Isnin, 25 November 2019

Asas sains matrik

Apabila bercerita tentang kelayakan untuk mengambil aliran sains tulen di peringkat asasi atau matrik, pelajar mestiah ada asas yang sangat² kukuh semasa SPM.

Analogi mudah yang teman gunakan adalah seperti kapal terbang nak take off atau berlepas.

Anggapkan kapal terbang itu parking adalah gred E.
Bergerak ke hujung landasan adalah gred D. Mula membuat pecutan untuk berlepas adalah C. Kelajuan 200 km/j untuk take-off adalah gred B dan kelajuan minimum 300 km/j adalah gred A. maka persediaan atau asas yang kukuh sangat penting untuk kita mencapai gred A.

Adalah tidak masuk akal kapal terbang yang hanya parking sahaja tiba-tiba boleh berada di awan atau di atas tanpa perlu berada di landasan untuk memecut dan berlepas ke udara

Ahad, 17 November 2019

Ekjem

*Kenapa broken sebab exam?*
Dah habes study, dah habes berusaha, tapi last2 jawab macam tak pernah study?

Come on sahabat 🌹

Semua orang yang ambik exam akan rase benda yang same. Nak tahu tak sebab apa kita broken? Sebab ..... *kita letak expectations yang terlalu tinggi pada diri kita sendiri*. Kita expect yang soalan2 yang keluar setanding dengan usaha kita yang tiap hari study tak henti2.

Ya, confident tuh memang bagus tapi bukan over confident.

Kita rasa bila kita dah study 24/7, kita boleh jawab semua benda yang keluar. Kita rasa bila kita buat latihan banyak2, kita boleh komfem dapat A.

Gaisss, ilmu tuh Allah punya. Salah satu nikmat yang diberi untuk kita.

Even kita study tak henti2 pun, buat latihan tiap hari pun, boleh jadi kita stuck waktu exam. Semua tuh luar bidang kuasa kita.

Muhasabah diri balek.

Anggap je tuh ujian untuk kita. Kita dah berusaha, dan sekarang tugas kite doa je. Believe in Allah. Letakkan pengharapan dan tawakal pada Allah sepenuhnya. Bukan pada jawapan yang kite tulis. 🌹

InshaAllah Allah uji sebab Allah nak kita makin dekat dengan Dia. Allah sayang kita sahabat. 😍 Beruntung sangat sape2 yang diuji Allah.

Dan, amat2 penting untuk kita tajdid niat betul2. Exam kerana Allah, kerana nak banggakan mak ayah, kerana nak banggakan Islam. Bukan kerana gred. Percayalah, lepas dah usaha, A tuh sendiri yang akan datang kat kita bile keberkatan dari Allah ade. 🌸💎

Pesan selalu pada hati, Allah tahu apa yang kita taktahu. Yakinlah dengan janji Allah, 'bersama kesulitan ada kemudahan'.

Utamakan keberkatan Allah dalam apa2 yang kita buat.

Kalau Allah redha dengan kita, inshaAllah keajaiban akan ade.

Contoh kalau kita rase memang takleh jawab n kita tahu akan failed, tapi tut tut bile dapat result kite lulus.

Amazing right? Dan sangat mustahil. Tapi tuh kata kita.

Ingat, Allah tahu apa yang kita taktahu.

Allah boleh je bagi kita keajaiban bila2 masa yang Dia kehendaki.

Tugas kite yakin je dengan kuasa Allah. Cari keredhaan Allah. Jage hubungan dengan Allah, jage hubungan dengan manusia. InshaAllah semuanya baik2. 🌸

Yang penting Allah redha, Allah berkat. 😍

Kita semua boleh. 💪🏾😉 Percayalah. Ramai orang nak tengok kejayaan kita. 😍

Sabtu, 16 November 2019

Adab guru

🌾 Nasihat Untuk Yang Bergelar Murid 🌾

Setinggi manapun kita belajar,
Setebal manapun kitab yang kita khatam,
Gelaran apapun yang kita terima,
Besar manapun pangkat kita;

Kita tetap perlu menjadi KOSONG dihadapan mana-mana GURU kita.
Terutama GURU yang BUKA JALAN untuk kita berjalan ke akhirat.

Banyak yang terjadi hari ini, dulunya MURID dihadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU dihadapan GURU.

Dahulunya mencium tangan, kini tidak lagi.
Dahulunya berkhidmat, kini tidak lagi.
Bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI.
Dulu memanggil GURU dengan penuh hormat,
kini hanya menyebut nama.
Kini dirinya pula minta DIHORMATI.

Semua GURU mengharap MURIDNYA lebih darinya.

Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUNYA.

Duhai MURID, jangan mudah engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU engkau, tidak engkau kenal jalan ini.

Jangan hilang ADAB dengan GURU !Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKATAN.

Kalau murid itu umpama bulu mata,
Maka guru Umpama kening.
Walau tinggi mana bulu mata naik ,
Tak akan sampai setara dengan guru.

Semoga Allah ﷻ mengurniakan kita adab bersama GURU kita sepertimana yg di ingini Guru kita bahkan lebih dari itu InshaAllah...😊

Khamis, 14 November 2019

Subuh berjamaah

*4. 0 in pspm 2*

LANGKAH  PERTAMA KALAU BETUL-BETUL HENDAK BERUBAH:-

🔎 JAGA SOLAT AWAL WAKTU.

🔎 JAGA SOLAT BERJEMAAH DEKAT SURAU & MASJID.

• ISTIQAMAHKAN TIAP-TIAP HARI SELAMA EMPAT PULUH HARI. UNTUK JAGA SOLAT BERJEMAAH TERUTAMA SOLAT SUBUH BERJEMAAH.

• INGAT JAGA SOLAT SUBUH BERJEMAAH.

  ان شآءالله SELURUH HIDUP KITA AKAN BERUBAH. DAN SEMUA URUSAN HIDUP KITA AKAN MUDAH.

 🕌🕌🕌

Masjid nabawi

13 fakta berkenaan Masjid Nabawi yang kalian tak tahu:

1. Mempunyai 7 orang imam yang bertugas.

2. Memiliki 17 orang muazin (tukang bang).

3. Jumlah pekerja melebihi 1620 orang semuanya.

4. Jumlah pintu yang ada adalah sekitar 100 buah.

5. Dibersihkan 3 kali dalam sehari.

6. Ada 27 buah kubah semuanya.

7. Mempunyai karpet melebihi 16,000 buah.

8. Karpet yang diguna akan melalui beberapa proses terlebih dahulu iaitu vakum, basuh, pengeringan, dijemur bawah panas matahari dan dijahit jika ada yang koyak.

9. Mempunyai 262 buah payung termasuk luar dan dalam masjid.

10. Semua kubah dan payung akan dibersihkan sebanyak dua kali dalam setahun.

11. Memiliki 7200 buah tong air zamzam.

12. Menyimpan sebanyak 7433 buah manuskrip.

13. Menyediakan sebanyak 162,635 buah buku di perputakaan masjid.

Najmi Farisham,
Sumber: Haramain.info

Dah tahu? Tekanlah SHARE!