Rabu, 25 Disember 2019

solat gerhana

🔵 *SEMPENA GERHANA MATAHARI*
          *26 Disember 2019 (Khamis)*

▶ *AMALAN SUNAT KETIKA GERHANA*
1) Melihat kejadian gerhana.
2) Melakukan dua (2) khutbah selepas melaksanakan shalat sunat gerhana.
3) Memperbanyakkan doa kepada الله سبحانه و تعالى memohon keselamatan dan menolak bala bencana.
4) Beristighfar.
5) Bersedekah.
6) Mengelakkan diri daripada mempercayai sebarang khurafat, tahyul dan iktikad yang salah mengenai kejadian gerhana.

▶ *SHALAT GERHANA*
1) Hukum : _Sunat Muakkad (sangat dituntut)._

2) Masa : _Afdhal pada waktu kemuncak gerhana._

3) Memanggil Jemaah : _Memadai dengan lafaz "الصلاة جامعة"._

_Daripada 'Aisyah r.a, bahawasanya matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah ﷺ, dengan "as-Shalatu Jami'ah" (ayuh shalat berjemaah). Beliau pun lantas tampil ke hadapan, bertakbir dan melaksanakan shalat dengan dua rakaat yang di dalamnya dilaksanakan empat (4) kali rukuk._
📗 _Riwayat Muslim : No. 1501_.

4) Niat : _Lafaz Shalat Gerhana Matahari_

*i - Bersendirian;*
~ *أصلي سُنَّةً كُسُوفِ الشَّمْسِ ركعتين لله تعالى* ~
Maksudnya : _"Sahaja aku shalat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala."_

*ii - Berjemaah;*
~ *أصلي سُنَّةً كُسُوفِ الشَّمْسِ ركعتين إِمَامًا/مأمُومًا لله تعالى* ~
Maksudnya : _"Sahaja aku shalat sunat gerhana matahari dua rakaat (imam/makmum) kerana Allah Ta'ala."_

▶ *TATACARA*
- Shalat gerhana dilakukan dengan dua (2) rakaat dimana setiap rakaat mestilah mempunyai :
a) Dua (2) kali qiyam (berdiri);
b) Dua (2) kali membaca surah;
c) Dua (2) kali rukuk yang mana kesemuanya dilakukan secara biasa tanpa memanjangkannya.

- Jadi untuk dua (2) rakaat kita hendaklah mempunyai :
a) Empat (4) qiyam (berdiri);
b) Empat (4) kali membaca surah;
c) Empat (4) kali rukuk kesemuanya.

- Sah juga dilakukan sunat gerhana ini sebagaimana shalat Juma'at atau shalat sunat biasa dengan dua (2) rakaat, dua (2) qiyam dan dua (2) rukuk tetapi ia telah meninggalkan fadhilat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah ﷺ.

*A< Rakaat Pertama.*
1) Takbiratul ihram.
2) Membaca doa iftitah.
3) Membaca Ta'awudz (تعاوذ).
4) Membaca surah al-Fatihah.
5) Membaca surah, afdhal adalah surah al-Baqarah (Riwayat al-Bukhari : No.986).
6) Rukuk dan membaca tasbih
(سبحان ربي العظيم وبحمده).
7) Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah, afdhal adalah surah ali-Imran.
8) Rukuk dengan membaca tasbih.
9) Iktidal.
10) Sujud dan membaca tasbih (سبحان ربي الاعلى وبحمده).
11) Duduk di antara dua (2) sujud.
12) Sujud kedua dan membaca tasbih.
13) Berdiri rakaat kedua.

*B< Rakaat Kedua*
1) Membaca surah al-Fatihah.
2) Membaca surah dan yang lebih afdhal surah an-Nisa'.
3) Rukuk dan membaca tasbih.
4) Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah, afdhal adalah surah al-Maidah.
5) Rukuk dengan membaca tasbih.
6) Iktidal
7) Sujud kedua dan membaca tasbih.
8) Duduk di antara dua (2) sujud.
9) Sujud kedua dan membaca tasbih.
10) Membaca tasyahud akhir.
11) Memberi salam.

📕 _(Kitab *Sabil al-Muhtadin*, Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah al-Banjari, Juz.2 Halaman 58-60)_

*~ _Ustaz Ismail Al-Bakabi_* ✒

Tiada ulasan:

Catat Ulasan