Dahulu kami diajar utk utk tidak mencari silap guru. Berdoa agar aib guru ditutup rapat di depan kami anak muridnya. Semoga dengannya lahir hormat dan keberkatan pada guru dan ilmu akan menjadi manfaat. Namun kita skg senang sekali mencari silap celanya guru. Merobek2 dan mencari aibya sedangkan dia juga manusia biasa yang punya kelemahan dan keaiban.
Sahabat, jangan dicari cela guru, kami pasti akan menjumpainya sbb dia juga manusia biasa sebanding kita. Bersangka baiklah dgnnya, kesungguhan dan keihlasannya mngkin tak dapat kita gambarkan. Memadailah kita menilainya melangkaui dari keaiban dan kelemahannya.
Imam Al-Ghazali . Dalam Bidayah Al- Hidayah. Permulaan untuk mendapat petunjuk. Menegaskan hal berikut.
1. Kurangkan bercakap dihadapan guru.
2. Bertanya setelah dizinkan oleh guru.
3. Tidak menyanggahi guru. Contohnya berkata, “Kenapa ada pandangan lain yang bercanggah dengan pandapat cikgu”.
4. Berbahas dengan guru. Menunjukkan pandangan yang berbeza. Seolah-olah ia lebih tahu daripada guru.
5. Berbual-bual dengan rakan semasa guru sedang mengajar.
6. Jangan berpaling muka daripada guru. Tataplah matanya. Beradab seolah – olah di dalam solat.
7. Jangan bertanya soalan yang banyak. Ketika guru kelihatan letih. Atau jemu.
8. Bersangka baik dengan amalan zahir guru. Yang mungkin dilihat tidak benar disisi murid. Ingatlah kisah Nabi Musa dan Khidir.
Adab ini akan menambah kefahaman ilmu. Tambah berkat. Disayangi guru.
Kredit: Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan