HAKIKAT SPM
"Puan, dah pernah ambil SPM?"
Tanya ustaz ketika di dalam kelas Taddabur Quran bulan lalu. Beliau yang dari depan menghampiri meja saya.
"Eh, mestilah sudah, ustaz. 20 tahun lepas"
Jawab saya yakin.
"Agak-agak kalau diberi peluang, nak ambil lagi sekali tak?"
Tanya ustaz lagi.
"Taknaklah ustaz"
Jawab saya ringkas. Dalam hati berkata sendiri, apalah yang ustaz nak terangkan tentang SPM ni.
Ustaz kembali ke depan memberikan penerangan.
"Hakikatnya, kita semua bakal menduduki SPM kedua. Bezanya, ujiannya adalah sepanjang kehidupan kita namun tarikh keputusannya kita tidak tahu. Jadi perlu sentiasa ada persediaan. Buku rujukannya sudah ada.
Itulah dia, Sijil Padang Mahsyar (SPM). Bila tarikhnya tidak diketahui. Buku rujukannya adalah Al Quran. Ujiannya sepanjang kita berada didunia. Keputusannya nanti apabila berlakunya akhirat yang kekal.
Semua yang di dalam kelas tertunduk. Seolah sedang membayangkan bagaimanalah keadaannya ketika mengambil keputusan SPM akhirat.
Ustaz menyambung lagi, kali ini dengan penerangan yang lebih menyentap.
"Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dunia ini nampak besar sangat sebab dengan keputusan baik, seolah-olah nampak cerah sangat masa depan untuk kehidupan yang sementara. Walhal tidak ada jaminan pun. Tetapi inilah yang dikejar-kejarkan.
Tapi keputusan yang kita dapat ketika Sijil Padang Mahsyar (SPM) di akhirat, adalah penentu kemana kita seterusnya selepas kehidupan yang kekal. Balasan syurga dan neraka yang kekal, tetapi kebanyakan kita tidak nampak itu semua.
Ibu bapa menyiapkan anak dengan segala segi persediaan untuk SPM dunia. Hantar anak tuisyen, panggil lagi guru datang kerumah, tak cukup dengan itu, hantar lagi bagaimana cara menjawab soalan yang betul.
Tapi apa usaha ibu bapa untuk persediaan anaknya untuk mendapatkan keputusan yang baik didalam SPM akhirat kelak?
Maksud Al Fatihah pun tidak tahu, bagaimana mereka dapat melaksanakan solat dengan sempurna, sedang solat adalah amalan yang memberikan markah yang tertinggi disana nanti"
Allahuakbar, kata-kata ustaz bagai satu pukulan ghaib, tidak nampak dengan mata kasar, tetapi sakitnya menyucuk sampai ke tulang hitam! Saya adalah guru. Yang pernah membawakan propaganda dengan mendapat keputusan SPM dunia yang baik, menjamin masa depan yang cerah!
Ustaz kemudiannya bertanya kami semua,
"Pernah tengok keadaan anak-anak yang ambil keputusan SPM? Masing-masing beratur dengan berdebar. Ahli keluarga ibu bapa semua tunggu di belakang. Menunggu giliran anak-anak, mengambil keputusan, baik atau tidak. Mereka tertanya adakah sama keputusan seperti adik beradik yang lain?
Nak tahu bagaimana keadaannya kita nanti mengambil keputusan SPM di akhirat?"
Al- Inshiqaq : 7
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
Al-Inshiqaq : 8
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
Al-Inshiqaq : 9
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
Al-Inshiqaq : 10
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
Al-Inshiqaq : 11
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
Al-Inshiqaq : 12
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
Al-Inshiqaq : 13
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
Al-Inshiqaq : 14
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
Al-Inshiqaq : 15
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
*************
Kita marah anak-anak kita tidak baca dan faham isi kandungan buku kerana takutkan mereka gagal dalam peperiksaan. Namun kita tidak pernah marah mereka tidak baca dan faham Al Quran, walhal itulah yang menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran api neraka.
Analoginya mudah, tak baca / faham buku, mana mungkin dapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang. Tak baca / tak faham Al Quran, mana mungkin masuk syurga Allah dengan senang.
Oleh: Prof Ajmain (UTM)
SUMBER: FB USTAZ IQBAL ZAIN
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Sabtu, 7 Mac 2020
Jumaat, 6 Mac 2020
sains barat
KECELARUAN SAINS BARAT: NEUTRAL YANG TIDAK NEUTRAL
Sains moden (sekular) mendakwa bahawa sains seharusnya neutral (bebas) dan tidak memihak kepada mana-mana pegangan. Ini bermaksud kita harus meragui kebenaran yang kita yakini sehingga terbukti benar menurut sains.
Hakikatnya neutral tersebut adalah tidak benar-benar bebas, ia hanya bebas daripada pegangan Agama tetapi tidak pada nilai-nilai songsang seperti sekularisme, materialisme dan liberalisme.
Tujuannya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menjauhkan manusia daripada nilai ketuhanan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika kita lihat semakin manusia mendalami sains, semakin ia meragui nilai ketuhanan, semakin ia jauh dari pegangan agama meskipun ia tetap solat dan menjalani ritual agama seperti biasa. Tetapi pemikirannya telah rosak ditelan sains (sekular) yang kononnya neutral dari sebarang pegangan.
Kerosakan ini merupakan akibat daripada penyelewengan terhadap konsep ilmu yang dilakukan barat. Mereka telah membuang segala nilai-nilai agama terhadap ilmu pengetahuan.
Fahaman songsang seperti rasionalisme, empirisme, relativisme, positivisme, sekularisme dan sebagainya yang berasal daripada barat telah merosakkan hakikat nilai ilmu yang sebenar. Bagi mereka ilmu harus berdiri sendiri tanpa ada kaitan dengan kuasa ketuhanan.
Padahal sebenarnya sains sendiri menemui jalan buntu apabila berhadapan dengan perkara yang diluar batasan upaya manusia.
Sains tidak dapat merungkai bagaimana terjadinya atom. Teori Darwin yang kononnya manusia terhasil daripada evolusi tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Mungkin Darwin sendiri pening dengan teori ciptaannya. Sains juga tidak dapat menjelaskan bagaimana kejadian alam berputar dengan teratur, jika ia terjadi dengan sendiri tanpa sang penguasa, pastinya ia akan menjadi serabut dan kucar kacir, tidak sekemas dan teratur seperti yang terjadi sekarang. Planet-planet mampu mengilingi matahari tanpa bertembung antara satu sama lain, siang dan malam yang berganti pada waktunya tanpa ada cacat sedikit pun, dan banyak lagi kejadian alam yang berlaku sehingga mustahil untuk kita yakini bahawa alam ini bergerak dengan sendirinya tanpa ada kuasa yang mengawalnya.
Oleh sebab itu, sains seharusnya dilengkapkan dengan nilai Islam supaya keyakinan terhadap penemuan sains dapat dikukuhkan lagi dengan hakikat ketuhanan. Segala yang berlaku pasti ada penguasanya. Tidak akan terjadi sesuatu melainkan dengan kuasa Allah.
Reza Amin
6 Mac 2020

mekah
Saat Manusia Berhenti Tawaf
Redaktur : Achmad Syalaby
Dalam hadis yang disahihkan Ibnu Hibban, Rasulullah bersabda, perbanyaklah tawaf sebelum Ka'bah diangkat dari muka bumi. Bangunan yang disebut Rumah Allah ini pernah dirobohkan dua kali. Jika dirobohkan lagi, maka rumah tersebut akan diangkat.
Hujjatul Islam Imam al-Gazali dalam Ihya Ulumuddin menuliskan pengalaman seorang wali yang mengalami penyingkapan spiritual (kasyf). Wali tersebut menjelaskan, meskipun matahari terbenam, tetap saja ada kerumunan orang bertawaf. Di antara mereka ada orang-orang khusus yang disebut abdal. Hingga tibanya fajar, tetap saja ada orang bertawaf. Pasti ada awtad atau orang dari kelompok khusus yang mencapai kasyf mengelilingi Ka'bah.
Jika tak ada yang bertawaf, itu pertanda Ka'bah akan diangkat dari muka bumi. Kalau itu yang terjadi maka manusia akan bangun pada suatu hari dengan tak lagi melihat bekas apa pun yang ditinggalkan Ka'bah.
Hal itu akan terjadi apabila tak ada lagi yang tawaf selama tujuh tahun. Ketika itu Alquran akan diangkat dari mushafnya. Mereka yang membuka Kitab Suci tersebut hanya akan menemukan lembaran kosong. Tak ada satu huruf pun dalam lembaran Alquran.
Kitab yang dibawa Rasulullah itu akan terhapus dari hati setiap insan. Manusia akan kembali kepada syair, lagu, dan kisah jahiliyah. Dajjal kemudian muncul. Nabi Isa turun ke bumi untuk menghancurkannya. Setelah itu kiamat tiba tidak dalam waktu lama, seperti seorang perempuan hamil menunggu kelahiran anaknya.
Seorang sahabat Rasulullah mengatakan, Allah selalu melihat penghuni bumi. Yang pertama kali dilihat adalah penghuni Tanah Suci atau al-Haram, yaitu yang berada di Makkah, terutama mereka yang berada di Masjidil Haram. Barang siapa yang dilihat Allah sedang bertawaf maka orang tersebut mendapatkan ampunan. Jika Allah melihat manusia sedang shalat maka orang tersebut mendapatkan hal yang sama.
Al-Gazali menceritakan, tak ada kota lain yang istimewa seperti al-Haram. Di kota tersebut, orang yang baru berniat jahat saja sudah diancam dengan siksaan pedih dari Allah. Sebaliknya, mereka yang berniat baik, mendapatkan pahala berlimpah.
Seorang alim, Prof Mutawalli Sya'rawi, mengatakan, Makkah adalah kota dengan berbagai keutamaan. Muslim yang memahami kota tersebut sebagai tempat perjuangan Rasulullah berdakwah akan berdoa dengan tenang. Dalam bukunya Alhajj Almabrur dia mengatakan, mereka merenungkan betapa mulianya Rasulullah dan nabi sebelumnya mempertahankan agama Allah di sana.
Mereka tak hanya merasakan Makkah sebatas karya manusia, tapi juga tanah yang suci dari dosa dan perbuatan jahat, sehingga dianggap sebagai rumah Allah. Mereka berdoa dengan tulus, memohon ampunan Allah. Mereka merendahkan diri, bertaubat, merenungkan dosa yang telah diperbuat, hingga membuat air mata menetes. Kesombongan keluar berbarengan dengan air mata yang membasahi pipi.
Mutawalli mengatakan, selesai menangis, kemudian kembali ke kampung halaman, muslim yang baru saja mengunjungi Tanah Suci, akan kembali merindukan pengalamannya menangis di al-Haram. Pengalaman itu menjadi pengingat agar tak lagi melakukan dosa.

Jumaat, 28 Februari 2020
masjid
*KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN KE MASJID*
Kisah seorang lelaki yang tidak pernah ke masjid dalam sepanjang hidupnya. Dia memang orang terkenal. Semua orang kenal dengannya. Semua orang ingin dekat dengannya. Maklumlah orang terkenal lah katakan. Rumah dia besar, kereta mewah, rezeki & hartanya melimpah ruah. Isterinya muda dan sangat cantik. Anak-anaknya semua berjaya dalam pelajaran. Alangkah bertuah hidupnya. Pasti semua orang mengidamkan kehidupan yang mewah sepertinya.
Pada satu hari ketika beliau sedang duduk santai di kerusi empuknya. Tiba-tiba hatinya terdetik untuk pergi ke Masjid. Entah kenapa.. Maka pada hari itu dia pun bersiap-siap lalu bergerak ke Masjid.
Setelah bertahun-tahun hidup, akhirnya inilah kali pertama dia ke Masjid. Alhamdulillah...mungkin ini hidayah DariNya.
Sesampai nya di Masjid, beliau pun masuk. Ketika beliau masuk, beliau terpandang beberapa orang jemaah sedang berbisik-bisik sesama sendiri. Beliau pun hairan sambil berkata didalam hati. “Oh.. mungkin diorang kenal dengan aku, aku kan orang terkenal.” Bisik hatinya.
Beliau yang segak berpakaian serba putih itu pun masuk seperti biasa. Tidak lama kemudian beberapa jemaah datang menghampiri nya sambil berkata sesama mereka.
“awak kenal ke dia ni?”
“eh..tak kenal.” balas sahabat disebelah nya.
“Eh takkan lah diorang tak kenal aku. Aku kan terkenal di kampung nie” Bisiknya.
Dia semakin tertanya-tanya. Tapi dia terus bersangka baik. Mungkin jemaah tu dari kampung lain. Sebab tulah diorang tak kenal aku. Lalu dia memberi salam kepada mereka semua.
“Assalamualaikum..”
Para jemaah itu tidak menjawabnya.
“Ishh.. sombong betul jemaah Masjid ni.”
Katanya dalam hati...
“Aku bagi salam tak jawab. Ni lah orang Masjid. Hari² pergi Masjid tapi hidup menyombong.”
Katanya lagi.
“Hish.. macam² perangai manusia sekarang ni. Takpelah. Baik aku tunggu imam datang, aku solat kemudian aku balik. Sekali jer lah aku datang Masjid ni kalau macam ni.” Marahnya dalam hati.
Tidak lama kemudian, imam pun sampai. Lalu imam itu menghampiri nya. Dia berasa pelik. Lalu imam itu berkata dihadapannya..
“Innalillahiwainnalillahirajiun"
Dia tersentak. Kemudian terlihat dibelakangnya sekumpulan keluarga yang sedang menangisinya. Isterinya serta anak-anaknya..
“Hah? Apa ni?” Dia terkejut sendiri.
“Aku dah mati ke?
Tiiiidddakkk !!!”
Rupa-rupanya memang benar.. sekali itu saja lah dia datang ke Masjid kerana itulah kali terakhir dia akan datang ke situ. Dan sayangnya, dia datang bukan sebagai jemaah tetapi sebagai jenazah. Dia datang bukan sebagai tetamu kehormat tetapi sebagai tetamu akhirat.
*Moral:*
*Bagi lelaki muslim, rajin-rajinlah hadirkan diri ke Masjid, supaya para jemaah kenal kita, supaya para Malaikat kenal kita, supaya Allah kenal kita. Dan yang paling penting sekali supaya kita kenal diri kita. Siapa kita sebenarnya dan apa tujuan kita hidup diatas bumi Allah ini*
Wallahua'lam..
هدايت كادابن

zikir
INILAH 4 WIRID YANG MENGGERUNKAN DAN MENAKUTKAN MUSUH-MUSUH ISLAM.
Amalan Empat Zikir yang lebih dikenali Ayat 4 menjadi amalan zikir yang amat mustajab di amalkan bagi menghadapi musuh durjana yang menyerang, memperkosa dan membunuh orang Islam.
Setiap wirid ini dibaca sebanyak 33 kali.
1. Tasbih Yunus (Al-Anbia:8)
لَِا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنِّيْ كُنْْتُ مِنَ الظََّاِلِمْين
“Tiada tuhan melainkanMu, Maha SuciMu (Ya Allah), sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim.”
(Al Anbiya:8)
2. Doa Hindari Kepahitan (Yusuf:21)
وَاللهُ غَالِبٌ عَلَى أمْرِِِْهِ
“Sesungguhnya Allah berkuasa penuh atas setiap urusannya”(Yusuf:21)
3. Doa Asif Barkhiya
يَاحَيُ يَا قَيُّوْمً يَا إِلَهَنَا وَإِلَهَ كُلِّ شَيْءٍ إِلَهاً وْاَحِداً لَاِ إِلَهَ إِلَا أَنْتَ
“Wahai Tuhan yang Maha Hidup, Wahai Tuhan yang Maha berdiri sendiri, Wahai Tuhan kami, Tuhan segala setiap sesuatu, Tuhan yang satu, Tiada tuhan melainkanMu (Ya Allah)”
4. Asma Allah
يَا ذَالْجَلا لِ وَالِْا كْرَم
“Wahai Tuhan yang memiliki segala Kebesaran dan Kemuliaan (Asmaul Al Husna)
Insyallah semuga musuh-musuh Islam akan gerun dan takut dengan orang yang mengamalkan zikir dan wirid ini.
Credit to *_Rahmat Rahman_*

Langgan:
Catatan (Atom)