Ahad, 3 April 2022

Mistik malaya

 *KEDAULATAN TANAH MELAYU LAWAN SIHIR.*


1. Maaf kerana sudah lama tidak update, saya menulis kali ini kerana mahu menjawab pertanyaan beberapa pembaca yang bertanya mengenai sihir mason, sihir illuminati, sihir kabalah serta apa sumpahan yang dikatakan menyelubungi Tanah Melayu ini yang telah mencecah ratusan tahun sehingga gagal dipulihkan.


2. Saya cuma tersenyum sahaja apabila membaca serba sedikit mengenai sihir-sihir ini yang dikatakan masih berkuasa sehingga sekarang, hebat….iluminati atau pengikut-pengikut Dajal ini seolah-olah terlalu berkuasa sehingga satu negara atau satu Tanah Melayu masih dibelenggu sihir yang berusia beratus-ratus tahun sehingga sekarang.


3. Bagi saya mudah, sebenarnya tidak ada sihir…segala masalah yang menyelubungi orang Melayu adalah disebabkan mereka membiarkan akidah diri dipengaruhi, melupakan terus pengajaran Sifat 20 atau Akhidatul Iman sehingga iktikad diri menjadi rosak dan kejahilan berleluasa.


4. Perkara kedua, mereka ini lupa bahawa Tanah Melayu dan nusantara ini dilindungi oleh para Wali Allah dan jangan kita menyangka orang-orang alim mati dan tidur semata-mata di Alam Barzakh kerana sesungguhnya mereka hidup di sisi Allah (soal ruh ini, bukan untuk perbincangan umum jadi kita tamatkan di sini sahaja).


5. Sangat ironi apabila ramai orang Melayu percaya bahawa kebangkitan akan bermula dari Tanah Melayu tetapi pada masa yang sama yakin benar bahawa negara ini diselubungi sihir yang kuat, sekarang saya tanya kembali….sihir yang kuat atau kuasa Allah Yang Maha Esa yang Maha Terkuat.


6. Saya faham tidak ramai orang Melayu yang mengetahui rahsia-rahsia alam, mereka tidak tahu tentang penjaga kunci, mereka tidak tahu pemerintah alam ghaib yang dilantik berdasarkan wilayah dan tempoh kekuasaan iaitu pada setiap 100, 300 atau 500 tahun, mereka juga tidak tahu Tanah Melayu ini mempunyai WARIS.


7. Saya pun malas nak buka kerana ini semua bukan perkara wajib untuk dipelajari, saya meminta anda semua mengaji ilmu-ilmu Allah yang wajib untuk kita belajar seperti Ilmu Tauhid, Fardhu Ain serta Tasawuf.


8. Jika sihir Mason, Kabalah atau permainan ilmu hitam Iluminati ini lebih kuat, mengapa pihak British yang merupakan agen Dajal Al Masih ini gagal membawa emas-emas Tanah Melayu ini pulang ke negara mereka kecuali sedikit, itu pun selepas mendapat izin dari Raja-raja Melayu yang sudah diperas ugut.


9. Cuba kita lihat, bagaimana musuh-musuh Islam ini gagal membawa balik kekayaan dari Tanah Melayu apabila pelbagai bala menimpa mereka seperti yang berlaku ke atas kapal Portugis (Flora De Lamar).


10.Malah bukan satu rahsia apabila emas-emas Tanah Melayu yang cuba dibawa keluar melalui Pelabuhan Sweetenham gagal, keretapi yang membawa bongkah-bongkah emas berjumlah 400 tan terhenti dan kapal kargo khas untuk membawa emas-emas terbabit yang didatangkan daripada London ke pelabuhan itu karam semasa Perang Dunia Kedua dahulu.


11.Malahan segala aktiviti emas yang diusahakan British terhenti kerana mereka menghadapi pelbagai masalah, termasuk serangan penyakit misteri ke atas tentera dan buruh-buruh mereka, punya banyak lokasi-lokasi perompakan emas dalam hutan Tanah Melayu ini yang ditinggalkan begitu sahaja dan saya telah menemui dua lokasi tepat dari puluhan atau ratusan yang mungkin wujud.


**Hanya Waris Tanah Melayu yang akan mendapatkan emas-emas ini, tangan lain pasti gagal kerana emasnya akan bertukar menjadi tembaga atau akan berlaku kemalangan jika diambil secara paksa. 


12.Jepun turut gagal dan emas-emas yang mereka rompak semasa Perang Kedua dari Tanah Melayu semua bertukar menjadi TEMBAGA dan akibatnya Jeneral Yamashita terpaksa meninggalkan emas-emas ini dilokasi tersembunyi di seluruh Tanah Melayu dari Kelantan sehinggalah ke Sabah.


13.Lihat, jika sihir-sihir yang dilontarkan para pengikut Dajal ini benar-benar berjaya, mengapa mereka gagal mengaut emas-emas dari tanah kekayaan Nabi Sulaiman ini keluar, sudah tentu ada pihak yang menjaganya sehingga sampai masa akan diberi kepada pemiliknya yang sah iaitu Waris Tanah Melayu yang dikatakan berketurunan darah Rasulullah SAW.

SIHIR IMPORT UNTUK CEMARKAN KEDAULATAN TANAH MELAYU PASTI GAGAL


14.Segala macam sihir yang cuba dikenakan ke atas Tanah Melayu terutama yang bertujuan menguggat KEDAULATAN negara ini, bagi saya, pasti akan terbatal atau gagal.


15.Orang lupa bagaimana para komando Indonesia yang dibekali dengan ilmu kebal, ilmu mistik yang akan dipakai untuk menjajah negara ini gagal berfungsi semasa mereka melancarkan Konfrantasi pada tahun 1963 dahulu.


16.Kita sendiri tahu bahawa republik ini sangat terkenal dengan pengamal-pengamal ilmu kebatinan, dan sudah pasti para komando yang mendarat itu bukan masuk kosong tetapi dadanya sudah penuh diisi dengan pelbagai ilmu kebatinan.


17.Mereka terpinga-pinga dengan mistik yang mereka percaya. Rupanya Tanah Melayu lebih mistik.


18.Nah, tahun lepas, kita sendiri melihat bagaimana pengganas-pengganas Sulu yang bersenjata lengkap dan ditampal dengan pelbagai azimat kebal serta ilmu-ilmu mistik yang lain habis mati ditembak oleh pasukan polis dan askar-askar kita.


**Azimat Sulu menjadi tidak ampuh selepas memasuki wilayah kedaulatan Malaysia


**Pengganas ini yakin dengan ilmunya semasa bertempur di Filiphina tetapi ilmunya pudar dalam wilayah kedaulatan yang dicerobohinya. 


19.Aneh bukan, sudah tentu mereka mempercayai azimat-azimat ini kerana terbukti berkesan apabila mereka melawan askar kerajaan Filiphina tetapi ilmu-ilmu ini terbatal sebaik sahaja mereka memasuki wilayah KEDAULATAN Malaysia sehingga ramai yang mati katak kerana dibunuh pihak berkuasa negara kita.


20.Saya ingin menyeru kepada para saudara semua supaya yakin bahawa tiada sihir yang dapat melawan kuasa Allah Yang Maha Esa terutama kuasa yang kononnya mampu menyelubungi satu kedaulatan negara sehingga kita terperap dalam pengaruh jahat selama ratusan tahun.

ORANG LUAR TAHU RAHSIA TANAH MELAYU


21.Iblis dan Dajal mungkin sudah mengetahui rahsia Tanah Melayu.


22.Musuh-musuh manusia ini bagaimanapun tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka berada di dimensi yang lain, jadi untuk mendatangkan kesan, mereka melantik petugas-petugas mereka yang terdiri dari manusia biasa dan melalui beberapa perjanjian, manusia-manusia ini menguasai dunia perbankan, politik dan sebagainya.


23.Manusia-manusia inilah yang menguasai satu-satu kumpulan dan kerajaan dan mereka ini kemudian dijadikan kuat sebagai kuasa besar untuk mengorek rahsia-rahsia itu.


24.Kalau dari satu sudut, mereka mahu menguasai kekayaan-kekayaan di dalam dunia ini dan menjadikan manusia lain sebagai hamba abdi.


25.Malah bersebab apabila banyak perkara yang terkait dengan sejarah orang Melayu diubah, dilacurkan atau dilenyapkan begitu sahaja sedangkan mereka tidak berbuat demikian pada bangsa-bangsa lain di dunia.


26..Rahsia ini bagaimanapun tidak ramai yang tahu dan saya rasa lebih moleklah jika anda pun tidak tahu kerana bukan semua manusia perlu ambil tahu barang yang bukan tugas kita pun, sebaiknya fokus sahaja pada kehidupan dan kematian.

PENGALAMAN PENULIS BERURUSAN DENGAN ILMU KEBAL IMPORT


27.Tahun lepas, saya sibuk menguruskan bisnes menjual barang-barang hikmat termasuk batu permata dari Indonesia dan Tanah Melayu.


28.Salah satu alat yang saya dan kawan-kawan jual adalah tali pinggang kebal dari Indonesia yang mahu dijual dengan harga RM10 juta (ya, memang lumayan buat bisnes yang berkaitan dengan alam ghaib, orang Malaysia terutama yang

kaya sangat paranoid dengan kematian).


29.Kekebalan tali pinggang ini terbukti apabila pemiliknya yang merupakan seorang kiyai di sebuah pesantren di Jawa menembak salah seorang penguji dengan senjata api tepat pada mata dan dengan kuasa Allah, pelurunya terhenti dan jatuh macam tahi cicak (kawan saya dalam team kami menyaksikan kejadian ini)


30.Tali pinggang itu kemudian dibawa oleh sahabat saya bersama dengan seorang kiyai muda dari Indonesia untuk dijual kepada pembeli dari Kelantan.


31.Selepas semua pembeli dan saksi dihimpun, ujian tembakan dibuat dengan senapang patah ke atas seekor ayam di rumah kawan saya di Hulu Langat, dengan Kuasa Allah juga….hikmat yang ada pada tali pinggang itu terbatal dan tiba-tiba menjadi tidak ampuh, maka ayam yang ditembak bersama tali pinggang kebal itu berderai.


32.Selepas berhubung dengan alam ghaib, barulah kami tahu bahawa, pemegang kunci kedaulatan Tanah Melayu tidak mengizinkan tali pinggang yang sudah berusia 300 tahun milik yang pernah menjadi milik salah seorang Wali Allah di

Jawa jatuh ke tangan bukan Islam.


33.Rupa-rupanya pembeli Melayu tadi yang merupakan seorang peguam mahu menjual semula kepada seorang pembeli lain (bukan Melayu) dengan harga yang lebih mahal.


34.Nasihat saya kalau ada anda berminat untuk membeli barang-barang ajaib dari luar Tanah Melayu, hati-hati, kelah nanti, duit habis berpuluh ribu atau berjuta, hasilnya sifar kerana keajaibannya tidak berani masuk ke Tanah Melayu (Nasihat ini untuk urusniaga alam ghaib sahaja, orang yang tidak ada ilmu tidak payahlah faham tapi jangan memadai buat hukum merepek dengan ilmu yang sejengkal dua).


35.Ini adalah sebahagian dari keajaiban Tanah Melayu yang saya boleh kongsikan kepada saudara-saudara pembaca semua, yang lain-lain seperti pengetahuan mengenai Piramid, kerajaan orang kenit dan alam kenit, bahtera Nabi Nuh, bandar-bandar hilang dan lain-lain lagi terpaksa saya rahsiakan walaupun ada yang saya mempunyai gambar kerana saya ini memegang amanah.


36.Mengapa Negara Cina dapat ditakluk oleh faham Komunis? 

Siapakah pemimpin-pemimpin Komunis Cina? Mereka adalah pengikut Illuminati yang TEGAR. Mereka sudah di’mindcontrol’ secara terancang. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri yang menentang fahaman mereka.


