Khamis, 24 Mac 2022

Musuh islam

 Isi khutbah hari ini 

Jumaat 25 mac 2022 bersamaan 22 شعبان 


Ada 5 musuh umat Islam yang kita WAJIB perangi: 


1. Orang kafir yang memerangi umat Islam


2. Hawa nafsu diri sendiri


3. Iblis laknatullah


4. Orang-orang منافق


5. Orang Islam yang hasad dan dengki kepada sesama Islam

Isnin, 21 Mac 2022

Bahagia

 *Eropah Utara tersenarai negara paling bahagia di dunia...*


📳ı|ı🔥GAK☆🔥ı|ı ﷽

*Eropah Utara tersenarai negara paling bahagia di dunia, salah satunya dah lama rakyat Malaysia buat!*


22 O3 2O22

ABE YIE IRDK


*BACHOK: Masyarakat di Eropah Utara antara paling bahagia dan gembira di dunia.*

 

*Eropah Utara atau Skandinavia berada dalam senarai teratas sebagai negara paling bahagia di dunia!*


*Dalam World Happiness Report 2021, Finland berada di tempat pertama sebagai negara paling bahagia diikuti Denmark, disusuli oleh Switzerland.*


Tiada lagi diskriminasi... kini Malaysia ada taman permainan khas buat kanak-kanak OKU


Manakala Malaysia berada di kedudukan 81 daripada 146 buah negara dalam laporan tersebut.


Apa sebenarnya konsep bahagia yang diterapkan oleh negara-negara di Eropah Utara? Berikut adalah lima konsep yang mungkin boleh kita praktikkan.


1. Hygge


Hygge (dibaca hoo-ga) adalah konsep mengenai kesenangan. Konsep Hygge boleh dipraktikkan dalam semua aspek kehidupan termasuk hubungan, ketenangan jiwa dan sebagainya.


Konsep ini diterapkan dengan banyak cara seperti membatalkan perancangan yang dibuat tanpa rasa bersalah demi kebahagiaan diri atau sekadar duduk di rumah dan menghabiskan masa bersendirian.


2. Niksen


Orang Belanda memiliki konsep bernama Niksen yang bermaksud tidak berbuat apa-apa.


Konsep ini dianggap radikal oleh sesetengah orang kerana kita sukar melepaskan diri daripada tanggungjawab seperti terhadap kerja dan keluarga.


Bagaimanapun konsep ini, ia mengajar agar seseorang merehatkan otak, membiarkan fikiran kosong dan tidak berbuat apa-apa tanpa kemahuan diri sendiri.


Kajian menunjukkan, merehatkan otak daripada perkara-perkara yang memenatkan seperti tugasan di pejabat akan membuatkan seseorang menjadi lebih kreatif dan efektif dalam menyelesaikan masalah.


3. Kosalig


Konsep yang berasal dari Norway ini secara dasarnya seperti Hygge namun fokus utamanya adalah ketenangan tetapi tanpa perlu mengorbankan kehidupan sosial.


Ia sekali gus dapat membuatkan seseorang kurang berasa sunyi, lebih positif dan lebih dekat dengan orang yang mereka sayang.


4. Friluftsliv


Konsep Friluftsliv biasanya dipraktikkan ketika musim sejuk dan mengajak individu untuk mendekati alam dan bukannya terperap di dalam rumah tanpa berbuat apa-apa.


Meskipun dalam cuaca sejuk, konsep itu dipercayai dapat memberi peluang kepada seseorang untuk menikmati alam dengan bebas sekali gus memberi ketenangan.


"Kesihatan mental seseorang akan meningkat ketika seseorang berasa bebas dan dunia seperti berada dalam genggaman mereka," kata pakar psikiatri, Jennifer Teplin.


Sebenarnya, kaedah ini bukan sahaja boleh dilakukan pada musim sejuk tetapi musim-musim yang lain dengan menikmati alam seperti mendaki bukit atau berjalan di tepi pantai.


5. Fika


Orang-orang di Sweden mengamalkan konsep Fika iaitu 'coffee break' bagi membolehkan mereka merehatkan otak selepas penat bekerja.


Fika sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Sweden dan banyak syarikat mempraktikkan konsep tersebut yang dipercayai dapat membantu meningkatkan produktiviti dan fokus pekerja.


Di Malaysia sendiri, coffee break bukan sesuatu yang baharu

📳ı|ı🔥GAK☆🔥ı|ı ﷽

https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2022/03/20/5-rahsia-eropah-utara-tersenarai-negara-paling-bahagia-di-dunia-salah-satunya-dah-lama-rakyat-malaysia-buat

Khamis, 17 Mac 2022

Zakat 10k

 Tiada masalah korang nak buat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000.


Cuma ia tertakluk kepada zakat 2.5% sebab ia menambahkan harta/pendapatan anda.


Keluarkan RM10,000, zakatnya RM250 one-off.


Bayar kepada institusi zakat atau niatkan zakat untuk family terdekat yang susah (asnaf).


• Boleh bagi zakat kepada adik beradik yang sedang belajar (fisabilillah).


• Isteri boleh bagi zakat kepada suami (jika susah). Abang boleh bagi kepada adik beradik (miskin).


• Suami tak boleh bagi zakat kepada anak+isteri sebab ia tanggungjawab. Anak kpd ibu bapapun sama.


Kredit: Faisal Rahim

Rabu, 16 Mac 2022

British

 APA SALAHNYA MASUK FREEMASON ??


Inilah buktinya malaysia dpt kemerdekaan dari Freemason (British), bukan dari komunis.. sbb tu Soekarno marah sgt pada TAR, dan beri gelaran pada tunku, ''Budak Suruhan Britsih'' (Boneka Mason).. Pejuang2 kemerdekaan (termasuk para ulama) mati dibunuh bangsa sendiri yg menjadi tali barut British. Kemudian para syahid ini dilabel sebagai pemberontak, pengkhianat dll... sepertimana yg diajar dalam buku2 teks sekolah dan media arus perdana.


