*"Bangsa Melayu"*
Bangsa Melayu pernah kuat,
buka tanah guna tulang empat kerat,
masih sempat berbini empat,
tongkat ali jamu khasiat.
Bangsa Melayu pernah digentar,
ular, harimau ditepuk tampar,
kerisnya bisa, silatnya gempar,
amuk Melayu, bumi bergegar.
Bangsa Melayu pernah gagah,
berkaki ayam, hutan diredah,
pernah cuba diganyang penjajah,
umat Melayu, jihad fisabilillah!
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
terbilang merata, kesultanannya hebat,
7 bangsa penjajah cuba menempat,
dengan kudrat semua dihambat!
Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (SAW) pernah beri amanat,
buat dakwah, nun di bumi berkat,
di akhir masa, ramai wali hebat.
Bangsa Melayu bangsa hikmat,
sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (SAW) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.
Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
karamah, barakah jadi laziman.
Bangsa Melayu penuh daulah,
halusi sahaja kisah sejarah,
'Wa'ad Melayu jangan disanggah,
sanggah wa'ad, mendapat 'tulah'.
Tanah Melayu pernah berkat,
Raja dan rakyat sentiasa bermuafakat,
Alim ulamak sangat dihormat,
bumi bertuah, terbilang sejagat.
Bumi Melayu pernah berkat,
tempat tumpuan ulama sejagat,
madrasah, pondok merata tempat,
menjana insan unggul dan hikmat.
Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi (SAW), itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (SAW), penuh keramat.
Bumi Melayu pernah terbilang,
sejarah rajanya penuh gemilang,
turunan penjajah, entah kemana menghilang,
turunan Raja Melaka, tetap ditatang.
Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
beribu manuskripnya tersimpan merata,
dikaji selidik sarjana sedunia,
kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.
Bangsa melayu halus seninya,
hayati warisan persuratannya,
syair seloka sungguh indahnya,
pertukangan, sulaman, tiada taranya.
Berkurun Melayu junjung agama,
adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.
Orang Melayu usah alpa,
warisan bangsa bukan sehari dua,
pusaka Melayu 7 kurun lamanya,
menyimpan sejarah nenek moyang kta.
Orang Melayu usah goyah,
propaganda bohong supaya kita melatah,
ungkapan 'Melayu Lemah' semata tohmah,
strategi musuh melempar fitnah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
namun dicemar Inggeris keparat,
propaganda bohong itulah hakikat,
namun Melayu termasuk jerat.
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
bangsa Melayu pernah berdaulat,
silap Melayu membuang adat,
silap rajanya membuang muafakat.
bukan baru musibah Melayu,
telah bermula sekurun yg lalu,
serangan musuhnya bertalu-talu,
sehingga bangsa menjadi kelu.
Melayu mula ditimpa musibah,
pabila Inggeris datang menjajah,
adat dibuang, Agama disanggah,
Akhirnya Melayu mendapat 'Tulah'
Sekian lama Melayu jadi sasaran,
sejarah, jatidirinya jadi sasaran,
musuh luar, musuh dalaman,
mungkinkah tersirat suatu ramalan?
Melayu kini resah gelisah,
namun jelas hakikat sejarah,
mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?
Ingatlah hadis junjungan Rasulullah (SAW),
Panji Hitam dari Timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi Ahlul-Bait itulah kudrat,
Ulama & Umarak kuncinya terletak!!!!
Laksamana Hang Tuah, gagah orangnya,
Berguru, bertariqat, berisi dirinya,
jangan perlekeh riwayat firasatnya,
*'TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA!'*
'Puisi Karamah Melayu',
petikan buku Ahlul Bait Rasulullah SAW, Dinasti Melayu & Akhir Zaman.
-Bissirril Al-Fatihah-