Selasa, 3 Disember 2019

Nota sendiri

Make your own notes.

Saya tak suka baca nota yang pensyarah saya bagi sebab nota tu adalah untuk pensyarah tu, dan hanya pensyarah tu sahaja yang faham nota tu, bukan untuk saya.
Maka saya kenalah buat nota saya sendiri, yang hanya saya sahaja yang faham nota ni, sebab ini nota saya.
Bila saya buat nota saya sendiri, saya bebas nak susun macam mana nota saya, pen warna apa nak guna, gambarajah apa nak lukis, peta minda apa nak guna. Semua saya yang tentukan.

Bila saya nak buat rujukan, saya tahu mana nak cari bahagian yang saya nak baca.
Saya faham apa yang saya tulis dan senang nak hafal apa yang perlu saya hafal.

Sebab ini nota saya sendiri.

Bila kawan saya nak pinjam nota saya, saya bagi je sebab saya tahu mereka takkan faham nota saya, sebab tu nota saya, hanya saya yang faham.

Kalau mereka nak faham, buatlah nota sendiri.

Memang buat nota sendiri memakan masa, tetapi berbaloi dengan hasilnya.

Itulah yang saya lakukan sewaktu saya belajar dulu dan sampai sekarang saya masih buat perkara yang sama.

Saya ada nota saya sendiri.

Jadi

Buatlah nota anda sendiri.

Analogi: Anda suka guna handphone sendiri ke atau suka guna handphone orang lain? Pastinya anda lebih selesa guna handphone sendiri sebab ia handphone anda (walaupun jenama cikai)
Macam tu la juga nota.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan