Isnin, 9 Julai 2018

Gua

Tahu apa yang paling menarik dalam operasi Thailand Cave Rescue ini?

Kerjasama.
The world has come together.

Seorang wanita telah menawarkan diri untuk mengutip baju-baju askar dan penyelamat untuk dibasuh bersih setiap malam. Basah
dan penuh lumpur kotor.

Mereka mencuci, menjahit mana yang terkoyak, melipat dan menghantar semula semua baju tersebut pada pukul 4 pagi.

Kata salah seorang dari pekerja, dia tak mampu dan tiada kemahiran untuk mengeluarkan mangsa secara langsung, tapi apa yang dia mampu ialah bersihkan semua baju para penyelamat disana.

Orang kampung khususnya kaum lelaki, mereka bertindak menjadi volunteer kepada mereka yang keluar masuk ke gua  menggunakan motorsikal peribadi.

Kata beliau walaupun sumbangannya sangat kecil, tapi harapnya dapat membantu serba sedikit.

Puan Sophia Thaianant, menawarkan masakan panas untuk para penyelamat yang beragama islam kerana tahu betapa sukarnya untuk mereka mendapatkan makanan halal di kawasan tersebut.

Bermula dari 100 bungkus pek makanan, makin bertambah dan berganda pula bilangannya setiap hari. Ada waktu jika team beliau masak nasi beriyani dan kari, mereka akan masak lebih supaya yang bukan islam juga turut dapat merasa.

Ya, team beliau dibantu kewangan dari pelbagai pihak untuk menyediakan makanan tersebut.

Doctor Richard Harris adalah antara penyelamat profesional dan doktor perubatan yang terbang dari Australia minggu lepas. Beliaulah yang masuk ke dalam gua untuk memberi rawatan pada mereka dan mengesahkan yang kesemua 13 mangsa sudah bersedia untuk keluar.

Mereka yang berniaga dipasar setiap hari menghantar pelbagai jenis sayur dan bahan mentah secara percuma, dan sukarelawan pula memasak tanpa henti untuk para penyelamat.

Bua Chaicheun, seorang penanam padi bergegas tinggalkan tanamannya dan beliau antara yang menawarkan diri sebagai tukang masak di lokasi gua.

Untuk penyelamat sampai jauh ke dalam gua, air banjir dipam secara besar-besaran, hampir 130 juta liter air mengalir keluar di pergunungan.

Bila Bua Chaichuen pulang semula ke kampung, sawah beliau tenggelam dan habis musnah.

Banjir kerana air yang dipam keluar dari kawasan gua dan gunung selama beberapa hari ini masuk ke kawasan tanamannya.

Dengan jiwa yang penuh semangat katanya tidak mengapa. Dia cuma mahu kesemua anak-anak itu selamat. Beliau berkata,

'Children are more important than rice.
The rice can always regrow.
But we can't regrow the children'

Orang kampung juga turut membantu menjadi sukarelawan untuk memudahkan semua kerja-kerja penyelamat. Jangan tak tahu perkhidmatan mengurut juga disediakan dikawasan sekitar gua.

Massage-massage, rendam kaki yang lenguh dengan air limau, khidmat gunting rambut pun ada. Mereka memulakan kerja dari 6 pagi berakhir di tengah malam.

Semangat masyarakat mereka sangat kuat. Apa yang boleh dibantu, mereka akan bantu.

Belum masuk lagi cerita tentang para divers yang berkemahiran bertaraf dunia yang berkumpul dari awal.

Mereka ialah sukarelawan yang tidak dibayar dan kebanyakan mereka menggunakan peralatan bawah tanah mereka sendiri walaupun pasukan Thailand menyediakan peralatan penyelamat.

Kesemua mereka ini keluar dan masuk ke dalam gua tanpa henti dan mendapat gelaran The A-Team untuk misi ini

2 penyelam professional dari UK yang mula-mula menemui kanak-kanak didalam gua itu ialah sebenarnya ahli bomba dan seorang lagi jurutera. Bila wartawan minta untuk ditemuramah, mereka menolak dengan menjawab,

'We've got a job to do.'

Hebat.

Bak kata Gabernor Chiang Rai ketika memulakan misi ini,

'Sesiapa yang menawarkan bantuan, pengetahuan, teknologi, peralatan, kami dengan sukacitanya menerima'

Bagaimana kesemua anak-anak ini bertahan 10 hari kekal tenang dalam gelap gelita, tanpa makanan, lumpur lembab yang berbau dengan kekurangan oksigen?

Coach mereka.

Ekapol Chanthawong ajar kanak-kanak tersebut bermeditasi. Bertahan dan mendidik jiwa mereka supaya bertenang dengan menyimpan tenaga yang ada sehingga mereka dijumpai.

Ekapol adalah anak yatim piatu sejak berumur 10 tahun. Dia menjadi monk (sami) kemudian meninggalkan biara untuk menjaga nenek beliau yang sudah uzur dan dalam masa yang sama beliau jadi pembantu jurulatih bolasepak.

Beliau turut hilang bersama kanak-kanak tersebut.

Masa 2 penyelam menjumpai mereka, dikatakan kanak-kanak tersebut dijumpai sedang bermeditasi beramai-ramai. Mereka masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa sesama mereka.

Meditasi tak kira bagaimanapun cara dan ajarannya, akan membentuk mental yang kuat dan semangat tidak putus asa terhadap semua kemungkinan.

Untuk operasi menyelamat ini, seramai 90 orang penyelam professional turut serta.
50 daripada mereka ialah penyelam dari pelbagai negara dan baki 40 orang adalah penyelam dari Thailand.

Dikatakan mereka menggunakan method menyelamat dari rancangan asal iaitu 2 penyelam akan mengiringi seorang kanak-kanak. Salah seorang dari penyelam pula akan membawa tong oksigen untuk kanak-kanak tersebut.

Kata salah seorang penyelam, ia bagaikan mendaki gunung everest malah lebih lagi. Perlu memanjat batu-batu gua, merangkak, meniarap sehingga dada dan belakang badan dihimpit batu, berjalan dan kemudian perlu menyelam.

Anggarannya ialah mengambil masa 6 jam pergi, dan 5 jam balik untuk operasi ini. Tapi semalam bagai mencipta sejarah bila pantasnya pasukan menyelamat membawa keluar 4 orang kanak-kanak dalam jarak masa yang cepat.

Hari ini operasi menyelamat dijangka bersambung. Harapnya semuanya berjalan lancar dan semua mangsa dapat dikeluarkan.

Terus yakin dan semangatlah untuk hidup!

Sabtu, 30 Jun 2018

Luahan guru

Izinkan sy meluahkan rasa bt seketika. Kdg2 timbul rs bosan dan meluat dgn ayat2 suci aka perli seolah2 guru ialah malaikat. Bila ada guru2 yg mengeluh ttg beban tgs maka dgr lah walaupun kt tdk dpt bantu.. Bila ada guru2 yg ckp mereka stress, dgr lah walaupun kt x dpt bantu.. Guru2 ni mcm wanita fasa bersalin jg, kena fhm bhw mereka sekdr meluahkan apa yg terbuku dlm hati. Jgn pandang ringan dan remeh soal bebanan tgs guru sbb blh jd meroyan serta beri kesan yg serius. Tak slhpun kalau bg nsht yg baik2 dan bkn dgn berckp: sila berhenti sbb ramai lg yg tiada kerja. Bkn ckp tgs guru mulia jd cikgu jgn merungut, anggap kerja itu bkn beban. Kerja itu kan satu ibadah dan ldg pahala! Bkn apa, sbb ianya tak ubah seperti kata2 pemimpin yg angkuh yg kt prnh dgr satu ketika dahulu. Andai kata mknan mhl, sila mkn kangkung atau tomato.. Andai kata malaysia ssh nak hdp, sila ke luar negara... Lbh parah lg, sila meninggal dr hdp menyusahkan org lain..... Urmmm! Maaf ckp, majoriti yg angkuh berckp ni dtg dr mulut phk pentadbir seperti GB, pengetua dan org jbtn atau ppd sendiri. Dah terbiasa dgn cara kepimpinan lama agaknya. Jgn lah sampai org kata, inilah dia lantikan politik. Berubah lah utk beljr jd ketua yg memahami bkn yg dibenci krn pemimpin yg angkuh satu ms akan jth tesungkur!

Khamis, 28 Jun 2018

Rezeki

_*Guru Dan Murid Tertawa Karena Beda Pendapat" ttg REZEKI_*
.
Imam Malik ( guru Imam Safii ) dalam majlis menyampaikan :

*Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan memberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya.*
.
Sementara Imam Syafii ( sang murid berpendapat lain) :

*Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki.*

*_Guru dan murid bersikukuh pada pada pendapatnya._*
.
Suatu saat tengah meninggalkan pondok, Imam Syafii melihat serombongan orang tengah memanen anggur. Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafii memperoleh imbalan beberapa ikat anggur sebagai balas jasa.

*Imam Syafii girang, bukan karena mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tak membantu memanen, niscaya tidak akan mendapatkan anggur.*
.
Bergegas dia menjumpai Imam Malik sang guru. Sambil menaruh seluruh anggur yang didapatnya, dia bercerita. . Imam Syafii sedikit mengeraskan bagian kalimat  *“seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memanen), tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”*
.
Mendengar itu Imam Malik tersenyum, seraya mengambil anggur dan mencicipinya. Imam Malik berucap pelan.
*“Sehari ini aku memang tidak keluar pondok...hanya mengambil tugas sebagai guru, dan sedikit berpikir alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku bisa menikmati anggur.* ......Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. *Bukankah ini juga bagian dari rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang mengurus lainnya.”*
.
Guru dan murid itu kemudian tertawa. Dua Imam madzab mengambil dua hukum yang berbeda dari hadits yang sama.
Begitulah cara seorang santri bila melihat perbedaan, bukan dengan cara menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapatnya saja.

Isnin, 25 Jun 2018

Duit raya

*DUIT RAYA ANAK*

Oleh: Ustaz Lutfi Bin Muharram (Madrsah Miftahul Ulum)

1 - Duit raya (yang) diberikan kepada anak kita, samaada secara terus kepada mereka (anak) atau melalui perantaraan ibu bapanya, adalah menjadi milik anak.

2 - Sahnya pemilikan (kepada anak) jika pemberian melalui perantaraan ibu bapa, tidak ada kemusykilan dalam fiqh Shafii.

3 - Adapun jika diberi terus kepada mereka (anak), maka ia termasuk dalam bab hibah (hadiah) kepada budak belum baligh . Berdasarkan kaedah mazhab Shafii, hukum hibah seperti itu adalah tidak sah (kerana si penerima adalah budak yang belum baligh) . Apabila tidak sah hibah, maka tidak sah permilikan.

4 - Namun berdasarkan ' ikhtiyar ' (pendapat pilihan) sebahagian ulama Shafii, dan nilai pemberian yang ' tafih ' (kecil), serta dibantu dengan ' uruf said ' (uruf tempatan), maka kita hukumkan hibah itu sah, dan apabila hibah itu sah maka sabit (sah juga) pemilikan anak terhadap duit tersebut.

5 - Kaedah syarak menyebut bahawa semua harta anak adalah dibawah wilayah penjagaan ayah sebagai amanah. Ayah hendaklah menggendalikan harta tersebut berdasarkan maslahat harta itu dan maslahat anak.

6 - Ayah hanya boleh menggunakan harta anak untuk kegunaan peribadi apabila ada darurat mendesak (sahaja) dan *ia perlu dibayar semula.*

7 - Harta anak boleh digunakan (oleh si ayah) untuk saraan pengajian dan persekolahan anak, dan *ia tidak perlu dibayar semula.*

Kredit :
Tok Kenali Kitab Arab

Attitude

❤️🌷لاتيفه @ سوزانا🌷❤️:
The difference between the poor and rich nations  is not the age of the Nation.

This can be demonstrated by countries like India and Egypt, which are more than
2000 years old and are still poor countries.

   On the other hand, Canada, Australia and New Zealand, which 150 years back were insignificant, today are developed and rich countries.

The difference between the poor and rich nation does not also depend on the available natural resources.

Japan has limited territory, 80%  mountainous, unsuitable for agriculture or farming, but is the second in worlds economy. The country is like an immense floating factory, importing raw material from the whole world and exporting manufactured products.

Second example is Switzerland, it does not grow cocoa but produces the best chocolates in the world. In her small territory she rears animals and cultivates the land only for four month in a year, nevertheless manufactures the best milk products. A small country which is an image of security which has made it the strongest world bank.

Executives from rich countries who interact with their counterparts from poor countries show no significant intellectual differences.

The racial or colour factors also do not evince importance: migrants heavy in laziness in their country of origin are  forcefully productive in rich European countries.

What then is the difference?

The difference is the attitude of the people, moulded for many years by education and culture.
Loading...
When we analyse the conduct of the people from the rich and developed countries, it is observed that a majority abide by the following principles of life:

1. Ethics, as basic principles.
2. Integrity.
3. Responsibility.
4. The respect for Laws and Regulations.
5. The respect from majority of citizens by right.
6. The love for work.
7. The effort to save and invest.
8. The will to be productive.
9. Punctuality.

In the poor countries a small minority follow these basic principles in their daily life.

We are not poor because we lack natural resources or because nature was cruel towards us.

We are poor because we lack attitude. We lack the will to follow and teach these principles  of working of rich and developed societies.

CnP