*DUIT RAYA ANAK*
Oleh: Ustaz Lutfi Bin Muharram (Madrsah Miftahul Ulum)
1 - Duit raya (yang) diberikan kepada anak kita, samaada secara terus kepada mereka (anak) atau melalui perantaraan ibu bapanya, adalah menjadi milik anak.
2 - Sahnya pemilikan (kepada anak) jika pemberian melalui perantaraan ibu bapa, tidak ada kemusykilan dalam fiqh Shafii.
3 - Adapun jika diberi terus kepada mereka (anak), maka ia termasuk dalam bab hibah (hadiah) kepada budak belum baligh . Berdasarkan kaedah mazhab Shafii, hukum hibah seperti itu adalah tidak sah (kerana si penerima adalah budak yang belum baligh) . Apabila tidak sah hibah, maka tidak sah permilikan.
4 - Namun berdasarkan ' ikhtiyar ' (pendapat pilihan) sebahagian ulama Shafii, dan nilai pemberian yang ' tafih ' (kecil), serta dibantu dengan ' uruf said ' (uruf tempatan), maka kita hukumkan hibah itu sah, dan apabila hibah itu sah maka sabit (sah juga) pemilikan anak terhadap duit tersebut.
5 - Kaedah syarak menyebut bahawa semua harta anak adalah dibawah wilayah penjagaan ayah sebagai amanah. Ayah hendaklah menggendalikan harta tersebut berdasarkan maslahat harta itu dan maslahat anak.
6 - Ayah hanya boleh menggunakan harta anak untuk kegunaan peribadi apabila ada darurat mendesak (sahaja) dan *ia perlu dibayar semula.*
7 - Harta anak boleh digunakan (oleh si ayah) untuk saraan pengajian dan persekolahan anak, dan *ia tidak perlu dibayar semula.*
Kredit :
Tok Kenali Kitab Arab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan