Sabtu, 27 November 2021

Usahawan

 10 "Hukum Hafiz Hiew" dalam Keusahawanan:


1. Jangan sesekali mulakan perniagaan sebab nak dapatkan wang. Mulakan perniagaan sebab satu visi di luar keuntungan wang dan wang akan ikut nanti.


2.  Jangan "Think Small, Start Big" tapi "Think Big, Start Small".


3. Jangan jual produk/perkhidmatan kepada orang yang Anda tidak suka dan mereka tidak perlu. Cari orang yang Anda suka/sayang, dan jual kepada mereka yang perlukannya.


4. Jangan tanya "macam mana saya boleh buat duit" tetapi tanya "macam mana saya boleh tolong dia buat duit?"


5. Jangan cari pasukan yang bekerja untuk Anda, cari pasukan yang Anda mahu kerjasama.


6. Jangan tanya "Apa yang saya perlu buat" tetapi tanya "Apa yang perlu saya bantu orang lain untuk buat".


7. Jangan mengukur kekayaan Anda dengan duit yang dimiliki. Ukur dengan kualiti masa yang Anda memiliki.


8. Jangan ada "exit strategy" apabila Anda berjaya tetapi adakan"enter strategy" apabila Anda berjaya.


9. Jangan letak target untuk mencapai target tersebut. Tetapi letak target itu supaya Anda menjadi orang yang layak untuk mencapai target itu.


10. Jangan panjat ke atas supaya orang segani Anda, tetapi panjat ke atas supaya Anda dapat melihat luasnya dunia ini dan tingginya langit itu.


#TDC

#HafizHiew

#C2Joy

Jumaat, 26 November 2021

Nota Bantahan 3.0

    


BANTAHAN TERHADAP GARIS PANDUAN 3.0

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya…………………………………………., membantah arahan yang telah diterima secara lisan daripada majikan terhadap garis panduan 3.0 kerana arahan yang diberikan oleh majikan tidak melalui surat rasmi dan tidak bertandatangan. Sebagai penjawat awam ia amat penting bagi saya kerana boleh dijadikan bukti sekiranya terdapat pertuduhan bahawa saya telah tidak menjalankan tugas hakiki saya di sekolah iaitu mengajar. Saya juga adalah seorang penjawat awam yang mempunyai hak yang terlindung di sisi Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahagian 2, Kebebasan Asasi yang menyatakan bahawa penjawat awam terlindung mengikut:

Perkara 5 berkaitan “Kebebasan Diri”

Perkara 8 berkaitan “Kesamarataan”

3. Selain itu, selaku penjawat awam kerajaan persekutuan, saya mempunyai hak mengikut Bahagian 10, Perkhidmatan Awam di bawah: 

Perkara 132 berkaitan “Perkhidmatan Awam”

Perkara 135 berkaitan “Sekatan Pembuangan Kerja dan Penurunan Pangkat”

Seksyen 186 berkaitan “Menghalang Tugas Penjawat Awam”

Selain itu juga terdapat Akta-akta lain yang turut menyokong seperti:

Akta 342 berkaitan “Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit”

4. Justeru itu, dengan penuh hormat saya ingin mengemukakan bantahan terhadap Garis Panduan 3.0 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) yang kerana ianya telah bercanggah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

5. Saya membantah terhadap:

5.1- Sekatan Mengajar Bersemuka

Sekatan ini adalah tidak wajar kerana ianya menghalang saya dari menjalankan tugas hakiki saya sebagai seorang guru di mana sekatan ini juga secara tidak langsung telah menafikan hak saya sebagai penjawat awam dan tidak berpelembagaan. Rasionalnya larangan ini telah menyalahi etika kerana menghalang saya dari menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang guru dengan alasan yang tidak jelas, tidak telus dan tidak jujur untuk diterima bahkan tidak dapat membuktikan kewajaran mengapa saya dilarang mengajar bersemuka? Jika alasan “saya tidak divaksin”, ianya sangatlah tidak wajar kerana murid-murid juga adalah golongan yang belum divaksin dan atas dasar serta keperluan apakah tindakan ini dibuat kepada saya? 

Saya juga memberi jaminan bahawa saya adalah seorang guru yang sihat tubuh badan, tidak mempunyai penyakit berjangkit, berakal, waras serta berpendidikan dan untuk itu saya bertegas untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pendidik iaitu “ mengajar secara bersemuka”. 

Saya juga sangat tidak berpuas hati dan membantah dengan tindakan pentadbir yang telah memberikan bebanan tugas dan tanggungjawab saya iaitu dengan memberi relief kelas mata pelajaran yang saya ajar kepada rakan sejawat saya sedangkan saya hadir ke sekolah dan saya seorang yang sihat. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakan sekerja saya dan boleh mengakibatkan ketidakharmonian dalam hubungan kami.


5.2- Bilik Pengasingan

Pengasingan ini bersifat diskriminasi di mana ia merupakan satu penghinaan ke atas pendidik yang memilih untuk menolak vaksin Covid 19 dan juga bertujuan untuk memberikan tekanan terhadap emosi saya dan saya sangat yakin nahawa ia bukanlah di buat atas dasar faktor keselamatan semata-mata kerana hal ini telah jelas bahawa kedua-dua individu samada sudah divaksin atau tidak divaksin sama-sama berpotensi untuk dijangkiti virus covid 19 dan juga boleh menjangkiti individu lain dan dalam erti kata lain “vaksin tidak mampu membendung wabak covid 19”. Kenyataan ini juga telah dibuat dan diperakui oleh Yang Amat Berhormat  Perdana Menteri  dalam sidang Parlimen menjelaskan bahawa; “individu divaksin juga boleh dijangkiti dan menjangkiti orang lain”. Jelas di sini menunjukkan bahawa tidak ada beza antara individu divaksin dan tidak divaksin dalam isu “wabak covid 19”. Persoalannya adakah tindakan mengasingkan ini merupakan “ Medical Apartheid”? Seandainya jawapannya adalah ya, ianya sangatlah memalukan institusi pendidikan  dan sesungguhnya tindakan dan layanan yang tidak sama rata dikalangan pekerja oleh majikan adalah pengaruh yang tidak wajar dan boleh mewujudkan perpecahan dikalangan pendidik serta hubungan yang tidak harmoni malah menjadi taulan yang tidak baik kepada murid-murid di sekolah.

5.3- Sekatan Menggunakan Tandas

Ini merupakan peraturan yang paling naif yang cuba untuk dikuatkuasakan di sekolah-sekolah ke atas guru yang memilih untuk menolak untuk divaksin. Larangan ini sepatutnya tidak wajar digunapakai kerana virus covid 19 tidak berjangkit melalui perkongsian tandas. Pengetahuan terhadap fakta yang betul dan tepat sangatlah mustahak dan perlu dicari gali untuk menjalani kehidupan yang lebih harmoni agar tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak relevan dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan. Selama ini pun kita tidak mengasingkan individu yang dijangkiti HIV atau AIDS kerana kita telah diberi kesedaran bahawa AIDS berjangkit melalui berkongsi jarum suntikan dan seks rambang. Perkaitan dan persoalannya di sini ialah, adakah hanya kerana saya memilih untuk tidak divaksin menjadi punca larangan perkongsian tandas? Jika jawapannya adalah ya, saya berani mengatakan bahawa fakta tidak selari dan selaras dengan tindakan kerana tidak ada bukti untuk menuduh golongan tidak divaksin adalah golongan yang bahaya dan patut dijauhi dan di asingkan. 

5.4- Arahan RTK-antigen dan Kit Ujian Kendiri(saliva)

Saya tidaklah membantah jika arahan ini digunapakai untuk tujuan keselamatan umum warga sekolah khususnya demi keselamatan anak didik yang saya kasihi, namun persoalannya ialah adakah  saya sahaja yang berpotensi untuk dijangkiti  dan menjangkiti virus covid 19? Jika jawapannya ialah tidak, ia merupakan satu tindakan yang dibuat ke atas saya semata-mata bertujuan untuk memberi tekanan dari sudut emosi dan kewangan kerana saya yakin dan percaya jika arahan ini dibuat atas dasar keselamatan sepatutnya semua warga sekolah di arahkan untuk menjalankan ujian kendiri dan secara berkala sebelum mengajar bersemuka demi memastikan keselamatan terjamin dan juga sebagai langkah yang paling rasional dan tepat untuk mengelakkan berlakunya kes jangkitan virus covid 19 dikalangan warga sekolah. Hal ini kerana telah jelas bahawa kesemua berpotensi untuk jangkit menjangkiti. Tambahan pula arahan ini dikenakan ke atas saya sahaja secara berkala iaitu 2 kali seminggu dan melalui pembacaan saya hanya jika kita bergejala sahaja kita perlu menjalani ujian tersebut. Atas alasan apakah dan tujuan apakah saya dipaksa berbuat demikian? Saya bertegas untuk menolak melakukan ujian ini jika saya dalam keadaan sihat dan saya berjanji akan menjalankan ujian kendiri jika saya merasa tidak sihat dan kurang selesa.

