Sabtu, 9 Jun 2018

Buka puasa

BERBUKA YANG MENDAPAT MURKA

1.    Jika kita bercadang berbuka di luar seperti kedai atau mall bersama keluarga atau kawan, pastikan di kawasan tersebut terdapat kemudahan ruang solat berdekatan.

2.    Andai mudah untuk kita lakukan solat di tempat tersebut, dan anggaran berbuka kita cuma sekitar 20 minit tempohnya (boleh sambung balik lepas solat), silakan.

3.    Kalau kita rasakan tempat tersebut tiada atau sukar didapati tempat solat, dan makanan berbuka yang dirancang agak berat, saya cadangkan untuk berbuka dahulu dengan kurma atau apa-apa yang ringan sahaja dahulu, dan tunaikan solat maghrib, baru pergi keluar makan di kawasan yang dirancangkan.

4.    Bulan Ramadan ini kita dapati mana-mana restoran termasuk di mall-mall selalu penuh ketika berbuka sehingga perlu ditempah dahulu tempatnya.
Ramai yang memesan juadah berbuka yang berat, lalu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan hidangan berbuka sehingga terlalu melewatkan solat maghrib.
Pukul 8.10 (hampir sejam selepas waktu berbuka) pun masih ramai yang berat punggung lagi!
Belum lagi untuk mencari surau yang entah di mana.

5.    Ada yang makan dan bersembang habis-habisan, kemudian solat maghrib sipi-sipi sebelum Isyak.
Ini bukanlah erti hadis “dahulukan makanan yang dihidang dari solat”!

6.    Ada juga yang sampai habis waktu maghrib, makan-sembang tak habis-habis lagi!

7.    Bila puasa menjadi bulan berpesta makan dan hanya sekadar adat, inilah hasilnya.
Sakan berbuka rukun Islam ketiga, rukun kedua diabaikan.
Sedangkan syariat berpuasa demi menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertaqwa, bukan menghabiskan waktu berbuka sambil leka tertawa!

* Orang yang berpuasa seharusnya mendapat dua kegembiraan: Ketika berbuka & ketika bertemu dengan Sang Pencipta.
Jangan pula kita hanya gembira berbuka, namun kelak berduka mendapat murka!

Oleh: Dr Kamilin Jamilin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan