Khamis, 19 April 2018

Gurindam ali haji

★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★
☆★☆°GURINDAM DUA BELAS°☆★☆
★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★

Karya:~ Almarhum Raja Ali Haji

★GURINDAM PERTAMA★

"Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh di bilangkan nama."

"Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat."

"Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah."

"Barang siapa mengenal diri,
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri."

"Barang siapa mengenal dunia,
Tahulah ia barang yang teperdaya."

"Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat."

★GURINDAM KEDUA★

"Barang siapa mengenal yang tersebut,
Tahulah ia makna takut."

"Barang siapa meninggalkan sembahyang,
Seperti rumah tiada bertiang."

"Barang siapa meninggalkan puasa,
Tidaklah mendapat dua termasa."

"Barang siapa meninggalkan zakat,
Tiadalah hartanya beroleh berkat."

"Barang siapa meninggalkan haji,
Tiadalah ia menyempurnakan janji."

★GURINDAM KETIGA★

"Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita."

"Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping."

"Apabila terpelihara lidah,
Niscaya dapat daripadanya Faedah."

"Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan"

"Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fi’il yang tiada senonoh."

"Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat"

"Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjaian yang membawa rugi."

★GURINDAM KE EMPAT★

"Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
Jikalau zalim segala anggota pun rubuh."

"Apabila dengki sudah bertanah,
Datanglah daripadanya beberapa anak panah."

"Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
Di situlah banyak orang yang tergelincir."

"Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala."

"Jika sedikit pun berbuat bohong,
Boleh di umpamakan mulutnya itu pekung."

"Tanda orang yang amat celaka,
Aib dirinya tiada ia sangka."

"Bakhil jangan di beri singgah,
Itulah perampok yang amat gagah."

"Barang siapa yang sudah besar,
Janganlah kelakuannya membuat kasar."

"Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya itu umpama ketor."

"Di mana tahu salah diri,
Jika tidak orang lain yang berperi."

★GURINDAM KE LIMA★

"Jika hendak mengenai orang berbangsa,
Lihat kepada budi dan bahasa,"

"Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
Sangat memeliharakan yang sia-sia."

"Jika hendak mengenal orang mulia,
Lihatlah kepada kelakuan dia."

"Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
Bertanya dan belajar tiadalah jemu."

"Jika hendak mengenal orang yang berakal,
Di dalam dunia mengambil bekal."

"Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai."

★GURINDAM KE ENAM★

"Cari oleh mu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat."

"Cari oleh mu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru."

"Cari oleh mu akan isteri,
Yang boleh di menyerahkan diri."

"Cari oleh mu akan kawan,
Pilih segala orang yang setiawan."

'Cari oleh mu akan ‘abdi,
Yang ada baik sedikit budi,"

★GURINDAM KE TUJUH★

"Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta."

"Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
Itulah landa hampirkan duka."

"Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat."

"Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih."

"Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang."

'Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur."

"Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar."

"Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan."

"Apabila perkataan yang lemah-lembut,
Lekaslah segala orang mengikut."

"Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar."

"Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar."

★GURINDAM KE LAPAN★

"Barang siapa khianat akan dirinya,
Apalagi kepada lainnya."

"Kepada dirinya ia aniaya,
Orang itu jangan engkau percaya."

"Lidah yang suka membenarkan dirinya,
Daripada yang lain dapat kesalahannya."

"Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Biar dan pada orang datangnya khabar."

"Orang yang suka menampakkan jasa,
Setengah daripada syirik mengaku kuasa."

"Kejahatan diri sembunyikan,
Kebaikan diri diamkan."

"Keaiban orang jangan dibuka,
Keaiban diri hendaklah sangka."

★GURINDAM KE SEMBILAN★

"Tahu pekerjaan tak baik,tetapi di kerjakan,
Bukannya manusia Itulah syaitan."

"Kejahatan seorang perempuan tua,
Itulah iblis punya penggawa."

"Kepada segaia hamba-hamba raja,
Di situlah syaitan tempatnya manja."

"Kebanyakan orang yang muda-muda,
Di situlah syaitan tempat bergoda."

"Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
Di situlah syaitan punya jamuan."

"Adapun orang tua yang hemat,
Syaitan tak suka membuat sahabat"

"Jika orang muda kuat berguru,
Dengan syaitan jadi berseteru."

★GURINDAM KE SEPULUH★

"Dengan bapa jangan durhaka,
Supaya Allah tidak murka."

"Dengan ibu hendaklah hormat,
Supaya badan dapat selamat."

"Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai."

"Dengan kawan hendaklah adil,
Supaya tangannya jadi kapil."

★GURINDAM KE SEBELAS★

"Hendaklah berjasa,
Kepada yang sebangsa."

"Hendaklah jadi kepala,
Buang perangai yang cela."

"Hendaklah memegang amanat,
Buanglah khianat."

"Hendak marah,
Dahulukan hujjah."

"Hendak di malu,
Jangan memalui."

"Hendak ramai,
Murahkan perangai."

★GURINDAM KEDUA BELAS★

"Raja mufakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri."

"Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja."

"Hukum ‘adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh ‘inayat."

"Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas diri mu."

"Hormat akan orang yang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai."

"Ingatkan dirinya mati,
Itulah asal berbuat bakti."

"Akhirat itu terlalu nyata,
Kepada hati yang tidak buta."

Tamatlah Gurindam yang dua belas pasal yaitu karangan kita Raja Ali Haji pada tahun Hijrah Nabi kita seribu dua ratus enam puluh tiga likur hari bulan Rajab Selasa jam pukul lima, Negeri Riau, Pulau Penyengat.

#Wallahuallam
================================

Keterangan Kata :-
Bakhil ; kikir atau pelit
Balai : rumah tempat menanti raja (di antara kediaman raja-raja)
Bahri : hal mengenai lautan (luas)
Berperi : berkata-kata
Cindai : kain sutra yang berbunga-bunga
Damping : dekat, karib, atau akrab
Fi’il : tingkah laku, perbuatan
Hujjah : tanda, bukti, atau alasan
Inayat : pertolongan atau bantuan
Kafill : majikan atau orang yang menanggung kerja
Kasa : kain putih yang halus
Ketor : tempat ludah (ketika makan sirih), peludahan
Ma’rifat : tingkat penyerahan diri kepada Tuhan yang setahap demi setahap sampai pada tingkat keyakinan yang kuat
Menyalah : melakukan kesalahan
Mudarat : sesuatu yang tidak menguntungkan atau tidak berguna
Pekong : (pekung) penyakit kulit yang berbau busuk
Penggawa : kepala pasukan, kepala desa
Perangai : sifat batin manusia yang mempengaruhi segenap pikiran dan perbuatan
Senonoh : perkataan, perbuatan, atau penampilan yang tidak patut (tidak sopan)
Tegah : menghentikan
Teperdaya : tertipu
Termasa : tamasya

Alhamdulillah_InshaAllah_Bismillah

Isnin, 16 April 2018

Rezeki الله

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan-akan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti.

Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah penjual akhbar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu.

Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya.

Namun perlahan-lahan kudekatinya, ternyata kitab suci Al-Quran yang dibacanya.

"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."

"Bagaimana jualan akhbar tuan?"
"Alhamdulillah, dah terjual satu."

"Wah! Susah juga ya kalau hujan begini?"
"InsyaAllah adalah rezeki nya."

"Kalau hujan sampai petang macam mana?"
"Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa."

"Doa?"
"Bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga."

"Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?"
"Bererti, rezeki saya adalah bersabar."

"Kalau tidak ada yang boleh dimakan?"
"Bererti rezeki saya berpuasa."

"Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?"
"Allah yang memberi rezeki. Apa sahaja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah  kelaparan." Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan.

Sahabat, hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung. Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?

Baru kusedar, rezeki bukan wang semata-mata. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah.

Sahabat, rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

Tulisan asal,
Ahmad Fedtri Yahya

Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar.

Ahad, 15 April 2018

Ikang 2 riyal

Ada lelaki yang membuatkan aku menangis dalam hati sebentar tadi.

Ada banyak cerita pahit manis sepanjang kami berjualan ikan sejak kelmarin. Antara yang aku masih terkesan sampai ke saat ini ialah cerita seorang lelaki tadi.

Dia datang singgah ke khemah jualan kami. Meletakkan motosikal betul-betul di hadapan khemah dan terus berjalan ke mari. Kami ‘greet’ seperti biasa. Selepas puas mundar mandir melihat ikan, dia memanggil aku ke tepi.

“ Sini jap adik “

“ Ya bang ? Apa boleh saya bantu ? “

“ Abang cakap ni jangan marah ya. Nak tanya dulu ni. Ikan Kembung tu dua ringgit dapat berapa ekor ? “

Aku senyum. Aku tersentak.

“ Takpa bang. Sekejap ya saya timbang dulu “

Aku ambil beberapa ekor ikan kembung dan letakkan di atas penimbang digital. Aku tekan harga RM5 sekilo. Jawapan yang aku dapat selepas timbang ialah RM2.30 untuk 5 ekor.

“ Bang, saya dah timbang tadi. Dapat 5 ekor “

Beliau senyum dengar jawapan aku. Nampak suka betul.

“ Ha. Baguslah kalau macam tu. Bagilah 2 ringgit “

Aku bungkuskan 5 ekor tadi dan aku topup ikan ekstra untuknya. Aku bagi lebih lagi untuk beliau.

“ Nah bang “

“ Terima Kasih dik ya. Terima Kasih banyak. Abang doakan bisnes adik maju “

Beliau terus ke motosikal dan bergegas pulang. Ini kisah realiti kehidupan yang benar-benar wujud. Mungkin abang tadi sedang diuji. Aku hanya mampu mendoakan apa saja urusan beliau dipermudahkan. Apa pun yang terjadi, tangungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyediakan lauk pauk di dapur mesti ditunaikan. Dapur mesti berasap.Aku salute.

Dua ringgit nilainya pelbagai di mata orang. Bagi kita, mungkin itu cuma nilai beli jajan buat anak. Mungkin juga, itu cuma nilai untuk bayar parking di pusat membeli belah. Tetapi, ada orang cuma berbelanja 2 ringgit itulah untuk mengenyangkan semua perut yang ada di rumah.

Begitulah. Hidup mesti terus. Usaha jangan putus-putus.

Kami masih berada di sini. Di hadapan Stesen Minyak Petron Putra Heights Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan untuk menjual ikan.

Ikan Kembung RM5 sekilo
Ikan Kerisi RM7 sekilo
Ikan Cencaru RM7 sekilo
Ikan Tongkol Hitam RM11 sekilo
Ikan Mata Besar RM8 sekilo
Ikan Sardin RM7 sekilo

Ikan dari Kuantan, bukan dari Kotak. Tak percaya datang tengok sendiri. Tak jadi beli tak apa, sekurang-kurangnya kita jadi kawan. Tak gitu ?

Jualan Ikan setiap hari Sabtu Ahad sahaja.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
Panglima Perang Jualan Ikan Rakyat

Sabtu, 14 April 2018

Alam sekitar

Alam sekitar rosak bukan sebab budak-budak. Alam sekitar rosak sebab pembalakan haram yang masuk tanpa dapat dikawal.

Yang merosakkannya orang tua. Yang nak disusahkan mereka budak-budak.

Beg budak punya la berat dengan pelbagai buku teks. Silibus budak sekarang punya lah tinggi sampai mak ayah kerja Petronas, kerja engineer pun garu kepala nak bagi anak faham.

Sekarang mahu sumbat pula silibus baru? Mahu perkenalkan pula Subjek Alam Sekitar?

Subjek ni patut yang belajar ialah menteri besar setiap negeri. Tak kira negeri yang dikuasai pembangkang mahu pun kerajaan. Sebab mereka yang luluskan kerosakan alam sekitar yang berlaku dalam negeri masing-masing.

Sudah-sudahlah jadikan sekolah kambing hitam. Semua masalah negara nak suruh budak sekolah selesaikan. Konon didik generasi akan datang. Kononnya begitulah.

Benda ni boleh selit je dalam matapelajaran Sains, agama, moral mahu pun sivik. Tak perlu perkenal subjek baru.

Yang perkenalkan subjek tu bukan dia yang turun mengajar. Dia pandai-pandai nak perkenalkan sahaja lepas tu yang menanggung seksa selama masa ialah guru dan murid.

Mencadang senang lah. Melaksana tu perit bang.

Aku cadangkan kita bina bangunan setinggi 888 tingkat. Aku cadangkan juga gaji minima pekerja rm350,000 seorang. Aku cadangkan satu kelas 10 murid. Aku cadangkan setiap sekolah ada gym, kolam renang dan mini stadium.

Sedap kan cadang? Sedaplah sebab aku tak buat.

Mana pergi subjek pendidikan seks yang diperkenalkan suatu ketika dahulu?

Mana pergi subjek Keselamatan Jalan Raya yang disumbat dalam silibus sedia ada murid?

Perit nak kata. Tapi seseorang perlu berkata. Seseorang perlu menulis dengan telus.

Seseorang yang rapat dan tahu. Seseorang yang laksanakan sendiri semua dasar yang digubal.

Aku menulis bukan demi kepentingan diri. Jauh sekali demi kepentingan politik.

Sudah-sudahlah jadikan sekolah mangsa. Sudah-sudahlah suruh budak-budak selesaikan masalah orang dewasa.

Jangan politikkan sistem pendidikan. Tolong!

Yang nak bagi cadangan tentang penambahbaikan dalam pendidikan negara hendaklah orang yang betul-betul faham sistem kita. Orang yang benar-benar layak dan ahli dalam hal ini.

Yang pernah merasa perit getir, yang pernah merasa situasi mengajar dan keperitan para guru bandar, luar bandar dan pedalaman. Yang arif dengan perkembangan sistem pendidikan dunia dan taraf kemampuan fikir anak-anak kita.

Itu baru layak membincangkan hal-hal ini. Itu baru layak memberi cadangan dan membuat rombakan untuk penambahbaikan sistem pendidikan kita.

Hentikan campur tangan luar dalam sistem pendidikan.

Tolong hentikan tuan-tuan. Penat nak realisasikan kehendak tuan-tuan yang makin lama makin pelik dan menjengkelkan.

Mencadang itu mudah. Turun dan laksanakan sendirilah baru tahu langit tinggi rendah.

#MFS
- Jangan caca marbakan lagi sistem pendidikan kita. -

#copy_drFB

Jumaat, 13 April 2018

Faraid

Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus

Soalan : Salam, nak tanya ustaz. apa hukum seorang perempuan bercinta dengan suami orang dalam satu tempoh yang lama (4 tahun) tetapi masih belum berkahwin? Sebelum ni, ada lelaki yang melamar perempuan tu, tetapi lamaran ditolak sebab perempuan tu masih setia dengan suami orang tu.

Jawapan : Wsalam..
lelaki boleh berkahwin lbh dari satu..
perempuan yg belum bersuami boleh nak berkahwin dgn suami org..
bercinta tu yg tak bolih kalau terlebih dr batasan..kalau setakat menaruh perasaan pd suami org kerana niat berkahwin hukumnya harus..tdk lbh dr itu.

Soalan : Ustaz mcm mne nk bimbing seorang kafir untuk msuk islam??? sbb sye ade kwn kafir yg minar terhadap islam, jika sye ajak die ke masjid untuk belajar solat dan merasai bagaimana umat islam solat adakah sye ptut untuk menyuruh die mandi wajib dahulu atau mcm mne??? mudah2 an dngn cre tu bleh melembutkan hati die untuk msuk islam...

Jawapan : tak perlu mandi..bagi link2 yang berkait tentang Islam yg mudah difahami sbg membantu.

Soalan : السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ustaz, saya selalu migraine. Doa apa ya untok menghilangkan migraine ya ustaz? Huhuhu

Jawapan : Suruh ibu baca fatehah sekali niat sembuhkan sakit tu kemudian hembus atas kepala bhg yg sakit..

Soalan : mohon pandangan ust..apa harus sy buat dan pilihan yg mna lbih baik bg pndgn ust...

sy baru kawin 8bln , tp sejak beberapa bln lalu sy diabaikn suami tnpa kabar berita, tanpa nafkah zahir & batin...apakah sy perlu bersabar ust...sy buntu, dan sy x sanggup nk hadapi dgn status janda utk kali kedua ini...apakah sy kena yakin yg Allah akn gantikan calon yg lbih baik drp dia selepas ini seandainya sy buat tuntutan fasakh...mohon sgt ust bg cadangan yg sebaiknya...sy buntu...

maaf sbb kerap brtanya sbb buntu sgt...

Jawapan : Sebaiknya puan solat istikharah..sungguh doa minta petunjuk dr Allah..mesti dpt keputusan yg terbaik..

Soalan : Ustaz,nk tnya..buleh dop jelaskn tntng org perempuan yg nikoh di golok..lepas itu blik dimalaysia hdup same kt 1 tahun..x sempat daftar nikoh malaysia..suami plop mati..dlm perut ye ad kndungan doh..5 bulan..gne hkum ye klu ye nk nikoh pulop.kne tngu lahir anok ke buleh nikoh trus..ce uztaz jelas sket sbnyk..trma ksih🙂

Jawapan : Wsalam..kena tunggu lahir anak dalam kandungan..

Soalan : As'salamualaikum Ustaz.
Saya ada soalan.
Kalau ibu meninggal.
Anak pernah berhutang dengan ibu.
Bagaimana nak bayar balik hutang?

Jawapan : Wajib diserahkan kepada semua waris mengikut faraaidh.