5.5- Arahan Memakai Pelitup Muka Berganda dan juga Face Shield

Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah, atas tujuan apakah saya diminta untuk memakai pelitup muka berganda dan juga face shield? Adakah pemaikaian pelitup berganda ini bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan? Adakah juga ia bertujuan untuk memastikan bahawa tidak akan berlaku penularan jika memakai pelitup muka berganda-ganda? Jika jawapannya ialah ya, maka arahan ini mestilah dikuatkuasakan ke atas semua warga sekolah dan bukanlah hanya ke atas saya seorang sahaja kerana semunya berisiko untuk menularkan virus covid 19.

Jika alasan kerana saya tidak mengambil vaksin adalah antara sebab saya di arah memakai pelitup muka berganda-ganda adalah tidak adil dan tidak rasional bahkan tuduhan bahawa golongan tidak divaksin boleh mengancam golongan yang divaksinasi adalah meleset dan tidak berfakta.

Sila rujuk jurnal perubatan yang bertarikh 20 November 2021, The Lancet telah menerbitkan amaran kepada kerajaan peringkat seluruh dunia supaya berhenti membuat dakwaan palsu “golongan tidak divaksinasi mengancam golongan yang divaksinasi dan berisiko dijangkiti COVID 19.”

(http://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIISO140-6736(21)02243-1/fulltext). 

YB Senator Dr Radzi Jidin juga dalam ucapannya pada 05 Oktober dalam sesi penggulungan RMK-12 dalam dewan yang mulia di Parlimen ada menyebut  berkaitan isu vaksin dikalangan kakitangan awam yang menolak untuk divaksin telah menegaskan bahawa “Pihak Kementerian tidak tolerate, pihak Kementerian bertegas bahawa tidak sepatutnya berlaku sebarang diskriminasi di mana-mana Kementerian Pendidikan Di Malaysia”. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya dan ini sangat menunjukkan bahawa pihak kementerian juga telah melakukan satu tindakan yang tidak selaras dengan ucapan.

Sekali lagi saya menegaskan di sini bahawa saya amat jelas dan faham dengan pilihan saya untuk menolak suntikan vaksin Covid 19 “Experimental Vaccine Covid 19” yang masih dalam fasa ujikaji yang berakhir antara tahun (2022-2023). Oleh yang demikian, saya tidak mahu mengambil sebarang risiko yang boleh memudharatkan tubuh badan saya yang Allah kurniakan memandangkan vaksin Covid 19 adalah masih dalam fasa kajian dan bermacam-macam kemungkinan boleh terjadi kerana bila wujudnya “consent letter”  ini bermakna segala kesan sampingan samada ringan atau berat dan samada kesan jangka masa singkat atau panjang semuanya adalah atas tanggungan saya sendiri dan tidak ada satu pihak pun yang akan dipertanggungjawabkan natijah daripada persetujuan saya. Atas kesedaran inilah saya nekad untuk membuat pilihan yang tepat demi kelangsungan hidup tanpa memilih sesuatu yang meragukan saya. Saya juga yakin adalah tidak salah jika saya memilih untuk tidak divaksin kerana Dasar Vaksinasi Covid 19 Negara juga adalah masih sama iaitu secara “PERCUMA” DAN“SUKARELA”.

Rujuk ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan

https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/vaksin-covid-19-tiada-paksaan-tidak-langgar-akta-342-jika-tidak-ambil-takiyuddin-286533%3famp=1

Saya amat yakin dan percaya bahawa puan sangat-sangat terbuka dan faham dalam isu hak dan pilihan dan saya sangat berharap layanan yang sama rata diberikan terhadap saya walaupun saya telah memilih untuk menolak suntikan vaksin Covid 19 demi menjamin keharmonian semasa berada ditempat kerja. Amalan “MEDICAL APARTHIED” iaitu “menyisihkan” saya hanya kerana saya tidak divaksin tidak seharusnya berlaku kerana saya juga sama seperti guru lain, seorang yang sihat tubuh badan, waras akal dan fikiran serta berpendidikan.


SEKIAN. 


YANG BENAR,

……………………………………..

( )

Khamis, 25 November 2021

Link rujukan

 Simpan link ni utk rujukan masa dpn jika ia diperlukan/digunakan sbagai lampiran fakta.


Dasar Kerajaan ttg PICK (muka surat 15):

https://www.vaksincovid.gov.my/pdf/Program_Imunisasi_COVID-19_Kebangsaan.pdf


PP Bil. 4 2021:

https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2021/pp042021.pdf


Surat Edaran yang berkaitan dgn PP Bil. 4 2021:

https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2021/se28102021.pdf


nota: jika link di atas tak dpt di akses, ini bermakna fail PDF tersebut telah dihapuskan.

Repot


 

Tatatertib