Sabtu, 18 September 2021

Pesanan

 Antara intipati Bicara Tokoh Unggul 2013, Dato' Sri H. Syed Zainal Abidin bin Hj. Syed Mohamed Tahir, di DSM pagi tadi adalah sepertimana berikut:


A) Kena ada di dalam diri setiap orang khususnya pada yang menuntut ilmu:


i. Kena ada cita-cita/tujuan

ii. Carilah role-model--Seseorang yang kita mahu jadi sepertinya

iii. Kena rajin berusaha

iv. Kena pandai menguruskan masa

v. Kena belajar untuk memahami

vi. Kena ada keyakinan diri tapi jangan over confident

vii. Kena belajar berkumpulan

viii. Kena ada disiplin

ix. Kena pandai pilih kawan


 Dalam hidup, jangan buat perkara-perkara ini:


i. Jangan malu bertanya

ii. Jangan ponteng kelas/majlis ilmu

iii. Jangan rasa kitalah tahu semuanya

iv. Jangan menangguh kerja/tugasan

v. Jangan sesekali putus asa

vi. Jangan hilang fokus

vii. Jangan takut buat salah

viii. Jangan suka bagi alasan

ix. Jangan tiada keseimbangan--jangan study ja, benda lain/tanggungjawab lain lupa ('healthy minds come from healthy body')


C) Above all..dan yang PALING PENTING SEKALI adalah jangan lupa:


i. Jangan lupa solat !

ii. Jangan lupa untuk selalu berdoa pada Allah berpanjangan

iii. Jangan lupa bersyukur

iv. Jangan lupa berdoa, berinteraksi dan berkomunikasi dengan mak dan ayah

v. Jangan lupa hormati dan hargai guru-guru anda

vi. Jangan lupa zikir dan selawat

vii. Jangan lupa solat hajat, jadikanlah rutin


Very inspiring talk by him and ini adalah sekadar perkongsian...Wallahualam...Insya Allah

Rabu, 15 September 2021

Ponteng tugas

 #luahan_ahli


Jangan diungkit kisah lama jika seseorang itu telah pun mengorak langkah membaiki diri nya.


Admin suka dengan ayat nyer "...Kita membantu atau kita mengeji itu pilihan kita...."

***********************************************************


Salam cikgu...  Mohon post tampa dedahkan identti saya... 


Isu pegawai ponteng tugas - tolong jangan menghukum perkara yg telah berlaku.. Siapa anda nak menilai masa lalunya.. HARI ni beliau diuji dengan kekilafan masa lalu, mungkin kita rasa dia bodoh, tp dia sendiri yg pilih dan memilih untuk masa depan dia.. 


Sy sendiri pernah ponteng tugas,.. 2 bulan sy tidak hadir bertugas, Awal perkhidmatan penuh tekenan dipostingkan di salah sebuah tempat terpencil yg xpernah terjangkau dek akal... Sy jd depression, sy ambik keputusan keluar dr lokasi (tempat bekerja) ke ibu negara, sy merasakan sy tidak dpt menjadi diri sy jika berada di sana, sy merasakan diri terperangkap dlm satu tempat yg menyekat keupayaan sy yg mmg dikenali dan diakui sejak zman sek dan uni, 


Dipendekkan cerita Smpai satu masa  sy terdengar ceramah Berkata, "ada sebb Allah letak kan kita di sesuatu tempat yg mungkin kita x suka tp Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk hmbanya" Tup2 buka FB pula post qoutes di FB  "bila melihat murid mu yg menggengkilkan hadir lah satu gambaran bahawa ada satu dari mereka yang akan menarik tangan kita ke syurga"... Allahuakbar terduduk teresak2 sy kenangkan budak2 sek sy yg mengjengkelkan tu... 


Sy ambik keputusan balik ke "lubuk" tersebut... Dengan semangat baru penuh keinsafan, berhadapan dgn segala kesalahan yg sy lakukan...  Sy call JPN nama belom termaktub dalam sistem tatatertib, sy call sek bncang dgn Pengetua pntdbir, bersemuka... Akui kesalahan.


Hari demi hari tahun berganti tahun, sy lebih bersemangat mendidik pelajar, libatkan diri dan pelajar dalam segala macam program peringkat daerah negeri, sy cuba lupakan kenangan pahit sy, mcm biasa cerita cerita melayu ada yg xpuas hati ada yg iri hati ada,  dipulaukan bahkan di anak tirikan oleh pentadbir sendiiri pon ada...  Namun sy ambil. Langkah mamposs kau lah.... Cari circle yg positif,.... syukur Alhamdulillah SKT sy saban tahun xpernah kurang 89%  Ke atas,... Smpai skang (walaupon ada yg 89% tu ada yg di anggap rendah tp pd sy dan situasi semasa yg di hadapi itu dah cukup baik) 


Alhamdulillah sy dh berjaya pindah keluar dari "lubuk" tersebut balik ke kampong halaman, KALI nie sy dihukum kembali atas masa kekilafan lalu... Apabila nak naik DG dlm buku perkdmatan tertulis sejarah hitam tersebut, namun tidak di nyatakan tindakkan nya  (kecuali gaji yg telah di potong mengikut jmlah kiraan yg tidak hadir)....  


Sejujurnya Sy redha dan berlapang dada, sy sangat tenang dan positif walaupon dah hampir 1 tahun belom tahu status kenaikan DG sy sehingga sekarang....(borang isi offline) sy anggap ini lah kifarah sy atas perbuatan kilaf masa lalu.... 1001 kenangan yg cukup ragamnya namun sukar sy gambarkan,  pengalaman pahit manis berharga dlm diary seorang Pendidik muda mcm sy...


Alhamdulillah dgn Pengetua baru cuba membantu minta segala perlaporan dari sek lama, dan sentiasa memberi sokongan dari segi moral kpd sy.... Sek baru, jd identiti baru, aib aib dlm perkdmatan yg lalu biar lah menjadi sejarah dlm kamus Perkdmatan sy...


Rakan2 guru andai anda tahu sakit nya berada dalam kekilafan tersebut, Tolong lah jangan tambah penderitaan guru tu lagi... Kita tiada hak menghukumnya, Emosi terganggu, bukan makan hari bertahun pon belom pasti hilang, sy yakin dan percaya ada hikmah buat guru tersebut, Allah uji bukan dekat guru tu sahaja, tp Allah uji rakan2 di persekitaran guru tersebut juga termasuk kita.. Kita membantu atau kita mengeji itu pilihan kita... - Sekian. Tq admin

Ahad, 12 September 2021

Respect your teacher

 Tips jadi pelajar hebat


JANGAN ASYIK STUDY

Kalau hidup habis dekat library, asyik menyendiri baca buku sorang-sorang, tak berkawan dan tak tegur sapa, itu satu hidup yang sedih dan bosan.


Waktu habiskan kedoktoran dekat Hong Kong dulu, supervisor saya selalu pesan jangan study banyak sangat.


Kena bersukan. Main badminton, main bola, jogging dan sebagainya. Hidup kena ada balance. Satu pembaziran usia sekiranya zaman universiti dihabiskan dengan menghafal buku teks semata-mata.


FAHAMI SkEMA PEMARKAHAN

Kena faham. Lain subjek lain gaya dan stail pemarkahan. Fahami juga perangai dan style guru yang tanda paper tu.


MARKAH HANYA ANGKA

Belajar rajin dan beri yang terbaik. Abaikan markah. Apa yang anda dapat selepas berusaha bersungguh-sungguh, tuhan yang bagi. Kena redha. Asalkan dah usaha, guru sentiasa bangga dengan anda.


SEDAR DIRI

Kenali diri anda. Lain orang lain waktu dan cara fokusnya. Check balik waktu yang anda dapat konsentrasi lebih.


BAGI PERHATIAN

Kalau nak tidur, tidur kat hostel jelah. Dah datang kelas tu bagilah sepenuh perhatian. Pupuk minat suka ilmu. Supaya tak bosan, participate. Angkat tangan dan tanya soalan. Berborak dengan guru waktu tutorial. 2 ways communication baru tak bosan.


BE PREPARED

Kena datang bersedia. Baru seronok belajar. Jangan buat kerja rumah lekeh-lekeh.


STUDY SMART & HARD

Jangan study cara orang malas. Dua jam belek buku teks sambil baring atas katil ialah cara orang malas. Dan bosan. Bukan masuk pun.


Lebih baik study sekitar 20 minit ke setengah jam tapi secara aktif dan bijak. Buat nota ringkas, belek soalan exams tahun dulu dan sebagainya.


Jangan belajar dalam kelas. Sebelum masuk kelas, belajar dan baca topik tu siap-siap. Belajar dan kerja rajin tak cukup.


Orang paling rajin, gajinya paling sikit. Orang paling rajin ialah buruh dan maid. Gaji mereka paling sikit sedangkan kerja letih dan banyak. Kena study smart and hard.


NETWORK

Pelajar yang nak pergi jauh patut ada kemahiran bersosial. Belajar cara komunikasi yang betul dan cara berurusan dengan orang.


Belajar speaking sikit. Jangan segan bila orang gelak.


PLANNER

Pejam celik dah tua pastu mati. Sayangnya. Jangan gitu. Rancang hari anda. Gunakan masa secara bijak. Jangan asyik main game saja. Dan jangan asyik menonton saja. Kena ada keseimbangan.


If you fail to plan, you plan to fail.


BELAJAR HORMAT ORANG

Jangan kurang ajar. Jangan maki hamun guru dan kutuk-kutuk dan gelakkan orang lain. Cermin diri sendiri dulu sebelum suruh orang lain dan guru cermin diri. CGPA tinggi pun kalau biadap dan takde akhlak, tiada gunanya.


Jangan sombong pasal rasa kita anak orang kaya. Some students are so poor that they have nothing except money.


Jangan jadi begitu.


Pelajar yang layan guru macam sampah, pelajar tu sendiri jadi sampah. Usah begitu.


-unknown-

Rabu, 8 September 2021

Umrah pasca covid

 *Peraturan Terkini Umrah* 


1. Hanya jemaah 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan pergi Umrah. 


2. Jemaah yang telah lengkap vaksin sahaja dibenarkan pergi Umrah. Jenis vaksin yg dibenarkan Arab Saudi ialah Pfizer, Moderna, Johnson & AstraZeneca. (Utk Sinovac, jemaah perlu ambil 1 dos 'booster' drpd Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca sebagai syarat) 


3. Daftar jenis vaksin diambil dlm https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan bawa salinan pengesahan vaksin utk semakan pihak berkuasa Arab Saudi.  


4. Visa Umrah & visa Pelancongan dibenarkan buat Umrah. 


5. Jemaah kena install app Tawakkalna & Eatmarna dlm phone masing-masing.

(Tawakkalna – Utk pantau kesihatan & pergerakan jemaah (spt MySejahtera),

Eatmarna – Utk pohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah & solat di Masjidil Haram) 


6. Muatan bilik maksimum 2 orang sahaja. 


7. Muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% utk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang. 


8. Tempahan bilik & kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej setelah tempahan dibuat. Bayaran refund tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan apabila tiba di Arab Saudi. 


9. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah kena buat ujian PCR dlm tempoh 72 jam dari waktu berlepas dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi. 


10. Tiada kuarantin di Arab Saudi. 


11. Ibadah Umrah & ziarah Raudah perlu ada permit (diuruskan oleh agensi Umrah bagi visa Umrah sahaja). 


12. Permit ibadah Umrah & ziarah Raudah akan dipohon dari Malaysia sewaktu permohonan visa Umrah. 


13. Tiba di Arab Saudi, agensi / jemaah perlu sahkan slot ibadah Umrah & ziarah Raudah selewat-lewatnya 24 jam sebelum slot ibadah Umrah atau ziarah Raudah. Selepas slot disahkan, tidak boleh dipinda atau batal. 


*THTS tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berpeluang menunaikan umrah / ziarah Raudah setelah slot dipinda atau batal oleh jemaah* 


14. Ibadah Umrah & ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dlm tempoh pakej. Permohonan melakukan umrah kali ke-2 akan dapat slot /bkelulusan selepas 14 hari dari tarikh melakukan umrah pertama. Tertakluk kepada kekosongan slot. 


15. *Bagi pemegang Visa tourist, urusan permit ibadah Umrah & ziarah Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna.* 


16. Pergerakan Ibadah Umrah & ziarah Raudah secara berkumpulan (25 org setiap kumpulan) & diiringi oleh Pegawai Saudi / wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan ibadah Umrah atau ziarah Raudah. 


17. Aktiviti ziarah, jemaah boleh turun dari bas tapi tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa oleh pihak berkuasa Arab Saudi. 


18. Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak perlu permit, hanya perlu scan Tawakkalna. 


19. Solat 5 waktu dalam Masjidil Haram perlu permit. Jemaah kena mohon sendiri dalam app Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan. 


20. Sebelum balik Malaysia, jemaah kena buat ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam) sebelum tarikh / waktu penerbangan dengan keputusan negatif. (Kos PCR ini telah termasuk dalam harga pakej).


21. Tawaf wada’ masih belum dibenarkan. 


22. Tiba di Malaysia, jemaah akan dikena kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. (Kos kuarantin jemaah adalah di bawah tanggungan sendiri).


*Semua peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.* 


*Perlindungan Insurans Covid-19* 


1. Jika jemaah positif Covid-19 di Arab Saudi, kos kuarantin akan dilindungi insurans SR 450 seorg sehari (termasuk makan 3 kali sehari) dan maksimum perlindungan 14 hari. Jika kos kuarantin melebihi perlindungan insurans, jemaah perlu tanggung kos tersebut. 


2. Kos ujian PCR tidak dilindungi insurans. 


3. Tiket penerbangan hanya dilindungi sebanyak SR 500 bagi pertukaran tarikh penerbangan sahaja. 


*Mutawif* 


1. Mutawif tidak boleh bimbing kumpulan ibadah Umrah / ziarah Raudah. Untuk bimbing ibadah Umrah, mutawif perlu mendapatkan sendiri permit ibadah Umrah sama seperti slot jemaah dari segi tarikh & masa ibadah Umrah dan jika dapat permit adalah tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.

Contoh repot covid

 *_CONTOH DRAF LAPORAN POLIS, sekarang tugas kita pula sebagai individu untuk bantu bertindak buat laporan_*

 Tuan/Puan,

*PENOLAKAN MUKTAMAD VAKSINASI COVID 19 SERTA TUNTUTAN HAK ASASI SESUAI DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA*

Saya, _ (No.K/P: ) dengan ini menolak kesemua jenis suntikan dan vaksin Covid-19 untuk diri saya.

 2. Berikut merupakan sebab-sebab mengapa saya tidak mahu divaksin COVID-19:

 2.1 Sepertimana yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bahagian atas sisipan vaksin bagi 'Risalah Maklumat Ubat Untuk Pengguna', vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia ketika ini jelas menyatakan “PRODUK INI TELAH DILULUSKAN MENURUT GARIS PANDUAN PENDAFTARAN BERSYARAT UNTUK PRODUK FARMASEUTIKAL SEMASA BENCANA DI MALAYSIA. PEMBERIAN PRODUK INI ADALAH BERDASARKAN PILIHAN INDIVIDU SEMATA-MATA." Justeru sebagai warganegara, saya mempunyai hak terlindung di sisi perlembagaan. Saya berhak untuk menerima atau menolak sebarang jenis ubat yang dimasukkan ke dalam badan saya sesuai dengan hak kebebasan/perlindungan kehidupan diri dan keluarga di bawah Perlembagaan menurut Bahagian IV Kanun Keseksaan daripada semua dari semua bentuk perbuatan pengganas menurut seksyen 130B (2)(3) dan 212/221; serta kesalahan material BabVIB, IX, XI, dan XVI Kanun Keseksaan, Perkara 4(1), 150, 126,dan 183 Perlembagaan serta torts/Nuremberg Code/UN etc.

 

2.2 Selain itu, vaksin COVID-19 dihasilkan kurang dari setahun dalam pembangunan ujian keselamatan ke atas manusia. Vaksin COVID-19 tidak mematuhi piawai keselamatan yang memerlukan pemerhatian (pengawasan) dan kajian sekurang-kurangnya lima (5) tahun. Kesan sampingan tidak muncul dalam jangka masa singkat setelah disuntik, ia memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

 2.3 Di borang penerimaan suntikan vaksin COVID-19 juga jelas menyatakan bahawa saya menanggung apa jua kesan selepas vaksinasi, sedangkan pembuat vaksin, pengedar, doktor mahupun kerajaan sendiri terlepas dari menanggung liabiliti atas produk yang telah disyorkan.

 2.4 Berikut senarai menunjukkan dokumen vaksin COVID-19 di Malaysia masih di fasa kajian. Dan kerana ini saya tidak mahu merisikokan kesihatan saya dalam masa panjang atau pendek.

 Pfizer (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04368728):

Estimated Primary Completion Date : November 2, 2021

Estimated Study Completion Date : May 2, 2023

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04368728

 Moderna (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04470427):

Estimated Primary Completion Date : October 27, 2022

Estimated Study Completion Date : October 27, 2022

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04470427

 Astrazeneca (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04516746):

Actual Primary Completion Date : March 5, 2021

Estimated Study Completion Date : February 14, 2023

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04516746

 Sinovac's (ClinicalTrials.gov Identifier: NCT04456595):

Actual Primary Completion Date : December 17, 2020

Estimated Study Completion Date : February 2022

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04456595

 CanSino

Estimated Primary Completion Date : December 30, 2021

Estimated Study Completion Date : January 30, 2022

Source : https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04526990

 3. Saya menegaskan bahawa saya maklum manfaat dan kebaikan vaksin. Saya juga maklum dengan kesan sampingan dengan meneliti sisipan vaksin yang telah dikeluarkan NPRA. Justeru saya memohon keputusan tidak mengambil vaksin ini dihormati sesuai dgn hak saya mengikut perlembagaan prinsip keagamaan, tradisi dan hak asasi tubuh/kehidupan saya serta rakyat oleh Tuhan/Rukunegaradi bawah Bahagian III Perlembagaan dan Undang-undang Kecemasan Perkara 150(6A)[Seksyen 130B (3) (1) Kanun Keseksaan],11(5), 3(1), dan 4(1) Perlembagaan.

 4. Saya juga ingin menegaskan, saya tidak berminat mendengar atau menghadiri sebarang sesi soaljawab, penerangan, dan kaunseling berkenaan suntikan/vaksinasi Covid-19.

 clinicaltrials.gov

Study to Describe the Safety, Tolerability, Immunogenicity, and Efficacy of RNA Vaccine Candidates Against COVID-19 in Healthy Individuals - Full Text View - ClinicalTrials.gov

 Study to Describe the Safety, Tolerability, Immunogenicity, and Efficacy of RNA Vaccine Candidates Against COVID-19 in Healthy Individuals - Full Text View.

 12:05

MD

Pujukan, desakan, persoalan dan gangguan dalam sebarang bentuk termasuk panggilan telefon, mesej pesanan ringkas, whatsapp, lawatan ke rumah, desakan ketua jabatan atau premis kesihatan dan sebagainya adalah tidak akan dilayan. Jika ia tetap berlaku dan menjejaskan emosi, psikologi dan mental, saya sekali tidak akan teragak-agak membuat laporan dan aduan kepada pihak berwajib termasuk pihak berkuasa dan Biro Pengaduan Awam (SISPAA).

 5. Sehubungan dengan itu juga, saya dengan sekeras-kerasnya meminta pihak berkuasa serta pihak kerajaan untuk menarik balik peraturan-peraturan ‘doublestandard’ yang di kenakan hampir di semua tempat kepada saya dan juga kepada rakyat Malaysia yang menolak untuk di vaksin kerana ia jelas telah melanggar hak-hak asasi mengikut yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

 6. Selain itu, laporan ini di buat atas kehendak sendiri dan tiada hasutan dari mana-mana pihak serta segala maklumat penolakan saya ini adalah sebahagian daripada maklumat peribadi saya dan tidak boleh sewenang-wenangnya dikongsi dan dihebahkan kepada mereka yang tidak berkenaan dengan apa tujuan sekalipun terutamanya untuk dipandang serong atau diaibkan. Sekiranya saya dapati ini berlaku, sekali lagi saya akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang tersedia.

 7. Dengan laporan ini, saya membantah segala jenis paksaan dan apa jua Pengaruh Tidak Wajar (Undue Influence) untuk vaksinasi covid-19, termasuk bantahan terhadap sebarang bentuk DISKRIMINASI “Medical Apartheid” yang telah berlaku terhadap diri saya dan pada mana-mana masyarakat dalam negara ini.

Sekian laporan saya, terima kasih.

 

_____

Nama : DR. AAAA

No. i/c: 88888888