Ahad, 12 September 2021

Respect your teacher

 Tips jadi pelajar hebat


JANGAN ASYIK STUDY

Kalau hidup habis dekat library, asyik menyendiri baca buku sorang-sorang, tak berkawan dan tak tegur sapa, itu satu hidup yang sedih dan bosan.


Waktu habiskan kedoktoran dekat Hong Kong dulu, supervisor saya selalu pesan jangan study banyak sangat.


Kena bersukan. Main badminton, main bola, jogging dan sebagainya. Hidup kena ada balance. Satu pembaziran usia sekiranya zaman universiti dihabiskan dengan menghafal buku teks semata-mata.


FAHAMI SkEMA PEMARKAHAN

Kena faham. Lain subjek lain gaya dan stail pemarkahan. Fahami juga perangai dan style guru yang tanda paper tu.


MARKAH HANYA ANGKA

Belajar rajin dan beri yang terbaik. Abaikan markah. Apa yang anda dapat selepas berusaha bersungguh-sungguh, tuhan yang bagi. Kena redha. Asalkan dah usaha, guru sentiasa bangga dengan anda.


SEDAR DIRI

Kenali diri anda. Lain orang lain waktu dan cara fokusnya. Check balik waktu yang anda dapat konsentrasi lebih.


BAGI PERHATIAN

Kalau nak tidur, tidur kat hostel jelah. Dah datang kelas tu bagilah sepenuh perhatian. Pupuk minat suka ilmu. Supaya tak bosan, participate. Angkat tangan dan tanya soalan. Berborak dengan guru waktu tutorial. 2 ways communication baru tak bosan.


BE PREPARED

Kena datang bersedia. Baru seronok belajar. Jangan buat kerja rumah lekeh-lekeh.


STUDY SMART & HARD

Jangan study cara orang malas. Dua jam belek buku teks sambil baring atas katil ialah cara orang malas. Dan bosan. Bukan masuk pun.


Lebih baik study sekitar 20 minit ke setengah jam tapi secara aktif dan bijak. Buat nota ringkas, belek soalan exams tahun dulu dan sebagainya.


Jangan belajar dalam kelas. Sebelum masuk kelas, belajar dan baca topik tu siap-siap. Belajar dan kerja rajin tak cukup.


Orang paling rajin, gajinya paling sikit. Orang paling rajin ialah buruh dan maid. Gaji mereka paling sikit sedangkan kerja letih dan banyak. Kena study smart and hard.


NETWORK

Pelajar yang nak pergi jauh patut ada kemahiran bersosial. Belajar cara komunikasi yang betul dan cara berurusan dengan orang.


Belajar speaking sikit. Jangan segan bila orang gelak.


PLANNER

Pejam celik dah tua pastu mati. Sayangnya. Jangan gitu. Rancang hari anda. Gunakan masa secara bijak. Jangan asyik main game saja. Dan jangan asyik menonton saja. Kena ada keseimbangan.


If you fail to plan, you plan to fail.


BELAJAR HORMAT ORANG

Jangan kurang ajar. Jangan maki hamun guru dan kutuk-kutuk dan gelakkan orang lain. Cermin diri sendiri dulu sebelum suruh orang lain dan guru cermin diri. CGPA tinggi pun kalau biadap dan takde akhlak, tiada gunanya.


Jangan sombong pasal rasa kita anak orang kaya. Some students are so poor that they have nothing except money.


Jangan jadi begitu.


Pelajar yang layan guru macam sampah, pelajar tu sendiri jadi sampah. Usah begitu.


-unknown-

Rabu, 8 September 2021

Umrah pasca covid

 *Peraturan Terkini Umrah* 


1. Hanya jemaah 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan pergi Umrah. 


2. Jemaah yang telah lengkap vaksin sahaja dibenarkan pergi Umrah. Jenis vaksin yg dibenarkan Arab Saudi ialah Pfizer, Moderna, Johnson & AstraZeneca. (Utk Sinovac, jemaah perlu ambil 1 dos 'booster' drpd Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca sebagai syarat) 


3. Daftar jenis vaksin diambil dlm https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan bawa salinan pengesahan vaksin utk semakan pihak berkuasa Arab Saudi.  


4. Visa Umrah & visa Pelancongan dibenarkan buat Umrah. 


5. Jemaah kena install app Tawakkalna & Eatmarna dlm phone masing-masing.

(Tawakkalna – Utk pantau kesihatan & pergerakan jemaah (spt MySejahtera),

Eatmarna – Utk pohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah & solat di Masjidil Haram) 


6. Muatan bilik maksimum 2 orang sahaja. 


7. Muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% utk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang. 


8. Tempahan bilik & kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej setelah tempahan dibuat. Bayaran refund tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan apabila tiba di Arab Saudi. 


9. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah kena buat ujian PCR dlm tempoh 72 jam dari waktu berlepas dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi. 


10. Tiada kuarantin di Arab Saudi. 


11. Ibadah Umrah & ziarah Raudah perlu ada permit (diuruskan oleh agensi Umrah bagi visa Umrah sahaja). 


12. Permit ibadah Umrah & ziarah Raudah akan dipohon dari Malaysia sewaktu permohonan visa Umrah. 


13. Tiba di Arab Saudi, agensi / jemaah perlu sahkan slot ibadah Umrah & ziarah Raudah selewat-lewatnya 24 jam sebelum slot ibadah Umrah atau ziarah Raudah. Selepas slot disahkan, tidak boleh dipinda atau batal. 


*THTS tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berpeluang menunaikan umrah / ziarah Raudah setelah slot dipinda atau batal oleh jemaah* 


14. Ibadah Umrah & ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dlm tempoh pakej. Permohonan melakukan umrah kali ke-2 akan dapat slot /bkelulusan selepas 14 hari dari tarikh melakukan umrah pertama. Tertakluk kepada kekosongan slot. 


15. *Bagi pemegang Visa tourist, urusan permit ibadah Umrah & ziarah Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna.* 


16. Pergerakan Ibadah Umrah & ziarah Raudah secara berkumpulan (25 org setiap kumpulan) & diiringi oleh Pegawai Saudi / wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan ibadah Umrah atau ziarah Raudah. 


17. Aktiviti ziarah, jemaah boleh turun dari bas tapi tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa oleh pihak berkuasa Arab Saudi. 


18. Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak perlu permit, hanya perlu scan Tawakkalna. 


19. Solat 5 waktu dalam Masjidil Haram perlu permit. Jemaah kena mohon sendiri dalam app Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan. 


20. Sebelum balik Malaysia, jemaah kena buat ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam) sebelum tarikh / waktu penerbangan dengan keputusan negatif. (Kos PCR ini telah termasuk dalam harga pakej).


21. Tawaf wada’ masih belum dibenarkan. 


22. Tiba di Malaysia, jemaah akan dikena kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. (Kos kuarantin jemaah adalah di bawah tanggungan sendiri).


*Semua peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.* 


*Perlindungan Insurans Covid-19* 


1. Jika jemaah positif Covid-19 di Arab Saudi, kos kuarantin akan dilindungi insurans SR 450 seorg sehari (termasuk makan 3 kali sehari) dan maksimum perlindungan 14 hari. Jika kos kuarantin melebihi perlindungan insurans, jemaah perlu tanggung kos tersebut. 


2. Kos ujian PCR tidak dilindungi insurans. 


3. Tiket penerbangan hanya dilindungi sebanyak SR 500 bagi pertukaran tarikh penerbangan sahaja. 


*Mutawif* 


1. Mutawif tidak boleh bimbing kumpulan ibadah Umrah / ziarah Raudah. Untuk bimbing ibadah Umrah, mutawif perlu mendapatkan sendiri permit ibadah Umrah sama seperti slot jemaah dari segi tarikh & masa ibadah Umrah dan jika dapat permit adalah tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.

Contoh repot covid

 *_CONTOH DRAF LAPORAN POLIS, sekarang tugas kita pula sebagai individu untuk bantu bertindak buat laporan_*

 Tuan/Puan,

*PENOLAKAN MUKTAMAD VAKSINASI COVID 19 SERTA TUNTUTAN HAK ASASI SESUAI DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA*

Saya, _ (No.K/P: ) dengan ini menolak kesemua jenis suntikan dan vaksin Covid-19 untuk diri saya.

 2. Berikut merupakan sebab-sebab mengapa saya tidak mahu divaksin COVID-19:

 2.1 Sepertimana yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bahagian atas sisipan vaksin bagi 'Risalah Maklumat Ubat Untuk Pengguna', vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia ketika ini jelas menyatakan “PRODUK INI TELAH DILULUSKAN MENURUT GARIS PANDUAN PENDAFTARAN BERSYARAT UNTUK PRODUK FARMASEUTIKAL SEMASA BENCANA DI MALAYSIA. PEMBERIAN PRODUK INI ADALAH BERDASARKAN PILIHAN INDIVIDU SEMATA-MATA." Justeru sebagai warganegara, saya mempunyai hak terlindung di sisi perlembagaan. Saya berhak untuk menerima atau menolak sebarang jenis ubat yang dimasukkan ke dalam badan saya sesuai dengan hak kebebasan/perlindungan kehidupan diri dan keluarga di bawah Perlembagaan menurut Bahagian IV Kanun Keseksaan daripada semua dari semua bentuk perbuatan pengganas menurut seksyen 130B (2)(3) dan 212/221; serta kesalahan material BabVIB, IX, XI, dan XVI Kanun Keseksaan, Perkara 4(1), 150, 126,dan 183 Perlembagaan serta torts/Nuremberg Code/UN etc.

 

2.2 Selain itu, vaksin COVID-19 dihasilkan kurang dari setahun dalam pembangunan ujian keselamatan ke atas manusia. Vaksin COVID-19 tidak mematuhi piawai keselamatan yang memerlukan pemerhatian (pengawasan) dan kajian sekurang-kurangnya lima (5) tahun. Kesan sampingan tidak muncul dalam jangka masa singkat setelah disuntik, ia memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

 2.3 Di borang penerimaan suntikan vaksin COVID-19 juga jelas menyatakan bahawa saya menanggung apa jua kesan selepas vaksinasi, sedangkan pembuat vaksin, pengedar, doktor mahupun kerajaan sendiri terlepas dari menanggung liabiliti atas produk yang telah disyorkan.

 2.4 Berikut senarai menunjukkan dokumen vaksin COVID-19 di Malaysia masih di fasa kajian. Dan kerana ini saya tidak mahu merisikokan kesihatan saya dalam masa panjang atau pendek.

 Pfizer (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04368728):

Estimated Primary Completion Date : November 2, 2021

Estimated Study Completion Date : May 2, 2023

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04368728

 Moderna (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04470427):

Estimated Primary Completion Date : October 27, 2022

Estimated Study Completion Date : October 27, 2022

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04470427

 Astrazeneca (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04516746):

Actual Primary Completion Date : March 5, 2021

Estimated Study Completion Date : February 14, 2023

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04516746

 Sinovac's (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04456595):

Actual Primary Completion Date : December 17, 2020

Estimated Study Completion Date : February 2022

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04456595

 CanSino

Estimated Primary Completion Date : December 30, 2021

Estimated Study Completion Date : January 30, 2022

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04526990

 3. Saya menegaskan bahawa saya maklum manfaat dan kebaikan vaksin. Saya juga maklum dengan kesan sampingan dengan meneliti sisipan vaksin yang telah dikeluarkan NPRA. Justeru saya memohon keputusan tidak mengambil vaksin ini dihormati sesuai dgn hak saya mengikut perlembagaan prinsip keagamaan, tradisi dan hak asasi tubuh/kehidupan saya serta rakyat oleh Tuhan/Rukunegaradi bawah Bahagian III Perlembagaan dan Undang-undang Kecemasan Perkara 150(6A)[Seksyen 130B (3) (1) Kanun Keseksaan],11(5), 3(1), dan 4(1) Perlembagaan.

 4. Saya juga ingin menegaskan, saya tidak berminat mendengar atau menghadiri sebarang sesi soaljawab, penerangan, dan kaunseling berkenaan suntikan/vaksinasi Covid-19.

 clinicaltrials.gov

Study to Describe the Safety, Tolerability, Immunogenicity, and Efficacy of RNA Vaccine Candidates Against COVID-19 in Healthy Individuals - Full Text View - ClinicalTrials.gov

 Study to Describe the Safety, Tolerability, Immunogenicity, and Efficacy of RNA Vaccine Candidates Against COVID-19 in Healthy Individuals - Full Text View.

 12:05

MD

Pujukan, desakan, persoalan dan gangguan dalam sebarang bentuk termasuk panggilan telefon, mesej pesanan ringkas, whatsapp, lawatan ke rumah, desakan ketua jabatan atau premis kesihatan dan sebagainya adalah tidak akan dilayan. Jika ia tetap berlaku dan menjejaskan emosi, psikologi dan mental, saya sekali tidak akan teragak-agak membuat laporan dan aduan kepada pihak berwajib termasuk pihak berkuasa dan Biro Pengaduan Awam (SISPAA).

 5. Sehubungan dengan itu juga, saya dengan sekeras-kerasnya meminta pihak berkuasa serta pihak kerajaan untuk menarik balik peraturan-peraturan ‘doublestandard’ yang di kenakan hampir di semua tempat kepada saya dan juga kepada rakyat Malaysia yang menolak untuk di vaksin kerana ia jelas telah melanggar hak-hak asasi mengikut yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

 6. Selain itu, laporan ini di buat atas kehendak sendiri dan tiada hasutan dari mana-mana pihak serta segala maklumat penolakan saya ini adalah sebahagian daripada maklumat peribadi saya dan tidak boleh sewenang-wenangnya dikongsi dan dihebahkan kepada mereka yang tidak berkenaan dengan apa tujuan sekalipun terutamanya untuk dipandang serong atau diaibkan. Sekiranya saya dapati ini berlaku, sekali lagi saya akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang tersedia.

 7. Dengan laporan ini, saya membantah segala jenis paksaan dan apa jua Pengaruh Tidak Wajar (Undue Influence) untuk vaksinasi covid-19, termasuk bantahan terhadap sebarang bentuk DISKRIMINASI “Medical Apartheid” yang telah berlaku terhadap diri saya dan pada mana-mana masyarakat dalam negara ini.

Sekian laporan saya, terima kasih.

 

_____

Nama : DR. AAAA

No. i/c: 88888888

Ahad, 5 September 2021

Tugas guru kelas

 🤵🏻🤵🏻🤵🏻anda telah dilantik untuk menjadi guru kelas 5 amanah. jadi apa BIDANG TUGAS GURU KELAS ❗️❗️❗️❗️


🧑🏻‍🎓🧑🏻‍🎓 PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS


 1) Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, 

Penolong Ketua Tingkatan,           Setiausaha, Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan, AJK

Kokurikulum, dan  AJK Akademik mengikut matapelajaran.


2) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.


3) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:



a) Jadual Waktu

b) Jadual Tugas Harian

c) Struktur Organisasi Kelas

e) Pelan Larian Kecemasan

f) Gambar-gambar pemimpin

g) Sudut Bacaan

h) Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori


4) Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat


5) Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.


6) Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.


7) Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan keceriaan kelas dan  kebajikan 

Jumaat, 3 September 2021

Pendidikan

 *PERJUMPAAN LIBAT URUS YBMK PENDIDIKAN*


(Dr Radzi Jidin)

Pembukaan sekolah mengambilkira PPN :


1. Sekiranya sekolah dibuka 3hb Okt, tiada sesi persekolahan di negeri fasa 1. 


2. Negeri fasa 2, kelas yg akan hadir murid Tingkatan 6 sem 2. 


3. Negeri fasa 3, buka sekolah utk murid Tingkatan 5 dan 6 shj. 


4. Negeri fasa 4, 2 minggu pertama buka utk Ting 5 dan 6. Kemudian 2 minggu berikutnya buka utk Tingkatan 1-4, dan sekolah rendah. 


5. Kapasiti sekolah hanya 50%. Cnth, dlm kelas 5A dibahagi 2. (5A1 dtg sekolah, 5A2 buat PdPR). Seblm ni wlaupun ada SOP yg bagus tp berlaku kesesakan sewaktu datang dan pulang sekolah. 


6. Pendekatan ini akan terus dipantau. Keselamatan murid diberi keutamaan. 


7. Keadaan dlm bilik darjah : Pengudaraan adalah penting. Langsir disimpan, pelitup muka diwajibkan sepanjang masa kpd murid dn guru. Penyuraian murid secara berperingkat. SOP lain akan kekal. 


8. Asrama akan dibuka utk negeri fasa 3, murid akan guna test kid dibekalkan KPM. 


9. Pembukaan sekolah telah dibincang teliti dgn MKN dan KKM. 


10. Takwim akademik : Murid akan kekal dlm kelas hingga Februari 2022. Mac 2022 baru murid naik kelas. Mungkin sesi 2022 akan di ganjak sedikit. Murid Thn 1 2022 masuk bulan Mac. 


11. Uniform sekolah boleh pakai pakaian yg sopan jika tiada uniform sekolah. Jgn bebankan ibu bapa, rambut pnjng sikit tu buat2 xnampak. Yg penting mereka hadir ke sekolah


12. Kehadiran murid tidak diberi penekanan ttp perlu ambil tahu mengapa murid itu xhadir. KPM nk tengok trend dan punca murid xhadir. 


13. Bagi tahu ibu bapa jika jd kontak rapat Covid-19, jgn benarkan anak dtng ke sekolah. Test kit akan dibekal ke sekolah. Murid dn guru boleh test sekiranya bergejala. 


14. Vaksin guru dan AKP dh lebih 80%. Program disusun begitu rapi. Guru yg tidak divaksin tidak dibenarkn mengajar murid bersemuka. Tetapi mereka tetap perlu hadir ke sekolah. KPM dan JPA sedang teliti tindakan yg sesuai diambil kpd 2500 guru yg pilih utk xdivaksinkn. Menteri mohon tindakan perlu disegerakan. 


15. Pekerja kantin, pkk, cleaner xboleh bekerja di sekolah jika xvaksin. 


16. Vaksin utk murid. KPM dh mohon supaya murid Ting 5 dan 6 diberi suntikan vaksin. Murid umur 12 thn boleh divaksin jika dibenarkan KKM, namun tertakluk kpd bekalan vaksin.


17. Sekiranya berlaku kes positif Covid-19 di sekolah, maka perlu ditutup selama 2 hr. GB bincang dgn PKD ttg penutupan sekolsh. Ikut keputusan PKD selanjutnya. Dlm era endemik KPM akan lihat bgaaimana utk menangani keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya. 


18. Isu Peranti dan data : Sekiranya peranti dh cukup hanya perlu data kpd pelajar. Telco dh byk membantu kerajaan. KPM mempunyai kekangan kewangan, tumpu belanja kpd hal yg lebih penting. Cdgn Internet akan dipasang di 

sekolah ttp keadaan belum mengizinkan. Kaedah flip classroom boleh digunakan apabila mengajar bersemuka. 


19. Kos penyediaan modul tinggi : Peruntukan jika diizinkan akan di masukkan kedlm akaun PIBG. 


20. Jika kelas 20 murid shj tetap perlu digilirkan sebab pendekatannya kehadiran murid hanya 50%. SKM boleh operasi seperti biasa (150 murid kebawah). Pendidikan khas mohon tidak digilirkan sebab murid xramai. 


21. Pendapatan sekolah : Sewa kantin dan kedai buku sekolah xdikutip. Pendapatan sekolah berkurang. Buat masa ni keputusan dikekalkan. KPM akan terus melihat bantuan yg boleh diberikan kpd sekolah


22. Amali sains akan diteruskan


23. Kegiatan luar bilik darjah : Buat masa ni fokus kpd akademik dahulu. Atlet boleh buat late starter.


24. Olah kembali peraturan disiplin 1959. Peraturan yg dh lama akan dilihat dn diteliti semula. Pengudaraan kipas perlu ditambah. Design br sekolah akan diberi perhatian. Tentang infrastruktur sekolah, penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat


*Kesimpulan*:

- Cuti guru hujung thn xakan diganggu. 

- Mohon jasa baik bila KPM umum pembukaan sekolah berilah sokongan. 

- PGB dan semua guru berilah kepercayaan kpd KPM. 

- PGB, guru dan ibu bapa perlu sentiasa patuhi SOP. 

- Sekolah akan dibuka seperti dijadualkan.