Sbb tu Perlembagaan Malaysia pun mason yg tulis. Bendera mlysia? lagu negaraku? Semua tu tu dipilih sendiri oleh British. Bendera pun dah mcm Amerika. Lagu pula ciplak lagu dari penjajah.


SILA JAWAB :


Kenapa kita berdagang menggunakan US dolar?

Sedangkan EMAS kita terpaksa ditebus di US Federal Reserve bagi mendapatkan Ringgit.

Emas kita punye, Ringgit kita punye, namun Freemason yang control kita punya harta. Emas kita boleh lupus sekiranya kita gagal penuhi syarat-syarat mereka.

Ringgit kita boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sebab kita tidak control nilai matawang kita.


p/s: Balai Polis, Pondok Pasung, lambang pada songkok dan topi polis Malaya tertera lambang Queen Elizabeth (Ratu Freemason)


Mereka bekerja untuk siapa sebenarnya?


Mereka bekerja utk menghapuskan pejuang2 kemerdekaan!


Freemason ni siapa yg menetang dianggap pengganas... Samalah dengan Amerika... Siapa menentang Amerika dikira PENGGANAS.


SISTEM PERHAMBAAN CIPTAAN BRITISH


"Kita tak miskin tapi di miskinkan, kita tak bodoh tapi diperbodohkan oleh sebuah sistem"

- Ir .Soekarno


Sistem apakah yg dimaksudkan?


Itulah Sistem Perhambaan Freemason.


Hamba cukai, hamba wang kertss, hamba riba, hamba dadah (ubat2 hospital), hamba demokrasi, hamba tol, hamba petrol, hamba mind control etc.....


SISTEM PERHAMBAAN :


KE MANA PERGINYA HASIL BUMI ??


Fikirkan,,, Kenapa tanah melayu yg kaya dgn hasil bumi, rakyatnya ramai miskin? lepas tu mintak lagi mcm2 cukai yg terang2 haram di sisi Islam?


Kerana kita adalah hamba kepada Freemason.. British yg tulis perlembagaan Malaysia. hanya ''hamba mind control'' akan kata kita sudah merdeka secara mutlak.


Hasil2 bumi malaysia dibaham oleh british dan barua2nya pemimpin2 melayu.. seperti getah, biji timah etc... (lepas tu mintak pula GST)

smile emoticon


Ada pulak yg kata British bawa kemodenan kpd Tanah Melayu..


Mereka claim British bawa teknologi perhubungan..membuka jln keretapi dan jln raya... Mcm btol jer bunyinya kan..


Tetapi yg sebenarnya British terpaksa adakan semua tu utk kemudahan mereka.


Jln raya british buat utk bawa hasil getah ke pelabuhan utk dijual..

Buat jln keretapi utk bawa bijih timah menuju pelabuhan..


Semua kemudahan itu dibuat semata-mata utk larikan hasil bumi kita lalu keuntungannya di bawa ke England..


*Rancangan Bersamamu (TV3) tak akan wujud jika wang zakat diagihkan dengan amanah.

Selasa, 15 Mac 2022

beragama

 


SUAMI DAN ISTERI BILA FAHAM AGAMA


Suami bila faham agama, dia akan ajarkan anak isterinya cara hidup beragama. Ajak bersolat, ngaji, dalami agama. Kalau tak pandai pun, dia izinkan isteri belajar. Bahkan tak culas dalam menafkahi mereka.


Suami bila mengerti agama, dia akan selalu ingatkan anak isteri tutup aurat sempurna. Tak biar mereka tabarruj. Sebab dia sedar, nanti jika tak tegur akan dipertanggungjawabkan segala dosa.


Suami bila cintakan cara hidup beragama, dia takkan biarkan anak isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain. Berikhtilat, apalagi berkhalwat. Dia ada rasa cemburu. Tak dayus.

.

Suami bila inginkan agama dalam dirinya, dia akan sedaya upaya menarik tangan ahli keluarganya ke Syurga. Bukan jalan ke Neraka.

.

Begitulah cerita sang suami sejati. Besar tanggungjawab sebenarnya.


Isteri bila faham agama, dia suka dengan cara hidup beragama. Bila diajak solat bersama, ngaji, dalami agama dia akan ikut tanpa banyak songeh. Bila dinasihati saat berbuat salah, dia tak keras melawan namun sedia berlapang dada menerima.


Isteri bila mengerti agama, dia akan selalu beramal dengan menutup aurat sempurna. Tak suka bertabarruj walaupun diajak kawan-kawan. Sebab dia sedar, nanti dia dan suami akan di pertanggungjawabkan segala dosa. Dia tak mahu suaminya terpalit sama berdosa.

.

Isteri bila cintakan cara hidup beragama, dia takkan bergaul bebas dengan lelaki lain. Berikhtilat, apalagi berkhalwat. Dia berusaha menjaga diri dan maruah samaada di depan suami atau di belakangnya.

.

Isteri bila seronok hidup beragama, dia akan sedaya upaya menjadi pembantu ketua rumahtangga yang setia serta mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Sebab isteri lebih dekat dengan jiwa anak-anak.


Isteri yang solehah pastinya sentiasa menjaga tutur kata agar hati suami tak disakiti, bersifat qanaah, syukurnya tebal, mampu menjaga harta suami dengan baik dan saling berpesan-pesan pada kebenaran.

.

Begitulah cerita sang isteri sejati. Untungnya wanita, dia mudah ke Syurga.


Kredit : khaulah al azwar