Ahad, 30 Mei 2021

Realiti

 BAGAIMANA ROCKEFELLER MENGHANCURKAN PENAWAR SEMULAJADI & MENCIPTA BIG PHARMA


Pengarang, Chris Kanthan, telah menulis artikel yang luar biasa tentang bagaimana keluarga Rockefeller melemahkan masyarakat moden dengan banyak cara, tetapi yang tidak disedari oleh kebanyakan orang adalah betapa mereka menghapuskan penawar semula jadi.


Nama keluarga Rockefeller dikaitkan dengan penghancuran ubat semula jadi atau alami yang telah diamalkan manusia selama ribuan tahun demi untuk mencipta industri farmaseutikal yang menghasilkan banyak wang. Inilah yang ditulis oleh Chris untuk 'World Affair'


Manusia 'moden' hari ini akan memandang anda seperti orang aneh jika anda bercakap mengenai sifat penyembuhan tumbuhan atau amalan holistik lain. Sama seperti perkara lain, terdapat banyak politik dan wang di sebalik sistem perubatan moden kita.


Semuanya bermula dengan John D. Rockefeller (1839 - 1937) yang merupakan pembesar minyak, baron perompak, jutawan pertama Amerika, dan pemonopoli setiap industri.


Menjelang abad ke-20, dia menguasai 90% semua kilang minyak di A.S. melalui syarikat minyaknya, Standard Oil, yang kemudiannya dipecah menjadi Chevron, Exxon, Mobil dll. Pada waktu yang sama, sekitar tahun 1900, para saintis menemukan "petrokimia" dan kemampuan untuk membuat semua jenis bahan kimia dari minyak. Sebagai contoh, plastik pertama - yang disebut Bakelite - dibuat dari minyak pada tahun 1907.


Para saintis menemui pelbagai vitamin dan menduga bahawa banyak ubat farmasi boleh dibuat dari minyak. Ini adalah peluang indah bagi Rockefeller yang melihat kemampuan memonopoli industri minyak, kimia dan perubatan pada masa yang sama! Perkara terbaik mengenai petrokimia ialah segala sesuatu dapat dipatenkan dan dijual dengan keuntungan yang tinggi. Tetapi ada satu masalah dengan rancangan Rockefeller untuk industri perubatan: ubat-ubatan semula jadi / herba sangat popular di Amerika pada masa itu.


Hampir separuh doktor dan kolej perubatan di A.S. mengamalkan perubatan holistik, menggunakan pengetahuan dari Eropah dan Orang Asli Amerika. Rockefeller si pemonopoli, harus mencari cara untuk menyingkirkan persaingan terbesarnya. Oleh itu, dia menggunakan strategi klasik "penyelesaian masalah-reaksi." Iaitu, buat masalah dan menakut-nakutkan orang, dan kemudian tawarkan penyelesaian (yang telah dirancang sebelumnya). (Mirip dengan ketakutan keganasan, diikuti dengan "Patriot Act").


Dia pergi ke temannya Andrew Carnegie - seorang plutokrat lain yang menghasilkan wangnya dari memonopoli industri keluli - yang merancang skema. Dari Yayasan Carnegie yang berprestij, mereka menghantar seorang lelaki bernama Abraham Flexner untuk mengelilingi negara dan melaporkan status kolej perubatan dan hospital di seluruh negara. Ini membawa kepada Laporan Flexner, yang melahirkan perubatan moden seperti yang kita ketahui.


Tidak perlu dikatakan, laporan itu membincangkan mengenai perlunya penambahbaikan dan pemusatan institusi perubatan kita. Berdasarkan laporan ini, lebih daripada separuh daripada semua kolej perubatan. Homeopati dan ubat-ubatan semula jadi diejek dan ditipu; malah doktor dipenjara.


Untuk membantu peralihan dan mengubah pemikiran doktor dan saintis lain, Rockefeller memberikan lebih dari $100 juta kepada kolej, hospital dan menubuhkan kumpulan depan dermawan yang disebut "General Education Board" (GEB).


Dalam masa yang sangat singkat, semua kolej perubatan diselaraskan dan dihomogenkan. Semua pelajar belajar perkara yang sama, dan perubatan adalah menggunakan ubat yang dipatenkan. Para saintis menerima geran besar untuk mengkaji bagaimana tumbuhan menyembuhkan penyakit, tetapi tujuannya adalah untuk mengenal pasti bahan kimia mana yang berkesan, dan kemudian mencipta bahan kimia serupa - tetapi tidak serupa - di makmal yang boleh dipatenkan. Pil untuk orang sakit menjadi mantera perubatan moden.


Sekarang, 100 tahun kemudian, kita melahirkan doktor yang tidak tahu apa-apa tentang khasiat pemakanan atau ramuan atau amalan menyeluruh secara alami/semulajadi.


Seluruh masyarakat yang diperbudak oleh syarikat Rockefeller untuk kesejahteraannya.


Amerika membelanjakan 15% daripada KDNKnya untuk penjagaan kesihatan, yang semestinya benar-benar disebut "rawatan sakit." Ia difokuskan bukan pada penyembuhan, tetapi hanya pada gejala, sehingga menciptakan pesakit/pelanggan berulang.


Tidak ada penawar untuk barah, diabetes, autisme, asma, atau bahkan selsema. Ini adalah sistem yang diasaskan oleh oligarki dan plutokrat, bukan oleh doktor.


Untuk barah/kanser, American Cancer Society ditubuhkan oleh Rockefeller pada tahun 1913. Pada bulan kesedaran kanser payudara ini, sangat menyedihkan apabila melihat orang-orang dicuci otak mengenai kemoterapi, radiasi dan pembedahan.


Kita ditipu selama ini dan kita kononnya merasa bangga dengan kemajuan teknologi sedangkan kita telah meninggalkan segala yang semulajadi demi untuk mengkayakan industri Big Pharma ciptaan John D. Rockefeller dan keturunannya sehingga ke hari ini.


-Juan Casablanca

Sabtu, 22 Mei 2021

Sunnah isteri

 Adat Melayu vs Sunnah Islam Dalam Rumahtangga... 


Adat :


Isteri hidang makanan utk suami, isteri berdiri tepi...apa2 tak cukup, isteri kena tambah...hbis suami mkn, isteri kena angkat pinggan suami dan basuh...pastu bru isteri boleh mkn... 


Sunnah :


Rasulullah s.a.w mengajak isteri Baginda makan sepinggan dgnnya...Rasulullah s.a.w hanya menggunakan 1 cawan dan Baginda minum di tempat yg sama yg diminum isterinya...Rasulullah s.a.w juga menyuap isterinya makan...


😊👍


Adat :


Bila suami balik, makanan wajib ada bwh tudung, atas meja...


Sunnah :


Rasulullah s.a.w pulang ke rumah lalu melihat tiada makanan utk dimakan...ini kerana isteri Baginda belum ke pasar...Lantas Rasulullah s.a.w menyoal Saidatina Aishah, "Belum ada makanan ya Humaira?"


Saidatina Aishah menjawab belum ada kerana beliau belum ke pasar lagi...


Rasulullah s.a.w terus berkata, "Jika begitu, aku puasa saja hari ini..."


😊👍


Adat :


Isteri kena hantar suami smpai depan pintu rumah, isteri kena tunggu suami balik depan pintu rumah...


Sunnah :


Pernah sekali Rasulullah s.a.w pulang ke rumah dan Saidatina Aishah telah terlelap tidur. Baginda masuk perlahan2 ke dalam rumah dan Baginda tidor di luar bilik kerana tidak mahu membuatkan isterinya terjaga dari tidur...


😊👍


Adat :


Keje2 rumah semuanya tanggungjawab isteri...tanggungjawab suami ialah kluar mencari rezeki sahaja...


Sunnah :


Rasulullah s.a.w sering membantu isteri Baginda selepas Baginda pulang ke rumah...Baginda merupakan seorang pemerintah, pemimpin umat islam...Byk perkara yg Baginda kena fikirkan dan lakukan...namun Baginda masih menolong isteri Baginda melakukan keje2 rumah...


😊👍


Adat :


Kedudukan suami itu tinggi...isteri perlu taat dan hormat walau mcm mna pun keperibadian seorang suami tu...


Sunnah :


Rasulullah s.a.w pemimpin tertinggi umat islam...namun bila pulang ke rumah, Baginda merupakan org yg paling bertolak ansur dan lemah lembut dgn isteri...Baginda sedikit pun tidak meninggikan suara terhadap isteri Baginda...


Bahkan Baginda bersabda, "Sebaik-baik kalian ialah yg paling baik terhadap isterinya, dan aku baik terhadap isteriku..."


😊👍


Adat :


Seorang isteri wajib pandai memasak...suami dah bayar hantaran tinggi, klu tak pandai masak, maka isteri tu tak setimpal dgn wang hantaran yg dibayar...


Sunnah :


Ada satu ketika di mana Saidatina Aishah masak sesuatu dan ianya masin...Lalu Rasulullah s.a.w panggil Saidatina Aishah dan menyuapnya makan...tersedarlah Saidatina Aishah yg makanan itu masin dan Rasulullah s.a.w sedikit pun tidak menunjukkan muka yg kurang senang dgn masakan tersebut...


😊👍


Adat :


Isteri yg menyiapkan pakaian suami dari membasuh, mengeringkan, melipat dan menggantungkan baju suami...


Sunnah :


Rasulullah s.a.w menjahit dan menampal sendiri bajunya yg koyak tanpa perlu menyuruh isterinya...


😊👍


Kesimpulannya, amalkanlah sunnah dlm kehidupan rumahtangga berbanding adat...tak salah utk ikut adat, tapi biarlah bertempat...jgn terlalu menjunjung adat sehingga memudaratkan dan menghambakan org lain yg ada didalam rumahtangga tersebut...


Saidatina Aishah berkata, "Kalau Rasulullah s.a.w berada dirumah, Baginda Nabi selalu membantu urusan rumahtangga..."


Kalau Rasulullah s.a.w yg dijamin syurga pun boleh buat mcm ni, kita yg tiada jaminan syurga ni, takkan semudah ini pun tak nak ikut dan amalkan dlm rumahtangga...? Pahala free je ni klu ikut...


Renung-renungkan...✌️


Kredit: Tanyalah Ustaz

Jumaat, 21 Mei 2021

Guru

 Buat yang bernama GURU..


Seorang guru telah sediakan satu white board..di tempat yang bebas dan terbuka. Disediakan juga marker pen berwarna-warni di situ. 


Datang seorang pelajar yang gagal satu subjek, lalu dia menulis di white board, 

_*guru ini baik tapi tidak pandai mengajar*_...


Tak lama kemudian datang seorang pelajar pandai, lalu dia menulis di white board, 

_*guru ini sangat baik dan sangat pandai mengajar*_, 


Datang seorang pelajar yang gagal banyak subjek..lalu menulis..

_*guru sekolah ini  tidak berkualiti..tidak pandai mengajar. _*


Tatkala riuh di sekolah, datang seorang pelajar score A dalam semua subjek..lalu ia menulis di white board itu..

*_sekolah ini amat bagus sekali, guru-gurunya sangat baik hati...sangat memahami dan suka membantu pelajarnya.._*


Datang seorang bekas pelajar sekolah ini yang amat berjaya dalam hidupnya, lalu menulis di white board..

*_sekolah ini amat berjasa, membawa berkat kepada ku dan guru-gurunya sangat pandai mengajar dan mendidik ..*_


Kemudian datang seseorang yang tak dikenali lalu menulis di white board itu..

*_buang masa mendengar apa yang cikgu cakap dan tiada apa-apa aku dan anak aku dapat di sekolah ini.*_


Kemudian datanglah pengetua sekolah itu lalu memadamkan semua yang tertulis di white board itu..


terpadamlah semua tulisan di white board itu.. white board itu kembali putih dan bersih..


*Pengetua itu berpesan kepada gurunya*...


’’Janganlah risau kata orang, kerana setiap orang membaca dunia/hidup seseorang (tak kira bidang pendidikan/bukan) dengan tafsiran pemahaman dan pengalaman yang berbeza"


Teruslah melangkah selama engkau berada di jalan dan laluan yang benar..meski pun terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai..


Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada sesiapa pun....


Yang menyukai dan menghargai mu, tak perlu tahu semua kebaikan yang kamu lakukan.. 


dan yang membenci mu, tidak akan percaya tentang kebaikan yang masih ada pada diri mu.


Hidup bukan siapa yang terbaik..

tetapi hidup tentang siapa yang hendak berbuat baik & yang sentiasa memperbaiki diri


Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza, pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua hambaNya...


*Kita bukan sesiapa untuk menilai orang lain. Sebaik-baik penilai adalah Tuhan yang MAHA MENGETAHUI.*


Bahagia atau derita,  hidup mesti diteruskan. Kaya atau miskin, teruskan berusaha. Hanya kita mampu mengubah diri kita. Cipta bahagia ikut acuan sendiri. Corak hidup kita dengan warna warni kehidupan ikut kemampuan sendiri. Kata-kata yang baik jadikan azimat. Kata-kata nista dan cemuhan mahupun kutukan dan fitnah, biarkan ianya berlalu dibawa angin. 


Bahagia milik semua orang. Hidup senang dan tenang tidak semestinya dengan punyai wang yang banyak dan harta benda dunia yang melimpah ruah. Kita bahagia, kita tenang dan senang dengan apa yg ada. Tingkatkan sifat syukur. Insyaallah bahagia datang,  derita berlalu pergi


Ingat, siapa pun anda, usah terlalu fikirkan kata-kata orang lain. *Pujian* dan *kejian* , kedua-duanya *UJIAN* .


SELAMAT HARI GURU...


*"BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU"*


Terima Kasih Cikgu!

Khamis, 20 Mei 2021

Debt

 *HUTANG PENYEBAB ISLAM KEHILANGAN UTHMANIAH, PALESTINE DAN AL-AZHAR. KENALI DAJJAL MELALUI SURAH AL-KAHFI - JANGAN SAMPAI SEJARAH INI BERULANG DI ‘SINI’*


Penat kita dengar pelbagai resolusi PBB tentang isu Palastine naik turun naik turun namun akhirnya tidak boleh buat apa-apa juga. Ini kerana pengambilan tanah oleh Israel itu sebenarnya telah berlaku secara SAH dari sudut sejarah. 


Mungkin ramai akan marah jika diberitahu bahawa Palestine sebenarnya bukan dirampas oleh Israel, tetapi sebenarnya telah DIJUAL secara licik oleh pemimpin Islam yang termakan hasutan Dajjal.


Sama seperti bagaimana tanah milik FELDA yang bertukar tangan kepada sebuah syarikat lain. Tiada apa boleh dilakukan kerana prosidurnya adalah sah. 


Baca sampai habis untuk tahu bagaimana ia dikatakan satu transaksi yang SAH. Cuma yang melakukan transaksi itu sahaja yang jahat lagi bodoh dan mudah diperbodohkan.


*PUNCA KEJATUHAN KEKHALIFAHAN UTHMANIYAH*


Kekhalifahan Islam Uthmaniyah telah mewakili umat Islam di seluruh dunia dengan satu central power di Turki. Itulah yang mewakili KITA. 


Menjelang kejatuhan, Khalifah sangat boros sehingga sanggup membina Istana Dolmabache berharga 35 ton emas (sekitar RM 6.3 Billion) dengan kemewahan melampau. Kononnya mahukan 'European look'. 


Padahal istana Topkapi yang sedia ada dan bercirikan Arabic juga sudah terlampau mewah. Jaraknya pun hanya sepalaungan sahaja dari Istana Dolmabache.


Kos pentadbiran kerajaan pula terlampau mewah namun untuk membina jalan keretapi penting dalam empayarnya pun tidak mampu. Akhirnya, terpaksa membuat satu pinjaman pada tahun 1854 dengan bunga yang kemudiannya ditanggung oleh KITA sehingga 100 tahun lamanya. 


Pinjaman dibuat dari French & British Bank. Umum tahu bahawa inilah strategi Rothschild selaku penguasa dunia melalui kartel perbankannya di seluruh dunia. Hanya beberapa negara yang diperangi seperti Cuba, North Korea dan Iran sahaja yang masih tinggal tanpa menggunakan ‘franchise bank negara’ di negara mereka. 


Di Malaysia sekarang, kita cuba untuk berbaik sangka dengan apa yang dicaturkan oleh pemimpin negara demi nasib anak bangsa di bumi tercinta. Rata-rata rakyat bimbang dengan projek mega seperti ECRL, Pelabuhan Kuantan, Forest City, Bandar Malaysia dan Melaka Gateway. China kelihatan sangat bermurah hati memberikan dana. 

Sepertimana dialog dalam filem Madu 3, “Baikkk? Baik ada makna tuuu...!!!”


Begitu jugalah halnya dengan China. Baiknya mereka juga “ada makna”. China mahu mengatasi dominasi Rothschild melalui kartel perbankan dunia dengan membuat jerat hutang yang sama juga. Hari ini jerat kewangan melalui pinjaman-pinjaman itu sedang ditabur di seluruh dunia. 


WANG MUDAH itu amat merisaukan KITA. Sampai hari ini, kita belum jelas apakah pajakan dan cagaran kepada hutang kita kepada China. Kita harap ia bukan satu hutang bercagar, tetapi berupa join-developement atas satu kepentingan bersama. Semoga PM akan jelaskan segera kepada kita. 

  

Dalam keadaan gelap begini, kita perlu disuluh dengan maklumat dan kefahaman yang jelas. Sebagai hamba rakyat, kita tidak tidak mahu hidup dalam kegusaran yang berpanjangan. 


*KEGUSARAN RAKYAT AKAN HUTANG NEGARA*

 

Yang paling membuatkan kita sangat takut pada hari ini ialah kehilangan kedaulatan seperti mana hilangnya kedaulatan Islam di Turki. Selepas jatuh ke tangan Rothschild, Ottoman Public Debt Administration (OPDA) ditubuhkan. OPDA memasuki empayar Uthmaniah mengikut jalan depan secara sah untuk mengambil alih administrasi empayar ini. 


Fungsi OPDA kononnya mahu menguruskan percukaian untuk dibayar terus kepada mereka buat melunasi hutang yang banyak itu. PADAHAL itulah sebenarnya satu penjajahan halus tanpa perlu bertumpah darah. 

 

Kedaulatan Uthmaniah dirogol beramai-ramai oleh British dan Perancis. Mereka memasuki empayar KITA atas nama OPDA yang anggota administrasinya berjumlah 9,000 orang. Sebenarnya jumlah itu merupakan satu kerajaan jelmaan yang benar-benar menjalankan tugas seperti sebuah kerajaan dalam kerajaan. 


Waktu itu, kekhalifahan KITA hanya jadi boneka perlambangan satu kuasa yang tidak lagi berkuasa. Setelah kekhalifahan bertukar kepada Sultan Abdul Hamid II, baginda cuba membetulkan semula kesilapan khalifah sebelumnya, namun semuanya sudah terlambat. 


*KERANA HUTANG, PALESTINE DAN AL-AZHAR TERGADAI KE TANGAN AGEN ROTHSCHILD*


OPDA bukan sekadar menjajah Turki seperti dalam peta hari ini, tetapi telah turut berjaya menggadaikan wilayah jajahannya termasuk Palestine dan al-Azhar. Kerana itu jangan pelik jika hari ini Saudi boleh bersuara menyebelahi Israel dan USA secara terbuka. Mengapa? 


Kerana mereka terjerat dengan sejarah nenek moyangnya. Itulah Sharif Hussein, gabenor Hijaz ketika zaman Uthmaniah yang telah membuat satu perjanjian rahsia dengan “Dajjal”.


Kononnya Dajjal berazam membantu bebaskan Hijaz dari Uthmaniyah dengan syarat mereka akan serahkan Wilayah Palestine kepada British & France selaku penaja kepada pembebasan mereka dari Uthmaniyah. 


Dari situlah bermulanya penjajahan ke atas Palestine. Walau pun berlaku tentangan sebelumnya, akhirnya Palestine dilepaskan juga dalam perjanjian bersama Dajjal.

 

Dalam situasi Uthmaniyah yang sudah nyawa-nyawa ikan, Sharif Hussein dihasut untuk memberontak termasuk dibekalkan dengan senjata oleh British. Kononnya selaku Bangsa Arab dan berketurunan Nabi, mereka lebih berhak memerintah Jazirah Arab dan menjadi Khalifah umat Islam. Tidak perlu bernaung di bawah Uthmaniyah yang berbangsa Turki. 


Ketika itu beliau memang benar-benar sudah kemaruk untuk bertakhta menjadi Sultan. Dipendekkan cerita, beliau akhirnya dikhianati pula oleh British yang beralih menyokong lawannya, iaitu Ibn Saud untuk merampas kuasa. Dari situlah bermulanya Negara SA'UDI yang bermaksud ‘Negara Milik Sa'ud’ dan Palestine diserahkan kepada British.


Untuk mudah faham, MISALNYA JIKA PAHANG dibebaskan dari Malaysia atas bantuan British, maka ‘bayaran’ untuk bantuan itu ialah British mahukan PEKAN. Selebihnya Pahang boleh tadbir. PEKAN itulah umpama wilayah Palestine dan selebihnya itulah Saudi.  


Pada tahun 1875, semasa Uthmaniyah sudah tidak mampu lagi melunaskan hutang-hutang dengan tingginya kadar bunga, maka Wilayah Uthmaniyah di Mesir juga turut tergadai kepada Rothschild dan negara yang bersekutu dengan mereka. 


Amat menyedihkan apabila Al-Azhar yang menjadi nukleus kemajuan ilmu Islam ketika itu secara rasminya turut bertukar tuan kepada Rothschild. Mereka bijak kerana tidak memusnahkan Al-Azhar, malah terus mendanainya. 


Namun begitu, mereka tubuhkan panel ulamak sendiri untuk mengawal ilmu dalam institusi itu. Mereka tidak mahu ilmu yang disampaikan akan membangkitkan Islam semula. 


Universiti al-Azhar asalnya dibina oleh kerajaan Fatimiyyah di Mesir (909-1171). Kaherah dijadikan sebagai pusat pemerintahannya dan Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Dahulu, masjid sememangnya merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan. 


Pada abad ke-12, dengan kejatuhan Dinasti Shia Fatimid, Sultan Saladin (pengasas Dinasti Ayyubid Sunni) menukar Al-Azhar menjadi pusat pembelajaran Sunni Shafi'ite.


QS 18. Al-Kahfi 1. “Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al-Kitab (Al-Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya”. 


Begitu jugalah kerja Dajjal yang sentiasa berusaha ‘membengkokkan’ kefahaman kitab suci kita. Setelah berkuasa, Rothschild dan sekutunya meletakkan ‘nose-ring’ kepada Al-Azhar supaya mereka mengikuti telunjuknya secara halus tanpa diketahui umum sehingga ke hari ini. 


Pada tahun 1961, Al-Azhar dirombak lagi di bawah Presiden Mesir ke-2, Gamal Abdel Nasser. Beberapa ‘fakulti sekular’ turut ditambah ke universiti tersebut. Dari situ kelainan 'roh pengajian' dari Universiti itu semakin berleluasa.


*KESAN HUTANG PADA ANAK BANGSA KITA DI ZAMAN INI – ANALOGI LEBAH BERGANTI LABAH-LABAH*


Hari ini, Malaysia dilihat turut mencaturkan pembangunan negara dengan hutang juga. Kebetulan ada nilai sentimental yang sama dengan hutang Uthmaniyah, iaitu terkait dengan pembinaan jalan keretapi juga. Dejavu sungguh….


KITA harap pemimpin negara sudah mengkaji apa yang telah berlaku pada kerajaan Islam Uthmaniyah ini. Harapan kita agar anak cucu kita tidak perlu membayar hutang-hutang ini, ketika pembuat hutang itu telah pun lama mati. 


Kita berdoa agar Putrajaya tidak akan mengalami nasib yang sama, hilang hak ke atas negara bila mana semuanya terpaksa melalui MPDA (Malaysia Public Debt Administration) tajaan China pula. Itulah satu set kerajaan yang boleh ‘menjelma’ dalam kerajaan kita dan dianggotai sepenuhnya oleh penguasa China… “Nauzubillahi min zaalik”.


Bukan Malaysia sahaja yang ditawarkan hutang oleh negara Tanah Besar itu. Thailand nampak bijak kerana menolak terma pinjaman dari China yang menyatakan mereka boleh merampas aset-aset kerajaan sekiranya pinjaman yang dibuat tidak dilunasi. 


Nasib Zimbabwe, Sri Lanka dan Djibouti berkaitan hutang dengan China pun perlu kita pelajari juga. 


Kita doakan, pemimpin kita masih bijak dalam mengatur nasib bangsa dan kedaulatan negara. Semoga semua kerisauan ini tidak benar dan ada penjelasan lain yang lebih rasional dari pemimpin kita. Bimbang sekali jika sejarah kejatuhan Uthmaniyah ini akan berulang kembali di sini. 


Dahulu nenek moyang kita hidup jadi kuli ladang. Apabila ladang dijual kepada pemilik lain, maka tanpa sedar para ‘pekerja’nya turut ‘dijual’ dan bertukar ‘tuan’ juga. Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku lagi pada kita jika tidak berjaga-jaga. Hari ini pun nama sahaja Tanah Melayu, namun banyak manakah lagi tanah yang masih jadi milik orang kita?


Wallahualam...

Rabu, 19 Mei 2021

Covid

 Pesanan utk semua


JANGAN SOMBONG KETIKA WABAK.


Musim wabak melanda ialah musim yang sepatutnya menjadi ruang untuk kita bermuhasabah dan bertaubat kepada Allah. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, Ahli Bait عليهم السلام, para sahabat عليهم الرضوان, salafus soleh dan para wali Allah. Musim wabak menuntut kita untuk sentiasa merendah diri di samping berikhtiar untuk keluar daripada wabak dengan pelbagai sebab duniawi dan ukhrawi yang ada. 


Namun sayangnya, ketika pandemik C19 sedang melanda negara kita dan dunia umumnya, ada segelintir orang yang bersikap sombong. Kesombongan ini dipamerkan melalui ketidakpatuhan pada SOP, acuh tak acuh pada jangkitan wabak, cemuhan, cacian dan kejian pada pihak-pihak tertentu. Sikap sombong inilah yang menyebabkan balasan Allah datang dengan segera.


Ketika wabak mula-mula melanda negara, ada penduduk kampung yang dengan angkuh berkata bahawa wabak ini tidak akan sampai ke kampung. Namun, balasan Allah segera sampai. Ada kampung yang terpaksa dikenakan PKPD kerana penularan wabak. Ada masjid di kampung yang terpaksa ditutup malah muncul juga kluster masjid yang terletak di kampung.


Ketika kami menjalankan pemantauan di beberapa masjid dan surau berkaitan kepatuhan SOP, ada jemaah yang kurang senang. Malah ada rakan-rakan penguatkuasa agama yang dicemuh, “Saya Dato’ ......., you gred berapa? Siapa pegawai atasan you? Saya nak cakap pada pegawai you tu...,” kata seorang yang bergelar Dato’ apabila ditegur kerana tidak patuh SOP. Dia lupa bahawa apabila kematian akibat Covid melanda, pangkatnya itu tidak berguna lagi. Malah, dia mati seorang diri. Waris terdekat tak dapat menatap wajahnya, tak boleh menguruskan jenazahnya dan tak boleh mendekatinya. Siapa yang uruskannya? Petugas kesihatan dan petugas urusan jenazah C19.


Pernah ada kes kematian akibat C19, seorang waris terdekat pun tak dapat hadir untuk pengecaman kerana semuanya dikuarantin dan dimasukkan ke wad akibat positif. Terpaksa menanti waris jauh untuk hadir melakukan pengecaman. Sedih dan simpati melihat keadaan ini. Mati seorang diri tanpa orang tersayang di sisi, diuruskan oleh orang yang tak dikenali dan dikebumikan tanpa waris dapat mendekati. 


Sekarang pun dapat dilihat betapa banyak kluster berkaitan keagamaan yang muncul. Majoritinya daripada masjid dan surau. Institusi suci dan mulia ini tercemar akibat kesombongan segelintir ahli masjid wal surau. Cemuhan, cacian, dan kejian dihamburkan kepada penguatkuasa agama. Bermula cacian peringkat rendah hinggalah peringkat tinggi. Tanggung dosalah, jawablah di akhirat nanti, anjing kerajaan, walaun, binatang yang terkeji lagi hina, lebai Covid, ahli bidaah, munafik, kafir dan sebagainya. Ya, balasan Allah itu segera. Kini masjid dan surau pun tak terlepas daripada diserang wabak.


Sikap ini juga tanpa sedar turut disuburkan oleh segelintir agamawan. Menerusi kuliah agama dan tulisan di media sosial, mereka menyindir, menghukum pihak tertentu sebagai jahil, takutkan virus, tak takut Allah dan seumpamanya. Orang awam pun terjebak sama ekoran sikap segelintir agamawan ini yang akhirnya mengheret para mufti dan alim ulama ke dalam kancah untuk dihina, dicaci, dicemuh dan pelbagai lagi sikap buruk. Tambahan pula dengan kemunculan golongan teori konspirasi. 


Sombong ialah maksiat. Malah sombong yang bersarang di hati walaupun sebesar atom boleh menghalang daripada masuk ke syurga. Lebih malang lagi apabila kesombongan bergabung dengan kebodohan sebagaimana yang ditunjukkan oleh segelintir orang. 


Apa yang saya coretkan di sini adalah berkenaan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir orang. Walaupun segelintir, mereka inilah setitik nila yang merosakkan sebelanga susu. Sombong tidak mengenal sesiapa. Lebih malang apabila agamawan dan ahli masjid wal surau ditimpa penyakit hati ini. Kami memohon ampun dan ‘afiah daripada Allah. 


Inilah coretan pengalaman yang disulami dengan luahan perasaan. Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan selalu bertaubat. Moga Allah ampuni saya dan kita semua serta mengangkat wabak ini dengan segera.


Patuhi SOP itu sebahagian ikhtiar kita. Sebahagian lagi melalui doa, munajat, rasa rendah diri, rasa berdosa dan taubat.


Allah jaga kita. 


Kredit:

Ust. Danial Farhan Dolmat.

JHEAINS.


دانيال فرحان دولمات