PISA dan DNA
Seorang awam bertanya kepada aku kenapa sistem pendidikan kita spt 'tidak menjadi'. Camner plak aku nak jawab ni. Bagi tidak menghampakan, aku bagilah apa yang ada dalam pemikiran aku..
1. Sejak zaman 'kesultanan' masyarakat kita terbudaya dengan pangkat dan kebesaran yang membawa kepada sanjungan.
2. Ibubapa ingin anak menjadi 'Doktor' kerana ia satu profession yang 'terhormat' dan mendapat 'sanjungan'. Tentu ibubapa akan terkejut giler jika anak mereka ingin menjadi 'Youtuber'.
3. Gelaran dan pangkat dalam masyarakat malah gelaran Dr. dari PhD pun khabarnya turut menjadi buruan sehingga sanggup dibeli, demi mendapat sanjungan terpuji.
4. Budaya ini telah meresap dalam DNA kita sehingga terkesan dalam semua sistem kehidupan, tidak terkecuali pendidikan.
5. Budaya mendapat As sebagai satu bentuk sanjungan dalam pendidikan mengakar kukuh sehingga exam orientation adalah intention yang memberi reflection kepada KPI murid, guru, sekolah malah ibubapa.
6. Budaya ini menyilaukan mata, sehingga wujud situasi eksklusif kepada yang 'high achiever', mendapat advantages accumulation dari pelbagai aspek.
7. Silauan ini mengkaburkan perhatian kita kepada kemurnian inklusif sebagai satu ekuiti dalam pendidikan. Juga menyukarkan kita faham kenapa perlunya pendidikan dgn keutamaan yg membawa kepada sikap kebersihan, kecintaan, menghormati dan bertoleransi.
8. Ya... kita sentiasa ingin membuat transformasi tetapi budaya yang mengalir dalam DNA akhirnya membawa kepada solusi content silibus yang tinggi, buku teks yang semakin padat diusung kesana sini serta 'pemikiran aras tinggi' yang masih berunsur latih tubi. Guru sendiri tak tahu nak buat macamana, apa yang tak kena, sedang arahan telah cuba dilaksana..
9. Semua ini adalah perubahan lapisan luar sedang masalah yang lebih asas dan mendalam masih tersembunyi... ketidaksanggupan meninggalkan budaya sanjungan pangkat dan kebesaran dan bila dibawa dalam pendidikan hanya akan membawa perubahan ini sentiasa bermula dititik yang sama...
10. Jangan salahkan anak-anak kerana kitalah yang terlebih mencipta sistem utk mereka.. lalu mereka meneruskannya.
OT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan