, maka Alhamdulillah
.
Tetapi bagaimana jika dah selalu usaha tetapi masih gagal? Allah berikan kegagalan bukan saja-saja. Percayalah akan hikmahnya. Mungkin Allah mahu kita lebihkan usaha. Mungkin Allah tak mahu kita riak atas kejayaan yang dikecapi. Mungkin juga Allah sedang ajar kita bersabar
.
Banyakkan kemungkinan hikmah?
.
Oleh itu, jangan bersedih terlalu awal. Dunia ini tempat untuk bekerja. Jadi, berusahalah sehabis baik. Di syurga nanti, berehatlah sepuasnya.

Sabtu, 30 September 2017

Tua8

Azmieyna:
*TAZKIRAH MAGHRIB*
UkhuwahFillah

*NASIHAT ORANG TUA*

Pemuda: "Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah"

Pakcik: "Tidak nak. Kebanyakan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar"

Pemuda: "Ehh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja"

Pakcik: "Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai? 10, 15 orang? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni?"

Pemuda: "Hmmm...."

Pakcik: "Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salah faham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.

Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat dan mengaji kau letak no 3, no 4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten? Tidak nak...."

Pemuda: "Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah?"

Pakcik: "Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak. Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar.

Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu.

Kau nak belajar Al quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa.

Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah dan belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa.

Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu.

Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi.

Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati"

Pemuda: "Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Allah yang beri ke?"

Pakcik: "Memang betul hidayah tu Allah yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua.

Walaupun Allah buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah.

Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya.

Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.

Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Allah bukakan pintu hati kita untuk berubah.

Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah.

Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal Al Quran setiap hari.

In Syaa Allah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat"

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya.

 Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang jarak sekitar 1km, baru beliau sedar.

Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.

Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, sama-sama kita berdoa supaya kita dijadikan dalam golongan yang menjaga solat dan istiqamah membaca Al Quran.

@tarbiyahiman