Isnin, 30 Disember 2019

lemah

*MENGHINA YG LEMAH*

_Apa harta yg paling bernilai sekali atas dunia ini?_

*EMAS*. Ya, emas adalah antara benda yg paling mahal di dunia ini. Dan sudah menjadi lumrah, benda yg mahal akan disukai oleh semua manusia.

Emas juga adalah sejenis batu yg agak istimewa. Satu-satunya batu yg dikenakan zakat keatasnya. Dan batu yg dilarang bagi lelaki untuk memakainya.

_Apa perbezaan emas dan kayu?_

Yg jelas bagi kita dari segi nilainya yg jauh berbeza. Emas jauh lebih berharga dari kayu.

Tapi, di saat kita akan tenggelam di lautan. Kayulah yg akan kita pegang erat. Dan emas pun akan kita buang. Semata-mata nak menyelamatkan diri.

Sebab itulah jangan sesekali memandang remeh pada sesuatu yg lemah. Kerana ada saatnya, yg lemah itu jauh lebih berharga kepada kita.

_Jangan remehkan kawan kita yg lemah. Kerana mungkin dia yg akan membantu saat kita susah._

_Jangan remehkan orang yg serba kekurangan. Mungkin, dia yg akan tarik kita ke syurga._

_Jangan remehkan setiap ilmu yg kita miliki. Kerana mungkin, ilmu itu yg membezakan darjat kita dengan yg lain._

_Jangan remehkan setiap amalan kebaikan yg kita buat. Kerana mungkin, amalan itu menjadi penyebab kita ke syurga._

Kesimpulannya, hormati dan hargai segala perkara dalam hidup kita. Tak kira lah kecil atau besar. Kerana kita tidak tahu yg mana lebih tinggi nilainya kepada kita.

Ikhlas,
Ustaz Yusri.
Tim Nusrah Prihatin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan