Isnin, 9 Disember 2019

Pra sekolah


Ibu bapa tak kira muda atau tua yang ada anak kecil, aku mohon kau tengok yang ini ya.

Yuran tadika-tadika di Malaysia 2019 (asas)*

Untuk 2020, ada yang naik lagi.
Tiada yang turun.

1. Tadika Brainy Bunch

Tahunan: RM1700.00
Bulanan: RM345.00

2. Tadika The little Caliphs

Tahunan: RM1590.00
Bulanan: RM300.00

3. Tadika Smart Reader

Tahunan: RM1300.00
Bulanan: RM300.00

4. Tadika Q-Dees

Tahunan: RM1500.00
Bulanan: RM370.00

5. Tadika ABS

Tahunan: RM1180.00
Bulanan: RM260.00

6. Tadika Genius Aulad

Tahunan: RM1550.00
Bulanan: RM320.00

7. Tadika R.E.A.L Kids

Tahunan: RM2000.00
Bulanan: RM450.00

8. Tadika C.I.C

Tahunan: RM1200.00
Bulanan: RM300.00

9. Tadika Islam MAIWP

Tahunan: RM350.00
Bulanan: RM50

10. Tadika PASTI

Tahunan: RM284.00
Bulanan: RM90.00

11. Tadika KEMAS & PERPADUAN

Tahunan: RM30.00
Bulanan: RM10.00

Nombor 12 ini aku nak cakap pasal Prasekolah KPM. Baca baik-baik ya.

Aku naik hairan apabila ada ibu bapa yang anaknya berjaya masuk ke Prasekolah KPM tetapi masih merungut.

Kau tengok balik aku list satu persatu yuran tadika-tadika di atas.

Sepatutnya perkara pertama yang kau patut buat apabila anak diterima masuk ke prasekolah KPM adalah sujud syukur!

Maaf jika kenyataan ini agak berlebihan. Tetapi bagi yang faham nilainya, akan jadi manusia yang sangat bersyukur.

Sudahlah tempatnya terhad, berebut-rebut pula yang mahu mendaftar.
.

Pada asal penubuhannya, Pra KPM memang disediakan khas untuk murid-murid dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.

Ia adalah bertujuan menyediakan akses yang tidak kurang hebatnya seperti tadika swasta bagi anak-anak yang tidak berpeluang ke sana.

Tetapi seiring dengan kemajuan negara dan peluasan fasiliti Prasekolah KPM ke seluruh negara, maka terjadi situasi yang mana di sesetengah tempat, terdapat kekosongan di prasekolah KPM.

Maka peluang terbuka untuk ibu bapa dalam kalangan mampu termasuk golongan profesional doktor, peguam, akauntan hatta guru sekalipun untuk menempatkan anak di prasekolah.

Semakin hari, purata ibu bapa kurang berkemampuan semakin mengecil, menjadikan kebanyakan yang berada di prasekolah KPM kini adalah anak-anak dari golongan sederhana.

Yada, yada.
.

Ok, apabila ini berlaku, ha, yang inilah yang aku nak bangkitkan ni.

Pengalaman aku mengendalikan Prasekolah KPM, belum pernah aku jumpa ibu bapa dalam kalangan orang yang susah yang 'bising-bising' buat kecoh diluar.

Mereka tak kaya, tapi cukup jaga hubungan dengan guru anak-anak mereka.

Penempatan pertama aku dahulu di sekolah yang ramai orang asli. Setiap kali menerima bantuan, terus saja mereka singgah ke kelas prasekolah dan menghulurkan sumbangan bulanan.

Ya, kebanyakan prasekolah ada mengutip sumbangan bulanan atau pun sekali secara tahunan. Ia berlaku atas persetujuan majoriti ibu bapa. Sama seperti PIBG.

Dan bila sama macam PIBG, hukumnya juga tentu sama. Sunat sahaja, bukan wajib.

Bahkan ada sekolah yang terpaksa 'berperang' dengan KPM dan JPN yang tidak membenarkan dikutip sesen pun dari ibu bapa kerana ada ibu bapa komplen.

Walhal, dalam kalangan ibu bapa sendiri jugalah yang memberikan cadangan dan bersetuju menyumbang.
.

Hakikatnya, wang itulah yang banyak menggerakkan segala macam aktiviti anak-anak sepanjang tahun.

Makna kata, setiap sen itu gunanya untuk semua murid. Bapa kau bayar ke tak bayar ke, anak itu mencicip hasil yang sama dari sumbangan ibu bapa lain.

Tak terasa apa-apa?
.

Biasanya kutipan amat minima. Sekitar RM10 sebulan dan jumlahnya dalam RM100 ke RM150 setahun.

Ya, setahun tuan-tuan dan puan-puan. Bayaran setahun ini tak mampu nak cover bayaran sebulan pun jika anak-anak terpaksa ke tadika swasta yang aku listkan kat atas.

Aku bubuh list itu bukan saja-saja. Tapi nak biarkan kita ini buka mata. Dan hadirkan rasa syukur dan insaf sama.
.

Segelintir ibu bapa dalam kalangan profesional dan berada ini jugalah yang selalu menjadi masalahnya.

Maaf cakaplah.
Bukan tuduh saja-saja.
Ini pengalaman bertahun lamanya.

Dannnn..aku boleh faham lagi kalau anak orang lain, tetapi kalau cikgu yang ada anak di prasekolah pun bising, ini yang

paling aku tak faham.

Kau cikgu, kau tahu betapa peritnya kita nak 'run' sekolah dengan peruntukan yang ada, kau faham benar karenah yang kita perlu lalui, tiba-tiba kau pula yang bising?

Kau dah kenapa?

Segelintir Ibu bapa yang acah-acah golongan profesional ini pula biasanya akan menuntut macam-macam.

Lihat silibus Brainy Bunch, mahu anak jadi seperti itu. Lihat hasil Little Caliphs, gesa cikgu buat begitu. Lihat produk Genius Aulad, minta cikgu buat juga seperti itu.

Lihat orang buat lawatan, kau mahu.
Lihat orang sambut hari lahir anak gah-gah, kau mahu. Lihat aktiviti tadika swasta pelbagai, kau mahu.

Minta, minta, minta.

Tapi sumbangan?
Nehi! Siap berkira lagi.

Bertungkus lumuslah cikgu-cikgi prasekolah cari dana sana sini untuk tampung kehendak besar ibu bapa.
.

Umum tahu, barangan pembelajaran kanak-kanak bukanlah murah. Semua yang ada anak kecil, tahulah harga mainan dan barangan bagaimana. Tetapi sedaya upaya cikgu beli juga.

Mana tak nya. Ibu bapa mahu anak kuasai psikomotor halus, kasar, mampu masak, mampu berkebun, mahu jadi genius, mahu jadi doktor.

Mampu hafaz al-Quran, mampu menyanyi, mampu menari, tapi dalam masa yang sama, membaca menulis mengira pun mahu excellent juga.

Harap, harap, harap.

Macam seolah-olah letak anak di kilang dan harap keluar produk 'brilliant'. Tetapi pada masa yang sama, abaikan anak-anak di rumah dan tak sambung pendidikan yang guru bagi di sekolah.

Sibuk, sibuk, sibuk.
.

Ini part akhir.

Jangan berhenti baca lagi.
Minum air sekejap tak apa.
.

Betul, Prasekolah KPM ada peruntukan.

Ha, part ni lah yang ramai berbunyi. Katanya, sekolah kerajaan. Kerajaanlah bagi duit.

Amboi, anak siapa lah yang hijau sangat ini.

Ini bukan rahsia, kalau kalian google pun boleh jumpa. Peruntukan KPM ada 3 untuk Pra.

1. Belajar.
2. Makan 2x sehari.
3. Sukan.

1. Peruntukan belajar atau disebut PCG tu, RM100 setahun bersamaan lebih kurang RM9 sebulan atau 50 sen sehari.

2. Makan sarapan dan rehat, RM2 sehari. Lebih kurang sarapan 5 kupang, makan pagi RM1.50.

3. Peruntukan sukan RM25 setahun. Lebih kurang RM2 sebulan.

Ok, meh sini ibu bapa yang bising tadi.

Aku nak tanya secara jujur. Kau rasa cukup tak nak buat macam-macam aktiviti yang kau impikan dengan peruntukan sebanyak ini?

Kau bela anak hari-hari, kau tahu belanjanya banyak mana kan? Sekali kau masuk kedai RM2.10, berapa kau habis?

Yang aku sebut itu peruntukan setahun tau.
Bukan sekali pakai. Jadi, boleh tak kau berhenti mengomel dan jadi rasional.

Maaf kalau aku kasar. Sebab ini bidang aku. Dan aku wakili semua guru Prasekolah satu Malaysia yang berdepan situasi serupa.

Nak salahkan orang lain lagi?
Nak salahkan kerajaan?

Pada aku, kerajaan dah jalankan tanggungjawab yang secukupnya.

Nilai kecil per individu tetapi jika dijumlahkan seluruh negara, jutaan ringgit telah kerajaan keluarkan untuk prasekolah sahaja.

Jauh lebih tinggi dari peruntukan untuk murid sekolah rendah mahupun menengah!

Nak yang macam mana lagi?
Anak itu anak kita.
Usaha lah sehabis daya.

Dan seperti hantaran semalam, aku kata, bila ada masalah, jumpa terus guru bincang sama.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Jangan bising-bising tak ketahuan punca.

Bila kena 'smash' tahu marah pula,
kata cikgu tak guna.

Kau ini bagaimana,
atau kami ini harus bagaimana?

#khairulkamilin

• gambar sekadar hiasan •

*yuran setiap tadika dan pusat asuhan berbeza mengikut lokasi dan jam penjagaan anak.

Kredit Khairul Kamilin

Scammer

Bagaimana scammer boleh mengeluarkan duit tanpa OTP?

Scene 1

1. Saya terima beberapa panggilan dari 017 813 5084 . Panggilan tidak dijawab.

2. 017 813 5084 ( scammer ) hantar WhatsApp. Saya buka. Ada beberapa screen shoot / gambar SMS OTP yang telah dibuat.

3. Scammer meminta no OTP tersebut kerana isteri tersalah hantar. Saya tidak beri OTP. Scammer hantar gambar kad pengenalan beliau dan video yang menunjukan no akaun beliau untuk menyakinkan saya.

4. Dalam masa yang sama beberapa SMS dari 63633 masuk ke hp saya sewaktu kami masih berbalas WhatsApp. SMS tersebut adalah beberapa OTP untuk kebenaran pengeluaran dan pengesahan device. Saya sudah agak dia adalah scammer. Tiada OTP diberikan.

5. Scammer hantar lagi beberapa gambar SMS OTP ke WhatsApp saya . Saya tidak memberi OTP.

6. Terima SMS dari 63633 yang menyatakan pengeluaran duit telah berjaya dibuat ke salah satu akaun Favourite List saya.

7. Waktu tersebut saya baru tersedar telah enggage dengan scammer di WhatsApp = hampir satu jam.

8. Saya hubungi Customer Service hotline. Sah = pengeluaran tersebut telah berjaya dipindahkan ke salah satu Favourite List saya. Baki akaun yang tinggal hanya RM 41.35. Scammer telah berjaya mengeluarkan beberapa ribu ringgit, tinggal RM 41.35 sahaja. Tindakan Customer Service = blok kad + online banking termasuk mobile app. Suruh buat laporan polis.

9.  Saya block no 017 813 5084 dari WhatsApp; (selepas menghubungi Customer Service). Malang nya perbualan kami di WhatsApp juga terpadam. Antara maklumat yang terpadam ialah video paparan akaun scammer dan  gambar kad pengenalan scammer tadi.

Scene 2.
1. Pergi ke Balai Polis Samarahan. Laporan dibuat.
2. Mereka suruh rujuk di Balai Polis Sg Maong kerana ia lebih kepada commercial crime.

Scene 3.
1. Pihak polis cadangkan saya hubungi pihak penerima dalam Favourite List tersebut.

2. Saya call. Pihak Favourite List saya ada menerima panggilan dan WhatsApp dari  seseorang bahawa isteri dia tersalah pindah duit.

3. No yang digunakan 017  866 0079. Gambar profile adalah sama dengan gambar profile WhatsApp saya.

4. 017 866 0079 hantar gambar bukti transaksi yang telah berjaya.

5. Favourite List semak akaun dan sah duit telah berjaya masuk.

6. 017 866 0079 minta dipulangkan kembali duit tersebut kerana salah tranfer. Scammer beri no akaun yang lain. Jika Favourite List ingkar, scammer ugut laporan polis akan dibuat .

7. Favourite List pindah duit ke akuan tersebut sebab takut.

Scene 4.
1. Pegawai polis di Sg Maong memaklumkan; menurut laporan polis setakat ini ( awal September 2019) lima laporan telah dibuat di seluruh negara berkenaan no 017 813 5084 .

2. Modus operandi ialah meminta OTP kerana untuk kemaskini device atau salah transfer. Pindah duit ke akuan Favourite List mangsa. Ugut / suruh Favourite List pindah ke akaun lain. Akaun lain = besar kemungkin adalah akaun keldai/ transit

3.Jumlah keseluruhan sekarang lebih RM 63 ribu

Pengajaran / Analisis:

1. Jangan online / engage dgn scammer. ( Mereka mungkin boleh duplicate WhatsApp kita. Mungkin juga boleh clone hp kita. Segala yang berlaku pada masa tersebut = akan dipaparkan kepada mereka secara langsung. Transaksi jahat mereka berlaku semasa kita masih online + engage dengan mereka.)

2. Off WiFi . Disconnect mobile data; jika pemanggil disyaki adalah scammer.

Sharing is Caring..

Jonathan Sidi.

Sabtu, 7 Disember 2019

Guru

Dahulu kami diajar utk utk tidak mencari silap guru. Berdoa agar aib guru ditutup rapat di depan kami anak muridnya. Semoga dengannya lahir hormat dan  keberkatan pada guru dan ilmu akan menjadi manfaat. Namun kita skg senang sekali mencari silap celanya guru. Merobek2 dan mencari aibya sedangkan dia juga manusia biasa yang punya kelemahan dan keaiban.

Sahabat, jangan dicari cela guru, kami pasti akan menjumpainya sbb dia juga manusia biasa sebanding kita. Bersangka baiklah dgnnya, kesungguhan dan keihlasannya mngkin tak dapat kita gambarkan. Memadailah kita menilainya melangkaui dari keaiban dan kelemahannya.

Imam Al-Ghazali . Dalam Bidayah Al- Hidayah. Permulaan untuk mendapat petunjuk. Menegaskan hal berikut.

1. Kurangkan bercakap dihadapan guru.

2. Bertanya setelah dizinkan oleh guru.

3. Tidak menyanggahi guru. Contohnya berkata, “Kenapa ada pandangan lain yang bercanggah dengan pandapat cikgu”.

4. Berbahas dengan guru. Menunjukkan pandangan yang berbeza. Seolah-olah ia lebih tahu daripada guru.

5. Berbual-bual dengan rakan semasa guru sedang mengajar.

6. Jangan berpaling muka daripada guru. Tataplah matanya. Beradab seolah – olah di dalam solat.

7. Jangan bertanya soalan yang banyak. Ketika guru kelihatan letih. Atau jemu.

8. Bersangka baik dengan amalan zahir guru. Yang mungkin dilihat tidak benar disisi murid. Ingatlah kisah Nabi Musa dan Khidir.

Adab ini akan menambah kefahaman ilmu. Tambah berkat. Disayangi guru.

Kredit: Jafri Abu Bakar Mahmoodi

Rabu, 4 Disember 2019

Bakal pengantin

Pesanan Buat Bakal Pengantin:

Kami noktahkan wasiat seperti berikut:

• Sentiasalah bertaqwa kepada Allah iaitu rasa takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, redha dengan rezeki Allah dan persediaan untuk hari akhirat. Inilah takrifan Saidina Ali RA berkenaan taqwa.

• Mengikut sunnah para Rasul. Daripada Abu Ayyub RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

‎                     أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِينَ الْحَيَاءُ وَالتَّعَطُّرُ وَالسِّوَاكُ وَالنِّكَاحُ

Maksudnya: “Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul, iaitu sifatmalu, berwangi-wangian, bersugi dan nikah.”
                                                Riwayat al-Tirmizi (1080)

Nas ini menunjukkan perkahwinan atau pernikahan merupakan sunnah para Nabi dan Rasul. Justeru, mengikutnya bermakna mengikut semua Nabi sudah pasti membawa banyak kelebihan dan kebaikan.

• Bangunlah solat malam walaupun dua rakaat, kerana besar keberkatannya.

• Bermusyawarahlah dengan cara yang baik.

• Ingatlah masing-masing mempunyai banyak kelemahan, Cuma redha dan lihatlah kelebihan masing-masing, begitu juga lihatlah kelemahan dari sudut positif.

• Makanlah rezeki Allah mengikut seadanya, itulah keberkatan.

• Elakkan daripada berhutang supaya mungkin ini kerana merungsingkan jiwa dan menggerhanakan kehidupan.

• Lazimilah majlis ilmu walau sekali seminggu. Inilah muhasabah diri secara tidak langsung dan menambahkan ilmu makrifat dalam kehidupan.

• Cubalah kaki kita menapak ke masjid walaupun seminggu sekali, antara nikmat indah hidup berkeluarga dapat menapak kaki ke masjid dengan keluarga.

• Bacalah al-Quran setiap hari walaupun satu ayat Cuma, lebih baik fahamilah maksud dan maknanya untuk dijadikan pedoman dalam hidup.

• Kepada bakal Isteri jadilah isteri yang solehah penyejuk mata hati suami. Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda:

‎مَا اسْتَفَادَ الْمُؤْمِنُ بَعْدَ تَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، خَيْرًا لَهُ مِنْ زَوْجَةٍ صَالِحَةٍ، إِنْ أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ، وَإِنْ نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ، وَإِنْ أَقْسَمَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْهُ، وَإِنْ غَابَ عَنْهَا نَصَحَتْهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ

Maksudnya: “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah SWT lebih dari isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika di tinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.”
                                                            Riwayat Ibn Majah

Dan daripada Abdullah bin Amr RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

‎                           الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan yang bersifat sementara dan keseronokan yang paling baik di dunia ialah wanita yang solehah.”
                                                     Riwayat Muslim (1467)

Sesungguhnya, mereka yang mempunyai isteri yang solehah sudah pasti mendapat ketenangan dalam jiwa sebagaimana yang terdapat dalam banyak nas al-Quran dan hadis. Hadis seterusnya pula menunjukkan sebaik-baik perhiasan ialah isteri yang solehah.

Akhir kalam, sekali lagi kami ucapkan dengan lafaz:

‎                                 بَارَكَ اللهُ لَكُمْوَبَارَكَ عَلَيْكُمْ وَجَمَعَ بَيْنَكُمْ فِي خَيرِ
‎                         رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
‎                             رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

SS USTAZ DATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

#barakallahulakum
#baitulmuslim

Selasa, 3 Disember 2019

Link kimi-A!

https://twitter.com/benzyrl/status/1162377593787568128?s=09

https://drive.google.com/folderview?id=1-qagZ0R49DE4V4sCQ_ougcG60KU3-dM3

http://vinartimahmud.blogspot.com/2018/09/mind-maps.html?m=1

https://t.co/Ep1xW9dqKa

https://t.co/RZz5fxFXaS

https://www.facebook.com/matrictutor4U/?referrer=whatsapp