Apakah komunis?


Komunis adalah ideologi ciptaan ‘The Hidden Hand’ sama seperti Liberalisme,Fasisme dan Nazisme. Kitab ajaran komunis ‘Das Kapital’ dan ‘The Communist Manifesto’ sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemasonry. Dan ‘patsies’ dan mangsanya yang menjadi bahan ujikaji adalah rakyat Rusia dan Cina yang berjiran.


Mengapa?


Kerana mereka mempunyai bilangan penduduk teramai sekali di dunia.Dua bangsa ini, Cina dan Caucasian Eropah berkongsi sifat yang sama; rajin,kuat usahanya, pandai mencari wang (tapi bukan menguasai wang sebagaimana Yahudi), pandai membuat kerja dan barangan serta berminat mempelajari kerohanian (bukan pandai memahami dan mendalaminya seperti bangsa Melayu). Kita boleh lihat pola ini berdasarkan sejarah, bangsa Cina sebelum menganut agama Buddha adalah kaum yang bersifat animisme seperti kaum Eropah Pagan. Ada yang menganut agama Hindu tetapi agama ini kurang popular.Terdapat juga cendekiawan Cina yang mencari-cari Tuhan seperti Lao Tse.Tao adalah kata yang diwakilkan oleh beliau sebagai Tuhan.


Apabila agama Buddha tersebar dari India,maka penambahan rakyat Cina yang memeluk agama ini meningkat begitu drastik sekali. Buddha menjadi agama yang dominan di Tanah Besar Cina.Cina tidak pernah menjadi bangsa yang ditakluki keseluruhannya kecuali serangan-serangan dari Monggol dan pengaruh Imperalisme Barat.Sama seperti Caucasian Eropah, sebelum agama Kristian muncul mereka menganut dewa-dewi masing-masing, malah ada yang mengambil dewa-dewi bangsa Mesir dan Sumeria untuk diubahsuaikan dan disesuaikan dengan budaya mereka.Apabila agama Kristian muncul mereka pun beramai-ramai memeluk agama tersebut di mana kerajaan Rom selaku kuasa besar ketika itu amat memainkan peranan. Caucasian Eropah sebenarnya adalah patsies yang paling malang sekali dalam sejarah dominasi para pengikut penyembah syaitan.


SINGA-PURA (Pulau Singa)


Pemimpin-pemimpin Singapura adalah hamba Dajal Illuminati. Mereka sudah sekian lama bekerja untuk pihak The Hidden Hand. Musuh mereka adalah MELAYU ISLAM yang teramat degil untuk ditundukkan. Rancangan mereka untuk memusnahkan Melayu pada 13 mei 1969 (angka 13 dan 69 mempunyai maksud khas bagi sihir Gematria Yahudi) gagal akibat proksi mereka dari kalangan orang Cina di sini masih gerun dan trauma dengan mistik aneh Melayu seperti parang terbang dan alter amok yang tiba-tiba meresap ke dalam setiap pemuda Melayu ketika itu (rujuk Datuk Harun Idris dan pasukan misteri dari Sg. Manik).

Jadi plan secara halus telah dilaksanakan seperti memcahbelahkan Melayu, menjauhkan Melayu dari Islam dan merosakkan moral Melayu.Yahudi teramat senang dengan Cina Singapura terutama keturunan Lee yang sekian lama menjilat kaki tuan mereka dari kalangan Yahudi dan Illuminati penyembah Iblis (keturunan Lee adalah salah satu keluarga elit Illuminati penyembah Iblis). Lain pula halnya dengan Melayu yang teramat degil malah benci pula dengan Yahudi Zionis. Sila lihat pola ini: Israel yang kecil di tengah-tengah negara2 Arab dan Singapura yang kecil di tengah-tengah negara-negara Melayu.


******Di sini kita mula faham bahawa Yahudi Nasrani (gabungan mereka jelas dalam Jesuit) sememangnya tahu dan percaya apa yang diperkatakan Rasulullah saw, mereka mencari dan terus mencari manusia bernama alMahdi dan Pemuda Bani Tamim ini melalui pelbagai alat canggih mereka. Untuk apa? Untuk menafikan apa yang dijanjikan Allah. Untuk menghapuskan mereka sebelum mereka muncul sebagai wira.

Jika hadis Baginda Rasulullah saw pun kita ambil ringan, bagaimana kita akan dapat menyahut seruan para wali menuju perang dahsyat ini. Harus disedari bahawa 70,000 tentera alMahdi terdiri dikalangan mereka yang benar2 beriman. Mereka yang jauh terkehadapan dalam semua hal, bukannya seperti kebanyakan kita yang lalai dan leka.


Pemimpin perang mereka terdiri dari Panglima Badar (313 orang) yang cukup terlatih dan penuh ilmu. Mereka ada disekeliling kita, namun kita tidak berupaya mengesan mereka kecuali kepada yang Allah kehendaki. Jika mereka merempuh gunung, gunung akan runtuh. Apa sahaja yang ada ditangan akan menjadi senjata.


Memandangkan mereka ini muncul di timur dunia (seperti pesanan Nabi), tidak mustahil mereka berada bersama2 kita semua. Di Tanah Melayu ini atau mana2 dunia Melayu sekeliling kita. Sebahagian besar ahlinya juga terdiri dari anak Melayu (Melayu di sini bermaksud anak Nusantara termasuk Jawa, Mindanau, Aceh dsb) . Melayu adalah bangsa mistik yang hebat. Puak illuminati tahu tentang ini, sebab itu mereka mencuba sedaya upaya mengkajinya dari pelbagai kitab lama yang telah mereka rompak dan diheret ke England dan Holland.

Kerajaan kita Malaysia masih lagi dipelihara oleh Allah. Kenapa ya? Kerajaan itu bukan bermaksud kerajaan UMNO atau apa, kita maksudkan kerajaan Melayu dengan sokongan raja2 Melayu. Kita akan bertahan sehingga satu masa berlakunya huruhara besar yang membolehkan Pemuda Bani Tamim bangun mengambil alih daulah yang terjajah, menghalau pengkhianat keluar dari bumi bertuah ini. Dipihak manakah anda pada ketika itu?


credit : militaryofmalaysia

Selasa, 29 Mac 2022

Beban Guru

 

Guru bersara awal tertekan beban kerja sampingan


Suatu yang amat malang kalau guru yang mempunyai kepakaran dan pengalaman mengambil keputusan bersara awal kerana tertekan beban kerja sampingan. (Gambar hiasan Berita Harian)

Oleh Ku Seman Ku Hussain

TUGAS  hakiki guru adalah mendidik anak bangsa menjadi generasi yang bukan sahaja bijak akademik tetapi tinggi sahsiah diri.  Tanggungjawab ini bukan mudah kerana menuntut  kepakaran dan juga pengalaman. Jangka masa penglibatan menjadi faktor utama tinggi atau rendahnya pengalaman itu.

Pengalaman dan kepakaran guru sedemikian mesti dimanfaat untuk mengangkat bidang pendidikan.  Semakin berusia seseorang guru bermakna teranjak juga kepakaran mengalirkan ilmu dan pengalaman menangani karenah pelajar yang pelbagai ragam.

Mendidik adalah satu seni yang sangat unik. Tidak semua yang berilmu atau berpendidikan tinggi mampu menjadi pendidik yang baik. Maknanya ini satu bidang  khusus dan sama sekali tidak boleh dicampur aduk dengan tugas-tugas sampingan di luar lingkungan mendidik.

Tentulah amat malang kalau seorang guru yang mempunyai kepakaran dan pengalaman ini mengambil keputusan bersara awal – bukan disebabkan faktor kesihatan tetapi tekanan dengan persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif.

Mereka inilah yang mencetuskan fenomena guru bersara awal  apabila tidak tahan dengan tekanan membuat kerja sampingan hingga menjejaskan tugas hakiki. Hal ini disebabkan oleh sistem penagihan kerja di sekolah yang carca marba, keliru dan hilang fokus.  Akibatnya memangsakan guru yang dedikasi.

Dr Anuar Ahmad

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan secara rasmi mengakui wujudnya fenomena guru yang bersara awal – apabila mencapai usia 56 tahun. Walaupun mempunyai baki perkhidmatan  empat tahun lagi, tetapi  sebahagian besar tidak tahan dengan keadaan di tempat bekerja.

Sebenarnya  isu guru dibeban tugas sampingan bukanlah suatu yang baru. Isu ini sudah lama tetapi tidak ada tindakan proaktif  oleh pihak atasan untuk dan tampil menyelesaikan demi masa depan bidang pendidikan negara.

Pegawai tinggi di Kementerian Pendidikan mengambil sikap berdiam diri. Semacam ada kecenderungan sengaja tidak mahu berkata benar kepada pembuat dasar.  Ini memberikan isyarat yang salah kepada menteri yang silih berganti bahawa semuanya ‘berjalan lancar.’

Kita menerima hakikat bahawa tidak semua Menteri Pendidikan mahir, arif, memahami dan mempunyai iltizam tinggi untuk melonjakkan bidang pendidikan. Dalam keadaan beginilah pegawai atasan di kementerian perlu membantu menteri dengan memberikan pandangan yang benar.

Katakan dengan sebenarnya kepada menteri bahawa isu guru mengeluar duit sendiri membeli kertas A4 adalah benar,  membebankan guru dengan kerja perkeranian bukan rekaan dan guru diperkudakan untuk kenaikan pangkat pengetua juga bukan satu tohmahan. Semua ini benar belaka.

Guru tidak memunyai akses yang lebih tinggi, tidak boleh mengambil jalan pintas menyampaikan keluhan tanpa melalui pengetua dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).  Maka perkara yang dibawa oleh kesatuan atau persatuan berkaitan bidang perguruan perlu diambil endah oleh ‘orang-orang besar’ di kementerian.

Menurut statistik, daripada 409,977 guru di negara ini,  lebih kurang satu peratus atau 4,000 mengambil keputusan bersara awal.  Daripada jumlah itu hanya segelintir disebabkan faktor kesihatan. Selebihnya merek berbuat demikian disebabkan tidak ada keseronokan bekerja.

Difahamkan ketika ini sebahagian besar daripada guru senior yang berpengalaman hanya menunggu usia 56 tahun untuk bersara. Apabila seorang guru  begini bersara awal empat tahun daripada waktu sepatutnya,  ini kerugian dalam bidang pendidikan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata, tugas sampingan yang pelbagai termasuk kerja perkeranian menjadikan banyak dalam kalangan guru hilang keseronokan untuk terus mengajar.

Beliau juga mndedahkan bahawa dalam kalangan guru terpaksa berdepan dengan dasar baharu yang sering berubah setiap kali berlaku pertukaran Menteri Pendidikan. Hal ini menganggu tumpuan guru untuk mendidik apabila ada dasar baharu yang perlu dipatuhi.

Walaupun di segi peratus kelihatan sangat kecil, tetapi perlu ada tindak balas segera.  Dalam kalangan bukan guru pun sudah memahami keadaan  yang membebankan  guru ketika ini. Permasalahan ini memberikan gambaran yang tidak baik, khususnya pada kerjaya perguruan.

Kini terpulanglah kepada yang  berada di atas sana, untuk mengambil endah atau terus dengan keangkuhan  semula jadi menghambakan guru dengan kerja-kerja sampingan melampaui tugas hakiki.

Tetapi jangan menafikan bahawa kepakaran guru dalam hal ehwal mendidik telah dibazirkan oleh pembahagian  tugas yang bercelaru. Masa untuk mendidik terbuang dengan kerja yang dulunya hanya sampingan, tetapi secara perlahan-lahan menjadi seolah-olah tugas utama.

Keadaan ini meresahkan masyarakat terutama mereka yang mempunyai anak. masih bersekolah Kehilangan guru yang berpengalaman ibarat hilangnya  punca ilmu. Proses kematangan dan pengalaman seseorang guru ditentukan oleh masa bukan sijil atau ijazah. Maknanya mengganti guru yang bersara bukan perkara mudah.

Terlalu lamakah untuk menghabiskan masa empat tahun?  Kalau ditanya kepada yang bekerja dalam persekitaran yang kondusif,  ada hubungan pengetua dan guru  yang penuh insani, empat tahun itu terasa singkat sahaja.

Tetapi kepada yang bekerja dalam keadaan tertekan menunggu empat tahun sangat menyeksakan. Maka bersara awal adalah langkah terbaik untuk memberi laluan kepada yang masih sabar.

Kesatuan dan persatuan yang berkaitan dunia keguruan dan pendidikan sudah banyak kali menimbulkan perkara demikian.  Berulang-ulang kali.  Tetapi seperti biasa apalah sangat dengan masalah guru,  mereka tidak ada kuasa untuk menunjuk rasa tidak puas hati..

Guru terikat dengan perkeliling-perkeliling lapuk yang menghalang  mereka menyuarakan masalah kepada pihak atasan.  Mereka tidak boleh melangkau pengetua yang sesetengahnya lebih menjaga kerusi berbanding guru-guru di bawahnya. Jangan kata hendak menyuarakan kepada menteri,  hendak sampai ke PPD pun  perlu melalui pengetua.

Malah bukan rahsia juga banyak guru tertekan dengan sikap ibu bapa pelajar yang  tidak memahami tugas guru. Ditambah dengan disiplin pelajar yang sangat buruk. Bagaimanapun guru berdepan halangan untuk mendidik. Banyak bidang kuasa guru sebagai pembimbing sahsiah telah hilang.

Pensyarah Pusat Kesejahteraan dan Pendidikan Kmuniti, UKM, Dr Anuar Ahmad berkata, fenomena guru bersara awal ibarat sebuah iceberg,   yang kelihatan jauh lebih kecil daripada yang terlindung di bawah permukaan.

Tambah beliau, apabila dalam kalangan guru semakin tertekan, tidak gembira, hilang minat dan rasa terbeban, keputusan akhir yang mereka terpaksa ambil ialah bersara awal.  Keadaan ini sangat merugikan sistem pendidikan kerana kehilangan guru-guru yang berpengalaman.

Olah hal yang demikian, kita hanya boleh menaruh harapan supaya Kementerian Pendidikan tidak mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan isu guru bersara awal. Hal ini menjejaskan bidang pendidikan. Apabila bidang pendidikan terjejas, kesannya kepada masyarakat. (Utusan Malaysia 28 Mac 2022)

Khamis, 24 Mac 2022

Musuh islam

 Isi khutbah hari ini 

Jumaat 25 mac 2022 bersamaan 22 شعبان 


Ada 5 musuh umat Islam yang kita WAJIB perangi: 


1. Orang kafir yang memerangi umat Islam


2. Hawa nafsu diri sendiri


3. Iblis laknatullah


4. Orang-orang منافق


5. Orang Islam yang hasad dan dengki kepada sesama Islam

Isnin, 21 Mac 2022

Bahagia

 *Eropah Utara tersenarai negara paling bahagia di dunia...*


📳ı|ı🔥GAK☆🔥ı|ı ﷽

*Eropah Utara tersenarai negara paling bahagia di dunia, salah satunya dah lama rakyat Malaysia buat!*


22 O3 2O22

ABE YIE IRDK


*BACHOK: Masyarakat di Eropah Utara antara paling bahagia dan gembira di dunia.*

 

*Eropah Utara atau Skandinavia berada dalam senarai teratas sebagai negara paling bahagia di dunia!*


*Dalam World Happiness Report 2021, Finland berada di tempat pertama sebagai negara paling bahagia diikuti Denmark, disusuli oleh Switzerland.*


Tiada lagi diskriminasi... kini Malaysia ada taman permainan khas buat kanak-kanak OKU


Manakala Malaysia berada di kedudukan 81 daripada 146 buah negara dalam laporan tersebut.


Apa sebenarnya konsep bahagia yang diterapkan oleh negara-negara di Eropah Utara? Berikut adalah lima konsep yang mungkin boleh kita praktikkan.


1. Hygge


Hygge (dibaca hoo-ga) adalah konsep mengenai kesenangan. Konsep Hygge boleh dipraktikkan dalam semua aspek kehidupan termasuk hubungan, ketenangan jiwa dan sebagainya.


Konsep ini diterapkan dengan banyak cara seperti membatalkan perancangan yang dibuat tanpa rasa bersalah demi kebahagiaan diri atau sekadar duduk di rumah dan menghabiskan masa bersendirian.


2. Niksen


Orang Belanda memiliki konsep bernama Niksen yang bermaksud tidak berbuat apa-apa.


Konsep ini dianggap radikal oleh sesetengah orang kerana kita sukar melepaskan diri daripada tanggungjawab seperti terhadap kerja dan keluarga.


Bagaimanapun konsep ini, ia mengajar agar seseorang merehatkan otak, membiarkan fikiran kosong dan tidak berbuat apa-apa tanpa kemahuan diri sendiri.


Kajian menunjukkan, merehatkan otak daripada perkara-perkara yang memenatkan seperti tugasan di pejabat akan membuatkan seseorang menjadi lebih kreatif dan efektif dalam menyelesaikan masalah.


3. Kosalig


Konsep yang berasal dari Norway ini secara dasarnya seperti Hygge namun fokus utamanya adalah ketenangan tetapi tanpa perlu mengorbankan kehidupan sosial.


Ia sekali gus dapat membuatkan seseorang kurang berasa sunyi, lebih positif dan lebih dekat dengan orang yang mereka sayang.


4. Friluftsliv


Konsep Friluftsliv biasanya dipraktikkan ketika musim sejuk dan mengajak individu untuk mendekati alam dan bukannya terperap di dalam rumah tanpa berbuat apa-apa.


Meskipun dalam cuaca sejuk, konsep itu dipercayai dapat memberi peluang kepada seseorang untuk menikmati alam dengan bebas sekali gus memberi ketenangan.


"Kesihatan mental seseorang akan meningkat ketika seseorang berasa bebas dan dunia seperti berada dalam genggaman mereka," kata pakar psikiatri, Jennifer Teplin.


Sebenarnya, kaedah ini bukan sahaja boleh dilakukan pada musim sejuk tetapi musim-musim yang lain dengan menikmati alam seperti mendaki bukit atau berjalan di tepi pantai.


5. Fika


Orang-orang di Sweden mengamalkan konsep Fika iaitu 'coffee break' bagi membolehkan mereka merehatkan otak selepas penat bekerja.


Fika sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Sweden dan banyak syarikat mempraktikkan konsep tersebut yang dipercayai dapat membantu meningkatkan produktiviti dan fokus pekerja.


Di Malaysia sendiri, coffee break bukan sesuatu yang baharu

📳ı|ı🔥GAK☆🔥ı|ı ﷽

https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2022/03/20/5-rahsia-eropah-utara-tersenarai-negara-paling-bahagia-di-dunia-salah-satunya-dah-lama-rakyat-malaysia-buat

Khamis, 17 Mac 2022

Zakat 10k

 Tiada masalah korang nak buat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000.


Cuma ia tertakluk kepada zakat 2.5% sebab ia menambahkan harta/pendapatan anda.


Keluarkan RM10,000, zakatnya RM250 one-off.


Bayar kepada institusi zakat atau niatkan zakat untuk family terdekat yang susah (asnaf).


• Boleh bagi zakat kepada adik beradik yang sedang belajar (fisabilillah).


• Isteri boleh bagi zakat kepada suami (jika susah). Abang boleh bagi kepada adik beradik (miskin).


• Suami tak boleh bagi zakat kepada anak+isteri sebab ia tanggungjawab. Anak kpd ibu bapapun sama.


Kredit: Faisal Rahim